If you’re interested in entering the Business Plan Competition (open to all Penn students!), but couldn’t attend an info session, you can review the info session slides here.
WHEN: Tuesday, December 1, 6:00 pm
WHERE: JMHH 270
*This session will be co-presented with the organizing team of Pennvention, the Weiss Tech House’s engineering and technology competition.
Participation in the BPC is open to ALL students at Penn and teams of all sizes (including individuals) are eligible to enter. Come join the BPC Student Management Committee and Wharton Entrepreneurship to learn more about how to get involved and be in the running for over $125K in prizes! New this year will be a change in the submission requirements (think deck/video, not long-form plan). Whether you have a team already, are looking for a team, or plan to go solo, the Business Plan Competition is a great way to develop your business idea!
Assalamu'alaikum dan selamat bersaing,
On December 1st, 2015, I attended a briefing of Wharton Business Plan Competition (WhartonBPC) & PennVenture Competition (for Tech competition). WhartonBPC has been organized for 18th year. Wow!!! The event started at 600pm at JMHH270. This was my first time I attended a program at JMHH Building. My previous activities conducted mostly at SHDH Building and one activity organised at Quorum, University City Science Center. Wharton (Joseph Wharton) was the man/philantropher who funded/established the The Wharton School in 1881, the first Business School in U.S. Nevertheless Jon M. Hunstman was the person who contributed a lot to the development and expansion of The School Wharton. If I am not mistaken, there are 15 Business Plan Competition @UPenn. Wow!!! And of course, WhartonBPC is the most recognized/ established BPC @UPenn.....he3...
Belum bermula...before the session begin
Lihat susun atur dewan kuliah ini dan bandingkan dengan Malaysia...Some participants just arrived
Apa yang perlu dihantar? The Hook, Peluang, Penyelesaian, Kelebihan Bersaing, Pasaran, Persaingan, Model Pendapatan, Pasukan Pengurusan, Rancangan Pelaksanaan (Pemasaran, Jualan, Mendapatkan pelanggan, Rancangan operasi dan mendapatkan dana) , Penilaian Risiko dan Status Semasa dan
Jejak Kunci
Hadiah USD$30,000...yang menariknya ada hadiah kategori impak sosial, prasiswazah dan
pilihan orang ramai... The winner will receive USD$30,000...Wow!!!
Sampel pemenang lalu adalah hak milik peserta, tak boleh tengok...he3.. standard la tu...
Some information of WhartonBPC
Penaja/Sponsors for this year
Gambar seterusnya tidak berkaitan dengan WhartonBPC. Akan tetapi saya sengaja mengambilnya melalui telefon saya. Niatnya hendak menunjukkan persekitaran dan suasana ilmu di Wharton....
Pelajar sentiasa sibuk dengan tugasan....Students always busy with assignment/cases. Students can log in with their Penn ID and print their assignments
Many discussion rooms available @Wharton
LCD Projector, LCD Screen, laptop cable, chairs, table, lighting etc... all facilities must be aligned to provide conducive environment to study/discuss/meeting/finishing assignment
The time right now is 730pm....And I see many-many students in this building, all busy with their assignments/discussion/study group
Kejayaan tidak datang menggolek...Dalam 3/4 minggu saya di Wharton, yang jelasnya adalah anda tidak akan berjaya di Wharton jika anda pemalas, suka membuang masa, tiada disiplin diri!!! Bagaimana Wharton menjadi antara Sekolah Perniagaan Terbaik di dunia? Antaranya adalah melalui pemilihan pelajar yang ketat. Sebagai Ivy League University (UPenn) dan universiti pertama ditubuhkan di AS (ditubuhkan tahun 1740 sebelum AS mencapai kemerdekaan dari Empayar British), proses pemilihan dan penilaian pelajar bukanlah kerja mudah. Anda perlu menyaring dan mendapatkan pelajar terbaik. Itu dari segi inputnya. Bagaimana prosesnya? Anda perlu dididik dan diajar oleh Tenaga Akademik terbaik. Apa lagi? Proses pengajaran dan pembelajaran mestilah berlangsung dalam persekitaran yang kondusif. Universiti harus menyediakan persekitaran, suasana, kelengkapan, kemudahan untuk merangsang pelajar belajar dengan cemerlang. Lagi? Proses pembelajaran hendaklah menjadikan anda (pelajar) seorang yang kompetitif. Jadi anda (pelajar) akan diberikan dengan pelbagai tugasan/projek/kajian kes/pembentangan/kuiz/ujian/peperiksaan/dll untuk memastikan anda memahami apa yang dipelajari, anda dilatih berfikir secara kritikal dan analitikal, menilai kes perniagaan yang sebenar, menyelesai masalah dunia perniagaan. Sudah tentu anda akan sibuk sepanjang belajar empat tahun, tetapi kesibukan anda belajar itu dengan 1001 kerja itu menjadikan anda berdisiplin, rajin, pandai mengurus masa, yang mana akhirnya menjadikan anda seorang yang kompetitif/berdaya saing.
Saya sempat berbual dengan Sdr Adnan Zikri, pelajar prasiswazah dari Malaysia di The Wharton School. Beliau ditaja Bank Negara Malaysia dan saya menjemputnya datang ke rumah untuk makan-makan dan berbual-bual di suatu hujung minggu. Anda memang akan sentiasa sibuk jika belajar di Wharton. Gred peperiksaan adalah berdasarkan 'ranking', kata Zikri, bukan julat markah seperti universiti di Malaysia. Anda tidak akan dapat A jika memperolehi markah 95 jika ramai pelajar lain mendapat markah lebih baik. Good Luck Zikri! You are the guy! Zikri menyambung pengajian melalui program pertukaran pelajar dengan sebuah universiti di Maghribi. Enam bulan pertama tahun 2016, Zikri akan berada di Mahgribi sebelum kembali semula ke Wharton. Kebetulan Zikri berasal dari Kulim, Kedah, satu 'kampung' dengan saya. Anak Kedah memang cerdik...ngeh3...
Saya sempat berbual dengan Sdr Adnan Zikri, pelajar prasiswazah dari Malaysia di The Wharton School. Beliau ditaja Bank Negara Malaysia dan saya menjemputnya datang ke rumah untuk makan-makan dan berbual-bual di suatu hujung minggu. Anda memang akan sentiasa sibuk jika belajar di Wharton. Gred peperiksaan adalah berdasarkan 'ranking', kata Zikri, bukan julat markah seperti universiti di Malaysia. Anda tidak akan dapat A jika memperolehi markah 95 jika ramai pelajar lain mendapat markah lebih baik. Good Luck Zikri! You are the guy! Zikri menyambung pengajian melalui program pertukaran pelajar dengan sebuah universiti di Maghribi. Enam bulan pertama tahun 2016, Zikri akan berada di Mahgribi sebelum kembali semula ke Wharton. Kebetulan Zikri berasal dari Kulim, Kedah, satu 'kampung' dengan saya. Anak Kedah memang cerdik...ngeh3...
Sebenarnya saya agak risau dengan pelajar prasiswazah dan juga siswazah di Malaysia dewasa ini. Saya mula berkhidmat sebagai pensyarah pada November 1998, sudah lebih 17 tahun dalam dunia pendidikan tinggi. Pengalaman saya mengajar pelajar sebelum saya menyambung PhD tahun 2006 dengan generasi pelajar selepas saya kembali ke Malaysia tahun 2010 adalah jauh berbeza. Generasi pelajar prasiswazah kini saya kira 'generasi yang dimanjakan', 'banyak lemak', kurang disiplin diri, pengurusan masa yang lemah, tidak bermotivasi tinggi, cukup sekadar buat saja, kurang inisiatif untuk mendapatkan markah/gred yang lebih baik, menyiapkan tugasan sambil lewa dan hasilnya kurang berkualiti. Pelajar prasiswazah kini juga kurang bertemu dengan pensyarah untuk bertanya macam2, datang pun bila dekat dengan minggu peperiksaan. Saya beri ruang mendapatkan markah lebih baik jika hantar draf tugasan awal untuk saya beri komen dan ditambahbaik, tidak ramai yang menyahutnya. Kalau dikatakan hasil kerja memang kurang berkualiti. Ini semua juga menjadi sebab mengapa majikan di Malaysia selalu merungut tentang kualiti graduan sekarang!!!
Bukanlah semua teruk dan buruk. Ada sisi positifnya. Ini akan saya sentuh kemudian, dengan izin Allah. Begitu juga dengan pelajar siswazah/sarjana. Saya berpengalaman mengajar kursus Pengurusan Organisasi peringkat MBA dan Keusahawanan untuk program Sarjana Keusahawanan dan Inovasi. Kalau sisi negatifnya, hasil kerja sebahagian pelajar Sarjana ini saya lihat macam 'budak-budak prasiswazah'. Kurang keupayaan untuk berfikir dengan lebih kritikal dan analitikal!!! Kurang mampu memerah otak untuk mendapatkan hasil kerja yang lebih baik. Kurang inisiatif belajar sendiri melalui internet dan lain-lain. Tahap penganalisisan masih rendah. Penguasaan ilmu asas masih rendah dan ilmu peringkat prasiswazah sudah hilang entah ke mana. Kemahiran berkomunikasi dan membuat pembentangan masih belum memuaskan. Masih dengan sikap 'nak lulus saja', kurang inisiatif dan usaha untuk menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Kurang usaha untuk belajar melebihi apa yang ada di dalam kuliah. Kalau saya nak bagi tugasan/kerja lebih sikit, 'macam-macam bunyi keluar'. Sedangkan itu semua untuk kebaikan pelajar agar mereka menjadi lebih kompeten!
Saya suka suasana santai sebegini yang sukar dilihat di Malaysia. Saya mengetuai satu jawatankuasa ad-hod di FEP UKM untuk Model Baru Eko-Niaga sebelum ke Wharton. Kalau anda melihat konsep dan rekabentuk Model Baru Eko-Niaga, memang canggih juga la...he3. Masalah sekarang adalah mencari dana untuk membina bangunan ini, tapi itu 'bukan kerja saya lagi' kerana sudah ke Wharton. Tiga teras utama Model Baru Eko-Niaga adalah futuristik, Islam dan lestari. Moga saya dapat membawa sebanyak mungkin kebaikan nanti ke UKM dan Malaysia berdasarkan pengalaman di Wharton/UPenn.
Gambar lama dan bersejarah tentang Philadelphia
I will write about PennVenture Competition after this posting....Adios...
No comments:
Post a Comment