WHEN: Wednesday, December 2, 5:00 – 6:30 pm
WHERE: JMHH F55
Learn how to turn your idea into a world changing company from Silicon Valley leaders who have built billion dollar companies. If you have an innovation, are already working on a startup or just have a great idea, this free event is for you. You will learn how to position and articulate your idea for maximum impact.
RSVP: https://www.eventbrite.com/e/
Learn more:https://founder.org/
Questions? Contact Campus Ambassador Katherine Sizov
Assalamu'alaikum dan Selamat Maju,
I had two events on December 2, 2015. At 800am, I already arrived at my office, and stopped my 'research' at 1200pm.
Then, I attended the first event, Delivering an Effective Entrepreneurial Pitch by Prof. Laura Huang from 1200-120pm.
Usually, I will be at home between 330pm-500pm. As I need to see the Teachers and listened to their feedback for my children's performance, I went back to my home, had a lunch and then rushing to School for Report Card (between 200-330pm).
At 430pm, I walked again to Wharton School, stop at Masjid for Solat Maghrib and then rushing again for this event.
110 minutes of walking, approximately 6.4km, I can compete in Marathon soon.
Aktiviti ini dijalankan di JMHH Building (Bangunan bulat)
Memang ramai yang hadir, dalam 200 orang juga
Alter the future adalah program pementoran, 'coaching', pembiayaan untuk perniagaan terpilih
Ini merupakan mereka yang sedang terlibat dengan program ini
Produk yang dibiayai merupakan produk yang inovatif dan berpotensi
Berbeza dengan Pemodal teroka yang berminat dengan keuntungan lumayan selepas beberapa tahun (dengan menjual saham mereka), Founder.Org tidak sebegitu.
Penerima pembiayaan semasa
Penerima pembiayaan semasa
Penerima pembiayaan semasa
Ini yang saya katakan tentang ekosistem keusahawanan di AS. Banyak program keusahawanan, pembiayaan perniagaan, jenis pembiayaan, program pembangunan perniagaan yang wujud di pasaran. Selain pasaran AS yang besar (315 juta penduduk), ia mewujudkan gelora dan tarikan kepada orang muda untuk berjaya melalui keusahawanan
Menghadiri aktiviti sebegni menambah pengalaman saya. Sasaran Kementerian Pendidikan Tinggi untuk saya di Wharton adalah penyelidikan, perlu hasilkan jurnal sekian-sekian banyaknya. Saya boleh saja duduk dalam bilik dan tulis artikel untuk jurnal. Dalam 2 tahun, saya akan dapat jumlah artikel jurnal ilmiah yang cukup banyak. "Kemudian boleh mohon Profesor Penuh, usik kawan-kawan saya di FEP UKM". Saya juga dikata "Professor in making". Sebenarnya saya hidup bukan berdasarkan apa yang orang kata. Saya buat apa yang saya fikir dan yakin saya perlu buat. Sebenarnya tidak cukup untuk menjadi seorang ahli akademik yang kompeten. Baca artikel saya sebelumnya dalam posting ini tentang seorang ahli akademik masa kini. Di 20 Universiti Awam sahaja, kita mempunyai beratus-ratus, mungkin sudah sampai ke angka 1,000 Profesor. Persoalannya berapa ramai Profesor ini yang keluar dari kepompongnya di Universiti, memberikan sumbangan kepada komuniti, masyarakat, agama, bangsa dan negara? Ahli akademik tidak boleh hidup 'bersuka-ria' dengan gaji yang 'melegakan', tanpa mempedulikan apa yang berlaku kepada masyarakat dan negara. Penyelesaiannya bagi saya mudah. Kita buat apa yang kita suka/minat, untuk komuniti/masyarakat/negara.
Sudah tentu ahli akademik perlu memberikan tumpuannya kepada kecemerlangan akademik, itu jelas. Mendidik pelajar, melahirkan sarjana, tugas pengajaran, penyelidikan, penerbitan, itu adalah tanggungjawab hakiki. Tapi kita perlukan lonjakan baru dalam kerjaya. Kita tidak boleh membiarkan masyarakat memandang 'serong' dengan tugas dan tanggungjawab ahli akademik sekadar terhad di dalam universiti. Pilihlah satu bidang yang anda suka/minat dan beri sumbangan kepada bidang ini. Ataupun pilihlah mana-mana NGO dan berikan sumbangan kepada NGO ini. Khidmat masyarakat adalah penting. Kita tidak boleh membiarkan pihak kerajaan semata-mata dalam menjaga kebajikan masyarakat dan kelestarian negara. Dalam ekonomi Islam, selain sektor kerajaan (siasi), swasta (tijari), ada sektor kemasyarakatan (ijtimaiy). Libatkanlah diri kita dengan satu bidang/NGO yang mana kita boleh memberi bantuan/sumbangan sebaik mungkin.
Di AS sekarang, fokus semasa adalah keusahawanan sosial (Social entrepreneurship). Apabila melapor diri di Snider Entrepreneurial Research Center, The Wharton School, saya sempat bertemu dengan Pengarah Pusat yakni Prof. Ian MacMillan. Saya bertanya bidang penyelidikannya, kot-kot boleh buat penyelidikan bersama. Jawab beliau keusahawanan sosial, praktisnya bukan teorinya, sambungnya lagi. Banyak Pertandingan Rancangan Perniagaan di AS yang memfokuskan kepada keusahawanan sosial sebagai temanya. Dan yang menariknya adalah keusahawanan sosial diceburi oleh pelbagai latar belakang manusia, termasuk doktor perubatan dan jurutera profesional. Mereka di AS walaupun ada 1001 masalah, memerah otak, mencari jalan bagaimana membaiki masyarakat, menjalankan perniagaan yang memberikan impak tinggi kepada sosial melalui keusahawanan. Persoalannya, bagaimana anda menjadi jutawan tetapi dalam masa yang sama menolong beribu-ribu orang susah/miskin melalui perniagaan anda?
Sepanjang di AS, saya selalu memikirkan amanah UKM dan negara, banyaknya belanja kerajaan untuk saya bersama Wharton selama 2 tahun, saya perlu manfaatkan masa di AS sebaik-baiknya, apa yang saya boleh pelajari sepanjang di AS, apa yang saya boleh sumbangkan kepada negara kelak, selepas kembali ke Malaysia. Setakat ini, saya fikir berkongsi pengalaman saya di Wharton dan AS sekurang-kurangnya ada manfaat kepada para pembaca. Apa yang boleh dibuat dengan konteks dan ekosistem di Malaysia? Umumnya kerajaan memang memberikan sokongan kepada pembangunan keusahawanan dan PKS di Malaysia. Ada berpuluh skim geran dan pembiayaan dalam pelbagai agensi di Malaysia. Dalak konteks penyelidikan, IRPA (Intensification Research on Priority Area) dahulunya bawah MOSTE dimulakan pada tahun 1990-an (sekarang dah tak ada dana IRPA). Kini MOSTI, MOHE dan banyak Kementerian dah ada dana penyelidikan. Cuma hasilnya bagi saya belum cukup memuaskan. Kita perlu terus 'mencabar' diri sendiri untuk terus menghasilkan hasil penyelidikan yang bermanfaat untuk masyarakat, bukan sekadar menghasilkan artikel jurnal ilmiah dan harta intelektual yang bermanfaat untuk diri sendiri (naik pangkat, menang anugerah dll) dan ranking universiti.
Dalam masa yang sama, pihak kerajaan (dan juga pembangkang) harus mempunyai 'budaya menerima kegagalan'. Polisi perlu dirangka dengan betul, berdasarkan penyelidikan yang tuntas, dan dilaksana dengan baik dan berkesan. Kita tidak boleh asyik menyalahkan kegagalan, sebaliknya mencari sebab mengapa polisi dan tindakan sebelum ini gagal memberikan hasil terbaik. Dalam memupuk budaya keusahawanan, 'menerima kegagalan' itu dianggap sebagai prasyarat utama. Belajar dari kegagalan lebih penting dari menyalahkan kegagalan. Gagal apabila bertindak lebih baik dari tidak bertindak langsung! Budaya sebegini saya kira masih kurang di Malaysia.
Saya fikir ahli-ahli politik di Malaysia, tak kira apa parti perlu berubah. Budaya politik tidak sihat, salah-menyalahkan, bergaduh tidak habis-habis, tidak menggunakan ruang di Parlimen untuk berbahas dan memberi input yang baik, semua ini harus diubah. Sayang sekali melihat Parlimen tidak digunakan dengan berkesan oleh ahli politik dari kedua-dua belah pihak. Dasar harus digubal dengan baik, melalui hasil penyelidikan dan kajian yang jelas, bukannya 'ikut rasa', bukannya 'rasa-rasa', perlu berpaksi kepada kedudukan agama dan masyarakat di Malaysia. Dasar tidak sewajarnya dicedok dari negara luar dan dilaksanakan tanpa 'citarasa Malaysia'.
Saya anak Malaysia, akan memasuki usia 44 tahun, memang sayang akan Malaysia. Saya telah melihat bagaimana negara ini membangun dan maju, bagaimana penduduk kampung yang rata-ratanya miskin kini memiliki rumah, berkereta, dan mampu bergaya. Tetapi saya masih melihat banyak ruang kemiskinan dalam masyarakat, di kampung dan di bandar yang perlukan pembelaan dan tindakan afirmatif. Kita perlu bersyukur kepada Allah atas segala nikmat dan kurnia-NYA, tetapi kita tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian semasa. Masih banyak yang boleh kita lakukan untuk negara ini, kalau tidakpun untuk seorang penduduk atau untuk satu keluarga atau untuk satu komuniti kecil, atau untuk sebahagian ahli masyarakat. Yakinlah bahawa segala kebaikan kita akan dibalas oleh Allah, itulah antara prinsip hidup saya. Orang putih kata "The More You Give, The More You Get". Wassalam.
8D adalah model perniagaan Founder.org
Ehmmm, yang ini penting juga. Keusahawanan di AS adalah menyelesaikan masalah komuniti/industri/negara. Mungkin sudah tiba masanya program Sarjana dan PhD di universiti di Malaysia untuk 'menyelesaikan masalah industri/komuniti/negara', bukan sekadar suatu dapatan ilmiah yang memenuhkan ruang lompang yang kosong dalam dunia ilmu semasa.
Penceramah bercerita bagaimana satu syarikat memfokuskan kepada masalah mengurus infra IT
Teknologi ini sedang dibangunkan.
Jadi tidak perlu pakai macam ni lagi kat kedai cermin mata
Ini roadmap program ini...
Bermula dnegan masa depan yang dijangkakan
Kemudian mewujdukan alternatif kepada masa depan dengan mengkaji keperluan yang tidak dipenuhi (unmet needs), manfaat yang tidak dijangkakan (unexpected benefits), Jangkaan risiko (Perceived Risks), persaingan semasa, menilai tren/arah aliran semasa (Trends) dan inovasi yang berjalan (Innovations). Bab ini, tidak ramai pelajar di Malaysia yang sangguh memerah otak dan berfikir di luar kebiasaan. iPhone dan pelbagai produk Apple adalah hasil kepada unmet needs dan unexpected benefits.
Pesakit boleh didiagnosis dengan jarak beribu batu
Yang ini biasa saya minta pelajar sediakan, Matriks Persaingan...saya panggil Peta Persaingan
Apa risiko yang dijangkakan?
Baca kenyataan Alternate Future Statement di atas...
Yang ini boleh diaplikasi dalam kuliah/bengkel
untuk maklumat lanjut sila layari www.founder.org
Seperti biasa, ada sesi soal-jawab
Perkongsian pengalaman oleh penerima pembiayaan semasa. Salah seorangnya pelajar dari Drexel University. Yang ini merupakan komponen utama program keusahawanan di Wharton dan sepatutnya oleh mana-mana universiti. Jemput mereka yang terlibat dalam program keusahawanan sebelumnya untuk berkongsi pengalaman...
Doktor, saya antara yg amat berminat nak menerokai keusahawanan sosial ini. Saya baru memikirkan rangka pelan tindakan dan harap dapat mengintai peluang terbaik untuk take off. Can you be my mentor? :D
ReplyDeleteInsya-Allah, we shall work together for the benefits of ummah and humankind.
Delete