Tuesday, 15 December 2015

Replica Creative @ University City Science Center

WHEN: December 15, 9:00 – 10:00 am
WHERE: Quorum, University City Science Center, Suite 800, 3711 Market Street



Dr. Keith Leaphart, Owner of Replica Creative and practicing physician at Bryn Mawr Hospital. In 2003, Keith completed a five-year dual degree DO/MBA program at Philadelphia College of Osteopathic Medicine and Saint Joseph’s University respectively. Despite the inherent challenges of a dual degree program, Keith successfully operated both a commercial cleaning and event planning business during that period. It was those entrepreneurial pursuits that gave him his initial exposure to the fascinating design and print worlds, and led him to aggressively pursue a greater interest in the industry. As the Brand Manager of Replica, he works with the team to create the strategic vision for the brand. His strong interpersonal skills help to bolster relationships with both current and future clients.

Assalamu'alaikum dan selamat pagi (waktu Malaysia),

Alhamdulillah, pagi tadi saya sempat menghadiri satu ceramah/talk oleh seorang doktor perubatan yang juga seorang usahawan. Program ini dianjurkan oleh University City Science Center UPenn, diemel melalui WhartonEntrep. Saya perlu mendaftar secara dalam talian, diberi emel peringatan mesra sehari sebelum program berlangsung. Selepas program berlangsung, kira-kira 4/5 jam selepas itu, saya mendapat emel bertanya maklumbalas mengenai program tersebut dan cadangan-cadangan saya untuk program mendatang. Maklumat di atas adalah maklumat dalam emel yang dihantar oleh WhartonEntrep. WhartonEntrep menghantar emel setiap Isnin pagi kepada semua subscriber memaklumkan aktiviti sepanjang minggu. Dalam masa yang sama, ada maklumat mengenai aktiviti sepanjang semester. Setiap Rabu (1200-130tgh) juga adalah masa WhartonEntrep menjalankan pelbagai aktiviti keusahawanan sepanjang semester, kecuali minggu peperiksaan.  

Ceramah diadakan dalam tempoh sejam dan diikuti dengan sesi soal-jawab. Yang datang adalah kebanyakannya profesional, mereka yang sudah bekerja dan minat tentang keusahawanan.  Kopi, teh, biskut, roti disediakan di hujung bilik seminar dengan konsep layan diri. Tentang Dr. Keith Leaphart, memang sedikit mengujakan seorang doktor perubatan juga seorang usahawan. Beliau memang mempunyai atribut keusahawanan, menceburi pelbagai perniagaan dan Replica Creative merupakan antara perniagaan yang diusahakannya. Ia merupakan sebuah firma yang menjalankan Design + Print + Cafe. Lokasinya adalah strategik kerana berhampiran Drexel University dan   UPenn. Beliau bermula dengan 5 orang pekerja dan kini mencapai 18 orang pekerja. 

Antara sebab beliau memulakan perniagaan adalah 'give up' dengan persekitaran kerja di hospital. Beliau menggunakan komputer riba untuk mengurus pesakit dan perniagaan selain dibantu oleh seorang Pembantu Peribadi. Beliau mencadangkan mereka yang berminat mengenai keusahawanan menghadiri Summit, persidangan usahawan-usahawan di AS dengan idea-idea yang pelik-pelik dan gila-gila. Walaupun idea ini pelik/gila, usahawan berfikir bagaimana menjadikan ia satu kenyataan. Antara prinsip hidup beliau adalah Help people and make money.  Untuk maklumat lanjut, sila layari:-

replicacreative.com

www.wallsome.net

atomfactory.com

Antara tema dan konsep dalam perniagaannya adalah Ideas, concept, community, tasty, network, social, craft, connect, creative, cafe, innovate and events...
 




 Dapat buku nota percuma dan sebatang pen...Pendaftaran juga percuma...

 Peserta yang hadir

 Program bermula tepat jam 900 pagi

Bersahaja dengan ceramahnya

 Satu konsep bilik latihan/seminar masa kini adalah mudah alih, sebab itu roda digunakan di meja dan kerusi. Susun atur bilik seminar/latihan boleh diubahsuai berdasarkan majlis. Sandar di kerusi juga lentur/fleksibel.

Saya suka dengan sofa ini...Rileks sambil buat kerja dengan menggunakan komputer riba...


No comments:

Post a Comment