Monday, 14 December 2015

Is a start-up internship right for me?

WE Wednesday: Is a Startup Internship Right for Me?
WHEN: Wednesday, November 18, 12:00 - 1:20 pm
WHERE: SHDH 351
The workshop will start with an overview of Penn/Wharton resources for students interested in pursuing an internship at a startup. Then a panel of Entrepreneurial Intern Fellows will talk about how they found their internships, what it was like to work at a startup, and what they learned from their summer experiences. This workshop is co-hosted with the Wharton Undergraduate Division as part of their Sophomore Experience and Junior Jumpstart programs. 
For more info: http://entrepreneurship.wharton.upenn.edu/resources/weweds.html

Assalamu'alaikum dan selamat membaca,

Ini kisah aktiviti pada 18 November 2015 yang lalu, Rabu, antara 1200 tgh - 130 tgh di SHDH Building. Saya terhilang catatan mengenai aktiviti ini pada mulanya, kemudian terjumpa, kemudian terhilang balik. Fikir punya fikir, saya tulis juga sebab dah banyak sangat bahan untuk blog ini yang belum ditulis. Memandangkan Maghrib dan Isyak cepat di AS, pukul 615 malam, saya, isteri dan anak-anak dah habis Solat Isyak berjemaah di rumah. Kita memang kesibukan dalam urusan seharian, apatah saya pula 'single income family', tidak sama dengan 'dual-income family'. Sesiapa yang 'single-income family', pola pemikiran kita tidak sama dengan mereka yang suami-isteri bekerja. Sebagai pencari nafkah untuk keluarga, saya perlu bekerja keras untuk menyara isteri dan anak-anak. Alhamdulillah, dah 19 tahun berkeluarga, makan-minum kami cukup, pakaian anak-anak terjaga, yang penting sebenarnya adalah keberkatan dalam mencari rezeki. Bab rezeki yang berkat ini akan saya tulis kemudiannya, sebagai sebahagian dari pengisian berkaitan muamalat/Perniagaan Islam.  

Dalam kesibukan saya dan keluarga, antara rutin saya sekeluarga kalau di rumah kami adalah solat berjemaah Maghrib dan Isyak. Alhamdulillah, aktiviti ini sudah menjadi kelaziman kami, dan saya melarang anak-anak melakukan kerja lain antara Maghrib dan Isyak. Kalau di Malaysia, waktu ini anak-anak juga gunakan untuk buat kerja sekolah. Ada ketikanya tertinggal juga rutin ini, tapi Alhamdulillah, ia masih menjadi 'amalan kami sekeluarga'. Waktu ini juga saya mengajar anak-anak membaca Al-Quran. Alhamdulillah, anak sulong saya khatam Al-Quran dengan saya semasa di UK dan anak kedua khatam Al-Quran dengan saya semasa di Malaysia. Memang Masjid di sini ada kelas Al-Quran dan lain-lain tetapi saya lebih suka anak-anak mengaji dengan saya, saya masih punya masa untuk mengajar mereka membaca Al-Quran. Rasa malu dengan Allah Taala 'kalau saya serahkan tanggungjawab mengajar Al-Quran untuk anak-anak kepada orang lain'.

Pada 18 November 2015 yang lalu, ada sebuah perkongsian pengalaman tentang Start-up Internship dari empat orang pelajar prasiswazah dari UPenn.  Kalau Internship ni, kita dah biasa dengar iaitu dipanggil Latihan Industri dan pelbagai nama.  Perbezaan Start-up Internship dengan Internship biasa adalah pelajar prasiswazah ini bekerja dengan syarikat yang baru ditubuhkan, syarikat yang berusia kurang dari 3 tahun. Wharton akan memberikan sedikit bantuan dari segi elaun awal dan sokongan mendapatkan tempat. Biasanya pelajar prasiswazah ini yang akan mencari tempat sendiri. Tempohnya tidaklah lama dalam 2 bulan begitu ketika cuti musim panas. Satu yang menarik adalah penyertaan Start-up Internship terbuka kepada semua pelajar UPenn, tidak terhad kepada pelajar Wharton sahaja. Ini penting kerana sesiapa sahaja boleh menjadi usahawan.

Walaupun begitu, perkongsian pengalaman pelajar prasiswazah ini amat menarik, yakni bagaimana mereka menghadapi kesukaran dalam syarikat yang baru ditubuhkan, ada yang mengalami penyusutan saiz (downsizing), ada yang belajar pelbagai perkara dalam satu masa, dan sudah pasti pengalaman ini memberikan pengajaran berguna kalau pelajar ini berniat menubuhkan syarikat sendiri suatu hari sendiri. Pelajar boleh mengalami sendiri 1001 masalah dalam dunia keusahawanan dan perniagaan, memahami realiti Business Start-up, bukan semata-mata bergantung kepada buku dan syarahan pensyarah. Ia sebenarnya adalah sebahagian dari aktiviti di bawah WhartonEntrep untuk merangsang pelajar terlibat dalam aktiviti keusahawanan dan menubuhkan perniagaan.


 

 
Pendaftaran kehadiran melalui Tablet sahaja.

 

 

 
Taklimat oleh Jill Anick, Timbalan Pengarah WhartonEntrep

Ini antara soalan-soalan yang perlu dijawab oleh para pelajar

Empat pelajar orang sarjanamuda yang terlibat

No comments:

Post a Comment