Tuesday, 22 December 2015

Farmers Market @S43th Street, Philadelphia

Assalamu'alaikum

Suatu Sabtu beberapa minggu lalu, kami ke Pasar Tani / Farmers Market di 43th Street. Kami berjalan sekeluarga, dalam 15 minit juga ke sini. Pasar Tani ini terkenal dengan buah-buahan yang segar. Harganya memang tidak semurah pasaraya besar seperti Wal-Mart atau Pasarmini Supreme yang kami biasa singgah tapi buahnya segar. Kalau epal, terasa manisnya. Saya beli juga beberapa buah epal segar yang paling manis dari orang Amish yang berniaga di sini. Siapa Amish? Cuba anda google. Melawat Kampung Amish merupakan antara agenda saya dan keluarga di AS, kami ingin melihat bagaimana sekelompok manusia masih boleh mengekalkan gaya hidup konservatif dalam suasana dan cabaran kehidupan moden. Saya dah pesan dan dapat katalog percuma tentang Amish, cuma masih mencari masa yang sesuai. Komuniti Amish di Pennsylvania merupakan antara komuniti Amish terbesar di AS.



 Ehmmm, orang putih pun suka makan cendawam
 Jenis epal yang dijual, dari kurang manis ke paling manis...nyum2

 Kelihatan seorang gelandangan di taman ini. Yang menariknya, beliau menghabiskan masanya dengan membaca buku..

 Wanita Amish yang berniaga di sini. Kami beli epal dari beliau. Pakaian mereka berbeza dengan masyarakat AS masa kini.

 Bila kami nak berangkat, ada lagi peniaga yang baru sampai




Dari sini, kami berjalan kami ke UPenn...

No comments:

Post a Comment