Beberapa minggu yang lalu, pada hujung minggu, saya, isteri, Azhari dan Dr. Puteri ke Pasar Vietnam di Philadelphia. Sebelum itu, saya dan isteri telah dibawa Azhari dan isteri ke Chinatown di Philly untuk membeli sayur-sayuran dan ikan. Ini merupakan sebahagian dari 'orientasi' yang dikenakan ke atas saya oleh Azhari dan isteri. Lepas ini, kalau ada keluarga/pasangan pelajar dari Malaysia datang ke Philly, saya pula akan orientasi mereka...he3...
Pasar Vietnam ini (Hung Vuong) terletak berdekatan Washington Avenue, kawasan 'pasar' di Philly. Saya dimaklumkan Pasar Italy merupakan pasar terawal di kawasan ini beratus tahun yang lalu. Agak besar juga pasar ini, dan anda boleh melihat sendiri gambar-gambar yang saya ambil di pasar ini. Ada beberapa jenama kopi Malaysia seperti Ipoh White Coffee dan Old Town White Coffee dijual di sini. Saya membeli Beras Thailand (Jasmine yang dieksport ke Malaysia) di sini kerana lebih murah berbanding Beras Amerika di Wal-Mart. Anda juga boleh membeli bihun, kuew teau, mee kering di sini selain ikan-ikan. Mackarel juga ada cuma ikan beku dalam plastik yang diimport dari Asia, tidak begitu baik untuk kesihatan sebenarnya. Saya beli jugalah sayuran dan beberapa makanan kering. Kicap Malaysia ja tak jumpa ....:-(
Sebahagian sayuran yang kita makan di Malaysia boleh didapati di sini
Buah lebih murah di pasaraya Supreme
No comments:
Post a Comment