Assalamu'alaikum,
Sebenarnya saya nak habiskan kisah pasar ni sebab banyak aktiviti di Wharton dalam 2 minggu ini belum tertulis. Sabtu lepas (12 Disember 2015), saya dan isteri mengajak Sdr Azhari dan Dr. Puteri ke First Oriental Market di Washington Avenue, Philly. Nama pasaraya ini saya perolehi dari Azlan, pegawai MARDI yang sambung ijazah Sarjana di Penn State University (Beliau sudah tamat belajar dan mereka sekeluarga kembali ke Malaysia pada 12 Disember 2015/Sabtu lepas). Saya bertemu Azlan di makan-makan di Rumah Bob dan Afia di Delaware. Azlan memberitahu saya beliau dan keluarga yang tinggal di Malvern akan ke First Oriental Market untuk membeli makanan ala Malaysia. Setelah meng'Google' dan mendapat alamatnya dan lokasinya, kami ke sini.
First Oriental Market dioperasi oleh orang Cina di AS. Pasaraya ini juga agak besar, tidak jauh berbeza dengan Pasar Vietnam. Cuma beberapa barang seperti santan/coconut milk, beras, dan makanan kering lebih murah di Pasar Vietnam. Cuma barangnya lebih banyak berbanding Pasar Vietnam. Saya beli udang basah di sini selain sayuran, gula merah (nak buat buboq kacang), dan bihun serta kuey teaw. Saya juga beli beberapa kopi Malaysia (3 dalam 1). Apa yang menarik di sini adalah banyak jenis ikan segar yang ada. Saya beli saja, tak tengok pun nama ikan-ikan ni...
Cili kering ini dari China
Banyaknya kicap tapi belum berjumpa Kicap Malaysia...Saya nak tanya En. Shahrulmiza Zakaria dari MATRADE New York tentang potensi kicap Malaysia di AS...he3...
Satay King ini jenama dari AS
Sos cili dan tomato jenama Yeo's ada di Pasaraya ini dan Pasar Korea
Dah jumpa pun Sos Cili Malaysia (Maggi)...Dah lebih 40 tahun ini, saya berniat nak kurangkan 'Processed Food' seperti sos ini. Sekali-sekala bolehlah...
Gula batu pun ada
Ehmmmm, bihun dari Kemboja pun ada....
Ikan banyak, tapi saya lebih suka Pasar Korea +H-Mart
Menu berat saya sekeluarga dalam seminggu mesti ada sayuran, ayam, daging, ikan, udang, buah-buahan...Cuma kat AS ni, buah-buahan kami epal sahaja...ngeh3...
Yang ini pun dari Kemboja...Jiran saya di Philly ramai dari Kemboja...Mereka ini datang 30-40 tahun dahulu, agak-agak sayalah...
Ikan sejuk beku...
Bulan pertama saya di AS saya beli udang dalam plastik macam ini. Sekarang udang segarlah...
Adapun barang dari Indonesia... bagaimana dengan jenama Adabi, Brahim, Faiza dan lain2?
Masih dari Indonesia
Macam-macam teh ada
Kopi 3 dalam 1 dari Malaysia
Kopi 3 dalam 1 dari Malaysia
Banyak buah naga...Sekitar tahun 2003/2004, saya pernah mengkaji kebolehjayaan perusahaan buah naga di pasaran Malaysia. Buah naga ada tiga warna, merah, putih dan kuning walaupun yang popularnya warna merah. Mungkin ramai tidak tahu, buah naga sebenarnya berasal dari Padang Pasir, dan telah melalui proses 'saintifik' sehingga menjadi besar seperti sekarang...
No comments:
Post a Comment