Pada 29 November 2015 yang lalu, saya dan isteri dibawa oleh Azhari dan Dr. Puteri sekali lagi untuk orientasi pasar-pasar di Philly. Kali ini kami ke Pasar Korea @H-Mart. Saya sangat teruja ke pasar ini kerana ianya jauh lebih bersih dan tersusun berbanding Chinatown dan Pasar Vietnam. Jadi lebih 30 keping gambar saya ambil untuk tatapan pembaca....Wassalam.
Beras di Pasar Vietnam lebih murah walaupun dari negara yang sama
Sos cili dan tomato Yeo's ada di sini...
Indomie juga ada...saya tak beli pun...Dulu-dulu zaman sekolah menengah dah banyak makan mee segera...Ialah, dok di asrama, makanan di dewan selera bukannya sentiasa menyelerakan. Malam-malam pun lapar, jadi mee segeralah makan setia bagi pelajar di asrama. Sekarang bila dah berusia, saya memang dah amat kurang makan mee segera. Kalau beli pun untuk dibawa pergi berkhemah. Apa yang namanya 'segera' memang tidak baik untuk kesihatan walaupun memang sedappp!!!
Ruang ikan tidak bercampur dengan ruang daging. Pekerja yang bertugas juga berbeza selain pisau berbeza digunakan. Ini penting untuk memastikan tiada percampuran antara ......
Segarnya udang ni....mood geram....
Susunaturnya lebih kemas dan bersih berbanding Pasar China dan Vietnam
Ikan bilisnya mahal juga. Takpa, stok kami banyak lagi....
Geramnya tengok ubi ni...(mood geram)
Saya peminat tomato. Tomato mesti sentiasa ada di rumah, hatta di Malaysia. Kalau Tomato Cherry, memang ngamsoi, nyum3...Mungkin sebab itulah saya awet muda (dah mula perasan sendiri...ngeh3...)
Macam-macam sayuran ada
Kacang Bendi/Lendiaq pun ada....Kegemaran saya bila dimasak dan dimakan dengan gulai/kari......nyum2...
Egmmm, bawang merah pun ada
Buah Manggis dari Thailand pun ada...Kerjaya saya yang kedua dalam hidup adalah sebagai pemanjat pokok manggis ketika berusia 9/10 tahun. Lepas Tok (Nenda) jual kat peraih, dia bagilah upah kat saya adik-beradik sorang sikit. Bolehlah buat sikit duit sebagai upah. Kerjaya saya yang pertama adalah sebagai penjual kuih siput dan kuih sagon ketika berusia 8/9 tahun di Sekolah Rendah. Jika diizinkan Allah, saya akan berkongsi pengalaman ini kemudian....Tunggu!!!
Durian yang dah nak busuk... Saya makan durian tapi bukanlah peminat tegar durian. Isteri saya peminat tegar durian. Saya belajar makan tempoyak bila berkahwin dengan isteri saya, orang Nogori. Tapi isteri saya kurang minat pulak makan tempoyak...
No comments:
Post a Comment