Wednesday, 25 November 2015

Wharton Venture Initiation Program - 19 November 2015

Assalamu'alaikum,

Saya perlu menulis lagi malam ini walaupun di luar sana memang sejuk. Philadelphia terletak dalam negeri Pennsylvania, lokasinya terletak strategik kerana di utara Philadelphia adalah New York dan di selatan Philadelphia adalah Washington DC.  Yang tak tahannya sejuk!!! Walaupun dah biasa tinggal di UK selama 3 tahun 9/10 bulan, musim sejuk tetap tidak mengujakan. Bila kita tinggal di Malaysia, memang nampak syok saja pergi negara 4 musim dan berjalan-jalan waktu musim sejuk. Tapi sebenarnya musim sejuk paling tidak mengujakan!!! Seronok bila ada salji ja, tu pun kejap.. Kalau sampai berminggu-minggu penuh salji pun tidak menarik juga. 

Saya bergegas keluar dari AppitUP program dalam jam 600 petang dan kemudiannya ke satu lagi program iaitu Wharton Venture Initiation Program di Quorum, University City Science Center. UPenn berbeza dengan beberapa universiti lain kerana ia tidak 'berbentuk kampus' sebagaimana UKM dan sebahagian besar universiti di Malaysia. UPenn adalah universiti dalam bandar, terletak berdekatan/tidak jauh dari Drexel University dan Temple University. Sebagai Universiti Dalam Bandar, ia memberi saya satu pengalaman baru berbanding suasana kampus sebelum ini. Kalau anda pernah melawat University of Oxford di England, lebih kurang macam tu lah. Cuma suasana UPenn dengan Oxford dari segi perbandarannya agak berbeza di mana Oxford sendiri adalah 'bandar ilmu' dengan bangunan-bangunan lama dan bersejarah tetapi UPenn, ada juga bangunan lama tetapi dikelilingi suasana kehidupan yang lebih moden. Sistem perbandaran di AS juga tidak sama dengan England, dengan 1st street sehingga...th street dan jalan raya dari pusat bandar yang membentuk alamat-alamat rumah yang lebih bersistem. 

Wharton Venture Initiation Program dianjurkan dari jam 600 petang - 800 malam oleh. Dalam 5/6 minit berjalan kaki dalam hujan yang semakin renyai, dengan kedinginan malam yang menusuk ke tulang, melintas beberapa bangunan, saya tiba kali pertamanya di Quorum, University City Science Center, berpandukan kepada Google Map. Suasana dalam bangunannya memang agak berbeza dengan suasana dalam bangunan di UKM, dan lain-lain universiti di Malaysia. Bila dah sampai, rupanya majlis belum mula, Orang Putih makan-makan, sembang-sembang dulu sebelum majlis bermula jam 630 petang. Saya nak makan apa ye? Tak makan apa-apapun, minum sedikit 7-up saja dan selepas habis pembentangan, minum kopi sikit yang menggunakan ramuan buat sendiri berdasarkan menu kopi yang ada di mesin.  Habis program agak awal, dalam jam 740 malam, bergegas balik ke rumah kerana esoknya, Jumaat (20 November 2015), kami sekeluarga akan ke Rochester, New York. Apa kami buat di Rochester? Tunggu!!!
 

 Organisasi perlu memaksimumkan penggunaan media sosial dewasa ini

 Tempat buat kopi- layan diri

 Suasana santai di luar

Dalam sistem pembelajaran di universiti, aspek persekitaran fizikal memang penting, apatah lagi dalam merangsang minda berfikir di luar kebiasaan


 Banyak kuih juga Orang Putih Amerika ni. Waktu saya di UK, biasanya dihidang dengan biskut kering saja

 Majlis belum bermula

Satu perkara penting dalam pendidikan keusahawanan adalah ekosistem. Ekosistem di universiti di Malaysia banyak perlu ditambahbaik dalam melahirkan unipreneur...

 Ucapan Penganjur Majlis...Majlis Orang Putih biasanya ringkas dan tidak terlalu formal

 Antara kumpulan yang membuat pembentangan mereka malam ini

 Sesi jaringan selepas pembentangan

Ada enam kumpulan pelajar yang membentangkan cadangan usahaniaga mereka. Tak perlu bikin kompleks sangat, sekadar ada cap dagangan, nama usahawan (pelajar UPenn) dan email, nama syarikat dan laman sesawang, deskripsi tentang projek dan apa yang dikehendaki oleh pelajar dalam pembentangan ini.  Beberapa Pemodal Teroka dijemput untuk memberi pandangan. Sesi soal-jawab terbuka kepada semua hadirin, berbeza dengan Program AppitUP tadi.

No comments:

Post a Comment