Thursday, 26 November 2015

Masjid Isa Ibn Maryam, Syracuse, New York

Assalamu'alaikum,

Di AS, orang ramai tidak sabar dengan Black Friday, esok, 27 November. Mengapa? Pesta beli-belah!!! Premium Outlets, Walmart, Target dan lain-lain pasaraya (termasuk eBay) akan mengadakan jualan secara promosi besar-besaran bermula 600 petang 26 November sehingga 1000 malam 27 November, 28 jam tanpa henti.  Di UK, ada Boxing Day pada 26 Disember setiap tahun di mana  pelajar Malaysia akan berkerumun di Stoke-on-Trent....he3... Saya tidaklah teruja sangat dengan beli-belah, zaman itu sudah berlalu. Yang penting hidup dengan keperluan, bukan hidup denan kehendak. Apatah lagi usia pun akan mencecah 44 tahun. Cukup-cukuplah dengan apa yang ada, kalau nak ikut kehendak pun, sekali-sekala, jangan jadi kebiasaan atau kelaziman.  Jika kita hidup dengan kehendak, kehendak berlampis kepada nafsu, maka nafsu tiada batasnya. Didik anak-anak kita hidup dengan keperluan, bukan dengan kehendak. Insya-Allah, mereka boleh hidup dalam apa jua situasi.

Antara lokasi kegemaran sewaktu saya berkelana adalah Masjid. Sewaktu di UK, ada Muslim Directory. Muslim Diectory ini banyak membantu saya berkelana di UK. Ada senarai masjid di seluruh UK, kapasiti masjid, parkir ada atau tidak, kawasan solat muslimat ada atau tidak, dan lain-lain info. Dengan Muslim Directory, ia membantu saya berkelana, di mana harus berhenti, jam berapa dan sebagainya. Mengapa ziarah dan solat di Masjid? Kerana banyak kita boleh belajar mengenai masyarakat Muslim di luar negara. Sewaktu saya belajar di Southend-on-Sea, Essex, ada dua buah masjid penting di mana kedua-dua masjid ini dibangunkan dengan membeli bekas gereja. Sebuah masjid 'diuruskan' oleh orang Pakistan dan sebuah lagi oleh orang Bangladesh. Mengapa Muslim Pakistan dan Bangladesh mempunyai dua buah masjid berbeza? Anda perlu baca sejarah...Pernah saya singgah di Swansea, Wales dan mereka/masyarakat Muslim di sana  sedang berusaha membeli sebuah gereja untuk dibangunkan sebuah masjid.

Gereja-gereja memang semakin terbiar. Era gereja semakin berakhir di negara Eropah dan Amerika Syarikat. Titik mulanya bermula apabila 'gereja dikalahkan' dan bermulanya Renaissance, agama dipisahkan dari masyarakat, ataupun dalam bahasa mudahnya 'sekular'. Kini, sebahagian gereja hanya tinggal fungsinya untuk baptis, kahwin dan kematian. Kebiasaannya ada syarat jika gereja dibeli dan diubahsuai sebagai sebuah masjid.  Waktu saya di Southend-on-Sea, jemaah Masjid Pakistan memberitahu antara syaratnya adalah tidak boleh buat 'parti makan-minum arak'. Kami tersenyum saja dengan syarat itu, kata jemaah itu.

Masjid Isa Ibn Maryam beralamat di 501 Park Street Syracuse, NY 13203. Antara syaratnya adalah tidak boleh mengubahsuai bangunan ini ikut suka kerana hendak mengekalkan senibina, warisan sejarahnya.  Jadi sebahagian besar senibina gereja itu dikekalkan dengan perubahan dilakukan untuk menunjukkan ia sebuah masjid seperti arah kiblat, mimbar, menutup tingkap-tingkap yang kebiasaannya menunjukkan gambar-gambar tertentu.  Memang sejuk betul karpet masjid ini. Alhamdulillah, kami dapat berjemaah dalam masjid ini dan kemudian menghilangkan lapar di perut dengan menjamah sedikit makanan.








Tiada hadangan antara jemaah lelaki dan wanita di dalam masjid. Ia 'biasa' bagi masjid di negara bukan Muslim


 Kain-kain menutupi cermin/tingkap




 Di hadapan masjid (keluarga saya dan keluarga Azhari)

 

Sdr Azhari (cuti tanpa gaji) mengikuti isterinya Dr. Puteri yang menyambung sub-kepakaran di UPenn, Philadelphia.  Dr. Puteri merupakan pakar kanak-kanak, khususnya jantung.
 

 

 


Lawati masjid ini di   http://www.masjidisa.com/

Masjid Isa Ibn Maryam - Masjid Isa501 Park StSyracuse, NY 13203(315) 401-0253Masjidisaibnmary@gmail.com

No comments:

Post a Comment