Kami (keluarga saya dan Azhari) bermalam dua malam di Rochester di rumah pelajar Malaysia di sini. MARA menghantar seramai 40-50+ pelajar di sini yang mengambil jurusan kejuruteraan, bioteknologi dan... Bilangan pelajar lelaki dan perempuan agak seimbang. Sebagai anak MARA (Ansara Balik Pulau 89), saya menyokong dasar MARA ini. Jika tidak, tidak ramai anak Bumiputera akan mendapat pendedahan dan pendidikan di luar negara. Namun sokongan saya adalah beralas. Zaman kerajaan dan MARA menghantar beratus dan beribu pelajar ke luar negara seperti zaman 1970-an, 80-an dan 90-an sudah berlalu. Waktu itu, Malaysia tidak memiliki banyak universiti. Untuk maju, kita memerlukan cerdik pandai dan modal insan yang berkualiti. Sekarang, Malaysia memiliki lebih 60 buah universiti awam dan swasta di dalam negara dan lebih 400/500 kolej. Kadar penembusan pelajar di tahap tertiari sudah melebihi 40%. Ini bermakna untuk setiap peringkat umur, lebih 40 peratus akan memasuki institusi pengajian tinggi dan memperolehi sekurang-kurangnya diploma. Malaysia juga memiliki lebih 100,000 pelajar dari luar negara yang menyambung pengajian dalam pelbagai bidang.
MARA perlu meneruskan dasar menghantar pelajar ke luar negara untuk program prasiswazah. Cuma, MARA perlu mencari bidang yang kritikal kepada negara, mencari institusi yang baik juga. Analisis kos-manfaat juga penting, kita juga perlu kuantiti, bukan sekadar kualiti. Maksudnya, berapa kos pengajian seorang pelajar juga harus diambilkira. Yuran universiti di AS juga 'mengikut pasaran', acuan ekonomi kapitalis yang mendasarinya. Rugi juga jika belanja besar digunakan menghantar seorang pelajar ke universiti terbaik tetapi dengan kos yang sama, MARA boleh menghantar lebih ramai ke instutusi lain di AS. Saya kira adik-adik saya di Rochester bernasib baik. Mereka juga banyak aktiviti untuk mendekatkan hubungan satu sama lain.
Rochester memang berbeza dengan Philly kerana ia memberikan suasana Country Life. Empat pelajar lelaki menyewa rumah di sebelah kiri dan empat pelajar perempuan menyewa rumah di sebelah kanan. Pakat-pakat kongsi, cukuplah untuk bayar sewa dan belajar. Saya dan kaum bapa menumpang bermalam di rumah Huzaifah, Azmir, Lokhman dan ? lupa pula. Isteri saya, Dr. Puteri dan anak Dr. Puteri bermalam di rumah Aisyah dan kawan-kawannya, seorang pelajar Sarjana di Rochester Institute of Technology. Aisyah merupakan 'Kak Long' di Rochester kerana beliau satu-satunya pelajar Sarjana, yang lainnya pelajar sarjanamuda.
Sewaktu penganjur The Economic Forum (Malaysian Entrepreneur Association in US) menjemput saya ke forum di sini, saya dah bagi syarat mudah. Bayar duit minyak pun cukup, saya boleh bermalam di rumah pelajar Malaysia, tidak perlu menyewa hotel. Saya sebenarnya sudah menghabiskan beratus malam di hotel semenjak bekerja 19 tahun dahulu. Dari hotel lima bintang sampai tidak berbintang dah saya bermalam. Kalau di Malaysia, paling kurang dua bulan sekali akan ke hotel untuk pelbagai aktiviti. Kalau kami di FEP UKM, Port Dickson tu 'sudah sedikit menjemukan'.... he3... Bermalam di hotel sudah tidak memberikan 'kehebatan' dan 'keseronokan' berlebihan kepada saya. Tidurnya, nyenyaknya sama saja. Mungkin lebih selesa hotel banyak bintang, tetapi apa beza tidurnya, makannya, nak makan pun, berapa banyak boleh makan...
Terima kasih kepada adik-adik saya, Huzaifah, Azmir, Lokhman dan ... kerana bagi kami bermalam. Kami pun bawa beg tidur masing-masing. Saya suruh mereka panggil saya, Abang Hizam saja, tak perlu berdoktor-doktor. Lebih mesra begitu dan taklah janggal sangat. Gelaran doktor pun memang penting bagi kerjaya akademik tetapi ini semua dunia, sampai masa akan ditinggalkan. Bukan gelaran doktor yang akan dibawa masuk kubur, tetapi amal jariah dari gelaran itu yang akan membantu kita di akhirat kelak. Pada malam terakhir (Sabtu malam Ahad), sempat bersembang panjang dengan Azmir, Aisyah dan seorang lagi pelajar perempuan yang datang malam itu. Saya buat sesi sembang-santai dengan para pelajar tentang hala tuju mereka selepas bergraduat. Para pelajar perlu jelas tentang hala tuju mereka, kerjaya mereka, supaya mereka bersedia dari segi ilmu, kemahiran, pengalaman dan kepakaran mereka dengan dunia pekerjaan yang bakal diterjuni ataupun sudah bersedia sebagai bakal usahawan dan juga agar masa mereka tidak dibazirkan dengan trial and error apabila tamat belajar, sebelum menemui kerjaya yang sesuai. Selepas ini, saya akan berceloteh mengenai The Economic Forum. Wassalam.
Anak saya bermain Guinea Pig di rumah pelajar lelaki
Kaum hawa di belakang rumah
Tidak seperti di Philly, kawasan kami, rumah sebuah-sebuah di sini...org muda kata "perrgghh"..
Depan rumah sebelum bertolak hari Ahad
Memandangkan Niagara Falls dalam sejam setengah dari Rochester, kami nak la singgah kejap di
Niagara Falls
Isteri saya dengan Dr. Puteri, Aisyah dan seorang lagi, isteri saya lupa pula
Shifa, anak bongsu Sdr Azhari dengan dua anak saya
No comments:
Post a Comment