Saturday, 28 November 2015

Makan-Makan di Rumah Bob La dan Afia

Assalamu'alaikum,

Pada 26 November 2015, Khamis yang lalu, dalam jam 400 petang ke atas, saya dan keluarga bertandang ke rumah Sdr Bob dan Puan Afia di Delaware, AS. Sdr Bob merupakan rakyat Malaysia, dari Cherassudah lebih 10 tahun menetap di AS, manakala isterinya merupakan mantan pelajar Drexel University, sudah 18 tahun di AS.  Delaware merupakan negeri pertama di AS dan antara negeri yang tidak banyak cukai dikenakan oleh kerajaan negerinya. Bob merupakan 'Abang Long' kepada pelajar-pelajar Malaysia di UPenn, Drexel dan Temple University, manakala isterinya merupakan 'Kak Long' kepada adik-adik di sini.


Hidangan Bob dan Afia memang 'superb'

Ni Bob aka Bob La...

Saya bertemu dengan Lan dari MARDI yang menyiapkan ijazah sarjananya di Pennsylvania State University. Beliau akan balik ke Malaysia dalam 2 minggu lagi. Beliau bersama isteri dan seorang anaknya di sini di kampus cawangan, di mana tiada pelajar Malaysia berada. Saya memahami pengalaman yang ditempuhinya kerana saya dahulu setahun 4 bulan juga tiada warga Malaysia di Southend-On-Sea, Essex.  Dalam 6 bulan lepas baru beliau bertemu dengan Bob dan lain-lain warga Malaysia. Beliau kenal rakan saya dari MARDI di Birmingham dahulu, Abang Md. Noor dan Dr. Bahagia.

Nasi briani, daging, kuih, macam2...


Makan-Makan ini dibuat berdasarkan Pot Luck...Masing-masing pakat bawa dan sama-sama makan

Kuah tu memang terbaikkk

Sebagai mantan pelajar Drexel, Puan Afia memahami keperluan sosial dan psikologi anak-anak muda di sini.

Nyum-nyum


Kalau anda pernah belajar di luar negara, suasana seperti inilah biasanya berlaku khususnya sewaktu 
Hari Raya dan Hari Perayaan. Inilah waktu bersosial, berkenal-kenalan dengan warga Malaysia. 

Puan Afia di dapur... Beliau dari Sungai Buluh


Orang muda sekarang tidak sama dengan generasi kita dahulu

Dah nak habis...

Saya kira Puan Afia dan Bob telah memainkan peranan yang penting dalam 'menjaga', mengambil berat hal ehwal adik-adik, pelajar-pelajar MARA di UPenn, Drexel dan Temple University. Kalau saya jadi Sultan/Raja, saya dah bagi Bintang/Pingat Perkhidmatan Cemerlang kepada mereka berdua.

Yang ni Abang Ngah adik-adik di sini, Boss gelaran diberi, merupakan pelajar PhD di UPenn. Boss dah 28 tahun, saya tanya dah berpunya atau belum, macam-macam jawapan ada...he3... Saya kira status Boss adalah 'tidak pasti'...

Terima kasih banyak-banyak kepada Bob dan Afia atas jemputan, dan makan-minum yang lazat serta ruang sosial dengan masyarakat Malaysia sekitar Philadelphia. Bila anda berada di luar negara, semua warga Malaysia adalah saudara-mara anda

Ni Plat kereta Puan Afia

Ni plat kenderaan Bob

No comments:

Post a Comment