WHEN: Thursday, November 19, 4:00 – 7:00 pm
WHERE: International House Philadelphia, South AfricaRoom, 3701 Chestnut Street
Come watch 5 professional software development companies fight over the top 10 app ideas they want to develop into actual products. Get involved in bringing those products to market. An evening to network with VCs, entrepreneurs, and developers
RSVP: https://www.eventbrite.com/e/Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera,
Pada 19 November 2015, Khamis, saya menghadiri satu aktiviti di UPenn berkaitan keusahawanan. Sebenarnya ada satu aktiviti pada 18 November 2015 yang diikuti tetapi belum dapat ditulis sebab notanya tertinggal di pejabat @Wharton. Hari ini 25 November 2015, jam 740 malam, Isyak masuk jam 558 malam. Esok 26 & 27 November cuti Thanksgiving Day di AS. Esok dan lusa, pejabat tutup, walaupun saya ada akses ke pejabat, dengan cuaca yang sejuk ni, malamnya dah 1-3 celcius, dok rumah sajalah. Saya perlu menulis blog ini, kalau tidak banyak sangat nak kena kemaskini, tak terkemas nanti. Saya menghadiri AppitUP Challenge Event 2015 @UPenn di International House, UPenn. Majlis bermula dari jam 400 petang sehingga 700 malam.
Majlis ini sebenarnya merupakan satu cabaran perniagaan mereka bentuk applikasi (Apps) di UPenn. Yang menariknya adalah ia terbuka kepada sesiapa sahaja warga UPenn, sama ada pelajar prasiswazah, siswazah, staf, pensyarah, kakitangan pentadbiran, pustakawan atau sesiapa sahawa warga UPenn yang memiliki ID Penn Card. Dari pelancarannya beberapa bulan dahulu (saya belum sampai di AS), dari 313 idea yang dihantar, sudah tentu sebahagian besar idea dari Wharton School, hanya 10 idea dibawa masuk ke peringkat separuh akhir. Format pertandingannya mudah sahaja, 3 minit untuk pembentangan, 3 minit untuk soal-jawab. Sebelum pertandingan dimulakan, dua pemenang tahun lepas dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka. Selain itu, Development Partners dijemput untuk mendengar dan bertanya soalan. Hadirin biasa hanya boleh mengikuti sesi ini tanpa dibenarkan bertanya soalan. Development Partners adalah syarikat yang terlibat dalam pembangunan Apps dan berpengalaman serta arif tentang Apps yang berpotensi dikomersilkan di pasaran.
Format pembentangan 3 minit (Pitching Session) dijalankan tepat pada masanya. Kebanyakan peserta separuh akhir membentangkan 3 slaid sahaja iaitu Problems, Solution, dan Who Will Use It/How It Works atau Current Scenario, Application Model, Business Model bagi produk baru. Bagi produk yang mempunyai penyelesaian sedia ada tetapi produk ini menawarkan penyelesaian baru, slaid mereka berbentuk Background, problems with existing solution, my solution. Ada juga seorang peserta yang sekadar mendapatkan input dari Development Partners. Saya sempat mengikuti sehingga lapan pembentangan sahaja kerana perlu bergegas ke satu lagi aktiviti anjuran WhartonEntrep. Umumnya selepas pembentangan semua kumpulan, Development Partners akan berbincang dan membida syarikat terbaik. Development Partners akan memberikan dana awal untuk memulakan operasi bagi lima syarikat terpilih. Sebagai pemenang, anda tidak semestinya tahu IT kerana anda boleh merekrut CEO dan lain-lain ahli pasukan dalam syarikat yang bakal ditubuhkan kelak, dengan persetujuan pembiaya anda.
WhartonEntrep menduduki tempat keenam dalam bidang keusahawanan di AS
Pendaftaran-saya perlu mendaftar dalam talian untuk hadir program ini
Tak macam aktiviti saya di UK, aktiviti di AS 'banyak makan' macam di Malaysia
Hujan yang agak lebat tidak mematahkan semangat saya untuk menghadiri aktiviti ini. Lencun juga jaket kulit saya.
Pembentangan memang menarik. Antara idea yang saya suka adalah Park It!
Satu yang saya suka adalah komitmen bagi mereka yang hadir
Ni gambar sebelum bermula
Statistik AppitUP 2015...memang mengujakan
- 128 syarikat ditubuhkan semenjak dilancarkan program ini; 70 masih aktif
- Lebih USD80 juta dana diraih dari Pemodal Teroka, Pelabur Budiman, Geran, Korporat dan Yayasan.
- Lebih 100+ kerja teknikal berjaya diwujudkan
- 7 syarikat menghasilkan pendapatan
- 15.0 X Pulangan Atas Pelaburan kepada Syarikat pemilik
- 3.5X Pulangan Atas Pelaburan kepada UPenn
- Salah satu jentera pengkomersilan UPenn
4 syarikat telah menerima dana untuk memulakan operasi
Pada bulan March/April 2016 kelak, 5 syarikat terpilih perlu membentangkan prototaip produk mereka dan rancangan perniagaan mereka kepada Syarikat Modal Teroka (Venture Capitalist)
Penaja yang terlibat
Development Partners yang terlibat
Apa yang saya belajar?...banyak... Sewaktu sambung PhD di Essex, UK, saya pernah menghadiri pertandingan Business Plan di Monaco pada tahun 2007, di mana ia terbuka kepada sesiapa saja dan pemenangnya adalah pelajar prasiswazah bidang kejuruteraan dari University of Cambridge, UK. Di Monaco, ia dianjurkan oleh International University of Monaco. Waktu sampai di Monaco, baru saya sedar yang Monaco merupakan sebuah negara kecil, amat kecil dan diperintah oleh Sistem Raja berkonsepkan "Principality de Monaco" . Dulu-dulu dok dengar Monaco punya Formula 1, dok main bola dalam Liga Peranchis, rupanya satu negara kecil....he3... Monaco memang cantik, walaupun lebih terkenal dengan industri perjudiannya dan kewangannya. Berbalik kepada AppitUP, banyak idea, pengalaman dan pendedahan saya perolehi dalam pertandingan ini. Tak sabar nak tunggu bulan Mac/April 2016 untuk lihat pertandingan akhir kelak. Wassalam.
No comments:
Post a Comment