Monday, 16 November 2015

Start-up Networking Session @Wharton

MBA-Undergrad Startup Networking & Team Formation Mixer
WHEN
: Tuesday, November 10, 12pm
WHERE
: SDHH 211
The Penn MBA-Undegrad Startup Mixer is cohosted by YouthHack Philadelphia and the Wharton E-Club. We hope to bring together students who are interested in startups, technology and entrepreneurship in a mixer that will hopefully be the launchpad for future collaborations and partnerships. Come ready to share the ideas you're working on and the problems you want to solve with students just as passionate as you.
Food will be provided.
Register for the event here: http://goo.gl/forms/Xpil7mUTb6

      

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera,

Hari Selasa, 10 November 2015, selepas kira-kira 2 minggu tiba di Philadelphia, maka hari ini hari pertama saya terlibat dalam aktiviti di The Wharton School.  Sebagai  "Research Scholar", sebagaimana diluluskan dalam permohonan visa ke Amerika Syarikat, saya tidak dibenarkan bekerja mencari pendapatan.  Proses saringan sebagai Visiting Scholar agak panjang, walaupun saya tidaklah merasa susah sangat, antara saringan UPenn adalah saringan kewangan. Anda perlu mempunyai USD2275 untuk diri anda sebulan, tambahan USD500 sebulan untuk pasangan dan tambahan USD300 sebulan untuk setiap orang anak yang akan turut serta.  Kalau ikutkan biasiswa SKPD KPT dan UKM memang tidak cukup, cuma apabila ditambung dnegan gaji bulanan, lepaslah saringan ini. Saringan lainnya adalah English Language Proficiency Test. Walaupun mendapat kelulusan PhD di UK,  itu tidak menjamin anda akan melepasi ujian ini. Ujian ini dikendalikan sewaktu saya di Malaysia dengan menggunakan Skype. Anda akan ditemubual dengan Instructor, English Language Programme di UPenn dalam masa 1 jam 30 minit. Panjang jugalah saya bersembang dan berbual-bual waktu Skype (jam 1000 malam di Malaysia ketika itu; 1000 pagi jam UPenn). Antara  ujiannya adalah 'role play', jadi kenalah pandai berkomunikasi. 

Selain itu ada saringan What Are You Trying To Accomplish sewaktu anda bersama The Wharton School. Saya buat mudah saja, dalam bentuk point sebanyak dua halaman. Orang Putih ni agak objektif, jadi saya lepas saringan itu. Perlu kemukakan Proposal apa yang nak dibuat sepanjang 2 tahun di @Wharton dan kemasukan saya perlu diluluskan oleh Timbalan Dekan bertanggungjawab. Ada juga kena isi borang dalam talian @Wharton, yang penting sekali akhirnya selepas melepasi saringan-saringan ini, anda akan diberikan DS2019 Form (biasanya dipos melalui UPS).  DS2019 Form merupakan salah satu nyawa anda di US, selain visa dan passport.  Tanpa DS2019 Form, anda tidak boleh memohon Visa. Pensyarah/Doktor yang menyambung sub-kepakaran, mereka yang menjadi Visiting Scholar biasanya akan dibekalkan DS2019 Form . Kalau pelajar, anda ada borang lain.

Status saya sebagai Visiting Scholar ada tiga perkara yang saya boleh lakukan sepanjang di AS.Yang pertamanya, saya boleh menjalankan penyelidikan/Research. Yang keduanya, saya boleh terlibat dengan Observing yakni terlibat dengan pelbagai aktiviti @Wharton. Yang ketiganya, saya boleh terlibat dalam Consulting. Saya perlu memperolehi kebenaran International Student and Scholar Services UPenn jika akan terlibat dengan aktiviti Consulting.  Buat masa sekarang, belum lagilah. Sasaran  KPT adalah penyelidikan, perlu menerbitkan beberapa artikel dalam jurnal berwasit sepanjang 2 tahun di sini.  Dalam masa yang sama, saya diizinkan mendaftar untuk mengikuti secara audit (ikut saja tanpa status lulus/gagal) kursus-kursus di Wharton sama ada di peringkat sarjana mahupun PhD.  Untuk semester ini belum lagilah sebab semester hampir berakhir bulan Disember nanti.

Aktiviti pertama pada 10 November 2015 adalah Start-up Networking Session yang dianjurkan oleh Kelab Usahawan Pelajar MBA. Peserta terdiri daripada pelajar sarjanamuda dan sarjana di UPenn, khususnya Wharton. Pertamanya, anda perlu mendaftar secara dalam talian untuk menghadiri aktiviti ini. Semasa pendaftaran dalam talian, anda diminta menyertakan nama penuh, emel, tahap pengajian, kemahiran dimiliki, usahaniaga yang disertai atau sasaran perniagaan anda.

Sesi jaringannya mudah sahaja, pengacara majlis memperkenalkan diri dan objektif majlis, membahagikan peserta kepada 6 orang satu kumpulan, setiap kumpulan akan berinteraksi selama 10-15 minit, kemudian kumpulan berpecah dua, masuk kumpulan lain, sehingga 3/4 pusingan. Dalam tempoh sejam, anda akan mengenali pelbagai rakan, minat mereka, apa perniagaan mereka, apa yang mereka cuba usahakan dan lain-lain maklumat. Saya mendapat maklumat berguna tentang seorang Profesor Pemasaran di Wharton. Makanan ringan disediakan iaitu minuman berkarbonat (budaya AS ---he3) dan kebab. Saya minumlah sikit, makan tidaklah sebab tak tahu halal atau tidak. Halal atau tidak apa yang kita makan dijamin oleh kita sebenarnya, bukan oleh pihak berkuasa atau orang lain. Kita bertanggungjawab memastikan apa yang kita makan itu halal. Kalau di Malaysia sudah tentu kita 'boleh bersandar' pada Halal JAKIM, kalau di AS, sandarkan pada iman kita dan beberapa panduan membeli-belah/makan-minum. 

Di Wharton, pelajar digalakkan membuka perniagaan secepat mungkin. Aktiviti pelajar dan Wharton memang banyak dan akan membimbing pelajar membuka perniagaan dan mengembangkan perniagaan. Wharton mendapat tempat/ranking keenam di AS dalam bidang keusahawanan dalam kalangan Business School di AS.  Aktiviti keusahawanannya penuh sepanjang minggu, biasanya dari Isnin ke Khamis, Jumaat tiada aktiviti dan kelas. Nak ikut atau tak mahu sahaja. Kalau ikutkan hati, macam-macam nak terlibat, tetapi saya perlu memilih memandangkan ada sasaran lain juga oleh KPT dan sasaran peribadi. Sehari selepas habis program, pihak penganjur mengemel nama, kemahiran, minat, semua peserta yang hadir.











No comments:

Post a Comment