Friday, 29 January 2016

AFM 2014 iktiraf pemain industri francais

sumber : http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140905/dn_19/AFM-2014-iktiraf-pemain-industri-francais


AFM 2014 iktiraf pemain industri francais

Mohd. Hizam

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Persatuan Francais Malaysia (MFA) akan menganjurkan Anugerah Francais Malaysia (AFM) 2014 pada 31 Oktober ini bagi mengiktiraf pencapaian dan sumbangan pemain industri berkenaan.

Pengerusi AFM, Prof. Dr, Mohd. Hizam Hanafiah berkata, penganjuran kali ke-17 itu menampilkan kelainan berikutan perkembangan industri dengan mengetengahkan dua kategori baharu iaitu Anugerah Francaisi Antarabangsa Terbaik dan Anugerah Francaisi Harapan Antarabangsa Terbaik.

"Penganjuran ini bukan sahaja mengiktiraf sumbangan mereka, malah menggalakkan inovasi produk tempatan selain mempromosi persaingan sihat dalam usaha meningkatkan tahap kemajuan perniagaan sektor francais yang lebih berkualiti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Pengerusi AFM, Datuk Zahriah Abd. Kadir; Ketua Eksekutif MFA, Zainudin Zakaria dan Setiausaha Agung MFA, Mohamad Shukri Salleh, di sini hari ini.

AFM 2014 yang bakal berlangsung di Hotel Royal Chulan itu menawarkan 20 anugerah dengan empat kategori iaitu sistem francais, francaisi, terbuka dan penghargaan khas.

Anugerah yang diiktiraf oleh Persekutuan Francais Asia Pasifik (APFC) tersebut terbuka kepada semua pemain industri francais sama ada daripada ahli MFA atau bukan dan pendaftaran boleh dibuat melalui laman web MFA di http://www.mfa.org.my/maf2014 bermula sejak Ogos lalu hingga 12 September ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Hizam berkata, pihaknya juga sedang memperkemaskan Program Francais Siswa yang baharu diperkenalkan pada Mac tahun ini bagi menanam nilai, kemahiran dan pengetahuan bidang francais dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

"Kita mahu golongan muda melihat potensi perniagaan francais dalam menjana pendapatan diri dan ekonomi negara. Persatuan menyasarkan lebih banyak penyertaan daripada IPT pada masa akan datang dalam usaha memajukan perniagaan francais ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Sementara itu, Mohamad Shukri turut menekankan kepentingan aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) mantap bagi memajukan bidang tersebut selaras dengan perkembangan industri francais di dalam dan luar negara.

"Setakat ini kita memiliki lebih 750 sistem francais yang telah didaftarkan yang mana 70 peratus daripadanya merupakan produk tempatan manakala daripada jumlah itu, 58 jenama berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan lebih 2,000 cawangan. Jumlah inilah yang ingin kita tingkatkan dari semasa ke semasa.

"Hal ini termasuk memantapkan teras R&D sesuatu produk atau jenama agar mampu bersaing di peringkat global sesuai dengan corak dan permintaan terkini pasaran. Ini yang dikatakan kestabilan lestari supaya sesuatu perniagaan itu mampu bertahan lama," katanya.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Malam Anugerah Francais 2012 & Sedikit Celoteh Tentang Anugerah Francais Malaysia

Assalaamu'alaikum,

Pada tahun 2012, tahun kedua saya selaku Pengerusi Anugerah Francais Malaysia, kami telah memperkenalkan satu kategori baru iaitu kategori terbuka di mana tiga Anugerah Baru iaitu Anugerah Majikan Francais Terbaik, Anuerah Inovasi Francais Terbaik dan Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik. Ia dinamakan kategori terbuka kerana penyertaan dalam kategori ini terbuka kepada francaisor, francaisi, dan francaisi induk (master franchisee). Selain itu, francaisor dan francaisi induk dikelompokkan dalam kategori baru iaitu kategori sistem francais manakala francaisi dikelompokkan dalam kategori francaisi. Selain tiga anugerah baru ini, kami (MFA) memperkenalkan satu anugerah baru iaitu Francais Mikro Terbaik dalam kategori sistem francais.  Kaedah penilaian Francais Terbaik keseluruhan turut diubah di mana Pemenang Francais Terbaik (Franchise of the Year) dipilih dalam kalangan Pemenang Terbaik keseluruhan Anugerah. Selain itu, kaedah penilaian keseluruhan anugerah telah mengalami transformasi di mana kerangka kerja keseluruhan setiap anugerah telah dibentuk semula, kategori anugerah telah diubahsuai, di mana penilaian berdasarkan amalan terbaik perniagaan (Business Excellence Practices) dilakukan. Empat Komponen Utama Penilaian adalah Kepemimpinan, Input (francaisi, pelanggan, pekerja, pihak berkepentingan), Sistem (bagaimana francaisor menambahbaik dan memantapkan sistem) dan Hasil (Outcome), dari segi kuantitatif dan kualitatif, berasaskan kewangan dan bukan kewangan. Proses kerjanya lebih rumit tetapi hasil jangka panjangnya lebih baik.

Jika berkelapangan, saya akan menulis mengenai Kerangka Kerja Anugerah Francais Malaysia kelak. Dalam kalangan anugerah industri di Malaysia, saya berkeyakinan tinggi bahawa Anugerah Francais Malaysia (AFM) merupakan antara anugerah berprestij, "tidak boleh dibeli", melalui penilaian yang tuntas oleh panel penilai yang profesional dan berwibawa. Saya tidak perlu sebutkan di sini nama Anugerahnya, tetapi banyak Anugerah Industri di Malaysia 'boleh dibeli'. Anda perlu menjadi penaja utama/platinum/emas/perak, atau membeli beberapa meja semasa Malam Anugerah, dan anda akan memenangi anugerah tertentu. Agak mendukacitakan, terdapat usahawan/CEO syarikat di Malaysia sanggup dan suka berbangga dengan 'Anugerah yang dibeli'. Adakah ini tanda aras kita untuk bersaing di pentas dunia?

Walaupun  AFM pernah difitnah 'boleh dibeli', sepanjang saya menjadi Pengerusi AFM 2011-2015, kami sentiasa mengekalkan integriti dan keprofesionalan AFM ini. Fitnah ini timbul apabila kebetulan salah satu penaja Malam Anugerah Francais memenangi beberapa anugerah. Saya katakan kepada wakil industri, bukan saya menentukan pemenangnya, bukan MFA menentukan pemenangnya, pengurusan AFM kita telus dan profesional. Kalau Panel Penilai dilantik mencadangkan pemenangnya berdasarkan krteria dan kaedah penilaian, dan pemenang ini tiada 'isu' untuk tidak diberi anugerah, maka Jawatankuasa Anugerah akan memperakukan Pemenangnya. Prinsip hidup saya biarlah orang nak kata apa, yang penting kita tahu kita buat kerja macam mana dan kita tahu apa nak jawab depan Allah AWJ kelak. Malah sebelumnya saya menjadi Pengerusi AFM juga, MFA melalui Jawatankuasa Teknikal Anugerah, Panel Penilai dan Jawatankuasa Anugerah tidak pernah berkompromi mengenai integriti anugerah. Pernah tiada pemenang untuk anugerah tertentu jika calon yang bertanding tidak layak untuk menang.

Saya sedikit dukacita kerana ada sistem francais Malaysia masuk Anugerah lain 'untuk menang' tetapi 'tidak berani' masuk AFM kerana mereka tahu integriti AFM dan keupayaan syarikat mereka untuk menang. Ada syarikat francais yang menyalahkan kami, Jawatankuasa Anugerah Francais Malaysia apabila syarikat mereka menang di Anugerah lain tetapi tidak menang di AFM. Saya bagi dua jawapan. Yang pertamanya AFM mempunyai kaedah dan sistem penilaian  yang tuntas dan dinilai oleh mereka yang profesional. Governans AFM adalah Jawatankuasa Teknikal menyediakan kerangka kerja penilaian, Panel Penilai pula terdiri dari mereka yang berbeza dari Jawatankuasa Teknikal dan menilai berdasarkan kerangka kerja penilaian yang dibentuk oleh Jawatankuasa Teknikal. Siapa Panel Penilai? Mereka terdiri dari Pengurusan kanan dan eksekutif kanan dari Bahagian Pembangunan Francais KPDNKK, PNS, SMECORP, PUNB, MPC, SIRIM, SSM, SKM, JAKIM, MATRADE, Maybank, CGC, Exim Bank, MyIPO dan juga tenaga akademik dari UKM, UM, UPM, dan UiTM. Panel Penilai melalui kumpulan yang dibentuk bagi setiap jenis anugerah akan mencadangkan pemenang berdasarkan kerangka kerja yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal AFM (setelah melalui audit dan analisis kuantitatif). Kemudiannya cadangan Panel Penilai ini akan diperakukan oleh Jawatankuasa Anugerah, jika tiada keraguan dan masalah tentang pemenangnya. Sepengalaman saya dengan AFM, lazimnya cadangan Panel Penilai (4-6 orang satu kumpulan dari insitusi berbeza) akan diterima oleh Jawatankuasa Anugerah kecuali ada 'isu'. Isu di sini melibatkan integriti anugerah, maksudnya jika pemenang yang dipilih oleh Panel Penilai itu 'boleh meroskkan kewibawaan AFM'. Selain itu, Jawatankuasa Teknikal juga bertindak mendapatkan nasihat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pihak tertentu tentang 'integriti' bakal pemenang seperti kes mahkamah dan sebagainya. Yang keduanya, Anugerah lain mempunyai kaedah penilaian berbeza, adakah integriti anugerah itu dan proses penilaiannnya sama dengan AFM? Di peringkat antarabangsa, tidak semua Persatuan Francais di negara lain di dunia mempunyai mekanisme penilaian setuntas, setelus dan seprofesional AFM. Saya boleh katakan kurang dari lima negara mempunyai 'standard setara dengan AFM'.

Pada permulaan perubahan ini diperkenalkan, memang ada masalah. Apa saja perubahan biasanya akan disambut negatif pada mulanya. Saya katakan itu sifat fitrah manusia, yakni tidak suka, menentang perubahan. Padahal manusia lupa, tanpa perubahan, kita akan ketinggalan. Islam tidak menyuruh umat Islam mundur.  Tamadun Islam pernah menjadi kemuncak ketamadunan suatu ketika dahulu di zaman Kerajaan Abassiah dan Andalusia. Ini dalam konteks ketamadunan kebendaan, kemajuan sains dan peradaban. Kalau dari segi sudut Islam, Iman dan Ihsan, kemajuan rohani, umat Islam terbaik adalah semasa di zaman Rasulullah dan kemudiannya zaman para sahabat (rujuk Hadis). Bolehkah Islam kembali gemilang dan menentukan tadbir urus dunia? Boleh, dengan syarat kita cemerlangkan rohani kita seiring dengan kecemerlangan kebendaan, yakni kemajuan sains dan teknologi. Kemajuan perlu seiring zahir dan batinnya. Islam perlu kemajuan sains dan teknologi yang berpaksi kepada Tauhid kepada Tuhan Semesta Alam (keesaan Allah Taala sebagai puncak pengabdian), bukan penerokaan ilmu dan sains tanpa batasan. Islam tidak menolak pentingnya saintis, jurutera, profesor, pakar-pakar dalam pelbagai disiplin ilmu, tetapi mereka ini juga harus mengamalkan dan menguasai Fiqh, Usuluddin dan Tasawuf. Bagi saya itu kuncinya, kesepaduan Fiqh, Usuluddin dan Tasawuf dalam amalan pada diri beserta  penguasaan sains dan teknologi dalam mengorak dan membangun peradaban.

Tamadun di Barat masa kini mereka cemerlang pada fizikalnya, intelektualnya, dan pembangunan emosi tetapi mereka amat bermasalah tentang kemajuan rohani. Sebab itu Barat dan Timur (Jepun, Korea, Taiwan, Singapura sebagai contoh) menghadapi 1001 masalah kejiwaan. Masyarakat Barat 'Islam' dari segi beberapa nilai dan prinsip hidup (kejujuran, kebersihan, kebenaran, keadilan sebagai contoh) tetapi mereka bermasalah dari sudut rohani. Kadang-kadang saya fikir, negara dan masyarakat Muslim pula terlalu fokus kepada 'faktor ekstrinsik' dalam agama seperti hal perundangan dan imej luar, melupakan hal-hal asas dalam Islam (Saya arif bahawa Islam itu syumul dan perundangan itu adalah sebahagian dari Islam). Di Mesir. tempat anak sulong saya menuntut ilmu, kalau bicara bab kebersihan di Mesir, malu nak tulis di sini. Pergilah ke Arab Saudi dan negara di Timur Tengah, faktor undang-undang itu begitu penting 'dalam mengawal manusia'. Tetapi adakah manusia di sana berakhlak mengikut Islam? Lihat saja di Malaysia, fikirkan tentang kebersihan di Malaysia, pengurusan masa di Malaysia, bercakap jujur di Malaysia (Di Barat, berbohong adalah 'satu dosa besar'), akauntabiliti di Malaysia, dan 1001 isu lain, di mana Islamnya kita?

Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak sepertimana sikap ahli politik yang suka menyalahkan pihak lain demi keuntungan politik. Kita ambil tanggungjawab 'buat apa yang kita boleh buat', itu antara prinsip hidup saya. Hidup menyalahkan pihak lain, anda tidak akan ke mana-mana, malah jiwa dan emosi anda akan terganggu kerana hati dan perasaan anda penuh bermasalah dengan geram, tak puas hati, dendam, marah, sakit hati, dan lain-lain sifat. Apa yang anda dapat dengan bersifat sedemikian? Yang saya nampak lebih banyak masalah kerana kemungkinan besar anda akan terpalit dengan dosa mengumpat dan memfitnah. Malang sekali anda bersifat dan bersikap sedemikian, hatta anda seorang Profesor, CEO, Pensyarah, Profesional, juga seorang yang sudah bercucu. Kita buat apa yang kita boleh buat, biarkan orang lain dengan 1001 kisah yang tidak akan habis. Wassalam.



Selamat Pagi Malaysia - Francais Untuk Pesara (6 Ogos 2015)

Assalamu'alaikum,

Pada 6 Ogos 2015 yang lalu, saya diundang ke RTM untuk temubual berkaitan Francais Untuk Pesara dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia. Dahulunya kalau ke RTM, kami membawa satu CD untuk satu salinan rakaman bagi program yang terlibat. Kini, RTM telah bertindak proaktif dan kami tidak perlu menyediakan salinan CD lagi. Dalam sejam ke dua jam selepas Rancangan, RTM akan memuatnaik rakaman tersebut dalam YouTube. Syabas RTM! Media konvensional perlu terus berubah jika ingin kekal relevan dengan dunia masa kini. Ramai orang menjana kewangan melalui YouTube. Ruang berkarya dan berseni kreatif terbuka luas, tepuk dada tanya keupayaan diri. Antara mahu 1001 cara atau tidak mahu sahaja. Wassalam.


Seminar Sehari Pendedahan Francais Di Universiti Malaysia Sabah (15 APRIL 2015)

Assalamu'alaikum,

Pada 15 April 2015, saya telah ke Universiti Malaysia Sabah untuk Seminar Sehari Pendedahan Francais. Saya diiringi oleh seorang Sekretariat  dari Persatuan Francais Malaysia. Terima kasih kepada Sdr Rimund Henry yang memuatnaik rakaman seminar ini ke YouTube. Rakaman ini agak lama, hampir sejam setengah juga rasanya. Walaupun saya kurang 'serasi' dengan Dewan Kuliah tersebut yang mendatar dan bilangan pelajar yang ramai,  saya cuba memberikan ceramah/talk tentang pendedahan kepada Perniagaan Francais di Malaysia. Enjoyyyy! Wassalam.




Perniagaan Francais di Malaysia -Biz Malaysia (TV1) - 10 Oktober 2012

Assalamu'alaikum,

Berikut disertakan keratan video dari temubual dengan saya dalam Rancangan Biz Malaysia di TV1 pada 10 Oktober 2012.  Saya ada beberapa penulisan tentang francais, menunggu masa untuk diolah semula dan diterbitkan di sini. Bagi yang tidak tahu, saya pernah menerbitkan sebuah buku ringkas tentang hasil penyelidikan saya berkaitan Perniagaan Francais di Malaysia, khususnya dari Perspektif Usahawan Francaisi.


Wassalam.

Tuesday, 26 January 2016

Y-Prize Grand Finale - Bio-Medical Engineering Technology Competition 2015-2016 @UPenn

Y-Prize Grand Finale
WHEN
: Monday, January 25, 6:30 – 9:00 pm
WHERE: Smilow Center for Translational Research, 3400 Civic Center Blvd, Philadelphia, PA 19104
Four finalist teams will pitch their business plan for commercializing Y-Prize biomedical engineering technology in front of an audience and a panel of judges. The judges will convene after the presentations, and will announce the winner during the closing reception.
RSVP: https://yprize.upenn.edu/about/upcoming-events


Assalamu'alaikum dan selamat berbudi,

25 Januari 2016, Isnin merupakan hari yang sibuk. Anak-anak tidak ke sekolah kerana sekolah di Philadelphia ditutup pada 25-26 Januari 2015 lantaran bahana Ribut Salji Jonas yang melanda Timur Laut AS baru-baru ini.  Paginya, selepas bersarapan, saya ke Wharton seperti biasa.  Saya perlu menukar kasut yang biasa dipakai kerana jalan penuh dengan salji. Biasanya saya menggunakan sneakers ringan yang dibeli semasa Black Friday tahun lepas. Kasut ini kalis air, jadi berat sedikit. Kalau perempuan, mereka biasa menggunakan boot tinggi yang biasa kita lihat. Salah satu sebab kitaran semula berjaya di negara 4 musim adalah mereka perlu menukar pakaian apabila musim berubah. Pakaian musim sejuk tidak sesuai dipakai di musim lain dan begitulah sebaliknya. Bila tidak sesuai dipakai, dengan rumah yang tidak besar, mereka tidak boleh menyimpan lama pakaian ini di rumah, jadi mereka akan menjualnya di Car Boot Sale ataupun memberinya secara percuma ke kedai kebajikan. Selain itu, relatif harga pakaian baru di UK dan AS boleh dikatakan murah dengan kuasa beli yang mereka miliki, jadinya menukar pakaian lama dengan pakaian baru tidak menjadi masalah buat mereka.   Kita di Malaysia hanya musim panas sepanjang tahun dengan hujan agak lebat di penghujung tahun. Rumah kita di Malaysia tidak sekecil rumah di negara 4 musim pada asasnya. 

Di Malaysia telah ada Car Boot Sale dan Kedai Kebajikan. Di BBBangi, kedai kebajikan, Charity Shoppe dibuka di Medan Pusat Bandar.  Car Boot Sale (CBS) yang terkenal dan mungkin terbesar di Malaysia adalah di Bandar Seri Putra, Bangi. Saya pernah dua kali 'berniaga' di CBS di Bandar Seri Putra. CBS merupakan salah satu komponen penting sisem ekonomi  selain pasar malam, pasar tani, pasar sehari dan Uptown market.  Ia menawarkan pelbagai pilihan barangan  kepada masyarakat dan setiap satunya berada dalam peta pemposisian (Positioning Map) yang berbeza. CBS khusus untuk barang terpakai/second hand. Di UK, saya yakin semua pelajar Malaysia biasa dengan CBS dan 'hidup' dengan CBS selain eBay dan Kedai Kebajikan.  Saya berniaga dua kali di CBS Bandar Seri Putra bukanlah nak cari duit lebih. Sebab ada barang-barang yang sudah tidak digunakan, tak mahu lagi, nak kosongkan rumah, maka kita jual barang ini di CBS. Selain itu, nak 'mendidik' anak-anak dengan semangat keusahawanan, jangan malu berdepan orang ramai, dan belajar membuat jualan. Anak-anak saya memang suka dengan CBS, walaupun dapatlah duit sikit-sikit. Kalau di UK dahulu, ada keluarga yang jual di CBS untuk kosongkan rumah sahaja, bukan untuk untung. Kalau tak mahu jual barang di CBS, jangan buang barang tersebut, berikan secara percuma kepada Kedai Kebajikan. Kitaran barangan inilah yang membantu ahli masyarakat yang susah mendapatkan barang keperluan mereka dengan harga yang murah. Selain CBS, ada free market, pasar percuma. Saya mendapat tahu di Perlis dan UPM pernah berlangsung Pasar Percuma/Free Maket.  Ini satu usaha yang baik, asalkan mereka yang mengambil barang ini tidak tamak, mengambilnya sekadar perlu, dan bukan untuk menjualnya semula. Dalam keadaan rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup yang membebankan, kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan harus memberikan galakan atas usaha-usaha sebegini. Khususnya, Kerajaan Tempatan kerana mereka boleh menyediakan tapak secara percuma untuk Free Market ini selain berkuasa untuk mengawal lalulintas, kebersihan dan parkir, Jangan asyik nak fikir duit, duit, duit semata-mata. Kita hidup bukan untuk duit!!! Gambar seterusnya merupakan pemandangan UPenn dilanda salji ketika saya berjalan kaki ke Wharton pada waktu pagi.


Melintasi 'Jambatan terkenal' ini





Anggaran ketebalan 12-18 inci


Basikal pun tenggelam


Saya belum ubah kereta yang diparkir di tempat lain. Tunggu salji mencair di depan rumah...



Universiti tidak ditutup sepertimana sekolah






Saya mengikuti Kursus Keusahawanan Sosial, kuliah program MBA di Wharton setiap Isnin dan Rabu sehingga awal Mei 2016. Saya bakal terlepas peluang Wednesday Workshop di Wharton pada jam 1200-120 tgh setiap minggu kerana bertembung dengan jadual kuliah Rabu. Walau bagaimanapun, saya optimis, banyak lagi aktiviti yang saya boleh sertai kerana setiap minggu di Wharton memang penuh dan padat dengan pelbagai aktiviti. Itu keistimewaan Sarjana Pelawat di Wharton, selain membuat penyelidikan, saya berpeluang mengikuti sebahagian besar aktiviti di Wharton dan UPenn termasuk kursus peringkat Sarjana mahupun PhD. Kita jangan malu untuk terus belajar. Walau sehebat manapun kita, sudah bergelar Profesor penuh pun, masih lagi kita perlu terus belajar selain menyelidik. Saya teringat Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM sekarang, sudah bergelar Profesor penuh pun, masih sanggup mengikuti pengajian Sarjana Pentadbiran Awam di Harvard University.  

Emel memaklumkan aktiviti keusahawanan mingguan di Wharton/UPenn keluar setiap Isnin pagi, biasanya antara 1000-1100 pagi. Selepas kuliah 1200-120 tengahari, saya kembali semula ke bilik saya di Snider Entrepreneurial Research Center, The Wharton School. Buka emel dan lihat ada aktiviti menarik malam ini, dari jam 630 malam - 900 malam iaitu Y-Prize Grand Finale. Ia merupakan pertandingan Rancangan Perniagaan khusus untuk bidang biomedical engineering technology, menawarkan hadiah sebanyak USD$10,000 kepada Johan. Ini merupakan kali keempat ia dijalankan, di mana pelajar mencadangkan aplikasi komersial yan inovatif berdasarkan teknologi direkacipta oleh penyelidik di UPenn. Pasukan yang menang akan menerima lesen tidak eksklusif kepada teknologi UPenn yang diperlukan untuk usaha-usaha pengkomersilan. Ia terbuka kepada warga pelajar UPenn, dengan bimbingan tenaga akademik dan mentor luar. Nak pergi atau tidak? Ehmmmm, akhirnya saya buat keputusan untuk pergi memandangkan bukan mudah nak dapat peluang sebegini. Ini merupakan kali kelima saya menghadiri taklimat/aktiviti/pertandingan Business Plan Competition di UPenn.  

Memandangkan saya buat keputusan untuk hadir, saya hanya perlu mendaftar dalam talian dan mendapat pengesahan tempat melalui emel. Nak tunggu sampai jam 600 petang di Wharton dan pergi atau balik rumah dahulu. Perut pun dah berbunyi, walaupun telah menghabiskan bekalan makan tengahari sebelum kuliah tadi. Jadinya, saya balik dahulu, singgah mengeluarkan wang di bank,  jalan kaki ke agensi rumah sewa untuk bayar sewa rumah, singgah di Supreme untuk beli roti. Dah 3 hari roti di Supreme habis bahana Ribut Jonas. Saya sampai di rumah jam 415 petang. Selepas 'makan malam awal' di rumah, bersolat Maghrib bersama isteri dan anak-anak, saya keluar dari rumah jam 545 malam, dengan suhu serenah 0 celcius dan menuju ke Smilow Translational Research Center. Jarak dari rumah ke Smilow Translational Research Center lebih kurang 1.5 batu. Jarak dari rumah ke Snider adalah 1 batu. Sampai di Smilow dan bertanya tempat pertandingan, saya sudah berjalan kaki sejauh 3.5 batu (1+1+1.5).

Saya terus menuju ke Smilow Center Auditorium, tempat pertandingan berlangsung. Sekitar 50-60 orang hadir untuk program ini.  Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas penganjur dan setiap pasukan yang memasuki pertandingan akhir diminta membuat pembentangan sekitar 15-20 minit dengan sesi soal-jawab 10-15 minit. Saya suka cara majlis dianjurkan, ringkas, mudah tetapi berkesan.  Kita di Malaysia banyak sangat protokolnya, apatah lagi kalau yang datang VVIP bertaraf Menteri. Yang penting adalah kecekapan dan keberkesanan program, itu nilai tambah yang tinggi. Apabila kita menjemput VVIP, banyak masa dan wang dihabiskan untuk protokol, persediaan, makan-minum, cenderamata dan lain-lain. Saya tidak kata jangan jemput VVIP atau Menteri. Tetapi kita perlu halusi keperluan menjemput VVIP dalam program kita, penting atau tidak, membazir atau tidak, adakah ia memberikan nilai tambah yang tinggi dan lain-lain sebab. Banyak program kita di Malaysia 'suka kepada gimik', pecahkan ais, pancaran laser dan 1001 gimik. Bagi saya gimik tidak perlu untuk aktiviti ilmiah, sebahagian besar aktiviti anjuran kerajaan. Soalan saya mudah, Apa untungnya menghabiskan berpuluh ribu ringgit untuk gimik 1-3 minit? Jadinya, kita perlu mengubah budaya penganjuran aktiviti kita agar ia ringkas, mudah, tidak membazir, efisien dan memberikan impak yang tinggi. Tidak semua aktiviti memerlukan Jemputan VVIP  dan ada yang memang perlu kepada VVIP datang. Contoh adalah Taklimat TPPA, saya kira kesudian YB Dato' Mustapha Mohamed turun padang adalah perlu dicontohi kerana signifikan TPPA kepada negara, ia adalah satu isu besar kepada kesejahteraan rakyat, masyarakat dan kelangsungan kedaulatan negara. 



Satu yang menarik adalah ia merupakan kolaborasi Penn Engineering, Wharton, Wharton Entrepreenurship dan Penn Center for Innovation. 


Ucapan ringkas penganjur, termasuklah mengucapkan terima kasih kepada mereka yang khusus terllibat dalam menjayakan program ini.

Kumpulan Pertama yang membuat pembentangan adalah Fermento. Industri yang bakal diceburi Fermento 'adalah haram' kepada umat Islam kerana ia adalah industri arak (US$20 bilion setahun di AS). Di sebalik industri yang 'haram ini', apa yang saya belajar adalah 'time for fermentation' sekarang mengambil masa selama 3 minggu dan Fermento dengan menggunakan teknologi baru ini dapat memendekkannya kepada 7 hari sahaja. Apa yang ditawarkan Fermento adalah process advantages, bukan satu produk baru tetapi proses baru dengan teknologi baru dalam menghasilkan produk yang sama.

Fermento applies Penn's proprietary droplet-maker technology to speed up the production process used by the US$520 billion global beer industry to make beer.....Through microfluidic-based production, Fermento can speed up fermentation by up to 9 times that of existing batch reactors while maintaining alcohol quality and composition at an industrial scale..... salin dari Buku Program


Kandungan pembentangan meliputi Pain Points, Solutions, Proof of Concept, The Timeline (Year 1 - Crafting;  Year 2-5 Establish; Year 5 ++ Global B2B Brand),  Pilot Client, Revenue Forecast, Pilot Test post R&D. Produk ini merupakan produk B2B (untuk pelanggan perniagaan) dan pelajar dibimbing oleh sekumpulan Board of Advisor.  Untuk diri saya sendiri, saya 'masih baru' dengan Rancangan Perniagaan bagi bidang bioteknologi, Apps dan berkaitan. Antara yang saya belajar dalam pembentangan ini adalah pentingnya Proof of Concept dan Pilot Clients.


Ini merupakan kumpulan kedua, VivaVaccines. Pembentangan meliputi The Problems (based on data and statistics), The Solution (berdasarkan microfluidic technology), dan The Market, Competitor Analysis (VivaVaccines advantages are faster, better & cheaper), Kemudiannya diikuti dengan Business Model yang merangkumi 1)Proof of Concept  2)Pre-market testing  3)Market entry 4)Expansion.  selain siapa pembekal,  saluran pengedaran yang dicadangkan iaitu tradisional dan online serta Financial Analysis

VivaVaccines ia a needle-free skin-patch vaccine delivery system that uses microfluidic manufacturing to improve the quality and cost of vaccines.......Without this reliance on needles, sharps disposals, or provider availability, VivaVaccines can dramatically alter the efficiency, effectiveness, and accessibility of vaccines.    (salin dari Buku Program)

Saya bukanlah arif nak cerita tentang produk kumpulan ini, ringkasnya adalah Patches replace needles, plaster ganti jarum. Satu yang menarik adalah ketakutan manusia mengambil ubat apabila perlu dicucuk dengan jarum, maka VivaVaccines mencadangkan Patches yang boleh 'mengalirkan' ubat ke dalam tubuh badan walaupun ditampal di atas kulit sahaja. Menarik!!! Ujikaji dan kajian awal menunjukkan produk ini lebih cepat dihasilkan, lebih murah untuk dihasilkan dan lebih berkesan. Teknologi sebegini mungkin belum ada/dimajukan sepenuhnya di Malaysia. Mereka juga menawarkan Tawaran Awal kepada Pemodal Teroka (Venture Capitals), dan anda perlu belajar tentang konsep pre-money valuation.

Kumpulan ketiga adalah Amsterdam Fluidics.

Amsterdam Fluidics offers a novel technology to encapsulate drug.  Our trechnology allows quick and easy onsite drug encapsulation and delivery in a patient's room, bypassing high-cost manufacturing and the need for refrigerated transportation......also allow for vital encapsulated drugs to be easily transported  and delivered to patients all across the world. (salin dari Buku Program)

Kumpulan ini mencadangkan penambahbaikan kecekapan pengeluaran ubat, penggunaan 17 mesin digantikan dengan 1 chip, kos US$25 menjadi 50 sen dan tempoh pengeluaran 5 hari menjadi 12 jam. Wow!

Antara pembentangannya meliputi Financial Timeline, Product Timeline, dan Financial Analysis. Mereka dibantu mentor  dari Venture Capitalist, R&D Company, Entrepreneur dan seorang Associate Director di FDA. 

Kumpulan ini palng menonjol dari segi gaya pembentangan, tetapi adakah mereka akan muncul sebagai pemenangnya? Salah satu soalan dari juri adalah What are the unmet needs? Ini satu soalan penting jika anda ingin menghasilkan produk untuk masa depan. Jika anda tidak dapat menjawab soalan ini, produk anda belum benar-benar baik 'untuk masa depan'.

Sebahagian hadirin yang hadir dari pelbagai latar belakang 

Memandangkan ia pertandingan akhir, saya berpakaian agak formal. Misai saya yang dipotong sebelum datang ke AS sudah panjang semula dan membentuk 'misai sifu', trademark saya.

Ada 6 orang hakim yang terlibat. Setiap seorang diberi peluang bertanya soalan 'sehingga puas' sebelum mikrofon diberikan kepada hakim lain.

Dalam jam 800 malam, pembentangan sudah berakhir. 

Saya sempat ambil gambar ini. Sumbangan alumni amat penting untuk kelansungan dan 
kelebihan bersaing universiti

Seperti biasa program di Upenn/Wharton, ada sedikit makan-minum.

Ini menu saya...telan ja...

Majlis pengumuman pemenang diadakan di luar auditorium, bersebelahan tempat makan-minum

Ketua Hakim memberikan ulasan ringkas dan mengumumkan pemenangnya

Johan jatuh kepada  Fermento

Kita boleh membaca di internet bagaimana sebuah Business Plan Competition dijalankan, tetapi ianya tidak sama apabila melalui sendiri pertandingan sebegini, apatah lagi berkaitan teknologi. Di Malaysia, saya sendiri melalui Persatuan Francais Malaysia (MFA) telah menggerakkan  Franchise Business Challenge bermula pada tahun 2014, sebuah Pertandingan Rancangan Perniagaan untuk Perniagaan Francais sebagai 'baby saya'. Di dalam UKM, saya telah menilai lebih 150 Rancangan Perniagaan oleh para pelajar prasiswazah dan siswazah. Namun, ini tidak menghalang saya untuk terus belajar dan terus belajar. Semakin kita berilmu, maka semakin kita tidak berilmu, Carilah maksudnya....

Saya sampai di rumah dalam jam 915 malam, saya agak keletihan, berehat sekejap sebelum mendirikan Solat Isyak. Saya telah berjalan sejauh 8 km hari ini (5 batu), pergi-balik ke Wharton (2 batu) dan pergi-balik ke Smilow (3 batu). Anak-anak dah tidur kecuali Nazim. Melihat saya keletihan, saya memberi nasihat kepada Nazim, "Bukan mudah untuk berjaya,  bukan mudah menuntut ilmu". Moga-moga Nazim faham suatu hari nanti. Rakan saya di Facebook, Sdr Halimy Soffyu bertanya apa perbezaan pelajar di UPenn dengan pelajar di Malaysia? Saya tidak boleh membandingkan epal dengan epal. Dalam pada saya 'menerima ranking' universiti mengikut Barat, saya bukanlah totok kepada ranking, ia sekadar satu penilaian agar  universiti di Malaysia terus bergerak maju. Sebagai Muslim, saya juga melihat pencapaian Universiti dalam konteks dan kacamata Islam, sebagai sebuah institusi ilmu yang  menjana, menyelidik dan menyebar ilmu kepada manusia, agar manusia semakin tunduk dan patuh kepada Penciptanya, bukannya menjadikan dunia sebagai matlamatnya. Saya seorang yang sederhana, maka saya menerima sebahagian konsep Universiti mengikut Barat  tetapi saya timbang dan seimbangkan ia menurut Islam, berada dalam konteks Islam.

Pelajar di UPenn umumnya lebih bermotivasi, lebih berkeyakinan, membuat persediaan dengan lebih baik, analisisnya lebih terperinci dan tuntas, dan penyelesaiannya mungkin tidak difikir oleh pelajar di Malaysia. Kuliah di Wharton yang saya hadiri bukannya berbentuk 'kuliah', bukannya satu syarahan yang panjang tetapi satu perkongsian pengalaman sebenar tenaga akademik tentang dunia luar yang mereka hadapi, satu diskusi dan interaksi yang menarik dan berkesan. Ia mencabar minda agar terus berhujah dan berhujah, bukan untuk mencari kemenangan tetapi melatih otak untuk terus berfikir dan mensintesis idea baru. Pensyarah tidak mengajar apa ada di dalam buku/teks yang dicadangkan, anda perlu membaca sendiri apa ada di dalam buku/teks. Anda perlu membaca juga berbelas dan berpuluh artikel lain dan bersedia membahasnya di dalam kuliah. Hasil yang diingini adalah suatu yang praktikal dan nyata, bukan suatu yang kompleks dan tidak mungkin dapat dijalankan.

Saya pernah dan berpengalaman mengajar pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di UKM-GSB dan Sarjana Keusahawanan dan Inovasi di FEP UKM. Kalau saya lakukan apa yang tenaga akademik di Wharton lakukan di UKM dan di universiti lain di Malaysia, maka saya mungkin akan dinilai sebagai 'tidak mengajar' dan mendapat skor pengajaran yang rendah. Saya tidak mahu mengulas panjang, nanti 'marah' mantan pelajar saya yang membaca tulisan saya ini. Apatah lagi, saya tidak bermaksud membuka banyak kelemahan orang  Malaysia di dalam blog ini, Sebaliknya saya berniat menabur kisah dan cerita positif untuk sama-sama kita belajar. Satu ringkasan dari saya, "Kita di Malaysia perlu terus mengubah sikap, bekerja bersungguh-sungguh untuk berjaya, tiada jalan mudah untuk berjaya, lebih susah kita belajar, lebih banyak kita belajar". Moga itu menjawab soalan Sdr Halimy Soffyu. 

Apa yang saya belajar dari Pertandingan Akhir ini? Banyak yang saya belajar, antaranya yang boleh dikongsi adalah Pain Points (dalam Rancangan Perniagaan konvensional, kami menggunakan konsep Masalah/Problem)  Proof of Concept (perlu mencukupi dan menyakinkan), pentingnya Pilot Client, perlunya melibatkan Pemodal teroka, Syarikat R&D, usahawan teknologi dan Pegawai kerajaan di industri berkaitan dalam menjadi mentor kepada sebuah Rancangan Perniagaan berasaskan teknologi. Dalam Rancangan Perniagaan melibatkan Apps yang saya hadiri pada 19 November 2015 yang lalu, Syarikat berasaskan IT dan Apps dijemput untuk memberikan sumbangan/imput. Jumpa lagi, wassalam.

Thursday, 21 January 2016

Coffee & Capital with Joe Herbst of Robin Hood Ventures

Coffee & Capital with Joe Herbst of Robin Hood Ventures
WHEN
: January 20, 8:00 – 9:30 am
WHERE: Quorum, University City Science Center, 3711 Market Street, Suite 800
Coffee & Capital brings an investor to Quorum each month to meet with a small group of entrepreneurs over coffee and a light breakfast for an informal Q&A session about funding and pitching. This program is sponsored by Duane Morris LLP. Since 1995 Joe has served as CFO at a number of early stage technology companies and has experience in manufacturing, software, financial services, ecommerce, digital media and consumer products companies. He has been an active angel investor since 2004 and currently serves as a director on the boards of DailyWorth.com, Robin Hood Ventures and a consumer products company. 
Register: http://sciencecenter.cal.basecampbusiness.com/node/2148956 

Assalamu'alaikum dan selamat berinovasi,

On January 20, 2016, I attended an event at Quorum, University City Science Center, 3711 Market Street, Suite 800. As the event will start at 800am, I need to come out from my home before 730am. The weather was pretty cold, I think about -5/-6 celcius. It is not easy to walk in this type of weather. But as I know it is also not easy to have the  opportunity to attend this kind of event, I pushed myself to walk in this cold weather for 35 minutes. Alhamdulillah, safely arrived at Quorum at 805am and the session was almost ready to begin. One thing of morning event @Quorum, coffee, tea, fruits and breakfast are always available for you, self-service. This event such a like of Teh Tarik Session organized by MFA...he3... Even I had my breakfast already,  I took some coffee and fruits. Rezeki jangan ditolak. 

Kat AS ni, dalam kuliah, waktu aktiviti macam ni, OK ja minum-minum dan makan-makan semasa kuliah/aktiviti berlangsung.  Ini berbeza dengan Malaysia dan UK. Dalam kuliah di Wharton, OK ja pelajar makan dengan lahapnya sambil dengar kuliah...he3... Students can bring laptops during lecture and taking notes... Kat Malaysia, pelajar bawa laptop dalam bilik kuliah tapi main game...


Brief welcome by organizer

About 30 participants attended this event

The session was very simple, Joe Herbst gave a little bit preview of his company and Q&A session.

Audience came from variety of background


Actually, this event was an interactive session with Joe Herbst, well experience Business Angel/Investor. As this session was based on Q&A, below are some points taken during the session. Some points are advice for entrepreneur (E) before applying fund/capital from Business Angels/Venture Capitals and others are answers from Angels' perspective (A) in assessing proposals from entrepreneurs.

How much your own money you spent? (A)

How much you pull your own money to put in? (A)

The main idea is they trust you, not the money they promise. (A)

Careful before making any promise (E)

Preferred capital efficient business (E)

Grab the opportunities - depends on our group, who interested in your project (A)

We would not venture in any industry that we have no specialist in our group (A)

We look for convertible stock (A)

We are 40 individuals get together to pool fund (A)

Every one look at your team, do the due diligence, each made their own decision. (A)

Due diligence - team assessment is important, relevant experience in industry is important, domain knowledge of the founder is important (A)

We look those who live in the industry and how to solve the problems. (A)

The youngest CEO/Founder of company we invested was 25 years old. (A)

Business Plan must has Executive Summary (E)

Prepared for 45-65 questions for on your pitching (E)

We look 7-8 years from now to harvest our investment (A)

We have 4-6 new investment per year. (A)

No age limit for CEO (E)

We look into business that have the opportunity to scale, enter new market. (A)

B2C - capital inefficient, we prefer B2B. (A)

It's good to engage with Ben Franklin Technology Partner (E)

On capital, match to match; 25K to 25K (E)

Is that technology is ready to go? (A)

We conduct technology risk, entrepreneur risk and financing risk. (E)

Regulatory risk --> we don't invest in that industry, i.e. Drone. Let Google and big players invest. (A)

110% Projection is always wrong, but you must do your projection. We learn how you learn from market from your projection. (A)

Tips to start a Business Angel? 1)You invest in a business/industry that you know  2)Diversify your investment. You will have more losers than winners. But the winners really win. (I asked this question...he3)

We look the market should be 10 times than the capital (A)

One lady asked about funding for manufacturing facility. They have technology for anti-corrosion....WOW!!!

We look for 12% - 16 % IRR; 4 to 10 years on investment. (A)
*Please read about Internal Rate of Return (IRR) for those who have little understanding about finance.

When we invest, we will structure the company, have a BOD and we have one of the seat in BOD (minimum). (E)

We receive quarterly Financial Statement (A)

There are differences between East and West Coast Angels. Joe talked about East Coast Angels (Los Angeles, San Francisco etc) who are more risk taker.

90 days for application process. We expect you to present within 20-30 days after submitting your application. (E)

We ask potential customer to comment on your product. (E).

Alhamdulillah, after finishing this event, I went to Wharton to attend a class. I take one MBA course (Social Entrepreneurship) this semester as PhD courses are quite a 'dull courses'.  Even though I can learn social entrepreneurship through those books I bought from Amazon, it's better to learn from a specific guru.(bertalaqqi).  Learning has no limitation in terms of age, position, status etc.


I have this idea of Bangi Business Angels about two years ago, but hold it  as I intended to pursue my post doctoral first. Before I came to US, my friend introduced me to Malaysian Business Angels Association (MBAA). But you need a minimum monthly income of RM15K to qualify as a member of  MBAA, and I am not qualified yet... I know how to qualify myself, but I have different idea (Bangi Business Angels).  Alhamdulillah, my attachment @Wharton exposed me with so many and variety of entrepreneurial activities. Anybody interested to join Bangi Business Angels, please wait for me yeah!  I don't need many Angels, not 40 members as Robin Hood Ventures to kick-off, may be just 15-20 committed members. I also need a lawyer, accountant, bankers in Bangi Business Angels. Wassalam. 


  


Sunday, 17 January 2016

Kesusahan dan Kemiskinan Itu Suatu Sumber Kekuatan

Assalamu'alaikum dan selamat bercuti,

Semalam, 16 Januari 2016, Sabtu, kami menghantar Sdr Azhari, isterinya Dr. Puteri dan anak-anak mereka balik ke Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy, New York. Ini kali pertama saya ke LTAB JFK di New York. Perjalanan sekitar 180 km mengambil masa dalam 2 jam 15 minit dari Philly. Ketika kami sampai di Philadelpia pada 25 Oktober 2015, kami menumpang bermalam di rumah Sdr Azhari selama 3 malam. Orang Putih kata, "What goes around comes around". Sebelum balik ke Malaysia, Sdr Azhari Sekeluarga pula menumpang bermalam tiga malam di rumah kami. Itulah putaran kehidupan. Budi Yang Baik Dikenang Jua. Dalam dekat 3 bulan kami di Philly, keluarga Sdr Azhari merupakan jiran terdekat kami di Philly, beliau di 44th Street, kami di 46th Street, sempatlah kami bersama-sama ke pelbagai Pasar, Wal-Mart, ChinaTown, Rochester, Air Terjun Niagara, Buffalo dan yang terakhir ke Ohio. Terasa sedih dalam gembira. Sedih kerana kehilangan sahabat dan keluarga yang rapat, dimudahkan Allah berkongsi nilai dan prinsip hidup yang sama. Gembira kerana masih dikelilingi rakan-rakan keluarga Malaysia, Sdr Bob dan Afia, Sdr Fadhli dan Aimy, Abang Suhaimi sekeluarga, Sdr Ajib sekeluarga, adik-adik di Drexel University dan Temple University selain komuniti Muslim setempat.

Saya sekeluarga pernah menjalani kehidupan tanpa komuniti Malaysia selama kira-kira setahun setengah  di UK. Sewaktu itu, kami di Southend-On-Sea, sebuah bandar dalam County Essex, timur laut London. Kami sampai di London pada hari Jumaat di penghujung Bulan September 2006, dalam bulan Ramadhan. University of Essex telah mengaturkan sebuah van untuk mengambil kami di LTAB Heathrow. Agak lama urusan imigresen ketika itu, saya dan isteri perlu menjalani pemeriksaan kesihatan semula, nasib baiklah van yang dijanjikan masih setia menunggu. Terima kasih kepada kakitangan MAS di LTAB Heathrow yang tolong mengambil beg dan menyusun di satu tempat. Pihak Universiti menempah satu bilik yang besar di sebuah hotel kecil selama dua malam, sementara menunggu kami mendapat rumah sewa. Kehidupan setahun pertama di Southend-On-Sea memang susah. Gaji pegawai dan kakitangan kerajaan di Malaysia tidak banyak mana ketika itu (Sebelum YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi menaikkan kadar biasiswa pada penghujung 2007 dan menaikkan gaji kakitangan kerajaan pada tahun-tahun seterusnya; terima kasih banyak-banyak YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi). Dengan gaji yang tidak banyak mana (ditolak bayaran untuk pinjaman rumah), dengan kadar pertukaran ketika itu GBP 1 = RM6.8-7.00, berapalah banyak mana sangat duit yang boleh dibawa ke UK. Masalah lebih besar adalah kadar biasiswa yang tidak mencukupi. Jumlah biasiswa untuk suami-isteri dan  3 anak ketika itu adalah GBP848 sebulan. Sewa rumah sahaja sudah GBP500-600 sebulan di Southend-On-Sea. 

Sampai di Southend-On-Sea, selepas agak pagi dan cerah, pada pagi Jumaat yang penuh berkat itu, saya keluar ke Bandar dengan berjalan kaki, tidak jauh, dalam 400/500 meter. Pertamanya, saya membeli Kad Sim prabayar untuk telefon. Seterusnya, saya telah mencari melalui internet sebelum ke UK dan mendapat alamat sebuah masjid di Southend-On-Sea. Dengan bertanya dan menaiki teksi, saya sampai di Masjid tersebut (Masjid Pakistan) sekitar jam 1000 pagi. Saya mengetuk pintu rumah imam di Masjid tersebut  dan menceritakan keadaan kami yang baru sampai dari Malaysia dan mencari rumah sewa. Imam menyuruh saya menunggu masuk waktu Jumaat kerana beliau akan meminta seseorang membantu saya ketika itu. Alhamdulillah, selepas Solat Jumaat, Sdr Tariq (orang yang dimaksudkan Tuan Imam) berjumpa saya. Setelah berbincang dan saya sendiri tiada pengalaman di UK, kami bersetuju untuk menyewa dua bilik tingkat atas sebuah restoran ayam (Tasty Chicken)

Kami menyewa dua bilik tingkat atas Tasty Chicken, Southend-On-Sea. 
(Gambar ihsan Google Image)

Alhamdulillah, hari pertama kami telah mendapat 'rumah sewa', walaupun terpaksa berkongsi dapur dan lain-lain dengan penyewa seorang lagi. Pada hari kedua kami di UK, saya bertanya kepada Receptionist hotel kami tentang syarikat yang menjual kereta terpakai. Saya mendapat satu alamat. Kemudian saya telah ke Bandar lagi dan mengambil teksi untuk ke Used Car. Setelah melihat beberapa kereta terpakai yang ada, saya mengambil keputusan membeli Nissan Primera dengan harga GBP600.  Dalam setahun lebih juga kami menggunakan Nissan Primera ini sebelumnya ianya mula menimbulkan masalah. Setelah dua malam bermalam di  hotel kecil itu, kami berpindah ke rumah sewa kami ini. Ini dimudahkan dengan saya dah ada kereta. Dengan Nissan Primera itulah, kami ke Tesco membeli bantal, sarung bantal, toto/lembek - istilah orang Utara, periuk nasi, pemanas air, 'Moulinex' dan lain-lain barang keperluan asas.  Setelah 1-2 bulan berkereta, baru saya membeli insurans kereta sebab saya sendiri tidak arif tentang sistem insurans di UK, nasib baik tak pernah kena saman sebab tiada insurans,,,he3. Terasa 'penat juga' bayar insurans kereta kerana sama dengan harga kereta, yakni GBP600 setahun. Saya tiada rakan nak bertanya tentang teknik dan taktik beli insurans kereta ketika itu. Semua urusan di UK saya belajar sendiri, semua buat sendiri, cuba-cuba sendiri, kalau betul, betullah, kalau menjadi, menjadilah, kalau teruk, terima sajalah. 

Hari Raya Aidil Fitri yang pertama di UK (24 Oktober 2006), kami beraya sekeluarga sahaja. Paginya Solat Raya di Masjid Pakistan, kemudiannya saya 'lari ke kuliah sekejap' kemudian petangnya kami ke Taman Bunga di Southend-On-Sea untuk ambil gambar. Pelik Orang Putih melihat kami sekeluarga dengan pakaian yang jarang mereka lihat.  Waktu ini, belum beli kamera digital, nasib baik ada Orang Putih yang sanggup ambilkan gambar kami.  Ia satu kenangan yang indah dengan paginya kami menyambut Aidil Fitri dengan makan nasi goreng tanpa sebarang kuih raya, lemang mahupun ketupat.  Isteri saya mengadu, tak ada kawan bersembang. Jadinya, Hari Raya Aidil Adha pada Disember 2006, kami ke London. Dua malam kami menginap di rumah rakan saya dari UKM, kini Prof. Madya Dr. Hjh Faridah Abdul Jabbar di Timur London. Pagi Raya Aidil Adha, kami menaiki keretapi/Tube ke Malaysian Hall di Kota London. Kami bersolat Raya Haji dengan komuniti kecil warga Malaysia (dan sebahagian kecil warga asing) di Malaysian Hall.


Anak ketiga, Muhammad Kamil Nurullah baru berusia 3 bulan ketika ini

Biarpun kesedihan tanpa sanak saudara, saya bahagia kerana dapat bersama isteri dan anak-anak. Merekalah penyumbang kekuatan kepada saya sepanjang di luar negara walaupun anak-anak menimbulkan banyak ragam juga...he3...



Kehidupan dua bulan pertama di Tingkat Atas Tasty Chicken tidaklah mudah. Rumah ini masih rumah lama, single glazing, di celah-celah tingkap, sepoi-sepoi angin menyusup masuk ke bilik sewa kami. Diburukkan lagi keadaan, tiada pemanas di rumah ini. Kami berpuasa dalam kesejukan, tidur dalam kesejukan. Pernah ketika suhu semakin sejuk (walaupun masih musim luruh, bukan musim sejuk), kami tidur empat lapis baju, dari Long John, baju biasa, baju panas, dan baju sejuk tebal musim sejuk dan berselimutkan duvet (lembek/toto) Memang terasa susahnya, apatah lagi nak bangun masak untuk sahur, kejutkan anak bersahur dengan apa saja yang ada. Satu kisah yang saya selalu ceritakan sebagai pengajaran adalah sebiji telur goreng dimakan dua kali sehari. Sebiji telur ini digoreng biar besar, nipis sedikit, dah siap potong lapan. Empat bahagian dimakan saya anak-beranak waktu siang, dan bakinya pada waktu malam (Anak bongsu, anak ketiga ketika itu hanya menyusu susu ibu). Malam minggunya juga memekakkan telinga dan mengganggu tidur kami. Malam Sabtu dan Ahad, Orang muda (Orang Putih), berkumpul di depan Tasty Chicken, berborak, menyanyi, mabuk, bergelak-ketawa, sehingga ke pukul 3-4 pagi. Kami buat apa? Terima sajalah...

Dua bulan ini, saya belum menyekolahkan anak-anak kerana saya ingin berpindah ke rumah lebih baik, belum tahu sistem persekolahan di UK, dan saya sedikit sibuk dengan urusan pendaftaran dan pengajian PhD. Pengajian PhD tidaklah mudah seperti saya tulis dalam  artikel sebelumnya. Dengan kampus baru dibuka, dengan menyewa bangunan sementara, dengan kemudahan yang setakat ada, dengan macam-macam tak ada itulah saya menempuhi pengajian PhD di tahun-tahun awal di University of Essex, Southend-on-Sea,  Kini, dalam tahun 2009, kampus Southend-on-Sea  telahpun siap dengan bangunan canggih di High Street dengan kemudahan asrama yang juga canggih (siap 2010). Beruntung pelajar sekarang. Begitulah juga dengan Malaysia, beruntung rakyat sekarang, berbanding generasi 1950-1970-an. 


Kampus ini bersebelahan High Street, pusat tumpuan utama membeli belah di Southend-On-Sea (Gambar ihsan Google Image)

Pintu utama Bangunan Kampus Southend-On-Sea (Gambar ihsan Google Image)

Bangunan asrama dari jauh, dalam 300-400 meter dari Kampus (Gambar ihsan Google Image)

(Gambar ihsan Google Image)

Saya pernah 'menyewa' asrama ini ketika datang untuk viva dan konvokesyen 
(Gambar ihsan Google Image)

Kehidupan di tahun pertama di UK memang memeritkan. Dengan kesejukan kali pertama ditempuhi, biasiswa yang tidak mencukupi, kehidupan kami 'sama seperti orang miskin' di UK.  Kami memang makan sekadar kenyang, cukup dengan satu lauk dan satu sayur. Kalau buat kari tu, kuahnya ceroi sahaja. Ayam potong kecil-kecil, masing-masing ambil satu bahagian saja.  Hampir setahun kami tidak makan ikan kerana ikan jauh lebih mahal berbanding ayam (ketika biasiswa belum dinaikkan). Nasib baik roti berbuku ada (Roti Mengali kata orang Utara), roti 28 pence  di Sainsbury's. Roti sebuku 28 pence dengan gandingan jem strawberry sebotol berharga 20-30 pence itulah menjadi roti dan makanan kegemaran kami walaupun agak keras dan kurang sedap. Nasib baik ada barang-barang murah di pelbagai pasaraya. Jem, pampers, tepung, gula, beras, apa saja makanan, kami beli semua yang murah-murah saja/paling murah, Nasib baik juga ada kedai Poundland dan PoundWorld yang menjual semua barang dengan harga GBP1. Inilah kedai kegemaran kami untuk berbelanja dan nak rasa biskut juga, asyik makan roti saja. Dapatlah kami makan biskut tiga bungkus satu GBP di Pound World dengan tiga jenis perasa sampai jemu juga dibuatnya.  Saya kemudiannya mendapat tahu tentang Pasar Tani berdekatan Stadium Southend-On-Sea yang menjual sayuran dan buahan murah. Tipnya adalah pergi selepas jam 100 tengahari kerana para petani/peniaga akan melelong sayuran/buahan mereka. Di sinilah kami membeli sayuran dan buahan murah. Pernah saya membeli 100 biji pisang dengan harga GBP1, 20-50 epal/limau/mangga dengan harga GBP1, ikut rezekilah. 

Dua bulan menyewa di Tingkat Atas Tasty Chicken, baru kami mendapat rumah sewa yang jauh sedikit dari pusat bandar. Kami boleh mendapat rumah sewa lain dengan agensi pencari rumah, ada banyak agensi cari/sewa rumah di Southend-On-Sea, masalahnya adalah dengan standard di UK. Dengan memiliki tiga orang anak, seorang perempuan (10 tahun), dua lelaki (5 tahun; bayi beberapa bulan), kami disyaratkan menyewa rumah tiga bilik. Sewa rumah tiga bilik ketika itu adalah antara GBP700-GBP900 sebulan, jadi kalau kami sewa, kami ni nak makan apa? Nak puasa setiap hari? Dengan jaringan komuniti Muslim Pakistan dan Bangladesh, Alhamdulillah, kami kemudiannya menyewa rumah  kedua (rumah dua bilik) di Ramuz Drive, Southend-On-Sea dari seorang Bangladeshi. Dengan komuniti Muslim Pakistan dan Bangladesh, kami tidak perlu 'ikut peraturan di UK'.  Di Ramuz Drive, kami tidak membuka pemanas 24 jam sehari kerana tidak cukup duit untuk bayar gas. Kami hanya memasang pemanas 2-4 jam sehari, itupun di bilik tertentu sahaja. Ada banyak lagi kisah-kisah rumah sewa kami, biarlah ia menjadi rahsia dan kenangan kami sekeluarga. Sepanjang di UK, kami berpindah-randah beberapa  kali, menetap di lima buah rumah sewa yang berbeza, yakni empat buah rumah sewa di Southend-On-Sea dan yang terakhirnya di Birmingham (dari Oktober 2008-Jun 2010). Begitulah 'keindahan dan kenikmatan' yang sepatutnya dipaparkan kepada YB Menteri dan Penggubal dasar di Malaysia tentang 'seronoknya' sebahagian pegawai kerajaan bercuti belajar di luar negara. Saya tidak menyalahkan YB Menteri atas masalah sebegini sebab Penjawat Awam yang bertanggungjawab  memberi input/info yang betul kepada YB Menteri, cuma menasihat diri sendiri (sebagai penjawat awam) dan penjawat awam lain bahawa kita tidak boleh kekal statik dengan keadaan/dasar sedia ada. Dunia berubah, zaman berubah, ada dasar perlu ditambahbaik setiap tahun (seperti BRIM), ada dasar perlu ada kajian/penambahbaikan dalam 1-3 tahun dan ada perlu penambahbaikan dalam tempoh 5-10 tahun.  Dalam contoh Elaun semasa Cuti Belajar ini, dengan maklumat di hujung jari masa kini , seharusnya penambahbaikan sistem boleh dilakukan dengan lebih mudah dan cepat  berbanding zaman 1970-1990-an.

Saya mencari kerja untuk menampung jumlah pendapatan (biasiswa dan gaji) yang tidak mencukupi. Banyak tempat juga saya masukkan nama untuk 'Senarai Menunggu'.  Dapat temuduga dengan Curry's, sebuah pasaraya elektronik di UK. Selepas temuduga, saya berjaya jadi jurujual separuh masa, agaknya saya memang ada bakat menjual, he3, namun saya 'tidak jadi' ke Curry's kerana mendapat kerja lain. Semasa menyewa di Ramuz Drive dan mencari kerja separuh masa ini (pelajar sepenuh masa diizinkan bekerja 20 jam seminggu rasanya ketika musim pengajian dan 40 jam ketika musim cuti), kami terjumpa sebuah Rumah Orang Tua di Southend-On-Sea (House for The Elderly People). Pemilik dan pengusaha Rumah ini merupakan seorang wanita warga Malaysia berbangsa India yang sudah menetap di UK melebihi 30 tahun. Saya berjaya mendapat kerja di sini. Saya bekerja tiga hari seminggu, dalam 12 jam seminggu. Memandangkan UK mengamalkan polisi gaji minimum, jumlah pendapatan 12 jam seminggu pun bolehlah menampung sedikit belanja kami. Satu saja nasihat saya berikan kepada anak sulong dan kedua ketika itu, "Jangan minta apa-apa" dan anak-anak saya akur, tidak minta apa-apa walau ke mana kami pergi. Baju uniform sekolah, pakaian musim sejuk, dan sebahagian besar  barang kami beli dari kedai kebajikan (Charity Shop) yang banyak di Southend-On-Sea dan beberapa Car Boot Sale. Dapatlah beli pakaian dan lain-lain dalam lingkungan harga GBP1- GBP5. Memang kena beli pakaian sebab kita tidak akan bawa pakaian yang banyak dari Malaysia apabila sambung belajar ke luar negara.

Banyak pengalaman menarik bekerja di Home for The Elderly People selama beberapa bulan sebelum saya memutuskan untuk berhenti kerja kerana hendak fokus kepada pengajian PhD dan kadar biasiswa telah dinaikkan. Ada sekitar 17/18 orang tua ketika itu. Selepas menghantar anak ke sekolah, saya sampai di Home  for The Elderly People sebelum jam 800 pagi dan bekerja sehingga jam 1200 tengahari. Saya akan menyuapkan sarapan pagi ke sebahagian orang tua di situ, bersama seorang lagi Wanita Orang Putih.  Biasanya sarapan pagi mereka adalah makanan bijiran. Selepas bijiran, bagi mereka minum pula, Ada yang boleh minum/makan sendiri dan ada yang tidak boleh. Madam, pengusaha Rumah ini memberikan satu tip saja kepada saya, "Anggaplah mereka seperti Atuk/Nenek kamu". Jadi nak banyak bersabar apabila melayan kerenah orang tua ini. Ada yang kuat makan, ada yang tidak mahu makan tetapi 'perlu diberi makan', ada yang tidak kuat makan. Selepas habis sesi sarapan pagi, saya membawa piring, cawan, mangkuk ini ke dapur untuk dibasuh, dilap dan dikemaskan. 

Sebelum itu, saya perlu membayar GBP40 untuk 'Pemeriksaan Polis' sebelum diterima bekerja sebagai Care Assistant.   Panjang juga borangnya perlu diisi, dan apabila Polis 'mengesahkan' saya bukan penjenayah, baru saya boleh diambil bekerja di Home for The Elderly People. Selepas makan-minum, saya akan mengemas tempat makan  dan 'memasang muzik lama' untuk orang tua ini mendengar dan 'menidurkan mereka'. Ada yang nak ke tandas, jadi saya dan Wanita Orang Putih seorang lagi (dah lupa namanya) akan mengangkat mereka perlahan-lahan sama ada ke atas kerusi roda atau memimpin ke tandas. Kalau kerusi roda, kami akan sorongkan ke dalam bilik air, dan mengangkat mereka  ke atas mangkuk tandas dan....tak boleh cerita ye...  Kalau pimpin, kami berdua pimpin perlahan-lahan ke bilik air, dan bagi duduk di atas mangkuk tandas. Kalau yang dah tua sangat tu, apabila mereka 'siap' di atas mangkuk tandas (tandas duduk), nak kena bunyikan 'macam orang buang air kecil' supaya mereka buang air kecil.... Banyak kisah menarik bab bilik air/tandas ni dan kisah di Rumah Orang Tua ini, biarlah ia menjadi kenangan saya seorang sahaja....he3... Ada teknik yang khusus mendirikan, memimpin, menurunkan ke atas mangkuk tandas, mendudukkan di atas kerusi roda dan mendudukkan di atas kerusi/sofa yang disediakan untuk orang tua ini yang saya pelajari daripada Wanita Orang Putih. Sebelum keluar jam 1200 tengahari untuk ke Universiti, biasanya saya akan menyuap (dengan sudu dan garpu) makanan tengahari kepada nenek-nenek ini, jika berkesempatan. 

Selain mendapat sedikit upah, belajar bersabar, memahami ragam nenek-nenek (seorang saja lelaki tua di rumah itu), banyak pengajaran kepada saya bekerja di Rumah Orang Tua ini. Saya simpulkan dalam bahasa mudah, mak/ibu/bonda kita, pak/ayah/ayahanda kita, kalau boleh, biarlah kita yang menjaganya ketika mereka di usia tua. Memang susah menjaga orang tua, tetapi lebih susah ibu mengandungkan kita, melahirkan kita dan ibu-bapa kita membesarkan kita ketika kita masih kecil. Pihak kerajaan diharapkan tidak meniru dasar kerajaan British dalam konteks 'Industri rumah orang tua ini'.  Panjang nak tulis bab 'Industri rumah orang tua ini'. Cukuplah saya rumuskan, ia disalahgunakan oleh rakyat 'untuk tidak menjaga ibu-bapa mereka', 'disalahgunakan oleh pengusaha untuk mengaut untung berlebihan'.

Sudah ada dasar fiskal berkaitan orang tua kita iaitu potongan belanja perubatan, peralatan kesihatan dan lain-lain untuk Cukai Pendapatan Individu, tetapi bagi saya, ia perlu ditambah. Apakah kita perlu khidmat rumah ke rumah untuk 'memantau orang tua di rumah'? Apakah polisi fiskal bersesuaian dengannya?   Apakah kita perlu Transit House untuk ibu-bapa kita yang uzur, tidak berupaya tinggal di rumah semasa suami-isteri pergi bekerja? Apakah polisi fiskal bersesuaian dengannya? Ini sudah ada dalam komuniti Muslim di Singapura dan beberapa lokasi di Malaysia dan kelihatan 'lebih baik' jika tidak terlalu mementingkan keuntungan dan memberi banyak manfaat kepada warga emas. Mantan pelajar saya di FEP UKM pernah mencadangkan konsep perniagaan ini dalam Franchise Business Challenge 2014  dan berjaya menjadi Naib Johan.

Dari segi dasarnya, sudah ada Rumah Kebajikan Orang Tua di bawah kelolaan Jabatan  Kebajikan Masyarakat untuk warga tua yang tidak memiliki waris. Perlu ditambah insentif untuk Rumah Warga Tua kelolaan Badan-Badan Bukan Kerajaan, insentif untuk syarikat korporat terlibat dengan kerja sosial ini, perlu difikirkan bagaimana kelangsungan Rumah-Rumah ini dengan bantuan minimum pihak kerajaan. Dalam konteks Islam, ia berada di bawah sektor ijtimaiy. Pihak  berkuasa berkaitan Zakat dan Baitulmal dan lain-lain pihak boleh memikirkan model baru kelangsungan Rumah Kebajikan sebegini. Saya bagi dua lontaran/cabaran, bagaimanakah mengintegrasikan Badan Bukan Kerajaan/Rumah Kebajikan dengan konsep Keusahawanan Sosial? Apakah kita tidak boleh mengintegrasikan Rumah Anak Yatim, Rumah Gelendangan dengan Rumah Orang Tua/Kebajikan dan menjadikan ia satu model baru? 

Walaupun susah hidup di tahun-tahun awal di UK, Alhamdulillah saya boleh terus hidup, bersemangat, dan tidak menyerah kalah. Ada yang tidak sanggup berjuang dan pulang ke Malaysia setelah sekerat jalan. Ada yang berjuang 4-5 tahun dan pulang tanpa PhD. Ada yang 10 tahun baru habis PhD. Saya melihat isu PhD ini isu unik, setiap calon PhD ada masalah yang unik dan tersendiri. Penggubal dasar haruslah memahami situasi dan konteks setiap calon PhD. Kalau tidak pernah membuat PhD dan menghadapi 1001 kesukaran, adakah anda akan memahami kesusahan dan kesukaran menyiapkan PhD? Ingatlah setiap manusia diberikan ujian yang berbeza. Jangan generalisasikan ujian anda dengan ujian orang lain. Tanyalah calon-calon PhD, adakah mereka ingin pulang tanpa PhD? Saya yakin 100% jawab tidak. Tidak ada calon PhD yang ingin pulang tanpa PhD. Tidak ada calon pelajar di luar negara hatta apa peringkat pengajian yang ingin pulang tanpa segulung ijazah. Tetapi itulah kehidupan. Jatuh gagal kita adalah ujian untuk kita, kita mesti terus menghadapi kehidupan dengan sabar dan positif dengan Allah walau apa hasil usaha kita.

Satu sumber kekuatan saya menghadapi kehidupan sukar di UK adalah latar belakang keluarga yang susah. Semasa arwah Pak masih hidup (Sebahagian Orang Utara gunakan 'Pak' untuk panggilan kepada Ayah), kami memanglah tidak susah. Kehidupan sebagai anak yatim (masih perlu bersyukur ke hadrat Allah sebab bukan Yatim Piatu), setelah peninggalan arwah ayahanda, dengan empat adik-beradik lelaki, 9,7,6 dan 5 tahun bukanlah mudah.  Saya masih teringat bonda mengambil upah membasuh kain di rumah Orang Cina dengan sedikit bayaran. Saya masih mengingati Bonda bercerita, selepas pemergian Ayahanda di awal Ramadhan, pada tahun 1978, menjelang raya, tiada siapa mengambil tahu kehidupan kami sekeluarga di pinggir bandar, cukup makan ke tidak, ada baju raya ke tidak. Dek kasih-sayang seorang Bonda kepada anak-anaknya, Bonda berjalan kaki berkilometer ke Pekan Kulim untuk mencari sepasang baju raya buat kami empat beradik. (sedang tahan sedih ni waktu menulis ni)

Kalau ke sekolah, kami membawa bekalan dalam bekas plastik Tupperware. Antara menunya adalah mee sanggul (popular di Utara). Ada empat bekas plastik, dan diletakkan dalam satu beg plastik, bergilir-gilir kami membawanya ke sekolah. Bekalan air minuman sudah pasti.  Bonda membuat kuih siput dan kuih sagon untuk kami adik-beradik menjualnya di sekolah.  'Setelah ditangkap pihak sekolah', kami berhenti menjual makanan di sekolah. Saya masih ingat, bonda menyediakan bekas Bycream putih merah untuk menyimpan wang hasil jualan kami di sekolah. Kasut sekolah dan Pakaian sekolah akan diwarisi dari abang ke adik, dan ini juga menjadi amalan saya walaupun bergelar pensyarah di UKM. Tidak ada apa yang hendak dimalukan kerana ia satu amalan mulia. Membuang pakaian yang masih elok itulah tidak baik kerana membazir sedangkan anda masih boleh menggunakannya, atau menyedekahkannya kepada orang susah. 

Saya masih bersyukur walaupun tiada berayah ketika berusia 6 tahun kerana adik saya tidak berayah ketika berumur 5 tahun, lagi kecil dari saya. Ramai lagi orang yang jauh lebih susah dari kami. Dalam usia 9 tahun, kami berpindah dari pinggir bandar ke  kampung. Walaupun 'mewarisi kehidupan susah', kehidupan kami empat beradik di kampung memang menyeronokkan. Dengan izin Allah, saya akan ceritakan itu kemudian. Kami adik-beradik kekal keluarga susah. Setiap tahun bonda akan menerima wang zakat di masjid semasa bulan Ramadhan sehinggalah kami adik-beradik 'lepas bekerja'. Di kampung, rumah kami kekal rumah kayu bertiang tanpa rumah bawah/rumah batu dan antara rumah terakhir di kampung 'bertukar' menjadi rumah batu. Setiap tahun juga, adik saya sebagai anak bongsu menerima sumbangan PIBG sekolah, biasanya berupa pakaian. (PIBG tidak bagi kepada semua adik-beradik keluarga susah).  Pada waktu itu juga, ada skim makanan di sekolah dan kami 'boleh bersarapan percuma di sekolah' walaupun jarang bersarapan di sekolah sebab sudah bersarapan di rumah.

Kenderaan kami empat beradik di kampung dari tahun 1981 (tahun balik ke kampung) sehingga 1991 adalah sebuah basikal Raleigh milik arwah ayahanda bapa saudara, Yusoff Bin Khalid. Al-Fatihah untuk Allahyarham Ayahanda Yusoff Bin Khalid, yang walaupun tidak sihat dalam kehidupannya, banyak mengajarku dalam subjek Bahasa Inggeris untuk Penilaian Darjah Lima dan SRP (waktu cuti sekolah), walaupun keputusanku sewaktu itu tidaklah memberangsangkan.  Basikal Raleigh sebuah itulah menjadi perkongsian kami empat beradik ke sini-sana, bergaduh berebut sebuah basikal, kadang-kadang jalan kaki ke sekolah, kadang-kadang naik basikal sebab bertukar-tukar sesama adik-beradik. Dengan basikal Raleigh itulah, kami anak kampung mengembara ke sini-sana, masuk belukar dan hutan, rimba dan paya, cari ikan semilai di hujung benua (ikan laga), curi-curi mandi sungai selepas Sekolah Agama waktu petang (Bonda tidak mengetahuinya sehingga kami besar...he3),  sampai ke Air Terjun Junjong dari kampung kami, dan jatuh menuruni bukit dari Air Terjun Junjong sehinga saya terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala,  Saya masih ingat, pada awal 1990-an, kami mengambil gambar bonda bersama kipas dan beberapa peralatan elektrik dan menghantar untuk tatapan kekanda di luar negara, nak bagi tahu kami di Malaysia 'dah senang sikit'. Kenderaan pertama kami sekeluarga  adalah sebuah motorsikal Yamaha yang dibeli oleh adinda saya untuk bekerja, itupun menggunakan wang yang dipinjam dari Ibu saudara sebagai bayaran mukanya (tahun 1991-1992 rasanya). Terima kasih banyak kepada Ibu Saudara, Almarhumah Hjh Rahimah Khalid, yang banyak membantu kami sekeluarga dari tiada berayah sehingga kami dewasa. Walaupun beliau dan suaminya, Allahyarham Tuan Hj Mohd Othman Bin Ahmad Sheikh tidak bergaji besar, hanya kakitangan kerajaan biasa, jasa baik dan pertolongan mereka sekeluarga akan saya kenang sampai bila-bila. Bagi kami empat beradik, merekalah keluarga kedua kami selepas Bonda. Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Hjh Rahimah Khalid dan Allahyarham Tuan Hj Mohd Othman Bin Ahmad Sheikh. Berikut merupakan catatan saya di UK (di Facebook lama) bpada 16 Mac 2010 apabila Bonda Hjh Rahimah Khalid meninggalkan alam yang fana ini.

Aku masih mengingati dirimu Almarhumah

Al-Fatihah untuk ibu saudaraku, Bonda Hjh Rahimah Khalid yang pergi meninggalkan alam yang fana ini pada jam 12.45 tengahari waktu Malaysia, 12 March 2010, kira-kira 18 hari selepas pemergian bapa saudaraku Ayahanda Yusuf Khalid. Al-Fatihah....Jasa, pengorbanan dan kasih-sayang almarhumah tidak dapat kunilai. Ketika kami berstatus anak yatim pada tahun 1978, beliaulah yang membantu menyara kami empat beradik sehingga kami boleh berdikari. Bayangkanlah dengan duit yang diberinya itulah bondaku membesarkan kami empat beradik...sedangkan almarhumah hanya seorang kerani dan almarhum suaminya hanya seorang juruteknik luar.

Seingat diriku, almarhumah tidak pernah barang sekali memarahi diriku. Sikapnya yang mesra, peramah amat menyenangkan malah almarhumah amat dikasihi oleh isteriku sendiri, selain oleh anak-anakku... Ketika aku memulakan kehidupan baru selepas tamat belajar di UUM, duit pinjaman beliaulah yang digunakan utk membeli motor kapcai bagi kegunaan kehidupan seharian di Nilai, NSDK.Tidak pernah lokek dengan wang ringgit dan rajin membantu masyarakat sekitar sepertimana arwah suaminya, aku mendoakan agar almarhumah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...Mengimbau kunjungan-kunjungan kami sekeluarga ke rumahnya, beliau akan bertanya dahulu nak makan apa sebelum kami sampai (melalui telefon)...

Dengan almarhumah juga aku berkongsi rahsia-rahsia tertentu yang tidak dapat aku kongsi dengan orang lain atas sebab-sebab tertentu...Walaupun diriku, isteriku dan anak-anakku sering mendoakan kesihatannya dan umurnya, Allah Taala lebih menyayangi dirinya. Aku redha atas pemergian dirimu wahai Bonda keduaku...Moga-moga dengan rahmat Allah Taala, kita akan bertemu semula di alam yang kekal abadi....Al-Fatihah....

Tiada lagi senyum tawamu, dakapan mesramu, layanan penuh kasih tatkala kami berkunjung ke Sungai Dua kelak ...sedangkan tinggal beberapa bulan saja lagi sebelum kami menjejakkan kaki di bumi bertuah, bumi auliya', tanah leluhur, tanah Jawi, tanah yg dijanjikan...itulah harga yang dibayar oleh penjawat-penjawat awam dan swasta yg melanjutkan pengajian di luar negara, yang akan pulang menabur bakti ke tanahair tercinta...

Al-Fatihah untuk semua yang telah pergi mengadap Ilahi dalam kalangan semua ibu dan bapa, sanak saudara dan keluarga para penjawat awam dan swasta yang menyambung pengajian di luar negara, meneruskan tradisi kecemerlangan bangsa, mengusahakan keagungan agama...



Kehidupan di kampung mengajar kami berdikari, menilai erti wang ringgit, dan mengajar serta mendidik akan sifat cukup dengan apa yang ada. Saya masih ingat, seekor ikan kembong goreng akan dimakan sebelahnya pada  waktu tengahari, seorang dapatlah barang secubit, sebelahnya disimpan untuk makan malam. Dengan secubit atau dua cubit ikan goreng, kicap sikit dan kuah gulai (kari), dah cukup puas hati dan kenyang.  Latihan dan didikan makan ikan goreng ini menjadi dan melekat kepada saya sehingga sekarang. Semasa saya di MRSM, saya tidak banyak makan ayam goreng, nak habiskan seketul ayam goreng pun susah.  Saya tidak makan banyak/lahap lauk/ikan/ayam, cukuplah dengan apa yang ada. Walaupun berkemampuan kini, saya sekeluarga kekal hidup dengan sederhana, makan pun tidak banyak lauk-pauk. Nak makan banyak jenis lauk pun 'tidak reti'. Tidaklah saya kedekut, kami masih pergi makan di luar, minum di luar, jalan ke sini-sana,  tetapi makan luar dan bermewah atas makanan tidak menjadi amalan, budaya saya sekeluarga. Kalau di rumah, cukuplah 2-3 lauk-pauk (termasuk sayur), kalau ada tetamu, kami lebihkan lauk-pauknya atas dasar meraikan tetamu.

Anda pernah mencungkil/colek buah pinang yang dikeringkan dan menjualnya kepada perais/kedai Cina? Senang ke nak dapat sekati buah pinang? (Zaman tu masih pakai kati). Ketika musim buah, kami menjual buah durian keliling rumah kepada perais buahan. Kami adik-beradik menjadi berani dan tidak gayat apabila belajar dan berlatih panjat pokok manggis untuk mengait manggis. Ketika itu, buah dijual mengikut bilangan. Kalau 10 biji saiz sederhana ke atas, dapatlah 40-50 sen (sekarang ikut kilo). Waktu tu, panjat manggis, tak perlu kait dan masukkan dalam raga yang dibawa naik ke atas pokok manggis sepeti sekarang. Kait dan jatuhkan buah ke bawah. Paling best bila sampai ke puncak manggis. Mula-mula, petik dengan tangan dan makan buah yang masak dahulu. Kemudian hinggut dahan kuat-kuat, berduyun-duyun buah manggis jatuh ke bawah. Dalam sehari boleh dapat panjat 3-5 pokok manggis, ikut saiz pokok. Kalau ikut sekarang, dalam sehari boleh dapat 1-3 pokok saja sebab masa mengait lebih lama, di mana buah perlu dikait dan dimasukkan ke dalam uncang di bawah galah, galah ditarik ke kita, ambil buah dan  masukkan ke dalam raga yang dibawa naik (dan diikat) di batang pokok manggis. Buahnya lebih tahan lama, lebih elok sebab tidak jatuh ke bawah, masa mengaitnya lebih lama, maka sesuailah harganya lebi tinggi berbanding zaman dahulu. Semasa menjual buah manggis ini, Tok (panggilan kepad Nenek) bagilah sedikit saguhati kepada kami, upah naik manggis. (Sekarang saya masih boleh panjat pokok manggis yang sederhana tingginya sahaja).

Allah Taala memudahkan bonda saya dengan kami empat-beradik memasuki MRSM dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu  dua memasuki MRSM (kedua dan ketiga) dan SBP (sulong dan keempat). Seingat saya, kami tidaklah rajin tuisyen, baca buku, buat macam-macam latihan macam budak-budak sekarang, cuma mungkin 'cerdik sikit'. Satu yang penting pada saya adalah doa seorang ibu. Bonda tidak pernah putus mendoakan kami dari kecil sehingga besar sehingga berkeluarga. Jadi, janganlah kita berbangga sangat dengan kejayaan kita atas usaha kita, kita leka dan lupa, doa bonda sebagai azimat, kunci tangga usaha dan kejayaan kita di dunia ini, juga di akhirat kelak.

Sepanjang bersekolah di MRSM Balik Pulau, kehidupan saya tidaklah banyak berbeza. Dalam sebahagian pelajar ibu-bapa mereka berkereta, dari keluarga berada, pakaian cukup, makan-minum cukup, bukan dari keluarga susah, saya bersyukur ke hadrat Allah kerana MARA memberikan pocket money sebanyak RM15 sebulan (ketika itu pada tahun 1985 sebelum dinaikkan kemudiannya selepas itu).   RM15 sebulan itulah saya hidup di MRSM, membeli keperluan asas sekolah seperti buku dan alat tulis, kekadang nak rasa, makan ais kacang di Balik Pulau atau mee goreng di pekan Genting. Jarang-jarang saya ke Georgetown sebab tidak berduit untuk ke sana dan tidak berduit untuk beli apa-apa. Pakaian rasmi dan pakaian lain sekadar cukup saja. Pernah saya ikat kasut sekolah secara melintang disebabkan bahagian atas tapaknya bocor dan belum berduit beli yang lain.

Seingat saya, saya tidak meminta, tidak pernah kisah tentang baju raya - Baju Melayu setiap tahun sepanjang belajar di MRSM Balik Pulau. Cukuplah sepasang Baju Melayu  yang dipakai setiap hari Jumaat di MRSM sebagai Baju Raya kami sewaktu menyambut Raya di kampung. Seingat saya, Baju Raya baru yang saya minta adalah sepasang Baju Melayu warna putih sewaktu di Kolej Mara Kulim, tahun 1992 sebelum memasuki  Universiti Utara Malaysia. Itulah baju Melayu rasmi saya sepanjang majlis/aktiviti di UUM (1992-1996). Kalau baju t-shirt, saya tidak pernah kisah baju baru menjelang Raya. Seingat saya, setelah lama/bertahun-tahun tidak berhari raya dengan baju baru (kasual/t-shirt), Kekanda Hazlim yang baru bekerja membelikan saya sehelai baju baru t-shirt berwarna ungu ketika menuntut di UUM. Saya tidak berduit untuk mengambil lesen memandu, Alhamdulillah, adinda saya, Hazlisham yang memberikan duitnya kerana beliau sudah bekerja. 

Alhamdulillah, saya agak kreatif mencari duit tambahan ketika di MRSM Balik Pulau. Ketika di Tingkatan Dua, saya memulakan usahaniaga baru dengan menjual mee segera (Tokey Maggi). Untung sepuluh sen sebungkus sudah cukup baik. Saya juga ke Pekan Balik Pulau, membeli kad raya secara pukal dan menjualnya di asrama. Sewaktu di Tingkatan Empat, Kelab Basikal yang saya menjadi Setiausaha & Bendaharinya, kami ke Pekan Balik Pulau dengan basikal ketika petang (selepas prep - waktu sukan/lapang), membeli 'Burger Malaysia',  roti bun dan lain-lain makanan untuk dijual di MRSM. Dengan keuntungan yang diperolehi, dapatlah kami menggunakannya untuk kerja-kerja penyelenggaraan basikal. Ketika di Tingkatan Lima, Kelab Sofbol yang saya sertai (juga pemain sofbol MRSM), kami menjual burger di dalam MRSM. Hampir setiap minggu kami menjual burger. Ini memberikan pengalaman niaga yang berguna kepada saya.  Ketika di Tingkatan Lima, saja juga menjual nasi lemak selepas prep malam (preparation class). Dengan harga 30-35 sen sebungkus, dapat jual 30-50 bungkus semalam pun dah cukup baik.  

Saya paling aktif berniaga sewaktu belajar Matrikulasi UUM di Pusat  Matrikulasi MARA, Kulim (kini Kolej MARA Kulim). Kawan saya berniaga ice pong, keropok, snek, saya pun ikut berniaga. Alhamdulillah saya diberikan bilik seorang dan berkunci (sebab Pemimpin Pelajar), siap ada bilik air sendiri lagi, maka bilik saya itu dijadikan Kedai Mini dalam asrama. Ketua Warden ketika itu mengetahui aktiviti 'haram' saya ini, tetapi membiarkannya kerana barang jualan tidak haram (bukan rokok ye) dan barangan yang saya jual adalah 'keperluan tambahan' pelajar. Selepas habis prep, 1000 malam ke atas, saya mengelilingi asrama menjual snek, ice pong dan lain-lain. Ketika cuti hujung minggu (Jumaat dan Sabtu), pagi-pagi saya menjual nasi lemak ke asrama, pakat dengan pengusaha kantin di dalam maktab. Biasanya nasi lemak memang habis dijual sebab pelajar lelaki 'malas ke dewan makan' ketika cuti hujung minggu.   Satu yang menarik di Kulim adalah pemupukan budaya niaga. Jumaat malam Sabtu biasanya ada pasar malam dalam Maktab. Saya tengok Kelab Ragbi jual burger, saya pun jual burger. Mereka bergotong-royong 15-20 orang jual burger, saya berpakat dengan seorang pelajar lelaki membantu saya jual burger dan mengupah/memberi komisen kepada seorang pelajar wanita mencari pesanannya. Mereka menggunakan dapur gas dua mata yang biasa digunakan di rumah, saya menempah tempat masak burger di kedai besi dan menggunakan dapur gas yang digunakan di gerai burger. Siapa lebih cepat masak, siapa lebih banyak untung? He..he...he...

Memandangkan minuman ketika makan malam di maktab tidaklah begitu sedap sangat, kadang-kadang agak tawar, saya berbincang dengan Pengetua Kolej MARA Kulim, En. Faruk Senan Abdullah untuk membawa masuk  Vending Machine ke dalam  maktab.   Alhamdulillah, beliau mengizinkan dengan syarat berkongsi dengan Koperasi 50-50. Saya pergi ke syarikat Lion Malaya Sdn. Bhd di Butterworth untuk membawa masuk Vending Machine, pegawainya bernama En. Ng Tai Lai.  Kami (saya dan tiga sahabat lagi - Ipin, Mayo dan Wahab) berjaya membuka bisnes ini walaupun mesin ini selalu rosak, dapatlah juga untung yang memuaskan. Saya juga menjual Pin bulat di kolar baju. Untung tak banyak dalam 30-40 sen sebutang. Malah, saya pernah dengan kawan-kawan jual air limau berais di depan asrama 'secara haram'. Bukan susah, kami sekadar perlu 'kalahkan' minuman di Dewan Makan, formula mudahnya bagi manis sedikit dan lebihkan rasanya. Perniagaan terakhir saya di Kolej MARA Kulim adalah jual baju. Kawan saya Mohd Fadzil Ali (Faset, kini usahawan berjaya di Pulau Pinang)) membuat perniagaan jual baju, saya pun ikut sama jual baju. Dapatlah untung sehelai dalam RM4.00-RM5.00, dalam RM400-RM450 keseluruhan. Dengan duit untung sebanyak 4-5 ratus tu, saya pusing separuh Semenanjung Malaysia selepas tamat Matrikulasi UUM,   Pada semester pertama saya di UUM, dalam menunggu wang pinjaman boleh ubah MARA, masuk ke dalam akaun, berbekalkan sedikit wang dari bonda, menu utama saya adalah telur goreng @  telur mata kerbau dengan sedikit kuah. Alhamdulillah, saya dapat meneruskan kehidupan dengan berjimat. Pernah Abang senior di kampus menawarkan tambah lauk lain, agaknya dia perasan menu saya hanyalah lauk berasaskan telur dan kuah pada semester pertama, ditambah dengan badan yang memang 'kurus semulajadi waktu itu'. 

Begitulah sepintas lalu kehidupan lampau, bagaimana kesusahan dan kemiskinan itu mendidik dan membentuk jiwa yang kental, peribadi yang matang, kesungguhan mencari sedikit duit untuk hidup, individu yang bersyukur ke hadrat Allah. Apabila saya menyambung pengajian dalam bidang keusahawanan di peringkat PhD, saya jelas bahawa saya memiliki nilai, sifat dan atribut berkaitan keusahawanan. Selepas tamat ijazah pertama, saya boleh bekerja,  kumpul duit, menceburi bidang pernigaaan, jadi usahawan dan bergelar jutawan seawal usia, tetapi saya lebih berminat mendidik anak bangsa, orang muda, kalangan pelbagai bangsa menjadi usahawan/pengurus yang berjaya. Setiap seorang memainkan peranan masing-masing, jangan menidakkan peranan orang lain walaupun kecil. Jika Makcik Cleaner. di UKM mogok seminggu, 'rosak juga UKM dibuatnya'. Jangan dipandang hina mereka bergaji kecil, pekerja peringkat bawahan, yang penting mereka bekerja sebaik mungkin, mencari rezeki yang halal untuk keluarga masing-masing. Jangan dipandang remeh orang berbaju lusuh, kita tidak tahu mereka mungkin jutawan senyap dalam kalangan masyarakat. Jangan dipandang manusia pada zahirnya, pandanglah pada hatinya kerana Allah Taala menilai pada hati manusia.

Pada saya, 'kesusahan dan kemiskinan lalu itu satu rahmat dan nikmat Ilahi' yang membolehkan saya bersyukur ke hadrat Allah. Saya tidak pernah cemburu dengan mereka, rakan anak orang kaya, sesiapa pun orang berada. Saya juga tidak pernah 'memijak' dan menganiayai sesiapa untuk mendaki tangga kejayaan. Pada saya, 'kesusahan dan kemiskinan lalu' itu juga satu sumber kekuatan kepada diri saya. Ia menjadikan kita lebih kuat, lebih tabah, lebih kental, lebih berdaya saing, tidak mudah mengaku kalah, tidak takut mencuba, tidak takut menerima kegagalan kerana kegagalan itu tangga kejayaan. Memang, kami adik-beradik mungkin ada kurangnya, yakni kasih-sayang seorang ayah. Ketika zaman menengah dan universiti, saya selalu melihat orang lain bersama ibu dan bapa mereka. Alhamdulillah, Allah berikan kesempatan saya  'merasa' kasih-sayang seorang ayah dari bapa mertua saya selama enam tahun (sebelu beliau dipanggil Ilahi). Saya memang rapat dengan bapa mertua saya. Dapatlah juga merasa memanggil seseorang sebagai 'Abah', merujuk apabila perlu, meminta nasihat, serta menerima layanan dan didikan dari seorang Ayah.  

Apa kaitan Kesusahan dan Kemiskinan Itu Suatu Sumber Kekuatan dengan Sdr Azhari dan Dr. Puteri? Kaitannya adalah apabila mereka sekeluarga hendak bermalam di rumah kami sebelum balik ke Malaysia, dan saya bertanya tentang apa yang mereka biasa makan ketika sarapan dan sebagainya, jawab Sdr Azhari mudah "Kami biasa susah, so tak kisah bab makanan". Jawapan yang saya suka kerana walaupun mereka  sudah senang di Malaysia, ia tidak mengubah prinsip hidup, nilai dan tatacara berkehidupan mereka, sepertimana saya, "ngam" dengan saya dan isteri.   Kalau para pembaca datang dari keluarga susah dan miskin, jangan malu tentang kemiskinan dan kesusahan lalu, ia satu sumber kekuatan. Jangan malu berpakaian biasa, tidak berjenama kerana 'kita adalah kita'. Jangan biarkan nilai dan cara hidup orang lain merosakkan  cara hidup kita. Di Malaysia, saya tidak pernah membeli baju atau seluar melebihi RM100 sehelai.  Biasanya seluar  saya beli dalam lingkungan harga RM30-45 sehelai. Kalau nampak saya memakai pakaian berjenama, itu maksudnya saya beli ketika diskaun 50%-80%. Ketika hendak menyambut Raya, saya membeli pakaian Raya untuk anak-anak di Gemas atau di Kulim kerana ianya lebih murah berbanding di BBBangi, walaupun saya mampu membeli di Bangi.

Muhasabah 20 tahun saya bekerja menunjukkan  banyak lagi yang perlu dilakukan. Banyak amal ibadat sunat perlu ditambah, tidak cukup dengan apa yang diamalkan. 'Masa dengan Allah perlu ditambah'. Terasa betul amal jariah saya masih sedikit. Di sebalik beberapa usahateroka niaga sedang dirangka, banyak lagi nak buat amal jariah dalam 1001 bentuk dan sumbangan kepada masyarakat dan negara. Moga-moga Allah berikan kesihatan, semangat, bantuan dan pertolongan dalam saya membantu orang lain untuk berjaya. Suka saya melihat NGO Warga Kilang dan rakan-rakan menjayakan kerja sosial mereka. Golongan kelas menengah perlu lebih proaktif dalam membantu masyarakat. 

Moga-moga tulisan saya ini memberikan sedikit ilmu kepada para pembaca, memberikan sedikit gambaran tentang kehidupan lampau kami adik-beradik kepada anak-anak saya dan anak-anak saudara, juga memberikan sedikit manfaat kepada sesiapa sahaja. Saya tidak memohon untuk jadi kaya, cukuplah dengan 'kaya hati'.  Hidup kita di dunia ini bukanlah lama mana, kalau dibandingkan dengan akhirat, ibarat sebutir pasir di gurun yang luas. Gunakanlah masa yang ada untuk menggapai matlamat akhirat, matlamat dunia untuk akhirat, matlamat akhirat untuk akhirat. Wassalam.


Angkat barang masuk ke dalam dua MPV


Selain saya, Jessica (Amish Amerika) dan suaminya (orang Yaman) turut menghantar Sdr Azhari sekeluarga ke LTAB JFK di New York

Kami bertolak dari Philly dalam jam 140 petang.

Parkir di Terminal 1&2.

Ada banyak terminal di JFK Airport. Syarikat penerbangan berbeza menggunakan terminal berbeza. 

Masa untuk berpisah sudah tiba (selepas masuk barang)



Pasti ada hikmahnya Allah menemukan saya sekeluarga dengan Sdr Azhari sekeluarga. Saya pun belum tahu/nampak hikmahnya. 


Dr. Puteri merupakan Pakar Pediatrik Kardiologi - pakar kanak-kanak, mengkhusus dalam bidang jantung kanak-kanak. Saya faham macam tu lah. 

Tahniah kepada Dr. Puteri yang lulus sub-kepakaran beliau di Children Hospital of Philadelphia (CHoP). Segala usaha dan penat jerih mendapat hasilnya. Selamat kembali ke Malaysia, berjumpa keluarga tercinta, kembali bertugas di Malaysia dan menabur bakti kepada masyarakat Malaysia.  

Tahniah kepada Sdr. Azhari yang setia menanti dan memberikan 1001 sokongan, dorongan dan galakan kepada Dr. Puteri.  

Saya dan Sdr Azhari 'ngam' sebab berkongsi prinsip hidup, nilai, buah pemikiran yang tidak jauh berbeza. Di sebalik kepelbagaian pendapat, kami terbuka.

Orang perempuan, kalau berpisah, biasalah sedih-sedih sikit, nangis-nangis sikit.

Bersama anak bongsu masing-masing, Syifa dan Hafiz

Beratur untuk pemeriksaan barang

Sdr Azhari sekeluarga akan mengerjakan umrah terlebih dahulu. Penerbangan mereka adalah New York - Jeddah - Madinah sebelum kembali ke Malaysia pada 29 Januari 2016.

Semoga selamat dalam perjalanan, dimudahkan dalam perjalanan dan urusan umrah, dan selamat sampai di Malaysia. Panjang umur, kita berjumpa lagi. Kami selamat sampai di Philly dalam jam 900 malam.