Pada tahun 2012, tahun kedua saya selaku Pengerusi Anugerah Francais Malaysia, kami telah memperkenalkan satu kategori baru iaitu kategori terbuka di mana tiga Anugerah Baru iaitu Anugerah Majikan Francais Terbaik, Anuerah Inovasi Francais Terbaik dan Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik. Ia dinamakan kategori terbuka kerana penyertaan dalam kategori ini terbuka kepada francaisor, francaisi, dan francaisi induk (master franchisee). Selain itu, francaisor dan francaisi induk dikelompokkan dalam kategori baru iaitu kategori sistem francais manakala francaisi dikelompokkan dalam kategori francaisi. Selain tiga anugerah baru ini, kami (MFA) memperkenalkan satu anugerah baru iaitu Francais Mikro Terbaik dalam kategori sistem francais. Kaedah penilaian Francais Terbaik keseluruhan turut diubah di mana Pemenang Francais Terbaik (Franchise of the Year) dipilih dalam kalangan Pemenang Terbaik keseluruhan Anugerah. Selain itu, kaedah penilaian keseluruhan anugerah telah mengalami transformasi di mana kerangka kerja keseluruhan setiap anugerah telah dibentuk semula, kategori anugerah telah diubahsuai, di mana penilaian berdasarkan amalan terbaik perniagaan (Business Excellence Practices) dilakukan. Empat Komponen Utama Penilaian adalah Kepemimpinan, Input (francaisi, pelanggan, pekerja, pihak berkepentingan), Sistem (bagaimana francaisor menambahbaik dan memantapkan sistem) dan Hasil (Outcome), dari segi kuantitatif dan kualitatif, berasaskan kewangan dan bukan kewangan. Proses kerjanya lebih rumit tetapi hasil jangka panjangnya lebih baik.
Jika berkelapangan, saya akan menulis mengenai Kerangka Kerja Anugerah Francais Malaysia kelak. Dalam kalangan anugerah industri di Malaysia, saya berkeyakinan tinggi bahawa Anugerah Francais Malaysia (AFM) merupakan antara anugerah berprestij, "tidak boleh dibeli", melalui penilaian yang tuntas oleh panel penilai yang profesional dan berwibawa. Saya tidak perlu sebutkan di sini nama Anugerahnya, tetapi banyak Anugerah Industri di Malaysia 'boleh dibeli'. Anda perlu menjadi penaja utama/platinum/emas/perak, atau membeli beberapa meja semasa Malam Anugerah, dan anda akan memenangi anugerah tertentu. Agak mendukacitakan, terdapat usahawan/CEO syarikat di Malaysia sanggup dan suka berbangga dengan 'Anugerah yang dibeli'. Adakah ini tanda aras kita untuk bersaing di pentas dunia?
Walaupun AFM pernah difitnah 'boleh dibeli', sepanjang saya menjadi Pengerusi AFM 2011-2015, kami sentiasa mengekalkan integriti dan keprofesionalan AFM ini. Fitnah ini timbul apabila kebetulan salah satu penaja Malam Anugerah Francais memenangi beberapa anugerah. Saya katakan kepada wakil industri, bukan saya menentukan pemenangnya, bukan MFA menentukan pemenangnya, pengurusan AFM kita telus dan profesional. Kalau Panel Penilai dilantik mencadangkan pemenangnya berdasarkan krteria dan kaedah penilaian, dan pemenang ini tiada 'isu' untuk tidak diberi anugerah, maka Jawatankuasa Anugerah akan memperakukan Pemenangnya. Prinsip hidup saya biarlah orang nak kata apa, yang penting kita tahu kita buat kerja macam mana dan kita tahu apa nak jawab depan Allah AWJ kelak. Malah sebelumnya saya menjadi Pengerusi AFM juga, MFA melalui Jawatankuasa Teknikal Anugerah, Panel Penilai dan Jawatankuasa Anugerah tidak pernah berkompromi mengenai integriti anugerah. Pernah tiada pemenang untuk anugerah tertentu jika calon yang bertanding tidak layak untuk menang.
Saya sedikit dukacita kerana ada sistem francais Malaysia masuk Anugerah lain 'untuk menang' tetapi 'tidak berani' masuk AFM kerana mereka tahu integriti AFM dan keupayaan syarikat mereka untuk menang. Ada syarikat francais yang menyalahkan kami, Jawatankuasa Anugerah Francais Malaysia apabila syarikat mereka menang di Anugerah lain tetapi tidak menang di AFM. Saya bagi dua jawapan. Yang pertamanya AFM mempunyai kaedah dan sistem penilaian yang tuntas dan dinilai oleh mereka yang profesional. Governans AFM adalah Jawatankuasa Teknikal menyediakan kerangka kerja penilaian, Panel Penilai pula terdiri dari mereka yang berbeza dari Jawatankuasa Teknikal dan menilai berdasarkan kerangka kerja penilaian yang dibentuk oleh Jawatankuasa Teknikal. Siapa Panel Penilai? Mereka terdiri dari Pengurusan kanan dan eksekutif kanan dari Bahagian Pembangunan Francais KPDNKK, PNS, SMECORP, PUNB, MPC, SIRIM, SSM, SKM, JAKIM, MATRADE, Maybank, CGC, Exim Bank, MyIPO dan juga tenaga akademik dari UKM, UM, UPM, dan UiTM. Panel Penilai melalui kumpulan yang dibentuk bagi setiap jenis anugerah akan mencadangkan pemenang berdasarkan kerangka kerja yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal AFM (setelah melalui audit dan analisis kuantitatif). Kemudiannya cadangan Panel Penilai ini akan diperakukan oleh Jawatankuasa Anugerah, jika tiada keraguan dan masalah tentang pemenangnya. Sepengalaman saya dengan AFM, lazimnya cadangan Panel Penilai (4-6 orang satu kumpulan dari insitusi berbeza) akan diterima oleh Jawatankuasa Anugerah kecuali ada 'isu'. Isu di sini melibatkan integriti anugerah, maksudnya jika pemenang yang dipilih oleh Panel Penilai itu 'boleh meroskkan kewibawaan AFM'. Selain itu, Jawatankuasa Teknikal juga bertindak mendapatkan nasihat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pihak tertentu tentang 'integriti' bakal pemenang seperti kes mahkamah dan sebagainya. Yang keduanya, Anugerah lain mempunyai kaedah penilaian berbeza, adakah integriti anugerah itu dan proses penilaiannnya sama dengan AFM? Di peringkat antarabangsa, tidak semua Persatuan Francais di negara lain di dunia mempunyai mekanisme penilaian setuntas, setelus dan seprofesional AFM. Saya boleh katakan kurang dari lima negara mempunyai 'standard setara dengan AFM'.
Pada permulaan perubahan ini diperkenalkan, memang ada masalah. Apa saja perubahan biasanya akan disambut negatif pada mulanya. Saya katakan itu sifat fitrah manusia, yakni tidak suka, menentang perubahan. Padahal manusia lupa, tanpa perubahan, kita akan ketinggalan. Islam tidak menyuruh umat Islam mundur. Tamadun Islam pernah menjadi kemuncak ketamadunan suatu ketika dahulu di zaman Kerajaan Abassiah dan Andalusia. Ini dalam konteks ketamadunan kebendaan, kemajuan sains dan peradaban. Kalau dari segi sudut Islam, Iman dan Ihsan, kemajuan rohani, umat Islam terbaik adalah semasa di zaman Rasulullah dan kemudiannya zaman para sahabat (rujuk Hadis). Bolehkah Islam kembali gemilang dan menentukan tadbir urus dunia? Boleh, dengan syarat kita cemerlangkan rohani kita seiring dengan kecemerlangan kebendaan, yakni kemajuan sains dan teknologi. Kemajuan perlu seiring zahir dan batinnya. Islam perlu kemajuan sains dan teknologi yang berpaksi kepada Tauhid kepada Tuhan Semesta Alam (keesaan Allah Taala sebagai puncak pengabdian), bukan penerokaan ilmu dan sains tanpa batasan. Islam tidak menolak pentingnya saintis, jurutera, profesor, pakar-pakar dalam pelbagai disiplin ilmu, tetapi mereka ini juga harus mengamalkan dan menguasai Fiqh, Usuluddin dan Tasawuf. Bagi saya itu kuncinya, kesepaduan Fiqh, Usuluddin dan Tasawuf dalam amalan pada diri beserta penguasaan sains dan teknologi dalam mengorak dan membangun peradaban.
Tamadun di Barat masa kini mereka cemerlang pada fizikalnya, intelektualnya, dan pembangunan emosi tetapi mereka amat bermasalah tentang kemajuan rohani. Sebab itu Barat dan Timur (Jepun, Korea, Taiwan, Singapura sebagai contoh) menghadapi 1001 masalah kejiwaan. Masyarakat Barat 'Islam' dari segi beberapa nilai dan prinsip hidup (kejujuran, kebersihan, kebenaran, keadilan sebagai contoh) tetapi mereka bermasalah dari sudut rohani. Kadang-kadang saya fikir, negara dan masyarakat Muslim pula terlalu fokus kepada 'faktor ekstrinsik' dalam agama seperti hal perundangan dan imej luar, melupakan hal-hal asas dalam Islam (Saya arif bahawa Islam itu syumul dan perundangan itu adalah sebahagian dari Islam). Di Mesir. tempat anak sulong saya menuntut ilmu, kalau bicara bab kebersihan di Mesir, malu nak tulis di sini. Pergilah ke Arab Saudi dan negara di Timur Tengah, faktor undang-undang itu begitu penting 'dalam mengawal manusia'. Tetapi adakah manusia di sana berakhlak mengikut Islam? Lihat saja di Malaysia, fikirkan tentang kebersihan di Malaysia, pengurusan masa di Malaysia, bercakap jujur di Malaysia (Di Barat, berbohong adalah 'satu dosa besar'), akauntabiliti di Malaysia, dan 1001 isu lain, di mana Islamnya kita?
Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak sepertimana sikap ahli politik yang suka menyalahkan pihak lain demi keuntungan politik. Kita ambil tanggungjawab 'buat apa yang kita boleh buat', itu antara prinsip hidup saya. Hidup menyalahkan pihak lain, anda tidak akan ke mana-mana, malah jiwa dan emosi anda akan terganggu kerana hati dan perasaan anda penuh bermasalah dengan geram, tak puas hati, dendam, marah, sakit hati, dan lain-lain sifat. Apa yang anda dapat dengan bersifat sedemikian? Yang saya nampak lebih banyak masalah kerana kemungkinan besar anda akan terpalit dengan dosa mengumpat dan memfitnah. Malang sekali anda bersifat dan bersikap sedemikian, hatta anda seorang Profesor, CEO, Pensyarah, Profesional, juga seorang yang sudah bercucu. Kita buat apa yang kita boleh buat, biarkan orang lain dengan 1001 kisah yang tidak akan habis. Wassalam.

No comments:
Post a Comment