Saturday, 9 January 2016

Uniqueness - Valuable, Rare, Unimitable, Unsubstitutable - Develop Your Business Ideas (Amish Village, Lancaster, Pennsylvania)

Assalamu'alaikum dan selamat dunia dan akhirat,

Dari State College, Pennsylvania, saya sekeluarga singgah di Amish Village, Lancaster, Pennsylvania. Orang Amish tinggal di beberapa negeri di AS, cuma saya difahamkan lokasi di Lancaster merupakan antara Perkampungan Terbesar orang Amish di AS. Saya 'mengenali orang Amish' mulanya dalam filem Witness, lakonan Harrison Ford yang diterbitkan pada tahun 1985. Saya pun tak ingat bila saya menonton Witness, cuma yang saya ingat adalah Harrison Ford melindungi seorang budak Amish yang menjadi saksi dalam satu pembunuhan dan beliau juga dibantu oleh satu keluarga Amish dalam filem tersebut.  Kisah Amish berbangkit kembali apabila sepupu saya bercerita tentang komuniti Amish apabila rancangan kami sekeluarga ke AS semakin menjadi kenyataan.

Antara misi tidak rasmi kami ke AS adalah nak lihat sendiri komuniti Amish. Perjalanan dari Philadelphia ke Perkampungan Amish mengambil masa dalam sejam setengah. Kami mempunyai banyak masa lagi untuk ke Amish Village sebelum balik ke Malaysia. Namun apabila rancangan ke Ohio disusun, dan saya melihat Google Map, maka adalah baik juga kami singgah sekejap di Amish Village (http://theamishvillage.net/) sebelum sampai ke Philadelphia dari State College kerana ia di pertengahan perjalanan.  Alhamdulillah, kami sampai ke Amish Village tanpa sebarang masalah. Cuma hari terakhir ini, baru 'letih' saya keluar. Sebelum ini boleh memandu dengan lama dan bergebang sampai tengah malam hingga ke pagi. Apabila 'letih dah keluar', saya memandu dengan relaks, tidak laju dan kamipun tidak tergesa-gesa.

Sementara topik berkaitan Amish Village ini, saya hendak membicarakan tentang membangunkan idea perniagaan 'konsep tiinggi'. Banyak teknik dan kaedah membangunkan idea-idea perniagaan, dari cara mudah, lebih kompleks sehingga ke Impian Besar. Saya ada mengarang sebuah bab tentang Membangunkan Idea Perniagaan dalam sebuah buku yang digunakan di UKM dalam Kursus Universiti, LMCW1022 Asas Keusahawanan dan Inovasi di mana saya juga sebagai salah seorang penyuntingnya. Buku ini saya susun tajuknya, konsep dan kerangka setiap tajuk, mencari bahan-bahan untuk ditulis oleh penulis bab dan menyunting bab-bab yang ditulis. Kerangka Kerja Buku ini saya susun setelah mendapat izin UKM-CESMED (ketika itu tahun 2013/2014) untuk menggubal buku asas keusahawanan mengikut perspektif Malaysia. Memandangkan kursus LMCW1022 Asas Keusahawanan dan Inovasi  merupakan kursus wajib universiti kepada semua pelajar sarjanamuda (sebelumnya dinamakan CMIE1012 dibawah UKM-CESMED), buku ini ditulis agar bersesuaian dengan semua latar belakang pelajar. Antara Hasil  Pembelajaran kursus ini adalah pelajar berkeupayaan Membangunkan Konsep Perniagaan yang berdaya maju.

Saya akan bercerita mengenai kaedah membangunkan idea perniagaan yang ditulis dalam buku ini di lain masa, dengan izin Allah. Kali ini, bertepatan dengan konsep Amish Village yang saya lawati, saya akan membicarakan tentang membangunkan perniagaan dengan konsep tinggi yakni keunikan, bernilai, jarang-jarang, sukar ditiru dan mungkin juga tiada produk gantian. Bagi pelajar pentadbiran perniagaan, mereka mungkin pernah mempelajari konsep ini dalam Kursus Pengurusan Strategik, bagi pelajar Sarjana dan PhD, mereka mungkin pernah belajar/membaca konsep ini dalam Teori Berasaskan Sumber (Resource-Based Theory).  Cuma saya tidak mengikut perspektif Barat/buku/teks tersebut 100%, saya menggarapnya dengan idea dan buah fikiran saya sendiri.

Konsep ini adalah tidak terpisah, saling berkait antara satu sama lain. Keunikan adalah perkara induk dan dihasilkan dari gabungan nilai, jarang, sukar ditiru dan sukar diganti. Bagaimana membangunkan sebuah perniagaan yang unik? Ramai peniaga dan usahawan sering memasuki perniagaan/industri yang telah mempunyai ramai pesaing, kita ambil contoh mudah adalah Perniagaan Restoran. Beberapa industri yang merupakan industri keperluan asas (makanan, pakaian, kediaman, telekomunikasi, automatif) merupakan industri keperluan asas pada fikiran saya. Dahulunya ahli ekonomi meletakkan makanan, pakaian dan tempat tinggal sebagai keperluan asas. Saya fikir pada masa ini, telekomunikasi dan automatif/pengangkutan juga sudah menjadi keperluan asas. Dalam kehidupan manusia, saya 'menambah' kesihatan dan agama sebagai keperluan asasi.  Di beberapa buah negara maju. menyediakan wifi secara percuma 'adalah wajib bagi industri pelancongan dan hospitaliti. Masalah utama memasuki perniagaan makanan-minuman (F&B) adalah terlalu ramai pesaing. Dalam istilah akademik (dan juga industri kini), kami menggunakan istilah Red Ocean (Lautan Merah). Laut yang kebiruan sudah menjadi merah kerana terlalu ramai pesaing bertempur, bersaing sesama sendiri. Industri sebegini adalah 'mudah untuk masuk dan mudah untuk keluar'. Maksudnya mudah nak buka perniagaan dalam industri ini, dan mudah bungkus dan keluar (tutup kedai).

Jadi persoalan pokok adalah bagaimana mencipta keunikan dalam Perniagaan Restoran? Apa yang uniknya Restoran anda? Apa yang menyebabkan Restoran anda tidak sama dengan restoran lain? Keunikan adalah konsep yang ditambah oleh saya kepada Valuable, Rare, Unimitable, & Unsubstitutable yang dipelopori di Barat. Gabungan Valuable, Rare, Unimitable, & Unsubstitutable mencipta satu keunikan dan setiap syarikat berjaya mempunyai keunikan masing-masing.  Panjang kalau nak cerita bab keunikan, anda perlu melihat setiap dimensi dalam Perniagaan Restoran, membina kontinum dalam dimensi tersebut, membezakan perniagaan anda dalam kontinum tersebut bagi setiap dimensi perniagaan terbabit. Faham ke ni? Antara dimensi perniagaan adalah tempoh operasi. Dahulunya, zaman 1970-1n-1980-an, tidak banyak restoran beroperasi. Kontinum tempoh operasi adalah 24 jam, restoran dahulunya yang 8-10 jam sehari dah jadi 24 jam. Ini salah satu unsur keunikan. Dobi pun dah 24 jam kini. Malah sebahagian perniagaan kini 24/7, yakni buka 24 jam tujuh hari seminggu dan ada yang buka 365 hari setahun!!  Apa lagi? Apabila membicarakan bab restoran, keunikan paling penting adalah masakannya, kesedapan dan kelazatannya. Pastikan lauk-pauk anda, menu yang dihidangkan adalah sedap/lazat dan ini berkaitan dengan konsep sukar ditiru. Pastikan pesaing anda tidak dapat meniru resepi rahsia. Apa lagi dimensi perniagaan? Apa dan bagaimana membezakan Perkhidmatan pelanggan anda? Bayaran? Dahulunya tunai, kini ada yang menawarkan kad kredit, kad debit dan mungkin bayar melalui paypal suatu hari nanti! Wang telah berubah bentuk dari barang, emas dan perak ke syiling, wang kertas, kemudian jadi wang elektronik dan kini wang maya (paypal). Anda tidak melihat pun bentuk wang anda tetapi bertukar-tukar pemilik di alam maya.

Konsep pertama membentuk keunikan adalah Nilai / Valuable. Apa nilai yang ditawarkan dalam perniagaan anda? Nilai tidak semestinya bermaksud mahal, harga yang tinggi, ataupun murah. AirAisa, Rayani Air, MAS, Firefly dan Malindo, kesemuanya menawarkan nilai kepada pelanggan masing-masing. Nilai ini dizahirkan dalam bentuk wang ringgit, tiket yang dibayar pelanggan. Cerminan nilai bukan wang ringgit, harga yang dibayar semata-mata. Dengan tiket pergi-balik sebanyak RM150 dari KLIA-Langkawi, apakah perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan dari A sampai Z? Ada yang ada makan, ada kena bayar makan, perkhidmatan di kaunter, perkhidmatan selepas jualan, dan lain-lain, semua ini berbeza dan tentunya tidak sama. Nilai dibentuk melalui kos produk/perkhidmatan, margin keuntungan yang ditentukan oleh syarikat dan lebihan nilai yang diingini oleh syarikat. Panjang nak cerita bab ini. Kena baca buku Michael Porter, Sarjana dari Harvard yang terkenal itu. Rantaian nilai dalam syarikat menentukan nilai yang dicipta kepada pelanggan. Dengan Persepsi Nilai oleh pelanggan berdasarkan Nilai Yang Dicipta oleh syarikat, semua pesaing bersaing dengan strategi berbeza, berebut pelanggan yang sama dan berbeza.

Konsep Jarang-Jarang adalah perkara yang tidak banyak ada di perniagaan lain. Apakah 'Jarang-Jarang', yang ingin direka bentuk dalam perniagaan anda? Dahulunya, orang makan sahaja di restoran dan jarang 'bungkus' bawa balik. Bungkus bawa balik merupakan 'Jarang-Jarang' pada waktu tersebut. Memandangkan konsep bungkus bawa balik mudah ditiru, maka Konsep Jarang-Jarang ini tidak dapat bertahan lama dan bukan merupakan sumber kekuatan perniagaan anda lagi. Apa lagi yang 'Jarang' ditawarkan oleh Pesaing/syarikat sedia ada? Jarang boleh dibentuk jika kita memiliki sumber yang jarang dimiliki oleh orang lain. Anda membuka ladang menterbak lembu dan memiliki 500 ekor lembu. Ini boleh jadi sumber yang jarang dimiliki oleh usahawan lain. Dengan membuka sebuah restoran berasaskan daging lembu, anda memiliki kelebihan sumber yang jarang dimiliki oleh orang lain. Anda boleh menawarkan harga yang lebih kompetitif kerana anda mendapat bekalan daging lembu dari ladang anda sendiri. Anda boleh menawarkan 100 masakan/lauk-pauk berasaskan lembu yang menjadi keunikan restoran anda, jarang-jarang ditawarkan dan sukar ditiru. Letakkan nama yang unik dan pelik kepada Restoran anda, Lembooo Delight. Pengguna mudah mengingat kepada nama yang unik dan pelik.

Konsep ketiga berkaitan sukar dimiliki. Ia berkaitan sumber perniagaan anda yang sukar ditiru, keupayaan dan kekuatan perniagaan anda yang sukar ditiru. Konsep ini berkaitan dengan keunikan dan jarang tadi. Fikirkan apa yang kita boleh lakukan agar orang sukar meniru kita.  Ini antara konsep paling susah dalam membina konsep perniagaan baru. Kalau perniagaan besar, mereka menggunakan paten/hakcipta/harta intelek agar apa yang mereka bina itu tidak boleh ditiru oleh pihak lain. Contohnya Amazon dengan konsep 1-Click yang tidak mengizinkan syarikat lain meniru apabila Amazon mendaftarkan harta intelektualnya itu. Pengasas Perniagaan Tambang Murah, Southwest Airlines dahulunya mempunyai sumber dan keupayaan yang sukar ditiru. Lama-kelamaan, sumber dan keupayaan ini dipelajari oleh pihak lain dan berjaya di pasaran mereka (RyanAir dan EasyJet di pasaran Eropah dan AirAsia di pasaran Asia). TNB mempunyai sumber dan keupayaan penjanaan tenaga melalui hidroelektrik, ini sukar dimiliki oleh syarikat lain. Telekom Malaysia mempunyai rangkaian kabel talian tetap yang meluas di Malaysia, dan ini sukar dicabar dan ditiru/dimiliki oleh syarikat lain. Dalam membina perniagaan baru, lihat aspek dalaman, bagaimana membentuk sumber dan keupayaan yang sukar ditiru/dimiliki? Kalau restoran mudah, keunikan dan kelazatan serta resepi rahsia itu adalah sumber dan kekuatan yang sukar ditiru, dimiliki oleh pesaing. Kelebihan bergerak pertama (First mover advantage) juga merupakan sumber kepada keupayaan sukar ditiru. Ini dimiliki oleh Amazon dalam jualan buku, eBay dalam lelongan dan bidaan barang, Apple dalam telefon pintar. Di Malaysia, Astro memiliki keupayaan sukar ditiru kerana lesen dominasi TV satelit yang dimilikinya membolehkan ia memiliki bilangan pelanggan yang ramai dan saluran TV yang banyak. Pesaing baru pasti akan menemui 1001 kesukaran bersaing kerana dominasi yang dimiliki Astro walaupun Astro bukannya syarikat perintis (syarikat perintis adalah sebuah syarikat di bawah TV3 yang telah menutup operasi, saya dah lupa jenamanya).

Kebanyakan pelajar saya di peringkat sarjanamuda dan sarjana 'kurang menyerlah' dalam ketiga-tiga konsep ini, bagaimana membezakan perniagaan yang ingin dibangunkan dengan perniagaan sedia ada. Saya tidak minta fikirkan konsep perniagaan yang canggih-canggih. Menjual roti sandwich melalui Vending Machine yang dipasang di Stesen Komuter merupakan satu idea menarik yang belum teruji di Malaysia dan mempunyai potensi untuk berjaya (ini idea pelajar sarjanamuda separuh masa). Anda pergilah ke Jepun dan lihat bagaimana mesin digunakan untuk menjual pelbagai jenis barangan/perkhidmatan. Anda cuma perlu mencari syarikat yang membina Vending Machine di Malaysia (ada beberapa syarikat yang popular) dan berbincang tentang teknologi ini. Harga mesin ini juga tidaklah mahal dan sewa tapak di Stesen Komuter juga masih rendah. Anda tidak perlu mempunyai pekerja, ini mengurangkan belanja overhed, tetapi yang penting adalah ketahanan dan kesedapan roti sandwish yang dijual, ini perlu diteliti. Saya melihat di BBBangi, berpusu-pusu umat Islam membeli sandwish Subway yang sejuk, yang tiada halal JAKIM pun. Ini membawa maksud roti sandwish ada pasaran dalam kalangan pengguna walaupun status halalnya tidak jelas (selain ada maksud lain tulisan saya itu). 

Konsep keempat yakni tiada produk gantian, tiada gantian merupakan suatu yang sukar dicari dan dibentuk. Dahulunya, arang batu merupakan sumber tenaga dan kemudiannya diganti dengan minyak dan gas. Kini pelbagai jenis sumber tenaga dikaji dan dikomersilkan dari cahaya matahari, angin. ombak laut, sampah dan sebagainya. Ini bermaksud susah mencari produk yang sumber dan keupayaannya yang tiada gantian. Sebab itu, saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini. Dalam masa yang sama, saya tidak perlu mengulas banyak mengenai konsep perniagaan sedia ada kerana sudah lama di pasaran dan pengguna/pelajar sudah maklum mengenai perniagaan ini. Kalau anda nak buka kedai kek dan bakeri, belajar buat kek dan bakeri di institut kemahiran, di hotel dan sebagainya. Dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang ada, anda boleh buka kedai kek dan bakeri (dengan modal sekain banyaknya). Kalau kurang pesaing, dan anda menjaga perniagaan anda dengan baik (pekerja, pelanggan, sistem), perniagaan boleh berkembang maju. Saya tidak menolak konsep sebegini. Cuma, kita harus mencabar minda kita untuk berfikir dengan lebih jauh, berfikir dengan lebih kompleks, kedai kek dan bakeri yang bagaimana yang akan menjadi berbeza, diterima di pasaran dan berkembang maju.

Dalam kajian survival/kemandirian perniagaan di mana-mana negara, tempoh lima tahun pertama perniagaan ditubuhkan amat penting kerana sebahagian besar perniagaan akan gagal dan tutup operasi.  Dalam 10-20% yang berjaya melepasi 5 tahun ini, ada yang kekal tidak berkembang kerana beberapa faktor seperti tidak mampu berkembang berdasarkan faktor dalaman (contohnya tidak cukup keupayaan, tidak cukup modal) dan luaran (contohnya sukar mencari lokasi cawangan, keadaan ekonomi setempat, faktor persaingan), dan pemilik/usahawan selesa dengan keadaan sedia ada dan tidak mahu berkembang. Dalam 5-10% yang berkembang, firma/syarikat ini akan terus berkembang dan mendapat nama dalam kalangan pelanggan. Anda perhatikan contoh jenama tempatan yang terkenal seperti Jakel dalam industri tekstil, SecretRecipe (restoran/bakeri), Sate Kajang Hj SamuriSmart Reader (tadika), dan Upin&Ipin, semuanya mempunyai sumber, keupayaan dan kekuatan berasaskan keunikan, nilai, kejarangan dan sukar dtiru.

Berbalik kepada Amish Village yang saya lawati, ia merupakan gabungan konsep, sumber dan keupayaan yang unik, bernilai, jarang dan sukar ditiru. Kerajaan pernah melancarkan Restoran Malaysia Kitchen dahulunya di bawah Tourism Malaysia (sewaktu saya sambung PhD di UK). Semasa dilancarkan, saya bukannya pesimis, tetapi saya berkata  kepada rakan saya, 'ia akan gagal' kerana diterajui oleh agensi kerajaan. Pada buah fikiran saya, 'usaha keusahawanan' yang besar, apatah lagi di luar negara, ia tidak sepatutnya diterajui oleh agensi kerajaan. Pihak kerajaan hanya menyediakan mekanisme dan alat sokongan kepada bakal usahawan seperti pinjaman yang luwes, sokongan import/eksport, geran kajian pasaran, dokumen, rekod-rekod dan laporan-laporan perniagaan/pasaran, insentif kewangan dan bukan kewangan dan lain-lain sokongan yang diperlukan usahawan. CEO agensi kerajaan tidak berfikir, tidak bermotivasi  sebagaimana seorang CEO sebuah syarikat Restoran. Saya difahamkan kini Malaysia Kitchen diletakkan di bawah agensi lain di bawah Kementerian lain. Kita perlu lari dari konsep 'Gah Semasa Pelancaran' tetapi 'hilang ditelan zaman' apabila masa berlalu. lebih baik kita membantu, membina sebuah jenama perniagaan dari kecil, biar ia berkembang 'secara fitrah' (ini merupakan istilah saya dalam memperihalkan perniagaan yang bermula dari kecil, berhadapan sepak-terajang dalam industri, melalui jatuh-naik dalam perniagaan) dan seterusnya dibantu dan disokong apabila ia semakin besar, berkembang dan berjaya.

Malaysia memiliki beberapa jenama yang merupakan garapan unik, bernilai, jarang dan sukar ditiru. Pekan Rabu di Alor Setar salah satu contohnya. Saya dan rakan di UUM pernah terlibat dengan program latihan dan bimbingan dengan peniaga-peniaga di Pekan Rabu, di bawah kelolaan Institut Pembangunan Keusahawanan UUM (kini CEDI) semasa zaman prasiswazah dahulu. Kalau sampai di Alor Setar, tidak sah rasanya kalau saya sekeluarga tidak singgah di Pekan Rabu. Cumanya, perubahan dan inovasi itu perlu. Infrastruktur perlu ditambahbaik, pemilik perlu ditambah ilmu dan kemahiran, kebersihan perlu dijaga, produk perlu ditambah, diperbaharui  dan ditingkatkan, selain perkara-perkara lain seperti kawasan parkir berdekatan dan akses pengangkutan awam.  Kerajaan Negeri Melaka contohnya saya lihat berjaya menggarap dan menyepadukan konsep unik, bernilai, jarang dan sukar ditiru dengan menjadikan Bandaraya Melaka sebagai satu produk pelancongan. Walaupun dah banyak kali ke Melaka, saya sentiasa suka ke Melaka. Ini tidak dibina dalam sehari atau setahun. Sentiasa ada penambahan produk baru pelancongan, tarikan baru untuk pelancong, kemudahan baru, keunikan baru, dan perkhidmatan baru. Pokoknya, kita tidak boleh statik dengan prestasi semasa.  Dalam ilmu pengurusan kami menyatakan "The only thing constant in life is change'. 


Kedai jual barangan dan cenderamata berkaitan Amish Village


Dalam perkembangan perkampungan global sekarang, kita tidak perlu membuat semuanya. Ada yang boleh kita sumberluarkan kepada pihak lain/negara lain.

Jem dihasilkan oleh komuniti Amish


Gambar-gambar menghidupkan suasana

Nak masuk kedai adalah percuma. Kami belum ambil pakej ini dalam lawatan ini kerana akan datang lagi bersama...Insya-Allah




Gambar saya bersama topi tu adalah 'trademark' saya...he3...


Peralatan tradisional komuniti Amish di dapur






Apabila saya membaca komen pelancong dalam internet yang menyatakan Amish Village 'sebuah muzium', saya bersetuju bahawa ia sebuah muzium. Isunya adalah sukar mendekati Komuniti Amish sebagai pelancong,  maka dapat ke 'muzium mereka' pun jadilah.





Komuniti Amish menggunakan kereta kuda sebagai kenderaan mereka.


Jambatan diberikan bumbung. Ini meningkatkan kayu dan ketahanan jambatan.



Kincir air digunakan dalam perairan





Komuniti Amish juga bertani/berladang

Sempat merakam kereta kuda Amish








Mereka juga membela kambing





Satu perkara utama dalam masyarakat Barat adalah memelihara sejarah.


Anak-anak Amish mengikuti sistem sekolah mereka sendiri

Ini tak ada apa, sekadar nak bagitau Bilik Air disediakan kepada pengunjung

Bilik darjah komuniti Amish


Komuniti Amish mempunyai kurikulum mereka tersendiri




Ehmmm, ada pelajar sekolah rendah dan mahasitua dalam bilik darjah ini


Guru Besar nak berucap...Mohon diam!


















Ada satu lagi kedai jual barangan Amish


Kita memerlukan pakar dalam Interior Design dalam menzahirkan tradisional dan keunikan



Belilah sikit cenderamata tanda dah sampai














Bila muka macam ni, adalah yang tak dapat tu...



Saya memang mendidik dan 'membiarkan' anak-anak saya menjadi 'adventureous'


Kawan saya yang dah sampai kata tak perlu bayar tiket untuk naik bas pelancong. Elok pusing sendiri dengan kereta kita...

Almost done...


Gambar dari dalam kenderaan, isteri saya ambilkan






Suatu yang menarik adalah bagaimana komuniti ini dapat terus bertahan dengan tradisi, nilai, prinsip hidup, tatacara berkomuniti yang tersendiri setelah ratusan tahun selain terus dihimpit arus kemodenan dan kemajuan teknologi.

Amish mempunyai keluarga yang besar, tidak seperti masyarakat lain di AS. Kami sempat melihat kereta kuda ini yang penuh diisi dengan anak-anak mereka.


...semakin jauh meninggalkan Amish Village


Saya memulakan label baru untuk blog saya iaitu 'Klinik Usahawan Dr. Hizam'. Ia satu cetusan idea semenjak 2012/2013 yang ditangguhkan buat sementara waktu. Doakan usaha saya berjaya dan mendapat redha Allah. Dalam konteks perniagaan mengikut perspektif Islam, suatu usahaniaga/perniagaan/usaha baru bermula dengan niat. Betulkan niat anda dahulu. Pertamanya niat kerana Allah Taala. Panjang nak bicara bab niat berniaga/dll kerana Allah Taala. Ringkasnya, niatkan usahaniaga anda itu dalam mencari keredhaan Allah, maksudnya juga Al-Quran itu panduan dalam usahaniaga. Yang keduanya, niatkan mengikut Sunnah Rasulullah, maksudnya segala falsafah, tatacara, tatakelola, dasar, prinsip. nilai dan amalan-amalan dalam usahaniaga harus mengikut Sunnah Rasulullah. Gabungan dua niat ini penting, yakni kerana Allah dan Rasul-Nya. Bagi saya, ini pertamanya membezakan perniagaan mengikut Islam dengan perniagan mengikut Barat/Timur.

Konsep 'Klinik Usahawan Dr. Hizam' adalah mudah, iaitu memberikan khidmat nasihat, coaching, bimbingan, panduan, kaunseling, latihan dan pembangunan serta perundingan  kepada bakal usahawan, peniaga dan usahawan secara percuma. Ia merupakan satu projek 'keusahawanan sosial' saya yang tertangguh dan saya tidak mahu jarak dan masa memisahkan saya dengan Malaysia, maka saya mulakan dahulu yang mana boleh.  Saya tidak mahu bercerita panjang, biarlah hasilnya nanti membuahkan cerita-ceritanya. Lagipun petua orang tua-tua begitu, jangan banyak bercakap, buat kerja dulu.

Saya sudah bekerja hampir 20 tahun. Hampir 3 bulan di Amerika Syarikat, dalam kesibukan masa yang ada, saya mencari masa-masa yang terluang, saya habiskan dengan menyendiri, menyatukan akal dan hati, mensepadukan fikir dan zikir, bertafakur dan bermuhasabah kehidupan yang sudah berlalu. Hadis ada menyebut tentang kelebihan berfikir sesaat/bertafakur itu lebih baik dari ibadah satu tahun/60 tahun/70 tahun/sekian2. Banyak manfaat dalam bertafakur, hubungkan akal dan hati kita dengan Allah. Dalam masa yang sama, saya sedang membangunkan beberapa Rancangan Perniagaan tertentu, itu tidak berkaitan dengan Klinik Usahawan Dr. Hizam.   Saya mempunyai sumber pendapatan saya yang sendiri, akan menambah sumber-sumber pendapatan saya ini agar boleh mempunyai kelestarian kewangan. Dengan memiliki kelestarian kewangan yang tinggi akan memberikan lebih masa kepada saya dan membolehkan saya memberikan lebih banyak perkhidmatan percuma kepada komuniti niaga/usahawan.

Mencari wang ringgit dan kekayaan dengan sedikit ilmu, kemahiran, pengalaman dan kepakaran saya terhadap komuniti niaga/usahawan bukanlah tujuan saya. Ini mungkin antara sebab saya boleh 'bekerja secara sukarela' dengan Persatuan Francais Malaysia (MFA). Saya sedih melihat usahawan Melayu/Muslim yang berjaya, sudah jutawan, sudah kaya-raya, masih meminta 'dibayar' atas ceramah dan perkongsian pengalaman mereka. Memang/Mungkin hak mereka 'meminta untuk dibayar' tetapi kenapa tidak diberikan secara percuma sahaja apabila dijemput oleh Universiti/Agensi?  Namun lebih menyedihkan saya adalah jumlah yang diminta 'banyak juga'. Semua hasil usaha mahu dituntut di dunia, yang mana mahu dibawa ke akhirat? Ini berbeza dengan masyarakat Barat apabila mereka sudah berjaya, mereka berkongsi kejayaan mereka dengan percuma, mereka memberikan secara percuma sebahagian harta dan kekayaan mereka kepada universiti, yayasan, NGO dan masyarakat. Moga-moga usaha kecil dan amal jariah saya ini, Klinik Usahawan Dr. Hizam  diredhai Allah. Wassalam.


sumber :  https://en.wikipedia.org/wiki/Amish
The Amish (/ˈɑːmɪʃ/; Pennsylvania Dutch: Amisch, German: Amische) are a group of traditionalist Christian church fellowships, closely related to but distinct from Mennonite churches, with whom they share Swiss Anabaptist origins. The Amish are known for simple living, plain dress, and reluctance to adopt many conveniences of modern technology. The history of the Amish church began with a schism in Switzerland within a group of Swiss and Alsatian Anabaptists in 1693 led by Jakob Ammann.[2] Those who followed Ammann became known as Amish.[3]
In the early 18th century, many Amish and Mennonites emigrated to Pennsylvania for a variety of reasons. Today, the most traditional descendants of the Amish continue to speak Pennsylvania German, also known as "Pennsylvania Dutch," although a dialect of Swiss German is used by Old Order Amish in the Adams County, Indiana area.[4] As of 2000, over 165,000 Old Order Amish live in the United States and about 1,500 live in Canada.[5] A 2008 study suggested their numbers have increased to 227,000,[6] and in 2010 a study suggested their population had grown by 10 percent in the past two years to 249,000, with increasing movement to the West.[7] Unlike most Americans who have had a birthrate too low to maintain the population since the early 1970s, most of the Amish continue to have 6–7 children while benefiting from the major decrease in infant and maternal mortality in the 20th century. Between 1992 and 2013, the Amish population increased by 120%,[8] while the US population increased by only 23%.[citation needed]
Amish church membership begins with baptism, usually between the ages of 16 and 25. It is a requirement for marriage within the Amish church. Once a person is baptized with the church, he or she may marry only within the faith. Church districts average between 20 and 40 families, and worship services are held every other Sunday in a member's home. The district is led by a bishop and several ministers and deacons.[9] The rules of the church, the Ordnung, must be observed by every member and cover most aspects of day-to-day living, including prohibitions or limitations on the use of power-line electricity, telephones, and automobiles, as well as regulations on clothing. Most Amish do not buy commercial insurance or participate in Social Security. As present-day Anabaptists, Amish church members practice nonresistance and will not perform any type of military service. The Amish value rural life, manual labor and humility, all under the auspices of living what they interpret to be God's word.
Members who do not conform to these community expectations and who cannot be convinced to repent are excommunicated. In addition to excommunication, members may be shunned,[10] a practice that limits social contacts to shame the wayward member into returning to the church. Almost 90 percent of Amish teenagers choose to be baptized and join the church.[10]During adolescence rumspringa ("running around") in some communities, nonconforming behavior that would result in the shunning of an adult who had made the permanent commitment of baptism, may meet with a degree of forbearance.[11]Amish church groups seek to maintain a degree of separation from the non-Amish world, i.e. American and Canadian society. There is generally a heavy emphasis on church and family relationships. They typically operate their own one-room schoolsand discontinue formal education after grade eight, at age 13/14.[10] Until the children turn 16, they have vocational training under the tutelage of their parents, community, and the school teacher.

No comments:

Post a Comment