Semalam, 28 November 2015, Sabtu, hari cuti ketiga selepas dua hari bercuti Thanksgiving Day. Dalam lima hari ini, saya telah menulis 10 posting di blog ini. Kalau di Malaysia, cuti empat hari, kami dah sampai ke sekian-sekian. Hobi saya ada dua iaitu membaca dan berkelana/mengembara, berjalan-jalan. Jauh berjalan luas pemandangan. Adik ipar saya kata, "Nampak best ja kat sana". Sahabat baik saya Dr. Rizal Palil kata "nampak syok ja kat sana". Saya jawab balik kat adik ipar saya, best atau tidak, kita yang mencorakkan. Kita yang menentukan hidup kita best atau tidak. Kalau difikirkan masalah, memang ada masalah-masalah yang sentiasa membelenggu kita, apatah lagi di negara asing, dengan masalah persekitaran luar yang kita tidak biasa, dengan masalah cuaca yang sesejuk salju ni, dengan masalah penyelidikan yang tiada bajet dari mana-mana pihak, jika asyik memikirkan masalah, kita tidak akan ke mana.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.... (surah al-Baqarah, ayat 286 )
Sebagai seorang Muslim, kita diwajibkan beriman dengan Al-Quran sepenuhnya, mutlak, 100%. Renung terjemahan ayat Al-Quran di atas. Memang lumrah kita merasakan kita diuji dengan ujian yang berat, kita merasakan orang lain tidak memahami ujian yang kita hadapi, kita merasakan ujian orang lain tidak seberat ujian kita. Walau apa yang kita rasa, lalui, tempuhi, jika kita beriman dengan Al-Quran, sebagai salah satu syarat Rukun Iman, maka kita wajib beriman dengan ayat di atas. Yakinilah sepenuhnya bahawa kita diuji oleh Allah dengan ujian yang kita mampu menghadapinya. Kita wajib positif dengan Allah Taala, yakin sepenuhnya dengan DIA, yakin sepenuhnya dengan ayat di atas bahawa kita mampu, berdaya menghadapi ujian-ujian di dalam kehidupan ini.
Semestinya kita menghadapi ujian-ujian yang positif dalam kehidupan kita dan kita dengan senang dan suka melaluinya. Namun adakah kita bersyukur dengan ujian-ujian yang positif ini? Ujian-ujian positif yang menaikkan pangkat kita, memurahkan rezeki kita, memudahkan hidup kita, meninggikan darjat kita di sisi Allah? Ingatkah kita pada Allah apabila kita melalui ujian-ujian yang positif dalam hidup kita? Berterima kasihkah kita pada-NYA dengan hasil ujian-ujian positif tersebut? Tidak ramai yang bersyukur kepada Allah atas perkara positif dalam kehidupan mereka. Begitu juga dengan ujian yang kita anggap 'negatif'. Negatif itu pada sisi pandangan kita sahaja, sebenarnya ia positif di sisi Allah. Apa dalilnya?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)
Jadi, jika memahami Al-Quran, hidup kita akan sentiasa positif. Kita akan mencari jalan untuk menjadikan hidup kita positif. Bila ujian positif, kita bersyukur kepada-NYA, bila negatif pun, kita masih perlu bersyukur kepada-NYA. Memandangkan akal fikiran kita terbatas, kita biasanya tidak mampu melihat apa yang positif dalam ujian negatif yang kita lalui dan rasai itu. Tetapi jika kita kekal positif dengan ujian negatif, dengan izin Allah, lambat laun, kita akan melihat positifnya, banyak hikmahnya atas ujian negatif yang kita tempuhi. Antara ujian negatif yang saya hadapi adalah menghabiskan PhD dalam enam tahun. Bila balik Malaysia dari UK tahun 2010, tesisnya masih belum siap. Balik Malaysia, kerja-kerja rasmi di UKM akan mendatang, urusan keluarga dan saudara mara, jiran, aktiviti khidmat masyarakat juga akan menjenguk kita. Rasa sukar juga menghabiskan penulisan PhD. Namun, Alhamdulillah, selesai juga menghantar tesis dalam lima tahun, menunggu viva selama 5 bulan, pembetulan memakan masa beberapa bulan, dan proses akhir di University of Essex ambil sedikit masa, akhirnya 6 tahun baru dapat PhDnya.
Bila saya renung semula pengalaman menyelesaikan PhD memang lebih banyak ujian negatifnya. Saya mendaftar di kampus cawangan di Southend-On-Sea yang baru dibuka, bangunan pun masih bersewa, kemudahan tidak lengkap, pensyarah pun belum ramai, baru ada 2-3 orang, sistem pembelajaran PhD belum tersusun, banyak kemudahan tidak mencukupi, bangunan kampus cawangan dalam proses pembinaan, ada masalah dengan Penyelia yang bidangnya kaedah kualitatif, saya guna kaedah kuantitatif, dua mazhab yang berbeza dalam penyelidikan, yakni satu induktif dan satu deduktif, penyelia tidak bersedia apabila berjumpa, penyelia tidak membaca draf bab-bab yang dihantar selama 5/6 bulan (rugi masa saya menunggu di UK), saya tiada pengalaman hidup di negara musim sejuk, biasiswa tidak mencukupi (sebelum Tun Abdullah Ahmad Badawi menaikkan kadar biasiwa pada Sep/Okt 2007), rumah sewa mahal, belanja makan tidak mencukupi, kami makan betul-betul ala kadar sahaja, asalkan kenyang sahaja, dan sebahagian besar barang kami beli adalah berlabel persendirian iaitu Kuning Putih (lupa jenama apa), Oren Putih (Sainsbury's Value), Hijau Putih (Wal-Mart) dan Merah Putih (Tesco Value) (Barang paling murah di pasaraya).
Ketika itu, kami hidup dalam masyarakat yang tiada pelajar Melayu, 'menumpang kasih' masyarakat Muslim Pakistan dan Bangladesh, berhadapan dengan Tuan Rumah yang pelik, tiap-tiap minggu nak tengok rumah dia yang kami sewa, takut-takut kami 'rosakkan' rumah dia', agaknya dia ingat Malaysia macam negara dia "__", saya tiada berpengalaman tentang jual-beli kereta, insurans kereta, tidak biasa dengan sistem parkir yang baru, minggu pertama/kedua sampai di UK dah kena denda parkir sebanyak GBP30 pun rasa 'sedih sangat waktu tu', dan 1001 ujian negatif lain.
Namun apa jua masalah, kesulitan dan kesukaran pasti ada kemudahan selepas itu, di sebaliknya. Dalam surah Al-Insyirah, ayat 5 dan 6, Allah Taala berfirman:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Al-Insyirah: 5)
Ayat ini pun diulang setelah itu,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Al-Insyirah: 6)
Dua kali Allah Taala menyatakan bahawa sesudah kesukaran, kesulitan itu ada kemudahan. Begitulah jua dengan perjalanan PhD saya. Banyak ujian positif di sebalik/sesudah kesulitan dan kesukaran dalam PhD. Di sebalik kesukaran/kesulitan itu, saya berkesempatan menghadiri seminar/persidangan di Shanghai, Monaco, Antwerp (Belgium) dan di Essex sendiri dengan dibiayai University of Essex dan satu dibiayai UKM. Saya sempat menyiapkan dan menerbitkan sebuah buku 'Pengurusan Strategik' pada tahun 2007. Saya berpeluang menerbitkan beberapa artikel jurnal dan pascasidang sepanjang tempoh pengajian.
Di sebalik masalah saya dengan Penyelia saya, sehinggalah saat-saat akhir saya hendak menghantar tesis pun masih menghadapi masalah dengan beliau, di penghujungnya Allah Taala buktikan Kalam-NYA. Saya tidak bermasalah besar semasa viva, mula-mula diberi 'minor correction', boleh hantar dalam 1/2 bulan, tapi saya yang minta diberi 3/4 bulan sebab saya ingat banyak nak kena betulkan dan saya bimbang tugas di UKM menyukarkan saya menghantar dalam tempoh 1/2 bulan. Oleh kerena saya berkehendak tempoh 3/4 bulan, jadi penilai terpaksa beri 'minor revision', berdasarkan syarat dan peraturan University of Essex.
Apabila saya membuat pembetulan yang berjela-jela dan komprehensif, rupa-rupanya penilai dalam dan luar tidaklah mengharap penulisan yang begitu kritikal dan komprehensif. Dalam hati saya berkata, kalau ini yang penilai inginkan, seminggu ke dua minggu pun boleh selesai. Apa-pun bersyukur ke hadrat Allah, PhD dah selesai. Di sebalik hubungan pasang surut saya dengan Penyelia, selepas habis PhD, hubungan kami jadi baik pula (“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan). Saya ada satu artikel jurnal telah diterbitkan dengan beliau, satu dalam proses penilaian, satu sedang ditulis dan mungkin 2/3 artikel lagi boleh ditulis bersama. Satu perkara penting dalam mengekalkan hubungan positif dengan sesiapa sahaja adalah melihat kebaikan/kekuatan yang kita boleh perolehi dari seseorang itu, apa situasi menang-menang kita boleh kekalkan dengan seseorang. Apapun, yang penting adalah bermula dengan niat di hati kita, niat yang baik dan positif. Dalam masa yang sama, kita perlu bersifat saling memaafkan, melupakan kisah silam dan bersikap profesional, tiada manusia yang sempurna.
Di sebalik permasalahan dan ujian negatif sewaktu menyiapkan PhD, banyak natijah positif daripada ujian ini jika kita mahu merenungi dan muhasabah kehidupan kita yang lalu. Antaranya sudah pasti, apabila kita menempuhi banyak kesukaran, Allah Taala sebenarnya ingin menjadikan kita lebih kuat, tabah, berdaya juang yang tinggi. Sebenarnya kita mampu menempuhi ujian yang berat itu sepertimana firman-NYA (Al-Baqarah : 286), asalkan kita jangan lupa kepada-NYA, sentiasa memohon pertolongan-NYA dan bantuan-NYA. Di sebalik kesulitan mendapatkan segulung ijazah, positifnya saya dan isteri dikurniakan Allah Taala cahaya mata keempat kami yang lahir pada tahun 2009. Mendapat seorang bayi menambah keceriaan dan kegembiraan saya kerana adalah satu kesukaan bagi saya bermain-main dengan bayi. Positifnya juga adalah di sebalik tak tahu apa-apa tentang UK dan Eropah, kemudiannya saya dan keluarga sempat berkelana ke beberapa negara Eropah dan digelar 'sifu' bab berkelana. Alhamdulillah, di sebalik kesukaran saya menyiapkan PhD, saya banyak belajar secara bersendirian. PhD di UK, khususnya dalam bidang sains sosial, kita dikehendaki menemui satu ilmu baru secara sendiri. Proses pembelajaran saya secara bersendirian yang susah itu, dengan macam-macam tidak ada dan tidak cukup itu membolehkan saya menguasai asas-asas penyelidikan dalam kaedah kuantitatif dengan agak baik. Contohnya bab Metodologi saya tiada komen dan diberi ulasan cemerlang oleh penilai. Kesukaran saya menyiapkan PhD menyebabkan saya menanam tekad pada diri sendiri, saya akan memudahkan pelajar-pelajar PhD saya menggenggam segulung ijazah asalkan mereka tekun dan sanggup bekerja keras.
Panjang saya berceloteh, apa kaitan pula dengan The Wharton School? Memang saya memohon lebih 100 universiti, dan yang pertamanya saya mengharapkan dapat tempat di UK sebab ramai kawan saya sambung PhD dan pasca PhD di sana, dan saya dah faham akan keadaan di UK. Tapi kehendak Allah, tak dapat pun tempat di UK. Keduanya, saya mengharapkan tempat di Australia ataupun New Zealand, dekat dengan Malaysia, dapat merasai suasana baru, sanak-saudara boleh datang berkunjung, kadar pertukaran matawang masih OK, tapi tak dapat juga. Saya mendapat tempat di University of Otago, NZ, sangat teruja untuk ke sana, tapi tak lepas syarat KPT pula. Saya mengharapkan suasana seperti di Otago, easy life, tak ada masalah trafik, hidup dengan riang dan tenang, hujung minggu boleh pergi memancing, boleh berekreasi di kawasan hutan/gunung-ganang di NZ, boleh pusing pulau NZ dan menghayati keindahan alam di NZ, tapi itu bukan kehendak Allah. Saya tidak mengharapkan untuk ke Amerika Syarikat, tidak mahu kehidupan bandar yang padat, suasana dikelilingi hutan batu, kehidupan yang sibuk, banyak persepsi negatif saya tentang Amerika Syarikat yang saya perolehi dari media massa dan media sosial serta rancangan televisyen 'merisaukan saya', tapi kehendak Allah, akhirnya saya ke The Wharton School juga.
Alhamdulillah, baru sebulan lebih sikit di AS, saya baru 2 minggu lebih di Wharton, saya mensyukuri rahmat dan nikmat Allah 'menghantar' saya ke Wharton. Amat benar Kalam-NYA pada diri saya "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216). Banyak yang saya pelajari dalam 2 minggu lebih ini, lebih banyak yang akan saya pelajari dalam tempoh 22 bulan mendatang, dengan izin Allah. Ada sisi-sisi negatif dalam ujian-NYA, kita perlu menjadikan ujian itu positif. Dalam cuti 3-4 hari ini, saya bawa isteri dan anak jalan-jalan ke Wharton dan UPenn, kali pertama mereka sampai ke sini. Berjalan santai dari sekitar jam 900 pagi ke 100 tengahari, dari rumah kami ke Wharton/UPenn dan kembali ke rumah adalah untuk menjadikan hidup kami sentiasa positif di sini.
Bergambar bersama Penyelia Utama, Penilai Dalam dan Penilai Luar selepas lulus Viva pada 11 Mei 2012
Bangunan bulat Wharton ini paling terkenal dan 'melambangkan imej Wharton'
Gambar-gambar seterusnya diambil menggunakan telefon saya
Suasana pembelajarannya berbeza dengan universiti di Malaysia
Rekabentuk bangunan dan 'isi' bangunannya berbeza
Sumbangan alumni amat penting kepada pembangunan fizikal dan intelektual di Wharton
Ini Vance Hall, bangunan saya ditempatkan. Vance Hall terkenal kepada pelajar MBA di Wharton
Ini minggu pertama saya sampai di AS, pokoknya masih kekuningan dan keorenan
Saya ditempatkan di Snider Entrepreneurial Research Center, salah sebuah Pusat Penyelidikan di The Wharton School. Ada sekitar 20 buat Pusat Penyelidikan di bawah The Wharton School. Saya dan rakan Visiting Scholar yang lain diberi meja dan bilik di dalam Pusat ini, boleh menggunakan kemudahan Pusat ini sebagaimana staf tetap, cuma kami bukan staf tetap. Ada kemudahan bilik kopi dalam Pusat saya. Setiap hari saya ke Snider, saya akan merasai macam-macam jenis kopi dan teh yang disediakan (bancuh buat sendiri)....he3...
Gambar-gambar berikutnya diambil pada 28 November 2015 menggunakan kamera DSLR Canon EOS 650D. Wharton memiliki kampusnya yang khusus di dalam kampus/bandar universiti, Universiti of Pennsylvania. Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia kini, Gabenor BNM yang pertama dilantik dalam kalangan kaum wanita, Gabenor yang menerima pelbagai anugerah atas kecemerlangannya memimpin BNM merupakan alumni UPenn. Beliau menerima PhD dalam bidang monetari dan ekonomi antarabangsa.
Bilik saya di tingkat 4, Vance Hall
Tupai di UPenn memang jinak
Kuliah biasanya dijalankan di Bangunan ini (SHDH Building)
Saya boleh bercerita sisi negatif ujian-ujian di sini, tetapi elok saya tangguhkan. Saya mendoakan lebih ramai warga Malaysia, khususnya pensyarah berPhD menyambung pasca kedoktoran mereka di sini, khususnya sebagai Visiting Scholar. Banyak pengalaman baru, pengajaran berguna, pendedahan bermakna boleh dicari di UPenn. Asalkan niat kita betul di sisi Allah, asalkan kita sanggup terus belajar walau siapapun kita, walau hebat macam manapun kita. Sementara saya diizinkan Allah berada di sini, banyak yang saya boleh bantu bagi mereka yang berminat ke sini. Wassalam.
Baca penulisan ini menyerapkan semangat positif yg tinggi kpd Ila. Kadang2 terlupa yg setiap ujian itu adalah ketentuan darinya yg maha mengetahui. Terima kasih abg hizam. Ila akan jadi pengikut setia blog ini utk terus menyerap aura positif.
ReplyDelete-suhaila, TPJ-
Always challenge yourself to do it better and better, higher and higher, ...and the sky is your limit...:-)
Delete