Saturday, 2 January 2016

Jutaan Terima Kasih Kepada Prof. Jayum, Isteri dan Anak (Graduate Colloquium On Malaysian Studies)

Assalamu'alaikum dan bertemu kembali,

Tiga hari dua malam kami bermalam di rumah Prof. Jayum di Athens, Ohio. Sdr Azhari dari Sabah, Prof. Jayum dari Sarawak dan saya dari Semenanjung, benar-benar mencerminkan Malaysia. Pada hari pertama sampai di Athens (24 Disember 2015), selepas makan-makan, saya, Sdr Azhari dan Prof. Jayum bersembang dan berbual (Intellectual Discourse) sehingga sekitar 12 tengah malam. Saya yang memandu sekitar 9 jam lebih tidak terasa letih pulak di rumah Prof. Jayum, sehingga boleh berbual sampai tengah malam. Pada hari kedua, aktiviti kami selepas sarapan pagi adalah Intellectual Discourse. Selepas balik dari Nelsonville, kerja kami bertiga adalah  Intellectual Discourse sampai lewat petang. Malamnya, selepas makan malam, kami Intellectual Discourse lagi sampai 11 malam lebih. Pada hari ketiga, 26 Disember 2015, selepas sarapan pagi, Intellectual Discourse sekejap sebelum berangkat dari rumah Prof. Jayum dalam sekitar jam 1015 pagi. 

Walaupun  berbeza negeri, etnik dan agama, ia tidak menghalang kami berbual secara ilmiah dengan begitu lama. Prof. Jayum memang seorang yang berpengalaman dan arif dalam bidangnya. Banyak isu yang kami bertiga bualkan, tidak semuanya boleh dibicarakan di sini. Saya sendiri dah dua bulan tidak berbual 'secara serius' dan ilmiah dan memang suka berbual. Memang banyak perkara yang kami bualkan, dari isu sosial kepada isu politik. Yang pentingnya bagi saya adalah niat untuk menambah ilmu dan keterujaan dalam menimba ilmu dari seorang yang berpengalaman. Antara yang dibualkan termasuk Akta Majlis Keselamatan Negara yang diluluskan oleh Parlimen.  Prof. Jayum memang tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalamannya. Seorang rakan saya dari UPM memberitahu kepada saya (sebelum saya sampai ke Athens, Ohio), "Prof. Jaya tidak banyak bercakap, sekali bercakap dalam maknanya". Bila 3 hari bersama Prof. Jayum, benarlah kata Sdr. Azhari. Mula-mula pandang, memang muka Prof. Jayum nampak serius. Bila dah kenal dan rapat, beliau seorang yang mudah diajak berbicara. Saya sendiri, ini merupakan pengalaman pertama Intelectual Discourse yang panjang dengan seorang Profesor. Terasa banyak betul yang ditimba dalam masa-masa bersama Prof. Jayum.

Di Ohio University, banyak aktiviti dirancang oleh Prof. Jayum sebagai Pemegang Kerusi Tun Abdul Razak. Antaranya adalah Graduate Colloquium on Malayisan Studies pada 15-17 September 2016 di Ohio University, Athens. Sila rujuk www.ohio.edu/global/cis untuk maklumat lanjut atau poster di bawah. Satu persidangan berkaitan Malaysia untuk ahli akademik juga dirancang pada Mac 2017. Maklumat lanjut akan menyusul kelak. Memang tepat Kementerian Pendidikan Tinggi memilih Prof. Jayum sebagai pemegang kerusi kali ini. Apatah lagi beliau juga berpengalaman sebagai Profesor Pelawat di United Kingdom dan Bangladesh dan telah menyelia lebih 35 orang lulusan PhD di UPM.







Taman sekitar penginapan Prof. Jayum

Rumah Prof. Jayum disediakan oleh Ohio University

Saya suka kawasan sebegini. Di Malaysia, saya sekeluarga tinggal di Bandar Baru Bangi yang sudah padat dan penuh dengan hiruk-pikuk manusia. Di BBBangi, waktu yang sedikit sunyi dan menenangkan hanyalah selepas lewat malam sehingga ke Subuh.


Bergambar kenangan di depan rumah (Gambar diambil oleh Sdr Azhari). Kami sekeluarga menyusun sepuluh jari, meminta maaf di atas sebarang salah dan silap jika ada sepanjang kami bermusafir 3 hari 2 malam di rumah Prof. Jayum.


Ribuan terima kasih kepada Prof. Jayum yang menerima kami sebagai tetamu, menyediakan bilik untuk tidur, menyediakan makanan halal untuk dimakan. Rasa malu/segan pula makan banyak kali di rumah Prof. Jayum.

Terima kasih banyak-banyak Prof. Jayum atas ilmu dan pengalaman yang dicurahkan dan dikongsi.

Terima kasih banyak-banyak Prof. Jayum atas masa yang dihabiskan bersama kami berdua

Ada kawan saya kata, 'banyak melancong di AS'. Sebenarnya, bukan melancong. Misi sebenar saya ke Athens, Ohio adalah untuk menjayakan hasrat Sdr Azhari untuk bertemu dan berbincang dengan Prof. Jayum mengenai penyelidikan PhD beliau memandangkan Prof. Jayum merupakan penyelia beliau. Saya sendiri, masih ada 22 bulan di AS, belum perlu untuk ke Athens, Ohio. Sementelah diajak oleh Sdr Azhari, kena pula dengan cuti panjang 2 tahun (24 Disember 2015 - 4 Januari 2016),  dan Prof. Jayum pula sudi menerima kami sebagai tetamu, maka saya menerima ajakan beliau untuk ke Athens, Ohio. Sementelah kami ke Ohio, maka kami singgahlah mana-mana tempat dalam perjalanan pergi dan balik.

Terima kasih banyak-banyak kepada Karl, anak bongsu Prof. Jayum yang 'berkawan' dan 'melayan' anak-anak saya dengan main komputer/game/dan lain-lain. Budak-budak memang cepat mesra tanpa mengira kaum, agama dan bahasa.  Janganlah meracuni anak-anak kita dengan fahaman sempit, kebencian politik, semangat kebangsaan yang melampau, ketaksuban pendapat, dan rasisme yang merosakkan generasi muda.  Saya terbaca di Facebook pengalaman satu keluarga di dalam lif mendengar 'kata-kata tidak sepatutnya dari seorang anak kecil' mengenai kebencian kepada bangsa tertentu. Perpaduan apabila dirosakkan, memakan masa yang panjang untuk dibina kembali. Ingatlah, membina kembali keamanan dan kestabilan itu lebih susah apabila ia sudah dirosakkan.

Jutaan terima kasih banyak-banyak kepada isteri Prof. Jayum, Stephanie yang masak sedap-sedap. Nasi lemak semasa sarapan pagi 25 Disember 2015 memang superb. Pengalaman saya sendiri yang banyak kali ke Sarawak, orang Sarawak tidak mengira kaum/bangsa/agama/bahasa lebih terbuka kepada kaum/bangsa/agama/bahasa lain berbanding mereka di Semenanjung Malaysia.

Bagi isteri saya, ini pengalaman pertama berkawan dengan orang Sarawak. Saling tolak ansur, memahami antara satu sama lain, berusaha bekerjasama antara intipati kepada perpaduan rakyat Malaysia.  Maaf, saya sedikit 'mual dengan politik' kerana 'politik di Malaysia' sebahagiannya melaga-lagakan kaum, menanam kebencian antara kaum, isu yang kecil dibesarkan, isu yang besar dikesampingkan, kurang keterbukaan, taksub dengan pendapat sendiri, kurang menerima kepelbagaian pendapat, memecahbelahkan rakyat Malaysia, mencari kemenangan politik berbanding kemenangan untuk negara, dan 1001 isu lain.


Jutaan Terima Kasih Kepada Prof. Jayum, Isteri beliau, Stephanie dan anak beliau, Karl. Kalau panjang umur, murah rezeki, dilapangkan masa  dan sihat tubuh-badan, kami datang lagi, Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment