Assalamu'alaikum dan semoga tidak kesejukan seperti kami,
Pada 26 Disember, selepas berlepas dari rumah Prof. Jayum, kami ke Columbus, Ohio. Columbus terletak di Utara Athens, jadi kami semakin menjauh dari Philly. Pertamanya saya nak lihat Ohio State University di Columbus. Perjalanan dari Athens ke Columbus melebihi 100km, jadi ambil masa juga, dalam sejam lebih. Sampai di Columbus, kami jalan-jalan sekejap di sekitar kampus universiti ini. Saya difahamkan oleh Prof. Jayum, terdapat lebih 100 orang pelajar Malaysia di Ohio State University, kebanyakannya pelajar sarjanamuda. Saya difahamkan juga bahawa di Ohio, negeri Ohio mempunyai sistem universiti di bawah kelolaan Negeri Ohio. Ohio University dan Ohio State University merupakan antara universiti awam di bawah kerajaan negeri Ohio. Setisp tahun, setiap universiti awam perlu bersaing mendapatkan dana dari Kerajaan Negeri Ohio. Dalam bicara saya dengan Prof. Jayum, beliau menyatakan bahawa tugas dan tanggungjawab Presiden Ohio University adalah ringkas tetapi susah, iaitu mencari dan mendapatkan dana untuk Ohio University. Mesyuarat Senat Ohio University juga lebih terbuka kepada masyarakat sekeliling untuk dihadiri. Dalam masa yang sama, Presiden mempunyai 'masa khusus' yang mana terbuka kepada sesiapa sahaja untuk berjumpa dengannya.
Columbus merupakan bandaraya yang besar berbanding Athens. Kami tidaklah lama di Ohio State University memandangkan, perjalanan sebenar masih jauh. Setelah mengambil beberapa gambar, kami berangkat menuju ke StateCollege di Pennsylvania.
Walaupun di Ohio State University, kami memakan baju UPenn...he3..
Ohio State University memang berdekatan dengan bandaraya Columbus tetapi bukan 'universiti dalam bandar'. Ohio State University memiliki beberapa kampus.
Saya suka kampus sebegini
Selain suka bergembira, yang ini juga suka makan
Kedai di seberang jalan
Suhu masih memihak kepada kami
Di Universiti di AS, adalah lumrah apabila bangunan dinamakan dengan tokoh yang menyumbang dana atau berjasa besar kepada universiti/fakulti. Walaupun AS bukanlah 'negara Islam', ramai penduduknya merupakan Philantropher, memberikan pelbagai dana dan bantuan kepada universiti. Bacaan saya menunjukkan universiti/pendidikan merupakan antara perkara utama dalam kalangan rakyat AS. Ini tepat, kerana pendidikan/universiti adalah antara punca dan sebab kepada kemajuan sesebuah tamadun. Bilionwan di AS tidak merasa rugi menyumbang untuk universiti, badan bukan kerajaan dan yayasan-yayasan. Kita di Malaysia, rata-rata rakyat tidak kisah berbelanja untuk hiburan (seperti bil Astro dan lain-lain perkara) tetapi amat berkira dengan yuran sekolah/PIBG dan seumpamanya. Ini satu sikap yang silap (saya maksudkan pada mereka yang berkemampuan). Saya bersetuju kos pendidikan perlu diminimumkan tetapi tidaklah boleh percuma 100 peratus. Di negara Jerman yang mana pendidikan tinggi tidak dikenakan yuran, anda perlu tahu berapa peratus cukai yang dikenakan terhadap rakyat. Adakah rakyat Malaysia sanggup membayar cukai pendapatan (dan lain-lain cukai) sehingga 40%-50% dari pendapatan mereka dan menikmati tol percuma, yuran sekolah percuma dan yuran universiti percuma?
Saya boleh saja bicarakan kelemahan/masalah di AS, tetapi saya sendiri
secara peribadi, lebih sukakan kepada perkara yang baik yang boleh kita
pelajari, ambil pelajaran dan pengajaran. Itu antara sifat saya, yakni
tidak suka mencari kelemahan orang/pihak lain. Ini antara sebab saya boleh berkawan dengan ramai orang. Kita cari kebaikan dan
kekuatan suatu pihak agar kita boleh belajar mendapatkan kekuatan itu, belajar menzahirkan kebaikan itu dan seterusnya diselubungi perkara-perkara positif dalam
hidup.
lengang dan semua tutup
Saya bawa juga keluarga ke sini kerana saya tidak tahu adakah saya berkesempatan membawa mereka ke sini lagi di lain masa (dan juga saya sendiri)
Kalau masa mengizinkan, saya nak menghabiskan masa 2-3 jam meneroka kampus ini, tetapi masa mencemburui kami
Nak tulis apa, Hafiz kata "tak tau, Hafiz tak tau"
Selepas kakaknya ke Mesir, anak kedua saya ini semakin boleh diharap, walaupun masih suka 'mencari masalah' dengan adik-adiknya
Tanpa ajakan Sdr Azhari, kami juga mungkin tidak sampai ke Ohio State University
Perhentian bas...satu kelebihan negara maju adalah sistem pengangkutan awam yang cekap. Saya pernah mendengar ura-ura/cadangan kerajaan/DBKL mengenakan cukai hijau/caj khas bagi kenderaan yang memasuki Bandaraya Kuala Lumpur, sepertimana diamalkan di London untuk mengelakkan masalah trafik yang teruk. Penggubal dasar tidak boleh mengambil dasar di negara lain dan melaksanakannya 'sebiji', 100% di negara Malaysia, ini tidak kena. Kena berfikir jauh, melihat konteks dan suasana serta persekitaran. Sebagai contoh, dalam kes London, ini boleh dilaksanakan memandangkan sistem pengangkutan awam mereka cekap, melalui bas, keretapi, Tube, teksi dan sebagainya. Anda boleh sampai ke mana-mana destinasi dalam Kotaraya London dengan sistem pengangkutan awam yang cekap, jadi tiada alasan untuk andca tidak menggunakan pengangkutan awam. Anda juga boleh membayar cukai hijau di di pelbagai lokasi seperti stesen minyak dan kedai-kedai yang mempunyai pelekat/tanda khas, dan di pelbagai lokasi, hatta di internet sekalipun, dalam tempoh 24 jam selepas anda memasuki London. Pihak berkuasa juga mempunyai kamera di ratusan (mungkin ribuan) lokasi untuk 'menangkap' dan 'membaca' gambar plat kereta yang memasuki London. Ini bermakna plat kenderaan akan dikesan jika anda tidak membayar cukai hijau dalam tempoh yang ditetapkan.
Jadi, persoalan saya, adakah kita boleh melaksanakan sistem pengangkutan awam secekap London/Tokyo dan lain-lain bandaraya utama di dunia? Jawapan saya boleh tetapi bukan sekarang kerana kerajaan perlu melabur beribu juta wang utnuk menambahbaik prasarana dan kemudahan bagi pengangkutan awam. Ini memakan masa bertahun-tahun lamanya dengan pelaburan berterusan setiap tahun yang tinggi, adakah kerajaan sanggup? Adakah kita boleh sampai ke mana-mana destinasi di dalam KL dengan pengangkutan awam yang murah dan cekap? (Bukan naik teksi ya!!!). Alternatif LRT/MRT/Monorel adalah Sistem Tram (dipanggil Trolley di AS) di mana keretapi/keretapi mini/kecil bergerak di atas jalan raya dan di bawah tanah. Membina rel tram di atas jalan raya lebih murah, tidak semahal di atas (seperti LRT) ataupun di bawah tanah (seperti MRT) tetapi adakah pemandu kita boleh memandu dengan berhemah di atas jalan raya, tidak melanggar Tram yang lalu di sebelah mereka?
Gambar Trolley di AS - ihsan Google Image. Saya dah naik Trolley (naik keretapi dahulu sebelum bertukar naik Trolley) dari Pusat Bandaraya Philadelphia ke Wharton School bulan November yang lalu. Tambang pengangkutan awam di Philadelphia (bawah SEPTA) adalah USD$2.25 ke mana-mana lokasi (tidak keluar dari stesen). Tu kira mahal sebab tiket sehala. Jika tiket bulanan, jauh lebih murah.
Adakah kita memiliki keupayaan memasang beribu kamera di sekitar KL,
dengan kamera ini dan sistemnya berkeupayaan untuk membaca plat kenderaan dan mencari pemandu yang
tidak membayar cukai hijau ini, dengan anggaran beratus ribu kenderaan
memasuki KL setiap hari? Dengan Sistem Denda untuk pemandu bermasalah yang dilaksanakan dahulupun
kita gagal, dengan sistem kamera AES yang lokasinya baru berapa tempat pun kita gagal, adakah kita pasti kita akan berjaya kali ini? Dengan pelaburan berjuta Ringgit untuk AES kita gagal, adakah kita akan mengambil risiko lain dan gagal sekali lagi? Kita perlu melihat isu ini secara tuntas dan bersabar menyelesaikanya satu demi satu.
Sebagaimana Ohio University, saya juga tidak pusing habis Ohio State University kerana kekangan masa
Sdr Azhari dan keluarga akan meninggalkan bumi Philly dalam sekitar 2 minggu lagi apabila isteri beliau, Dr. Puteri akan menghabiskan sub-kepakarannya. Kami kehilangan jiran yang amat baik dan sahabat ketika susah dan senang.
Saya belajar menjadi jurufoto pada tahun 1988 (dah 25 tahun), ketika di Tingkatan 4, ketika menjadi jurukamera di MRSM Balik Pulau. Bermula dengan kamera kecil, kemudian meminjam kamera Kapten Nazri Elias (O-OL) (MRSMBP SPM89), saya ke sana-sini dalam MRSM dengan Kamera dan Beg Kamera. Ketika itu, rakan pelajar kenal saya sebagai Kamera dan beg hitam saya itu. Saya pernah memiliki Kamera Nikon berlensa panjang (bukan digital) semasa belajar peringkat ijazah Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan di UUM (beli second hand dari .... jeng3) sebelum kemudiannya lama meninggalkan 'dunia kamera'. Semasa di UK, saya berjinak kembali dengan dunia kamera dengan membeli Nikon D5000 pada tahun 2009 rasanya dan selepas kembali bertugas di UKM, saya membeli Kamera Canon EOS650D untuk kegunaan satu projek (yang merupakan hak milik UKM kerana dibiayai melalui projek penyelidikan). Saya membeli lensa 70-300 untuk Kamera Nikon dan menggunakannya untuk gambar jarak jauh.
Saya belum berkesempatan mendalami Bidang Kamera seperti rakan saya,
Saudara Mazlan Abdul Khalim dan Sdr Syed Yusrie Syed Alwi (kedua-duanya
MRSMBP SPM89) yang menjadikan jurugambar sebagai kerjaya sampingan.
Yang penting saya suka merakam gambar kerana kenangan tidak dapat
dibeli. Kenangan akan berlalu begitu sahaja jika kita tidak merakamnya.
Mengambil gambar boleh menjadikan anda kaya seperti Sdr Saiful Nang,
asalkan bersungguh-sungguh mendalami ilmunya dan mempunyai dedikasi ke
atas kerja anda. Di sebalik suka mengambil gambar, gambar yang kita
ambil boleh mendekatkan diri anda dengan Ilahi, Maha Pencipta. Hayati
keindahan, kecantikan, suasana, pemandangan, peristiwa dan semua ini
menjadikan anda semakin kagum dengan Sang Penciptanya. Apalah nak
berbangga dengan kemajuan sains dan teknologi sesama manusia, hatta
setitik darah pun manusia tidak berupaya 'menciptanya'.
Yes...cernaan sikap positif dalam hidup
Al-Quran menyuruh kita berjalan-jalan di atas muka bumi ini dengan tujuan yang tertentu. Jika diizinkan Allah, saya akan menulis pandangan saya dan mengupasnya kemudian.
"Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di
segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya
kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan" QS. 67:15)
"Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan
kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan
yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan
sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya.
Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran
Allah) bagi kaum yang berpikir." QS. 13:4)"
Isteri saya adalah teman setia ke sini-sana. Saya 'berjaya mendidik' isteri saya mengikuti minat dan kegemaran saya iaitu mengembara. Begitu juga dengan semua anak, semua 'kaki jalan', suka merantau, dan mengembara ke sini-sana. Didikan dari awal, yakni dari kecil, boleh menjadikan anda sekeluarga berkongsi minat dan kegemaran yang sama. Semua anak saya juka suka berkhemah. Dari usia kecil, saya dah ajar dan didik mereka dengan membawa mereka berkhemah di sini-sana, berjalan di sini-sana. Ini penting untuk membentuk sikap berdikari, membina jiwa yang kental, dan membangun individu yang berdaya tahan. Selain itu, semasa berkhemah dan berjalan-jalan, masa dihabiskan bersama seperti sama-sama memasak, mandi sungai itu penting dalam mengeratkan hubungan dan kasih-sayang ibu-bapa dengan anak-anak. Anak-anak saya, alhamdulillah, tahan lasak kalau berjalan dan mengembara. Mereka boleh berada dalam kereta dan perjalanan sehingga 12-16 jam sehari. Pernah sewaktu saya pusing Pulau Jawa tahun 2003, kami berada dalam kereta/perjalanan selama 18 jam. Letih? Memang meletihkan, tetapi yang penting juga adalah kita juga perlu 'mencabar diri kita', maka kita akan tahu keupayaan dan kekuatan kita. Wassalam.
Always challenge yourself, then the sky is your limit!!
sumber : https://en.wikipedia.org/wiki/Ohio_State_University
The Ohio State University, commonly referred to as Ohio State or OSU, is a public research university in Columbus, Ohio. Founded in 1870, as a land-grant university and ninth university in Ohio with the Morrill Act of 1862,[4] the university was originally known as the Ohio Agricultural and Mechanical College.
The college began with a focus on training students in various
agricultural and mechanical disciplines but was developed into a
comprehensive university under the direction of Governor Rutherford B. Hayes and in 1878 the Ohio General Assembly passed a law changing the name to "The Ohio State University".[5] It has since grown into the third largest university campus in the United States.[6] Along with its main campus in Columbus, Ohio State also operates a regional campus system with regional campuses in Lima, Mansfield, Marion, Newark, and Wooster.
The university is also home to an extensive student life program, with over 1,000 student organizations; intercollegiate, club and recreational sports programs; student media organizations and publications, fraternities and sororities; and three active student governments. Ohio State athletic teams compete in Division I (Football Bowl Subdivision for football) of the NCAA and are known as the Ohio State Buckeyes. The university is a member of the Big Ten Conference for the majority of sports. The Ohio State Buckeyes men's ice hockey program competes in the Big Ten Conference, while its women's hockey program competes in the Western Collegiate Hockey Association. In addition, the OSU men's volleyball team is a member of the Midwestern Intercollegiate Volleyball Association (MIVA). OSU is one of only fourteen universities in the nation that plays Division I FBS football and Division I ice hockey. Alumni and former students have gone on to prominent careers in government, business, science, medicine, education, sports, and entertainment.
Michael V. Drake, former chancellor of the University of California, Irvine, assumed the role of university president on June 30, 2014.[7]
The university is also home to an extensive student life program, with over 1,000 student organizations; intercollegiate, club and recreational sports programs; student media organizations and publications, fraternities and sororities; and three active student governments. Ohio State athletic teams compete in Division I (Football Bowl Subdivision for football) of the NCAA and are known as the Ohio State Buckeyes. The university is a member of the Big Ten Conference for the majority of sports. The Ohio State Buckeyes men's ice hockey program competes in the Big Ten Conference, while its women's hockey program competes in the Western Collegiate Hockey Association. In addition, the OSU men's volleyball team is a member of the Midwestern Intercollegiate Volleyball Association (MIVA). OSU is one of only fourteen universities in the nation that plays Division I FBS football and Division I ice hockey. Alumni and former students have gone on to prominent careers in government, business, science, medicine, education, sports, and entertainment.
Michael V. Drake, former chancellor of the University of California, Irvine, assumed the role of university president on June 30, 2014.[7]
No comments:
Post a Comment