Sunday, 8 May 2016

Wharton Business Plan Competition 2016

Assalamu'alaikum dan selamat tengahari,

Hari ini hari Ahad, 8 Mei 2016. Saya masih di depan komputer. Kerja seorang penyelidik tidak seperti kerja di pejabat, 800 pg - 500 petang. Di rumah pun bekerja, hari rehat pun bekerja, terutamanya apabila ada mood nak membaca dan menulis. Alhamdulillah, pada 28 April 2016 yang lalu, saya diberi kesempatan untuk menghadiri Wharton Business Plan Competition 2016, pertandingan Rancangan Perniagaan 'terhebat' di UPenn. Ia merupakan kali ke-18 pertandingan ini diadakan di Wharton. Program bermula dari 100 tgh dan berakhir sekitar jam 615 petang.

Dari segi hadiah pertandingan, terdapat penaja untuk kategori Grand Prize, platinum, emas dan perak di mana sebahagiannya adalah sumbangan alumni yang sudah berjaya dan yang lainnya merupakan syarikat dan Yayasan. Ini antara kekuatan Wharton, jenama 'Sekolah Perniagaan' yang tertua di Amerika Syarikat, melahirkan ramai alumni yang berjaya yang mana alumni ini akhirnya membalas semula jasa Wharton dengan terlibat dalam pelbagai aktiviti dan program.

Dari segi agenda Pertandingan Akhir ini, terdapat 8 pasukan yang bertanding. Seramai 125 pasukan yang menghantar penyertaan, 25 pasukan berentap di separuh akhir dan hanya lapan pasukan terpilih di peringkat akhir.  Di peringkat akhir ini, setiap pasukan diberikan 10 minit untuk pembentangan dan 10 minit untuk soal-jawab dengan hakim. Terdapat 5 minit masa lapang antara setiap pembentangan. Empat pasukan memberikan pembentangan awal, berhenti 25 minit untuk rehat dan diikuti dengan empat lagi pasukan. Kemudian ada sesi 'Elevator Pitches' selama 2 minit lagi bagi setiap pasukan di Forum, Wharton School.

Untuk Pertandingan ini, ia diuruskan oleh Wharton Entrepreneurship dengan sokongan Jawatankuasa Pelajar (12 pelajar terlibat sbg AJK) . Untuk tahun 2015/2016, 350 peserta terlibat dengan penyertaan 150 Rancangan Perniagaan dari enam buah Sekolah di UPenn. Peserta didedahkan dengan perkongsian pengalaman keusahawanan secara berstruktur, akses kepada usahawan berpengalaman melalui Program Mentor, interaksi dengan pemodal teroka, pelbagai bengkel mengenai Pemodelan Kewangan, Model Perniagaan dan Persepsi Pelabur dan sumber keusahawanan di kampus dan wilayah.  Di peringkat awal, pelajar hanya diminta menghantar info ringkas idea dan pilihan video ringkas mengenai idea teroka mereka. Penghantaran idea ini ditapis oleh  pelabur, usahawan dan pakar industri. Hanya 25 pasukan dipilih ke peringkat separuh akhir.  Terdapat 298 hakim terlibat dalam saringan awal...Pergghhh!!! Juga 37 hakim terlibat dalam peringkat separuh akhir dan 18 mentor kepada para pelajar.

Di peringkat separuh akhir, setiap pasukan diminta menghantar 'comprehensive pitch deck' dan membentangkan idea mereka di hadapan sekumpulan panel hakim. Peluang 'Pitching' ini memberikan pengalaman sebenar bagaimana 'menjual perniagaan' kepada pakar professional. Pelajar juga seharusnya melengkapkan segala aspek mengenai perniagaan, dari peringkat 'launching' ke 'growing' sehingga 'managing' usaha baru mereka itu. Di peringkat akhir, pemodal teroka, usahawan, pakar industri, peguam, pemimpin perniagaan tempatan, alumni, pelajar dan media hadir untuk menyaksikan Pertandingan ini.

Dalam proses sebelum ke Pertandingan Akhir, pelbagai siri bengkel dijalankan untuk para pelajar. Ia meliputi topic penjanaan idea, Pencarian Untuk Padanan Produk-Pasaran, keputusan pemasaran berkeusahawanan, Model Perniagaan Canvas, penyelidikan pemasaran dan segmentasi pelanggan, jualan atas-bawah dalam konteks B2B, membina usahateroka sosial, seni 'pitching', membina pasukan, apa yang dilihat pada peringkat awal oleh pemodal teroka, 'artisan mobile', pembiayaan permualaan perniagaan, latihan pembentangan, dan bagaimana 'bercakap' dengan teknologi.  Hadiah meliputi Perlman Grand Prize sebanyak USD$30,000, Hadiah Kedua (USD$15,000), Hadiah Ketiga (USD$10,000), Michelson People's Choice Award (USD$3,000), Gloeckner Award (USD$10,000- untuk kumpulan terbaik prasiswazah dan perlu sampai ke sekurangnya peringkat separuh akhir), Wharton Social Impact Prize (USD$10,000), dan Committee Awards (USD$1,000-3 pasukan). Tiga pasukan teratas akan menerima In-Kind Legal (USD$10,000) and  Accounting Services (USD$5,000).
Antara pemenang lepas adalah:
1)PayMyBills.com - berkembang sehingga memiliki 200 pekerja sebelm dijual kepada PayTrust dengannilai USD$200 juta.
2)PAWs Pet Insurance - peneraju insurans binatang peliharaan di AS.
3)TerraPass - membantu lebih 1000 perniagaan dan 100,000 individu berkaitan tenaga diperbaharui dan pelepasan gas hijau.
4)baby.com.br - peneraju syarikat produk bai dalam e-dagang di Brazil.
Banyak sangat nak taip, saya senaraikan yang tu sajalah...he3...
Ini merupakan Program Wharton Entrepreneurship di UPenn. Ia bukan sahaja terbuka kepada pelajar Wharton School, tetapi kepada semua pelajar  UPenn.

Ini hakim yang terlibat dalam Peringkat Akhir


Ini buku Program. Semua maklumat perlu ada di dalamnya.
Saya sampai awal..

Di Forum (ruang lapang di tengah bangunan), dah tersedia ruang untuk bergambar kepada para pemenang

Pengacara Majlis


Qorum - kumpulan pertama  membuat 'Pitching'
Berkaitan minuman alkohol, syarikat arak berjenama menaja sehingga 10,000 'Uber rides'

Berasaskan Mobile Apps

Saya kira arak merupakan sebahagian daripada tradisi dan budaya di Barat

Dalam pelbagai Rancangan Perniagaan yang saya hadiri, ada saja idea baru berkaitan 'industri arak'.



Potensi Pesaing




Qorum membekalkan kepada syarikat arak siapa minum apa, di mana dan bila, dalam masa sebenar, membolehkan syarikat berbelanja dengan lebih baik dalam aktiviti pemasaran... 

brEDcrumb - Scott Elfenbein, ijazah pertama dari Harvard University, sedang sambung MBA di Wharton, rakan sekelas saya dalam Kursus Keusahawanan Sosial

Masalah - 1)Ketidakpadanan antara lulusan sekolah tinggi (high school) dengan kolej/university terbaik untuk mereka
2)Kolej/Universiti - membelanjakan USD$2300 untuk kos kemasukan setiap pelajar


1.5 juta pelajar  --> Pasaran 'underserved'

Menyediakan mentor dan produk teknologi

Mentor menyediakan khidmat nasihat mengenai penulisan esei, biasiswa dan bagaimana mendapat tempat di kolej


Juga menyediakan universiti peluang 'mendapatkan' pelajar yang mungkin 'hilang (keputusan baik, pendapatan rendah, negeri ketinggalan)

Lembaga Penasihat - komponen utama dalam pasukan yang bertanding dalam mana-mana 'Pitching' di Amerika Syarikat. Jelasnya, bukan bertanding untuk suka-suka, tetapi untuk menang dan menjayakn perniagaan


Banyak syarikat plastik menggunakan 'antimicrobial additives' untuk 'built-in, infection-free surface' untuk barangan keperluan rumah

QTek - syarikat berasaskan teknologi




Penyelesaian - 'ionic copper-based  antimicrobial additives'

Surfion tahan lebih lama, iaitu 13 tahun dan lebih berkesan untuk menghadapi bakteria dan kulat



Mengya Li, Pengasas QTek
Teknologi ini diiktiraf oleh NSF SBIR Award dan dilindungi paten untuk bahan dan proses

BioCellection - kumpulan 'favourite' saya. Kali ketiga saya mendengar 'Pitching' ini, bermula di Wharton Venture Initiation Program, CollegePitch Philly Finals dan ini.  Banyak penambahbaikan kepada slaid dan gaya persembahan Miranda

Miranda Wang, Pengasas Bio Cellection merupakan pelajar prasiswazah di UPenn

Masalah - pencemaran plastik di seluruh dunia

Agak mahal untuk kitar semula polisterin


BioCellection menawarkan 2 cara menjadikan polisterin sebagai duit


Sampah akan dijadikan bahan bernilai tinggi



Beberapa syarikat telah menyatakan komitmen kepada BioCellection

Dah menang banyak anugerah, mengumpul wang kemenangan untuk meneruskan penyelidikan dan pembangunan dan komersilisasi


Dalam strategi perniagaan, menukarkan ancaman kepada peluang adalah satu strategi yang amat sukar, tetapi ianya tidak mustahil...

Pengasas bersama


Our Frontier Crowd - Satu-satunya kumpuan dari Program Wharton Executive MBA. Program Eksekutif MBA di Wharton dan universiti lain di AS tidak sama dengan Program Eksekutif MBA di Malaysia kerana ianya direkabentuk 'benar-benar' untuk eksekutif.

Greg Hagin (WG'16)

Permasalahan di Afrika, benua terakhir yang akan membangun dan maju. Nabi SAW ada menyatakan tidak akan kiamat selagi kita tidak mellihat bangunan-bangunan tinggi di Afrika...


Tidak semua modal dikumpul disalurkan ke Afrika

Pihak-pihak yang terlibat


Menawarkan platform  menghubungkan pemaju perumahan, pembeli berpotensi dengan pelabur luar.

Menyelesaikan masalah social (rumah) dan dalam masa yang sama membuay keuntungan yang munasabah




Daylight - syarikat yang membangunkan teknologi untuk memperbaiki keselamatan di unit bersalin di hospital

Peralatan pertama syarikat ini adalah  'disposable obstetrics device' yang dipanggil Daylight

Alat ini mengganti kaedah manual oleh doktor di wad bersalin yang 'menolak' bayi ke dalam agar bayi mudah diambil dari perut ibu (untuk ibu bersalin yang dibedah)

Alat ini dilindungi oleh harta intelektual

Memasuki Pasaran

Telah ada prototaip  dan dalam proses pengkomersilan


Barn Own Systems - kali kedua saya mendengar 'pitching' mereka

Josh Phifer, WG'17...Pengasas

Masalah - kaedah semasa memantau 'Ranch'/lading besar menggunakan kos yang tinggi dan memakan masa

Penyelesaian -  menggunakan drone dan teknologi 'smart ranch'

Kelemahan pesaing sedia ada




'Teaming' merupakan satu proses penting agar pasukan yang dibentuk saling melengkapi dari segi kekuatan, keupayaan dan kepakaran

WeTrain - kali kedua saya mendengar pembentangan mereka.

Jonathan Sockol, CEO dan Pengasas merupakan  W'09, WG'16

Menawarkan sesi senaman/latihan dengan harga yang begitu kompetitif

Potensi Pasaran sebanyak USD$40 bilion


Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak

Siapa pesaing anda?
Dah habis 'pitching', ada makan-makan
Kemudian ada   'Elevator Pitch'
Makan. minum, sembang, dengar
Scott Elfenbein sedang membuat Elevator Pitch

Ucapan oleh Prof. Karl Ulrich, Timbalan Dekan Keusahawanan dan Inovasi Wharton


Prof. Karl Ulrich -  berpengalaman luas dalam memulakan lebih 20 usahaniaga dan aktiviti paten
Ucapan Jill Anick, Pengarah Bersekutu di Wharton Entrepreneurship juga 'Pengarah' Program ini.

Bilik rakan-rakan Visiting Scholar di Snider bersebelahan dengan bilik Jill Anick



Tempat ketiga  - WeTrain

brEDcrumb -  Tempat Kedua

Johan - BioCellection

BioCellection juga memenangi  Michelson People's Choice Award, Wharton Social Impact Prize dan Committee Awards (kalau telinga saya tak silap dengarlah ...he3)
brEDcrumb -  Tempat Kedua

Johan - BioCellection


Johan - BioCellection
Pertama kali dalam sejarah Wharton Business Plan Competition 2016, pelajar sarjanamuda menjadi Johan pertandingan ini. Umur, tahap pendidikan, etnik, jantina dan pengalaman tidak menjadi halangan kepada kumpulan BioCellection untuk menjadi johan. Moga mereka berjaya mengkomersilkan projek yang diterokai ini.  Antara hadirin yang hadir adalah seorang alumni Wharton yang baru saja 'menjual syarikat'nya yang bernilai USD$2.2 billion....Wow!!! Saya 'terdengar' seorang pelabur berminat untuk bertemu dan melabur dengan BioCellection.
Kita di Malaysia masih jauh. Pertandingan Rancangan Perniagaan di Malaysia anjuran universiti, agensi, syarikat dan sebagainya baru 'semarak' dalam 5 tahun kebelakangan ini seperti Rural Business Challenge, Dana Teraju  dan lain lain program. Dengan kerjasama CESMED (dan kini Pusat Citra), semasa saya di UKM, saya telah mengusahakan Pertandingan Rancangan Perniagaan iaitu Pertandingan Akhir Business Concept Competition untuk pelajar kursus Asas Keusahawanan dan Inovasi (kursus wajib untuk semua pelajar prasiswazah). Bersama Persatuan Francais Malaysia (MFA), saya telah mengusahakan Franchise Business Challenge (dalam Program Francais Siswa) bermula pada tahun 2014. Kita perlu menyuburkan dan menyemarakkan Pertandingan sebegini, menambahbaik penganjuran dan pelaksanaan, menambah dana yang terlibat, membina jaringan kukuh dengan usahawan, alumni, agensi, pemodal teroka, pelabur budiman, pihak korporat, CEO dan lain-lain pihak berkepentingan untuk menjadikan Pertandingan sebegini sebagai salah satu platform dalam melahirkan usahawan dan usahaniaga baru yang berdaya saing. Para peserta dan pelajar perlu dberikan bimbingan oleh mentor/usahawan sepanjang program berlangsung. Bantuan berupa Wang Hadiah yang lebih besar, Geran Permulaan, bantuan khidmat nasihat, Geran penyelidikan dan lain-lain bantuan kewangan dan bukan kewangan perlu disediakan untuk membolehkan Pemenang berjaya memulakan/membangunkan perniagaan mereka. Walaupun kita terlambat, kita masih punya masa untuk melangkah, berjalan, berlari, memecut dan terbang tinggi. Wassalam.


No comments:

Post a Comment