Would you go to the breadmaker to inquiry about the stars?
If you would have advice about jewel, go to the jewel merchant.
Advice is one things that is freely given away, but watch that you take only what is worth having
Assalamu'alaikum,
Tip ketiga ini begitu mudah. Dapatkan khidmat nasihat dari orang yang betul. Al-Quran telah banyak kali menyebut, tanya pada mereka yang ahli dalam bidangnya. Nak jadi jurutera, tanya pada jurutera profesional. Nak menetap di Amerika Syarikat, tanya warga Malaysia yang menetap di AS. Nak jadi pensyarah, tanya pensyarahlah.
Apabila berbicara bab perniagaan, nak jadi jutawan, tanya mereka yang bergelar jutawan. Saya pernah bertanya seorang pemilik kedai fotostat yang menjadi jutawan. Bagaimana beliau jadi jutawan? Tidak ada idea baru dalam perniagaannya, hanya menjalankan perkhidmatan fotostat, binding, kad perniagaan, rubber stamp, dan lain-lain berkaitan.
Bagaimana beliau berjaya? Yang pertamanya, perkhidmatannya mempunyai pasaran yang mencukupi, pelajar yang datangnya dari UKM, Kolej Profesional Mara, German-Malaysian Institute, dan UNITEN selain masyarakat awam.
Keduanya, satu perkara penting adalah perkhidmatan yang diberikan memang pantas, cekap dan memuaskan. Perkhidmatan kaunternya pantas, tidak kita tertunggu-tunggu dan perkhidmatan selepas jualannya memang baik. Contoh mudah, kalau kita tinggalkan bahan untuk difotostat, apabila dah siap, pekerjanya akan menelefon kita untuk datang mengambilnya. Kalau kad perniagaan, mereka akan email, WA kepada kad yang telah direkabentuk untuk semakan terakhir sebelum dicetak. Sekejap saja dah siap.
Dari satu kedai, beliau berjaya membuka kedai kedua. Kemudian dari hasil jualan, beliau simpan dan mula membeli hartanah. Dari hartanah, beliau mula menjual semula apabila harga baru cukup memuaskan. Apabila mendapat RM1 juta yang pertama, maka lebih mudah beliau meningkatkan bilangan jutanya dengan jual-beli hartanah. Ketika saya bersembang di kedai kopi dengan beliau sebelum sampai ke AS, beliay sudah mempunyai aset bernilai RM7-8 juta, dengan hanya membuka dua buah kedai fotostat.
Begitu juga kalau nak jadi pilot, tanyalah pilot kelayakannya, prosesnya dan kaedahnya. Saya tidak pakar dalam jual-beli online. Semasa di UK, hampir semua pelajar tajaan kerajaan (dan pelajar Malaysia) melakukan jual-beli melalui eBay. Sewaktu saya balik Malaysia tahun 2010, sudah adalebih 300 orang jutawan eBay di UK. Bagaimana menjadi jutawan melalui eBay? Kena berguru dengan jutawan eBay, bukan jutawan yang menjalankan perniagaan fotostat. Wassalam
No comments:
Post a Comment