Sunday, 1 May 2016

Spring Sports Day & Edrian's MARVELous 7th Birthday

Assalamu'alaikm dan selamat berpagi untuk orang Malaysia,

Saya ada banyak posting tertunggak, tapi nak selit yang ini dahulu kerana masih panas, dengan aksi yang panas-panas belaka....he3. Alhamdulillah, pada Sabtu, 30 April 2016, dari jam 1200 tengahari - 430 petang, bertempat di Azalea Garden, Fairmount Park, Philadelphia, PA19130, berlangsung Spring Sports Day & Edrian's MARVELous 7th Birthday. Program santai-santai ini dianjurkan oleh Sdr Irfan Hamdi , Sdr Affiq Aizzad dan rakan-rakan untuk Komuniti Malaysia Philadelphia, sama ada warga pelajar mahupun warka kerja. Rezeki kami orang Philly kerana cuaca masih mengizinkan, walaupun agak mendung.

Musim bunga merupakan musim yang dinanti-nantikan. Sepanjang dekat 4 tahun di UK dan 6 bulan di US, saya memang menantikan musim bunga, saya anggap musim terbaik dalam setahun. Cuaca yang kalau panasnya, masih boleh tahan, kalau sejuknya masih OK, itulah musim bunga. Saya sekeluarga pernah menjelajah Eropah selama 16 hari, kami lakukan semasa musim bunga pada bulan April tahun 2009. Dengan berkonvoi bersama rakan lain dari Birmingham, kami menaiki Feri dari Harwich, England ke Hook of Holland, Belanda. Dalam 5-6 jam naik feri di awal pagi, kami sampai di Hook of Holland dan 'belajar' bawa kereta di jalan berbeza. Biasanya dalam 1-3 hari untuk kita betul-betul mahir apabila bertukar jalan antara kiri dan kanan. Dari Hook of Holland, kami bermalam di Duinrell, Belanda selama sekitar 6 malam. Dari Duinrell, kami ke Amsterdam, Rotterdam, Keukenhof, Madurodam, Antwerp, Brussels,  dan beberapa lokasi pelancongan di Belanda khususnya. Kemudian kami memasuki Luxembourg, sebuah Negara kecil tetapi tinggi pendapatan perkapitanya, juga sebuah Negara yang aman, indah dan menenangkan.

Dari Luxembourg, kemudian kami bermalam beberapa malam di Strasbourg, Peranchis. Strasbourg merupakan Pusat Parlimen Eropah  dan melalui Strasbourg, kami pergi-balik ke ke Europa Park, Heidelberg dan Stuttgart (ketiga-tiga lokasi dalam Jerman). Dari Strasbourg, kami singgah di Zurich sebelum meneruskan perjalanan dan bermalam selama 3 malam di Interlaken, Swiss. Dari Interlaken, kami ke Jungfrau, Puncak tertinggi boleh dinaiki keretapi di Eropah (kami tak sampai ke puncak), Lausanne dan Geneva. Kami tidak sempat ke Milan, Italy kerana tidak cukup masa. Kemudiannya, kami merentasi Peranchis dan bermalam 2 malam di Paris sebelum balik ke UK melalui Calais (Peranchis) ke Dover (UK). Itu antara kenangan musim bunga di UK dan Eropah.

Ramai orang menyatakan mereka yang bercuti belajar 'makan angin', tak belajar. Salah tanggapan sebegitu. Saya belajar dan diajar semasa di Malaysia, kalau waktu belajar, pulun betul-betul. Waktu bersukan, bermain, bersukan bersungguh-sungguh. Begitu juga waktu berehat-rehat, rehat sungguh-sungguh. Semasa sambung PhD di UK, penyelia saya juga menyarankan, apabila musim cuti, berehat betul-betul, kosongkan minda, berjalan dan mengembara, biar minda cergas semula apabila tiba waktu belajar.

Terima kasih kepada Sdr Irfan Hamdi, Sdr Affiq Aizzad  dan rakan-rakan yang menganjurkan program ini. Juga Sdr Fadhli Amin dan isterinya Emy Pakrudin yang mengadakan Majlis sambutan hari lahir anak sulong mereka yang ketujuh bersempena 'Sukan Musim Bunga' ini..
.

 Mior, Adib dan Aifa





 Kek harijadi sedang dihias
 Captain America, Iron Man dan Hulk

 Dah siap pun
 Pakat nyanyi ramai-ramai







 Turut hadir ialah tetamu khas program iaitu Prof. Dato' Dr. Nor Aieni Hj Mokhtar,
Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu


 Potong kek



 Ada pembahagian kumpulan kepada Captain America, Iron Man dan Spiderman

 Saya dah 'tua', ambil gambar saja dan wakilkan kepada anak ketiga saya,
Muhammad Kamil Nurullah

 Acara pertama isi air dalam botol

 Tiga kumpulan sudah bersedia
 Tu dia, Emy Pakrudin dengan aksinya
 Edrian, the birthday boy

 Anak saya, Muhammad Kamil Nurullah




 Perah, Perah!!

 Acara ni baguih sebab tua, muda, kanak-kanak boleh turut serta
 Aifa pun pulun
 Kumpulan ni patut disqualified juga, ada bantuan cawan kosong...he3





 Tu dia Boss (Farid) punya pulun...Captain America menang acara ini. Yang penting teknik perah span bagi ayaq keluaq masuk dalam botol...

 Ni patut disqualified ni, ada orang tolong dan guna kertas...he3



 Acara kedua, bawa bola ping pong dalam sudu

 Semua dah bersedia

 Steady bro!
 Ada macam-macam teknik
 Yang ni beradab betul...he3


 Kalau bola tak masuk bekas plastik maka ianya tidak dikira

 Lagi sempoi

 Semacam ja gigit sudu tu ...he3

 Boss sekali lagi (Peserta favourite saya)




 Acara ketiga - lari dalam guni
 Dania (anak Bob dan Aifa)


 Danny pun dah bersedia...serius betul...he3

 Anak saya pun dah bersedia

 Sedia....1
 2
 Uihhh, laju juga anak saya berlari dalam guni

 Acara ini agak kelam kabut
 Susah nak tahu sapa menang bila kelam kabut...
 Yang saya tahu Captain America menang acara ini


 Hadiah dah ada





 Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr. Nor Aieni Hj Mokhtar, Naib Canselor
Universiti Malaysia Terengganu menyampaikan hadiah kepada para pemenang

 Yang ni tempat ketiga yo...




 Naib Johan

   Johan - Captain America...ada juga 'penyibuk' dalam kumpulan Captain America tu...he3


 Gambar beramai-ramai


 Panjang umur, murah rezeki, kita jumpa lagi tahun hadapan
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan Program ini... Adios!!!


No comments:

Post a Comment