Pada 21 April 2016, Khamis, dari jam 900 pagi - 1100 pagi, bertempat di World Café Live, diadakan Pertandingan Akhir Applikasi (dipanggil Demo Day). Alhamdulillah, saya masih sihat dan amat teruja untuk mengikuti AppitUP Challenge ini setelah mengikuti peringkat separuh akhirnya beberapa bulan sebelum itu. Program ini dianjurkan oleh Penn Center for Innovation (PCI) di mana terdapat 300 idea di peringkat awal saringan. Selepas peringkat separuh akhir, syarikat akan bekerjasama dengan 'rakan pembangunan app' (development partner) untuk membangunkan prototaip. Di peringkat akhir, hanya enam syarikat tersenarai untuk membuat 'pitching' dan dua syarikat akan dipilih memenangi hadiah bernilai USD$50,000 untuk prototaip dijadikan applikasi komersil. Setiap kumpulan diberikan 5 minit untuk membuat 'pitching' dan 5 minit untuk soal-jawab (Q&A). Selain itu, ada hadiah khas, iaitu Audience's Award, berdasarkan undian online para hadirin yang hadir.
Saya dah faham aturcara di UPenn. Bila tulis mula jam 900 pagi, bermakna jam 900 pagi itu bermula dengan makan-minum dahulu, jaringan dan bersosial, juga sarapan pagi bagi yang belum. Dalam setengah jam selepas itu baru bermula program sebenar.
Suasana di World Café Live memang santai dengan pentas di hadapan
Seperti biasa, 'Pengarah Program' memberikan ucapan ringkas.
I do hope Malaysia will follow this style. No need too many protocols, no need many VVIPs to deliver their speeches. Just straight to the point and start. We save a lot of valuable time, no need rehearsal, no need 'bunga manggar', red carpet and less bureaucracy. After all, we want to listen to the pitching, not to the VVIPs right?
Banyak syarikat terlibat sebagai rakan pelabur
Begitu juga dengan keterlibatan 'development partner'
Para hakim yang hadir semua berpengalaman dengan Apps
Majlis di AS, sambal dengaq boleh makan dan minum. Sambil dengar kuliah pun boleh makan dan minum dengan lahapnya... he3.
We shouldn't follow this as it is not fit to our culture and Islamic tradition on teaching and learning...he3
Kalau di Malaysia, pertandingan sebegini 'begitu formal'...Di AS begitu santai...
Saya suka santai tetapi tak bolehlah pakai jeans dan selekeh sangat...
No need full attire, but should be smart casual..
UPenn memang tidak susah mendapatkan penaja, walaupun untuk program seperti ini
Ini maklumat tentang AppitUP... Sudah pasti ada jatuh bangun dalam beberapa tahun lepas, tapi itu lumrah dalam perniagaan. Mencuba dan terus mencuba...
Pertandingan ini terbuka kepada sesiapa sahaja, pelajar, pensyarah, staf, Sarjana Pelawat seperti saya, asalkan salah seorang ahli mempunyai UPenn ID. Dalam 6 finalis, 3 dari Sekolah Perubatan, 2 dari Wharton School dan 1 dari Sekolah Kejuruteraan
9 orang menghantar idea yang sama
32 idea dihantar oleh orang yang serupa
42 idea dihantar oleh staf UPenn
3 syarikat telah menerima pembiayaan
Aero2Max - Syarikat pertama membuat 'Pitching'
Masa pembentangan 5 minit tidak lama. Anda perlu berlatih betul-betul untuk mengoptimakan masa. Kumpulan ini kelihatannya tidak dapat menggunakan 5 minit dengan optimum. Masa kelihatan idak cukup bagi mereka sedangkan penjaga masa memang sentiasa tepat. Cukup 5 minit anda perlu berhenti! Tip saya, anda perlu berlatih sekurang-kurangnya 4 kali...
Flow of presentation --> 1)Team 2)Problem 3)Solution 4)Market
Produk Aero2Max merupakan app berkaitan sistem badan dan keolahragaan
Sasaran pasaran adalah industri sukan di AS
Lepas kayuh basikal, terus keluar data di telefon
Prototaip dipamerkan di atas pentas
Animotion - kumpulan kedua membuat 'pitching'
Problem--> Solution-->Team-->Market-->Go-to-market--> Competition-->Funding needed
Kita Malaysia, mungkin dalam 15 tahun terkebelakang dalam pembangunan Apps
Anda perlu jelas mengapa anda memerlukan USD$50K...
Kumpulan ketiga adalah ParQavenues
1)Problem 2)Solution 3)Current Problem 4)Current Competition 5)Market Strategy (market assessment & expansion) 6)Use of funds 7)Team
Saya tertarik dengan kumpulan ini dari separuh akhir lagi
Bagaimana anda boleh menyewakan parkir anda di bandar di hujung minggu atau hari kerja jika anda tidak menggunakannya. ParQaveneus meminta komisen 20% untuk pelanggan berdaftar dengan mereka. Dari segi konsep asasnya, ia menggunakan 'konsep Uber, AirBnB' iaitu memaksimakan aset massa dengan menyediakan platform app yang sesuai.
Lanskap persaingan perlu jelas, sama ada pesaing langsung, pesaing tidak langsung ataupun produk gentian lain
Satu petua saya belajar membuat 'pitching' semasa di Malaysia, maksimum slaid adalah bergantung kepada masa yang diperuntukkan. Kalau 5 minit diberikan, maka maksimum slaid adalah 5+1, bermakna maksimum 6 slaid sahaja.
Maksimum slaid = (Jumlah minit diperuntukkan = jumlah slaid) + 1 slaid tambahan
Pronoto - kumpulan keempat membuat 'pitching'. Pengasasnya merupakan doktor perubatan dan kini sebagai Felo Penyelidik di UPenn. Ini antara perbezaan dengan Malaysia di mana doktor perubatan kurang penglibatan dengan program keusahawanan. Bidang keusahawanan terbuka kepada sesiapa sahaja kerana anda lebih mengetahui 'masalah sebenar' di tempat kerja anda.
Saya tertarik dengan idea kumpulan ini. Konsepnya mudah, seorang doktor perubatan perlu membaca terlalu banyak artikel baru setiap tahun untuk mendalamkan pengetahuannya mengenai sesuatu penyakit, apatah lagi penyakit baru dan membelanjakan USD$2000 untuk melanggan artikel
Penyelesaiannya seperti di atas
Dalam pembangunan prototaip, 'Proof of Concept' adalah perlu dan menjadikan 'Pitching' anda lebih berdaya maju
1)Team 2)Problem (Pain Point) 3)Solution 4)Proof of Concept 5)Market Potential
6)Return on Investment
Reclamate - kumpuan kelima membuat 'pitching'
Kos menjaga banduan adalah besar
1)Problem 2)Solution 3)Supervisory Dashboard 4)System 5)Market opportunity
6)Team Use of funds
Polis memantau bekas banduan melalui Apps
Menyasarkan 65% Margin keuntungan
Sleepstats - merupakan kumulan terakhir dari 6 kumpulan bertanding
Ia menawarkan penyelesaian kepada mereka yang ingin menjalani ujian Sleep Apnea. Mengikut kaedah sekarang, anda perlu menunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan tarikh (dan katil) di hospital untuk menjalani ujian 'Masalah tidur'. Kemudiannya, berpuluh wayar akan dipasang di badan anda untuk mendapatkan pelbagai data mengenai tubuh badan anda ketika tidur.
Penyelesaian mudah iatu menjual/menyewa beberapa alat pasang sendiri untuk mendapatkan maklumat berkaitan 'Sleep Apnea'
1)Problem 2)Solution 3)USD$50K 4)Customer Acquisition 5)Growth Opportunities 6)Team
Sementara hakim menentukan pemenang, ada sesi sembang santai dengan pemenang sebelumnya, pengalaman dan cabaran mereka mengembangkan perniagaan semasa.
KEPUTUSAN HAKIM
Pemenang USD$50K adalah Animotion dan Pronoto
Audience's Award diperolehi oleh kumpulan ParQaveneus
No comments:
Post a Comment