For I now had formed the habit and it was no longer difficult
(page 20)Assalamu'alaikum,
Yang ni antara paling susah, bukan sahaja nak jadi jutawan, nak jadi apa sahaja, iaitu membentuk tabiat atau kebiasaan. Kalau tanya saya macam mana nak jadikan ia satu tabiat atau kebiasaan, ingat balik bagaimana kita dapat mencukupkan solat fardhu sehari semalam lima waktu. Memang bukan senang, tambah kalau masih remaja, terutamanya Solat Subuh...he3.
Satu petua nak menjadikan satu perkara baru sebagai tabiat adalah mulakan dengan yang kecil-kecil dahulu. Contoh mudah, anda baru bekerja 3 bulan dan mendapati simpanan di hujung bulan hanya tinggal RM250 sahaja. Itulah baki yang ada dalam 3 bulan ini. Anda belum dapat menyimpan dahulu, baki selepas simpanan baru berbelanja sepertimana saranan Warren Buffet.
Cadangan mudah, mulakan dengan menyimpan RM275 dahulu, yakni tambah RM25 daripada pendapatan bulanan. Lakukan selama 6 bulan berturut-turut. Kalau tabiat harian, mulakan dengan satu tabiat dahulu, jangan berharap untuk melakukan pelbagai tabiat baru serentak jika tahap disiplin anda rendah. Contohnya, anda ingin bangun jam 500 pagi setiap hari. Walau apa yang berlaku, pastikan anda bangun jam 500 pagi setiap hari selama 40 hari berturut-turut. Gunakanlah jam loceng, jam telefon, ibu/isteri kejutkan, rakan kejutkan untuk memastikan anda bangun pagi jam 500 pagi setiap hari. Apabila anda telah dapat melakukannya selama 40 hari berturut-turut, Insya-Allah ia akan menjadi tabiat/kebiasaan kepada anda.
Begitu juga kalau anda nak berhenti merokok (saya bukan perokok). Jika anda menghisap 10 batang rokok sehari, kurangkan ke 9 batang dalam masa 40 hari, kalau dah boleh, mungkin 40 hari kedua kurangkan ke 7 batang, 40 hari ketiga ke 5 batang dan seterusnya....lama2, ia akan menjadi mudah kepada anda dan anda mampu berhenti merokok...
Petua mengamalkan selama 40 hari berturut-turut ini ada dalam amalan-amalan dalam agama. Ingat mula dengan satu perkara kecil, tetapi berterusan. Lama-lama ia menjadi mudah. Saya sendiri pernah bertahun-tahun tidak membuka dan menonton TV di rumah (ketika awal tahun 2000) dalam satu 'mujahadah melawan hawa nafsu'. Alhamdulillah, lama-lama OK tak tengok TV sampai bertahun-tahun. Sebelum datang ke Malaysia, rumah saya ada TV, tetapi TV tidak penting kepada saya lagi. Kalau tengok TV pun mungkin sekejap di malam hujung minggu sahaja, tetapi kalau tak tengok TV pun tak apa. Tak rasa apa-apa lagi pengaruh TV kepada saya. Apabila anda berjaya mengatasinya, apatah lagi dalam jangka masa panjang, ia menjadi begitu mudah.
Semoga Berjaya! Good Luck!
No comments:
Post a Comment