Friday, 19 February 2016

Seminar Sehari Perniagaan Francais - Sempena Hari Francais 2015 (23 April 2015)

Assalamu'alaikum dan Selamat berFrancais,

Catatan ini saya letakkan dalam blog ini, moga-moga ada manfaatnya suatu hari kelak, kalau bukan sekarang.  Program Francais Siswa dimulakan oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA) pada tahun 2014 dengan sokongan dan kerjasama Bahagian Pembangunan Francais, KPDNKK. Pada tahun 2015, MFA mendapat kerjasama sebuah lagi insitusi, Unit Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).  Saya kira saya layak menulis dan bercakap tentang program ini kerana saya yang menulis kertas cadangannya, mereka bentuk program dan aktivitinya serta hasilnya selain saya juga adalah  Pengerusi Program Francais Siswa 2014-2015. Alhamdulillah, Program Francais Siswa 2015 berjalan lancar sehingga ke penghujung, berjaya mencapai beberapa sasaran yang ditetapkan. 

Program pertama merupakan Seminar Sehari Pendedahan Francais yang turut diadakan sempena Hari Francais anjuran KPDNKK pada 23 April 2015. Objektif Seminar ini adalah:
  • Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai asas perniagaan francais
  • Memperkenalkan sejarah dan perkembangan perniagaan francais di Malaysia.
  • Mendedahkan pelajar tentang peluang-peluang dalam perniagaan francais di Malaysia.


En. Mohamad Shukri Salleh (Setiausaha Agung MFA) memberikan ceramah mengenai sejarah dan latar belakang perniagaa francais di Malaysia.

Beliau layak bercakap mengenai perkara ini kerana terlibat dengan Progam Pembangunan Francais semenjak 1992, terlibat dengan MFA semenjak 1994.

Banyak liku-liku dan sisi negatif dilalui oleh beliau sebelum berjaya sebagai francaisi kepada beberapa sistem


Kehadiran memang memuaskan

Sebanyak 13 universiti awam menghantar pelajar ke Seminar ini
















Tokey Adan Laundry turut hadir...






Eksekutif MFA yang tolong mengambil gambar (Cik Fatin)

Cenderahati kepada En. Shukri disampaikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Francais ketika itu  (En. Zainal Azman Abu Hassan)






 En. Zainal Azman Abu Hassan, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Francais (BPF) pula menyampaikan ceramahnya berkaitan peranan, tugas dan tangungjawab BPF


Selain golongan pelajar, Seminar ini terbuka kepada semua warga Malaysia (masuk adalah percuma)



En. Zainal menyampaikan ceramahnya secara santai, tidak mengikut slaid dan berjaya menarik perhatian para hadirin. 



Saya pula menyampaikan cenderahati kepada En. Zainal Azman Abu Hassan

Sesi berikutnya oleh PNS


Maaf banyak-banyak, saya terlupa nama pegawai PNS ini




Banyaknya salin....


Ini adat dan budaya serta protokol di Malaysia, bagi cenderahati

Berhenti sekejap untuk minum petang

Itulah untungnya di Malaysia, datang seminar percuma, makan-minum pun disediakan dengan percuma...Bawa diri saja...

Sesi terakhir pada Seminar ini adalah sesi saya

Hadirin bukan pelajar universiti tidak perlu masuk semula sebab tidak berkaitan dengan mereka

Saya bercakap mengenai Program Francais Siswa 2015

Datang percuma, makan percuma, dapat free gift lagi...

Saya memang suka berjalan-jalan kalau bercakap

Imbau kembali pengalaman Program Seminar Francais Siswa 2014



Setiap universiti diminta menghantar satu Kertas Cadangan Perniagaan ke MFA untuk ditapis dan disenaraipendek

Saya pakai tali leher KPDNKK (diterima dalam Program Francais Siswa 2014)




Jawatankuasa Teknikal di MFA akan menilai dan memilih 10 Kertas Cadangan Perniagaan sahaja

Kali pertama saya terlibat dengan aktiviti francais adalah semasa zaman pelajar di UUM, pada tahun 1995. Ketika itu, saya bersama lima rakan lain membantu MFA menganjurkan Persidangan dan Pameran Antarabangsa Francais Malaysia kali kedua di Hotel Shangri-La.



MFA dan KPDNKK juga menjemput pensyarah dari setiap universiti terlibat hadir program ini

Antara masalah tenaga akademik di Malaysia adalah 'seronok, syok, leka' dalam kepompong masing-masing. Tidak ramai yang mahu melibatkan diri dengan aktiviti industri. Akibatnya, mengajar pelajar berdasarkan buku, mana cukup. Kita seharusnya mengajar pelajar tentang ilmu (teori dan apa  ada di dalam buku), dan amal (apa pengalaman kita dalam industri seperti sebagai pakarunding, penyelidik, pembuat polisi)

Memang banyak 'sisi negatif' Francais Malaysia kedengaran di sana-sini. Tapi saya masih yakin Francais Malaysia boleh pergi jauh asalkan kena caranya...

Kita mahu membina 'generasi pelapis usahawan' yang berpendidikan tinggi dan mampu menjadi juara dunia, bukan sekadar jaguh kampung

Pelajar mungkin 'kurang bersyukur' atau tidak berterima kasih apabila menghadiri program sebegini memandangkan ianya percuma. Apabila pelajar graduat, dan menghadiri kursus sebegini yang memakan belanja RM900/RM1000 sehari/dua hari, baru mereka sedar...


                                             Sijil untuk wakil setiap universiti yang hadir




Yang ni wakil dari UKM (maaf, yang lain memang saya tak ingat)



















MFA menjemput 20 universiti awam dan 3 Politeknik Premier untuk menghadiri program ini. Yang dapat hadir adalah 13 universiti awam sahaja.

Terakhir, ada sedikit cenderahati dari KPDNKK untuk saya.

Terima kasih banyak-banyak yo...

En. Zainal Azman antara Pengarah Kanan tersingkat di Bahagian Pembangunan Francais KPDNKK kerana selepas itu beliau dinaikkan pangkat ke jawatan Timbalan Ketua Setiausaha di sebuah kementerian lain

Walaupun sekejap, antara sumbangan terpenting En. Zainal Azman adalah Enhance Franchise Development Program yang dikelolakan oleh MFA... 
Semoga terus sukses En Zainal Azman Abu Hassan. 



Dengan anak-anak didik saya dari UKM di Seminar ini


Gambar berikutnya menunjukkan  Franchise Mobile (Food Truck) yang turut menyertai
Hari Francais 2015 di KPDNKK






























No comments:

Post a Comment