Friday, 19 February 2016

Malaysian Night @ Philadelphia 2016 (30 Jan 2016)

Assalamu'alaikum dan selamat bekerja,

Pada 30 Januari 2016 yang lalu, telah berlangsung Malam Malaysia di Philadelphia, anjuran Persatuan Pelajar Malaysia di Drexel University, Temple University dan University of Pennsylvania. Tema malam ini adalah 'Balik Kampung'.  Pertamanya, tahniah kepada adik-adik di Philadelphia, gabungan tiga universiti yang menganjurkan Malam Malaysia ini yang mengimbau kembali tentang Malaysia, budayanya, makanannya, dari Semenanjung Malaysia sehingga ke Sarawak dan Sabah. Ketika ini saya berada di Quorum, University Science Center, menunggu Sesi Coffee and Capital bermula. Mulanya, rasa 'tak mau pergi', sebab selepas bangun pagi sedikit keletihan. Saya kalau banyak menggunakan otak pada waktu malam, susah hendak tidur selepasnya. Bila susah hendak tidur, maka bila bangun tidur, rasa tak cukup tidur pula. Ini berbeza dengan isteri saya, kalau banyak guna otak, dia mudah tidur. Maha Kaya Allah Taala. Semalam, 10 Februari 2016, saya ketinggalan satu kuliah Keusahawanan Sosial dek sedikit keletihan. Bagi saya yang dah menghampiri usia 44 tahun, kesihatan cukup diutamakan. Saya tidak akan memaksa diri saya membuat sesuatu jika kesihatan kurang mengizinkan. Saya akan pastikan mendapat rehat yang mencukupi untuk bekerja.

Buat penyelidikan ni bukan kerja mudah. Nak guna otak, nak berfikir dengan luas dan mendalam serta menyeluruh. Nak banyak membaca. Masa kerja tidak menentu. Sabtu dan Ahad juga bekerja, malam-malam juga bekerja. Di peringkat saya, melepasi ijazah kedoktoran, dengan banyak penyelidikan yang telah dilakukan, memanglah saya perlukan penyelidikan untuk menghasilkan artikel-artikel ilmiah untuk diterbitkan di dalam jurnal berwasit. Itu tugas hakiki kami tenaga akademik di Universiti Penyelidikan selain pengajaran dan perkhidmatan. Kalau tidak ada pojek penyelidikan, bermakna kami tidak ada bajet, bermakna kami tidak dapat hasilkan penulisan ilmiah, bermakna kami 'tidak dapat hidup'. Namun, dah dekat 17 tahun mengajar, 19 tahun di UKM, saya bukan buat penyelidikan sekadar untuk diterbitkan di dalam jurnal berwasit. Saya mencari apakah manfaat yang boleh masyarakat dan negara gunakan hasil penyelidikan saya. Jika sekadar membuat penyelidikan untuk diterbitkan di dalam jurnal, saya merasakan ianya tidaklah terlalu susah. Kertas pascasidang pun sudah kurang berminat tetapi kena pergi juga sebab tuntutan kerja.

Bagi penyelidikan sains tulen, antaranya saintis mencari harta intelektual baru sama ada berupa paten, hakcipta dan sebagainya. Alhamdulillah, saya dan pasukan ada 16 hakcipta melalui UKM. tetapi itu tidaklah memuaskan hati saya. Bukan kuantiti yang saya mahukan. Hadis Nabi SAW ada menyebut tentang sebaik-baik manusia  adalah manusia yang paling bermanfaat bagi manusia. Itulah antara matlamat kehidupan saya di dunia yang singkat ini. Bagaimana memberi lebih banyak manfaat kepada manusia lain. Alhamdulillah, saya memang ada menulis beberapa buah buku, moga-moga ada manfaatnya kepada manusia lain. Tetapi saya mencari manfaat lain juga, khususnya dapatan penyelidikan yang boleh digunakan masyarakat, boleh digunakan dalam pembentukan dasar kerajaan yang akhirnya memberikan banyak impak kepada manusia. Begitu juga dengan kursus keusahawanan sosial yang saya ikuti. Bukan sekadar mendapatkan ilmunya, pendedahan dan pengalaman tentang keusahawanan sosial, tetapi bagaimana saya boleh menyelesaikan masalah komuniti dan masyarakat, bagaimana keusahawanan sosial menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh dasar dan program kerajaan sedia ada. Panjang nak cerita bab keusahawanan sosial, tapi biarlah ianya menjadi rahsia. Saya masih berfikir dan berfikir, membaca dan terus membaca, meneliti dan mendengar, memohon petunjuk dan pertolongan Allah, moga-moga ada hasil dan impak yang baik daripada keberadaan saya di bumi Amerika ini.

Sambung balik....Namun isteri saya memujuk "Pergilah, sempat lagi". Penangan nasihat si isteri, saya gagahkan diri, bersiap-siap, bersarapan pagi dengan nasi goreng kampung, dengan sekole teh O dan berjalan pergi. Alhamdulillah, saya sempat sampai di Quorum sebelum 800 pagi. Begitulah kehidupan di luar negara, khususnya sebagai pelajar pasca siswazah ataupun sebagai Sarjana Pelawat/Profesor Pelawat yang sudah berumahtangga, kadang-kadang, bukan senang nak dapat mood positif setiap hari. Waktu-waktu inilah nasihat, motivasi, kata-kata si isteri penting untuk kita bekerja dan terus bekerja.

Kami sampai agak awal di Drexel University, lokasi Malam Malaysia berlangsung. Sempat solat Maghrib di sini sebelum majlis bermula. 

Saya anggarkan ramai juga yang hadir, selain pelajar, warga Malaysia yang menetap sekitar Pennsylvania, Delaware dan New Jersey. Rasanya ada 18 meja, maka kehadiran adalah melebihi 140 orang.

Majlis belum bermula



Turut hadir adalah warga Malaysia yang bekerja di Washington DC sama ada di Pejabat Kedutaan, Education Malaysia, mahupun MARA.

Ini kali kedua saya sekeluarga menyertai majlis di Drexel University


Sdr Umar dari Shah Alam. Di celah-celah kesibukan dan barang-barang, sejuk hati saya apabila  saya melihat Sdr Umar bersolat Maghrib. Solat boleh didirikan di mana sahaja asalkan tempatnya bersih dan tahu kiblatnya.


Bila daftar, dapat kupon meja

Turut hadir adalah pelajar Malaysia berbangsa Cina, kalau tidak tak jadi Malam Malaysia

Tetamu dan jemputan dihidangkan dengan Sate Kampar, perniagaan milik orang Malaysia di Philly


Ada yang kerja di Kedutaan, di Universiti, di Bank dan kerja sendiri


Belajar di universiti saja tidak cukup dalam menjadikan anda individu berbeza, insan berdaya saing. Aktiviti sebegini akan menjadikan pelajar lebih matang, berkemahiran dan berketrampilan

Jemputan utama adalah Dua Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Dr. Awang Adek Hussin. Beliau merupakan Alumni UPenn.

                             Sambung tulis, baru habis sesi Coffee and Capital with David Luk


Selepas Duta masuk, majlis diteruskan dengan persembahan Balik Kampung


Semua jemputan dan tetamu beralih dewan lain...Saya sekeluarga pilih tempat duduk belakang. Kalau orang lain nak keluar, tak kacau kami duduk. 

Pengacara Majlis


Ucapan Prof. Lim, wakil Drexel University. Beliau merupakan salah satu tempat rujuk pelajar Malaysia di Drexel University

Ucapan Perasmian Datuk Dr. Awang Adek Hussin





Kisah tiga orang anak muda, seorangnya dari AS nak 'Balik Kampung'
Persembahan Seni Silat oleh Sdr Nik... Kalau saya nak bersilat, kena ada muzik
Mentera Semerah Padi...he3...


Dalam era globalisasi ini, ramai anak-anak Melayu belajar Tae Kwon Do, Karate, dan lain-lain. Tidak salah. Tetapi istimewanya apabila belajar silat adalah ia  akan meningkatkan jati diri anda sebagai seorang Melayu dan Islam. Saya pernah belajar Seni Gayung Pusaka, Seni Silat Gerak Kilat, Silat Cimande dan Silat Sabil Sri Indera Sakti zaman muda-muda dahulu. Semasa kami di Malaysia, anak kedua dan ketiga saya belajar Seni Silat Gayung Malaysia di sekolah rendah mereka. Sekarang saya sudah tidak bersilat lagi dan tidak beramal dengan mana-mana silat. Bagi anak muda, jiwa muda, bersilat memperbaiki disiplin diri, ketahanan diri dan membolehkan anda memahami kesenian dan kehalusan Seni Silat Melayu, salah satu peradaban bangsa yang semakin dilupakan. 

Naik Proton Exora


 kenalah dengan musim Janam2 ...he3

 rasanya kat Pulau Pinang ni...



 'Tourism Malaysia' boleh tutup pintu macam ni...he3


 Ni dari Kelantan....Dikir Barat le...


 Dari Johor,apa namanya?

 Dai Negeri Di Bawah Bayu....jeng3...



Multi tasking dan multi talent adik-adik di Philly. Macam2 boleh






Menu utama - nasi lemak

Meja disediakan di dua tingkat kerana tak cukup ruang







Dr. Amin, Pengarah Education Malaysia di Washington DC.  Di AS, 'beliau boss saya'. 

Ada sedikit lagi persembahan di 'Dewan Makan'


Di AS, Datuk Dr. Awang Adek Hussin 'boss besar' saya selaku Penjawat Awam

Saya sembang bersembang dengan Datuk Dr. Awang Adek Hussin barang sekejap...Sembang apa? adalah sikit2....




Gambar terakhir sebelum  majlis berakhir



Terima kasih kepada pihak Penganjur

No comments:

Post a Comment