Pada 13-17 Mei 2015, selepas Seminar Sehari Perniagaan Francais di KPDNKK, Putrajaya, 13 buat Universiti Awam terpilih telah menghantar Kertas Cadangan Perniagaan mereka ke MFA untuk diteliti dan dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal Program Francais Siswa. Walaupun ketika itu saya merupakan Pengerusi Program Francais Siswa 2015, saya tidak terlibat dalam Jawatankuasa Teknikal Program Francais Siswa untuk mengelakkan bias dan mewujudkan ketelusan memandangkan mahasiswa UKM juga menghantar Kertas Cadangan Perniagaan. Sepuluh universiti terpilih telah menyertai Kursus Intensif ini. Secara rasminya, objektif kursus, sasaran peserta dan syarat khusus adalah seperti berikut
Objektif
- Memberi pendedahan awal kepada para peserta tentang sistem francais.
- Membantu para peserta menilai ciri-ciri francais yang berpotensi.
- Memahami keperluan perundangan di dalam perniagaan francais.
- Mendedahkan sokongan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dalam mengembangkan perniagaan francais.
- Menyediakan peserta ilmu-ilmu yang diperlukan untuk memulakanj perniagaan sebagai francaisor, francaisi induk atau francaisi
Sasaran
Peserta
- Terbuka kepada semua pelajar terutamanya tahun akhir yang telah mengikuti Seminar Sehari Francais.
- 4 pelajar setiap universiti
- 1 wakil dari pensyarah diperlukan dalam program ini. Pensyarah ini akan bertindak sebagai penasihat kepada peserta-peserta
Syarat
khusus
- Menyertai Seminar Sehari Perniagaan
- Pelajar terlibat aktif dengan kegiatan keusahawanan di Universiti masing-masing
- Pelajar mempunyai kecenderungan untuk menjadi usahawan
Pihak MFA menyerahkan kepada budi bicara universiti terpilih bagaimana memilih kertas cadangan terbaik, pelajar terbabit dan menghantarnya ke MFA untuk dinilai. Kursus intensif ini dijalankan selama 5 hari 4 malam. Ada beberapa buah universiti awam menghantar tenaga akademik mereka untuk sama mengikuti kursus ini. Apa keistimewaan kursus ini? Pertamanya, modul direkabentuk untuk membolehkan pelajar memahami asas perniagaan francais di Malaysia. Keduanya modul juga direkabentuk unuk membolehkan pelajar mendapat kefahaman asas bagaimana memfrancaiskan perniagaan. Ketiganya adalah senarai penceramah yang terlibat dalam kursus ini. Ini bukan kursus akademik seperti di Universiti. Kursus ini melibatkan tenaga pakar dari MFA, Bahagian Pembangunan Francais KPDNKK, Unit Keusahawanan KPT, eksekutif dari PNS, pakar runding francais, francaisor, peguam francais, dan tenaga akademik dari Universiti. Gabungan pelbagai tenaga pakar diharapkan membolehkan pelajar 'lebih hampir' kepada apa yang berlaku dalam industri francais di Malaysia. Selain itu, pelajar dipecahkan tidak mengikut universiti, program dinamika kumpulan di dalam bilik seminar dan di waktu petang untuk memastikan pelajar bermotivasi sehingga ke hujung kursus. Pada waktu malamnya, pelajar mengikut universiti masing-masing diminta membuat persediaan Pembentangan Konsep Perniagaan Francais di penghujung kursus.
Keistimewaan lain adalah kursus ini dianjurkan di Cheringin Hills Convention & Spa Resort di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang D.M. Saya sekeluarga memang menjadikan Kampung Janda Baik sebagai antara lokasi kami sekeluarga beriadhah, bereakreasi dan berkhemah. Ada berpuluh-puluh chalet dan resort menarik di kampung ini dan sesuai untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota, udara yang merimaskan dan suasana hutan batu. Banyak aktiviti boleh dilakukan di Kampung ini seperti berkelah, berkhemah, masak-masak, berbasikal, menyelusuri anak sungai, mandi-manda, makan buah-buahan, sukaneka, aktiviti keluarga, naik gunung, 'Jalan Malam', masuk hutan, ke air terjun, berkhemah dan macam-macam lagi. Kalau anda datang musim buah, buah duriannya memang lebih murah dan baru jatuh dari pokok. Memang best!!!
Cheringin Hills Convention & Spa Resort merupakan resort terbesar di Kampung Janda Baik dan dimiliki oleh usahawan Muslim. Gambar berikutnya merupakan sebahagian koleksi gambar sepanjang kursus. Wassalam.
Universiti Malaysia Sarawak
Universiti Malaysia Kelantan
Universiti Malaya
Universiti Kebangsaan Malaysia
Panel hakim pembentangan Kertas Konsep Perniagaan adalah saya dan
Prof. Madya Dr. Azmawani Abd Rahman dari UPM
Yang ini dari UKM
Prof. Madya Dr. Azmawani Abd Rahman memberikan ulasan terhadap pembentangan dari UKM
Tahniah kepada semua peserta dari 10 Universiti Awam terpilih. Mahasiswa Malaysia memang berbakat cuma ekosistem keusahawanan di Malaysia masih tidak lengkap dan menyeluruh. Kerajaan, pihak swasta dan NGO wajar berusaha meningkatkan ekosistem keusahawanan di Malaysia
No comments:
Post a Comment