Sunday, 19 March 2017

Y-Prize Business Plan Briefing

Y-Prize Briefing
WHEN:   October 26, 2016
WHERE: SHDH 350

Investor presentation : 10-20 slide deck --> an integrated story

Investor say she wants                                             What she means
The problem you are solving                                 How life changes your solution
Your product/service                                              Clear, compelling, complete, unique
Your target customer                                              Pesona, needs, wants of those who benefit the most
Market opportunities, sales and                             Industry = total addressable market, target market
marketing plan
Competition                                                            Competitive advantage
How you plan to reach you goals                           Measurable, methodical plan to communicate and
                                                                                deliver value (physical and virtue)
Financial projection                                                Revenue Model and cost projection
Leadership of company                                           Passionate, quality of experience, successful, drive
                                                                                 team to make it

What they ask for                                                 What we want to know
Market opportunity                                                 Clear, compelling, unique application of the tech.
                                                                                -Product - market fit
                                                                                -Customer + value proposition
                                                                                -Addressable / sizeable market

Technology                                                             Sustained Competitive advantage
                                                                                Day-in-the-customer-life or experience

Team                                                                        Passionate, experience, successful driven team
                                                                                 -Who we have
                                                                                 -What we need

Execution Plan                                                        Methodological plan to create and capture value

Things To Improve

  • Open with something compelling
  • Tell a story
  • Make it real
  • Balance text and graphics
  • Be specific to your brand, company, situation.
  • Deliver key takeaways, complement and reinforce
  • Delivered as an integrated and compelling story


US Patent = 20 years
Today : 15% = tangible assets; 85% Intellectual Property and Intangible Assets.











Authors@Wharton – Breakout Authors

What: Authors@Wharton – Breakout Authors
When: 27 Feb 2017
Where: 8th Floor, JMHH
Who: Adam Alter, Kelsey Crowe, Tiffany Dufu, Emily Esfahani Smith, and Scott Sonenshein.

Assalamua'alaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah, pada 27 Feb 2017, saya sempat menghadiri majlis pelancaran buku, lima pengarang buku sekaligus. Setiap pengarang diberikan masa dalam 15 minit untuk membicarakan tentang buku mereka. Sebelum masuk ke dewan, saya diberi pililhan memilih sebuah buku sahaja sebagai 'complimentary', dan saya memilih tajuk Stretch tulisan Scott Sonenshein. Adam Alter dan Scott Sonenshein merupakan Profesor di universiti di Amerika Syarikat. Satu perkara yang boleh dicontohi oleh ahli akademik di Malaysia adalah tenaga akademik di AS tidak hanya menulis 'buku teks/akademik'. Buku teks/akademik dikenali dengan bahasa yang ilmiah dan 'mungkin membosankan' untuk dibaca oleh orang ramai. Mereka meluaskan pemikiran dan kajian mereka ke masyarakat awam dengan menulis buku yang sesuai untuk khalayak awam. Pasaran buku di AS juga amat besar dan anda boleh jadi jutawan jika buku anda menjadi 'Bestseller'. 

Alhamdulillah, saya dah beli berpuluh buku Bestseller walaupun telah diterbitkan 3-4 tahun, berbelas atau berpuluh tahun. Bila nak baca? Balik Malaysia nanti, dengan izin Allah. Sepanjang saya membaca buku Bestseller, memang ianya buku yang berbeza dengan buku-buku biasa. Ia membuatkan anda mempelajari satu ilmu yang baru, satu perspektif yang berbeza, mengetahui satu perkara baru, membuatkan anda berfikir mengapa tidak terfikir sebelum ini. Kajian ilmu berdasarkan akal di Barat memang maju. Sebagai orang Islam, tiada salahnya mengambil ilmu dari perspektif Barat asalkan kita tahu di mana letaknya ilmu berasaskan wahyu dan apa kelompangan dalam ilmu Barat, khususnya tiada kaitan dengan Sang Pencipta (Tauhid). Sarjana dan ulamak silam telah menghasilkan beribu-ribu karya yang tidak lapuk dek panas, tidak lekang dek hujan. Salah seorang guru saya pernah bertanya saya mengapa kitab-kitab lama (sepeti tulisan Imam Ghazali dan Sheikh Abdul Qadir al-Jailani) yang tidak jemu dibaca berulang kali? Saya menjawab ini dan itu tetapi tidak betul. Katanya kerana 'dalam kitab tersebut ada keberkatan'. Yang ni susah, nak menulis sebuah buku yang 'memiliki keberkatan'. Tetapi itulah kehebatan ulamak silam. Katanya kitab yang ada keberkatan akan terus dibaca walaupun berusia beratus-ratus tahun. Betul tu. Saya pernah membaca buku Futuhul Ghaib, karya Sheikh Abdul Qadir al-Jailani. Walaupun dah habis baca, bila membaca di lain kali, lain pula pemahaman dan pembukaannya, Masya-Allah.

Ada buku Bestseller yang saya dah baca  dan begitu teruja seperti buku bertajuk  "Drive" oleh Daniel Pink. Ia satu buku yang baik mengenai motivasi, memang berbaloi untuk anda membacanya. Selain itu, saya membeli buku yang dicadangkan oleh 'mereka yang hebat' seperti Steve Jobs, Bill Gates, dan Mark Zuckerberg. Dalam masa yang sama, saya membeli dan membaca buku 'terbaik mengikut bidang' yang mendapat banyak bintang oleh para pembeli di Amazon. Biasanya saya membeli buku yang mendapat 4.5 bintang dan membaca ulasan pembeli yang positif (di Amazon). Sebagai negara maju, AS merupakan 'syurga buku'. Biasanya saya tidak membli buku baru, tetapi buku terpakai yang memiliki status 'like new' atau 'very good' di Amazon. Harganya memang murah, sekitar RM20 (selepas pertukaran matawang), walaupun biasanya saya mendapat harganya antara RM40-50. Inipun dikira berbaloi berbanding harga buku yang sama di Malaysia.

Semasa saya sambung PhD di UK, saya membeli beratus-ratus buku untuk dibawa balik ke Malaysia (melalui Amazon juga) sebab saya bawa balik barang dengan kontena. Kini di AS, walaupun tidak sebanyak di UK kerana tidak bawa balik kontena, saya telah membeli menghampiri 200 buah buku. Membaca menambah ilmu, memperkayakan pengetahuan, meningkatkan kemampuan otak, membolehkan anda meluaskan pandangan (bukan semakin tertutup pandangan). Mereka yang hebat rajin membaca. Pemimpin yang hebat rajin membaca, tidak berharap kepada maklumat orang di sekelilingnya. Bilangan buku yang dibaca rakyat Malaysia masih rendah, apatah lagi buku-buku berkualiti. Jika anda ke negara maju, masa dalam keretapi dihabiskan dengan membaca, bukannya mendengar lagu atau melihat Facebook. Kita perlu terus mencari jalan menggalakkan rakyat Malaysia untuk membaca kerana membaca adalah kunci ilmu. Ia perlu dipupuk dari ibu-bapa dan dari rumah. Jangan mengharapkan anak anda rajin membaca jika ibu-bapa tidak rajin membaca. Jangan rasa rugi berbelanja atas buku-buku. Jika anak anda minta dibelikan buku, itu lebih baik dari berbelanja ke atas permainan atau hiburan. 

Bagi orang Islam, untuk kita kembali maju zahir dan batin adalah dengan berbalik kepada Al-Quran di mana ayat pertama yang diturunkan kepada Junjungan Rasulullah SAW  adalah galakan untuk membaca. Jom Baca!!!

Image may contain: screen and indoor

Image may contain: 1 person, standing and screen
Adam Alter

Image may contain: 1 person, standing and indoor

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: 1 person
Scott Sonenshein

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Image may contain: 1 person

Image may contain: text
Alhamdulillah, dapat buku ini secra percuma...


BERILAH PELUANG ITU KEPADA MEREKA YANG LEBIH MEMERLUKAN

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera,
Semenjak negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, pelbagai rancangan dan dasar telah dikemukakan dan dilaksanakan pihak kerajaan untuk membangun dan memajukan negara. Tragedi 13 Mei 1969 menjadi peristiwa penting yang mengubah lanskap pembangunan negara apabila perbezaan ekonomi dan taraf hidup antara kaum begitu ketara ketika itu dan seterusnya menyebabkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dari tahun 1970-1990. DEB mempunyai serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Di sebalik pelbagai kritikan terhadap DEB, ia dikira satu dasar yang berjaya mengurangkan kemiskinan dalam kalangan kaum Bumiputera dan seterusnya menyusun semula masyarakat. Walaupun kaum Bumiputera tidak mencapai sasaran 30 peratus penguasaan ekonomi yang disasarkan, sasaran yang dicapai antara 19-20 peratus itu dikira satu pencapaian yang baik dalam tempoh 20 tahun.
Antara program di bawah DEB ialah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). SBP dan MRSM adalah komponen penting untuk melahirkan profesional dan teknokrat Melayu dan Bumiputera. Ini kerana anak Bumiputera yang cemerlang di peringkat sekolah rendah ditapis dan dipilih ke sebuah ‘sekolah elit’, penuh bantuan, berasrama sepenuhnya, diberikan bantuan wang saku, diberikan kemudahan asrama yang baik, makanan yang berkualiti, sekolah dilengkapi dengan kemudahan kelas, makmal, sukan, rekreasi, dan sistem pembelajaran yang tersusun dan baik. Mereka yang terpilih ke SBP/MRSM bertuah kerana yurannya tidak mahal, kemudahannya terbaik berbanding sekolah biasa, gurunya terbaik, dan jadual pembelajarannya tersusun.
Kebarangkalian untuk anak Bumiputera yang dapat masuk ke SBP/MRSM ini untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan adalah tinggi, kebarangkalian untuk memasuki universiti tempatan dan luar negara juga adalah tinggi (banyak peluang dan kemudahan biasiswa untuk golongan Bumiputera melanjutkan pengajian di luar negara dari 1970-an sehingga pertengahan 1990-an), kebarangkalian untuk graduat dan berjaya juga tinggi maka kebarangkalian untuk menjadi golongan profesional dan teknokrat yang berjaya juga adalah tinggi. Kejayaan anak-anak ‘elit’ lulusan SBP/MRSM ini terbukti apabila mereka memasuki dan menjadi eksekutif dan pengurusan pelbagai syarikat di bawah PNB, Khazanah Nasional, pelbagai Government Link Companies (GLC) lain  dan pelbagai Multi National Corporation (MNC) selain memasuki dan mengurus pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.
Ketika persaingan memasuki universiti tempatan di Malaysia menjadi semakin sengit, tahap persaingan ini telah dikurangkan apabila kerajaan memperkenalkan dasar liberalisasi pendidikan pada tahun 1990-an yang menyaksikan pertumbuhan kolej dan universiti swasta. Ketika penulis memasuki UUM pada tahun 1992, hanya terdapat tujuh universiti awam di Malaysia (UM, USM, UKM, UPM, UTM, UIA dan UUM). Kini terdapat sekurang-kurangnya 130 buah kolej universiti dan universiti awam dan swasta selain beratus kolej lain. Tahap kemasukan rakyat Malaysia ke peringkat tertiari telah melebihi 40 peratus  dan mencapai standard negara maju. Indikator ini menunjukkan peluang kemasukan ke pendidikan tinggi (tertiari) terbuka luas dalam alaf baru ini.
Dalam masa yang sama, tinjauan penulis mendapati terdapat sekurang-kurangnya 69 buah SBP dan 52 buah MRSM di Malaysia ketika ini. Namun, sedikit mencukacitakan apabila bilangan SBP dan MRSM di Sabah dan Sarawak masih kecil sedangkan golongan sasar masih banyak di kedua-dua buah negeri ini.  Ketika peluang memasuki universiti dilihat lebih cerah bagi anak Malaysia, peluang memasuki SBP/MRSM tidak secerah itu untuk anak Bumiputera luar bandar dan golongan miskin. Adakah sekolah rendah luar bandar mempunyai prestasi sebaik sekolah rendah dalam bandar? Penulis yakin jawapannya adalah tidak. Kita boleh merujuk kepada  data dan statistik serta kajian-kajian yang dilakukan. Sekolah luar bandar masih terdedah dengan pelbagai kelemahan dan kekurangan infrastruktur, bekalan dan sebagainya. Penulis selalu mengikuti perkembangan Prof. Madya Dr. Madeline Berma, rakan pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM yang sering memasuki pelbagai kawasan luar bandar di Sarawak khususnya. Masih banyak yang perlu kita lakukan untuk memajukan luar bandar. Infrastruktur seperti perhubungan jalan raya, bekalan elektrik, air, kemudahan awam, perpustakaan dan internet masih banyak yang perlu ditambahbaik di luar bandar (termasuk sekolahnya) selain membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada para penduduknya.
Kita hanya beratus hari sahaja lagi dalam menemui tahun 2020 dan berharap mencapai status negara maju. Dalam masa yang sama, pihak kerajaan sedang merangka dasar baru iaitu Transformasi Nasional 2050, iaitu mendapatkan input rakyat bagi membina acuan baru negara Malaysia pada tahun 2050. Dalam kesibukan kita memikirkan di mana dan bagaimana Malaysia di tahun 2050, rupa bentuk dan nasib kawasan luar bandar dan penduduknya masa kini jangan dilupakan. Penulis sering memasuki kawasan kampung dan Felda, kelihatannya masih banyak kawasan luar bandar di Malaysia amat ketinggalan. Kita berbangga dengan kemajuan pesat Kuala Lumpur, pemodenan ibu-ibu negeri, sistem perbandaran di Putrajaya, sistem lebuhraya dan jalanraya yang canggih, jalinan LRT, ERL, Komuter dan MRT, pelabuhan yang hebat, lapangan terbang bertaraf antarabangsa, namun siapa yang memikirkan akan kampung-kampung, desa-desa, anak-anak luar bandar, anak petani dan nelayan juga golongan miskin bandar yang masih serba-serbi ketinggalan?
DEB dan dasar selepasnya berjaya mengangkat taraf hidup anak-anak Bumiputera yang ketinggalan dan melahirkan generasi baru profesional dan teknokrat Melayu dan Bumiputera. Namun sejauhmana profesional dan teknokrat Melayu dan Bumiputera ini masih teringat akan nasib-nasib anak di luar bandar dalam memburu peluang untuk anak-anak mereka? Sejauhmana mana mereka berkorban satu peluang ke SBP/MRSM untuk anak mereka yang cemerlang dan ‘memberi peluang itu’ kepada anak-anak golongan susah yang lebih memerlukan? Sejauhmana mereka memikirkan satu peluang kepada seorang anak miskin dari keluarga susah yang berjaya dalam SPM dan pengajian di universiti mampu mengubah nasib satu keluarga miskin? Sejauhmana mereka berkorban satu peluang dan tidak memikirkan kepentingan anak mereka yang lahir dalam keluarga senang berbanding kepentingan anak orang lain yang lahir dalam keluarga susah?
Berbalik kepada kemasukan anak-anak ke SBP dan MRSM. Sejauhmana kuota kemasukan ke sekolah elit ini diberikan kepada anak-anak dari golongan yang lebih memerlukan? Sudah sampai masanya sekurang-kurangnya 85-90 peratus kuota kemasukan ke SBP dan MRSM diberikan kepada mereka dalam kalangan kelas bawahan, dari keluarga susah, anak-anak di luar bandar, anak-anak nelayan dan golongan miskin bandar. Hatta anak-anak golongan kelas menengah pun tidak wajar diberikan peluang ke SBP/MRSM kerana umumnya sekolah di bandar lebih baik infrastruktur dan kemudahannya.  Baki 10-15 peratus kuota boleh diberikan kepada anak-anak polis dan tentera. Jasa dan pengorbanan pasukan polis dan tentera dalam menjaga dan memelihara keamanan dan kedaulatan negara tiada taranya. Setelah lebih 40 tahun dasar SBP/MRSM ini dijalankan, sudah sampai masanya ia ditambahbaik selaras dengan perkembangan zamanSewajarnya juga dasar ini kembali ke falsafah dan semangat yang asal iaitu membantu golongan sasar yang memerlukan. Profesional dan teknokrat Melayu dan Bumiputera yang berjaya perlu berkorban untuk kaum mereka yang masih ketinggalan dan tidak memikirkan peluang sosial dan ekonomi untuk mereka sahaja atas ‘hak-hak keistimewaan Melayu/Bumiputera’. Begitu juga dengan anak-anak VVIP/VIP yang mampu menghantar anak mereka ke sekolah swasta dan antarabangsa, tidak perlu berebut-rebut peluang ke SBP/MRSM atas status mereka sebagai VVIP/VIP.
Sudah sampai masanya subsidi pendidikan di SBP/MRSM dibelanjakan kepada golongan sasar yang betul. Ini kerana dengan ilmu dan pendidikan kita mampu merubah nasib golongan yang ketinggalan. Ini selari dengan dasar kerajaan sekarang yang membelanjakan subsidi kepada golongan sasar yang betul. Apatah lagi, jika anak-anak golongan kelas menengah dan atasan yang bersekolah di sekolah menengah biasa di perumahan/sekitaran mereka akan dapat membantu sekolah tersebut memperbaiki kemudahan dan prestasinya dengan kekuatan ekonomi  serta kualiti jaringan yang dimiliki oleh ibu-bapa mereka. Penulis sama sekali tidak menyatakan “Hak Keistimewaan Orang Melayu/Bumiputera” perlu dibuang, tetapi hak tersebut, dalam kes ini peluang pendidikan di SBP/MRSM sepatutnya digunakan ke atas golongan sasar Melayu/Bumiputera yang memerlukan, bukan ke atas kaum Bumiputera yang telah berjaya. Orang Melayu dan kaum Bumiputera yang semakin senang dan berjaya perlu berani bersaing dan membuang ‘tongkat sakti’ yang membantu mereka berjaya sebelum ini ‘secara berperingkat’. Telah banyak bukti orang Melayu dan kaum Bumiputera mampu berjaya dan bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Biarlah tongkat sakti itu digunakan untuk kaum Bumiputera yang masih banyak ketinggalan, maka semakin cepat golongan ketinggalan dalam kalangan kaum Bumiputera ini akan dapat dimajukan. Satu peluang yang diberikan kepada anak dalam kalangan golongan menengah dan atasan dan anak ini berjaya tidak sama dengan satu peluang yang diberikan kepada anak dalam kalangan golongan miskin dan ketinggalan dan anak ini berjaya.
Sebagal alternatif kepada SBP/MRSM bersubsidi ini, SBP/MRSM tidak/kurang bersubsidi boleh dibangunkan kerajaan dan peluang ditawarkan kepada anak-anak yang cemerlang dalam kalangan golongan menengah dan atasan. Yuran berdasarkan indikator seperti pendapatan keluarga, bilangan anak, dan taraf sosioekonomi contohnya boleh dijalankan. Sudah sampai masanya kaum Bumiputera ‘mengeluarkan belanja’ untuk persekolahan anak-anak mereka tanpa mengharapkan subsidi kerajaan semata-mata. Penulis menyokong cadangan SBP/MRSM ‘swasta’ (dengan pelbagai model yang boleh dibincangkan) jika ibu-bapa golongan Bumiputera dalam kalangan menengah dan atasan mahukan sekolah terbaik untuk anak-anak mereka dan memikirkan model SBP/MRSM ini sebagai model yang berjaya.  Dalam masa yang sama, SBP atau MRSM ‘elit’ yang ingin kekal elit untuk golongan tertentu tidak sewajarnya mendapat subsidi kerajaan yang banyak.
Kita perlu mencontohi kaum Cina yang sanggup berkorban wang ringgit untuk kemajuan anak-anak mereka. Biarlah kita bersusah sedikit untuk kejayaan anak kita di ketika kita sudah senang kerana ia baik untuk kita dalam dunia penuh pancaroba ini. Sedikit kesusahan kita berbelanja untuk anak-anak ini, katakan nilainya beratus-ratus ringgit sebulan untuk seorang anak tidak sama nilainya dengan sedikit kesusahan golongan miskin mengeluarkan belanja hatta sebanyak lima puluh ringgit sebulan untuk seorang anak mereka. Apatah lagi  berbelanja untuk ilmu dan pendidikan anak-anak adalah satu pelaburan yang begitu bernilai. Pemikiran dan budaya mementingkan diri sendiri perlu dibuang dan digantikan  dengan pemikiran dan budaya memikirkan kepentingan golongan lain yang lebih memerlukan. Sampai bila golongan Bumiputera berjaya hendak merebut peluang yang seharusnya diberikan kepada golongan lebih memerlukan? Terlalu pentingkah anak-anak kita berbanding anak-anak orang lain yang lebih memerlukan? Kalaupun kita tidak dapat berkorban wang ringgit dan tenaga untuk kejayaan orang lain, sekurang-kurangnya kita boleh berkorban untuk tidak mengambil peluang yang sewajarnya diambil oleh golongan sasar yang lebih memerlukan. Wassalam.

(Prof. Madya Dr. Mohd Hizam Hanafiah, Sarjana Pelawat, The Wharton School, University of Pennsylvania, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Mantan pelajar MRSM Balik Pulau (1985-1989)

Diterbitkan di Merdeka Online: http://merdeka-online.com/home/mrsmsbp-swasta-berilah-peluang-itu-kepada-mereka-yang-lebih-memerlukan/


RUMITNYA KRISIS DAN PERANG DI SYRIA-IRAQ

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera,

  1. Krisis di Syria telah memasuki tahun keenam dan krisis di Iraq telah berlanjutan semenjak tahun 2003 (sudah lebih 13 tahun berlalu). Di sebalik pelbagai kisah dan tragedi di Syria-Iraq, untuk memahami keadaan dan situasi sebenar memerlukan kita memperluaskan bacaan dan kajian dari tulisan ahli akademik, wartawan, ahli sejarah, penganalisis, dan media. Jika kita hanya membaca dan merujuk kepada media Barat, maka ada unsur bias dan Barat punya agenda tersendiri untuk ‘mengawal pemikiran’ dan tindakan kita. ‘Mind Control’ nampaknya berjaya dilakukan ke atas rakyat Malaysia dalam memahami krisis Syria-Iraq ini jika kita tidak merujuk pelbagai media yang pro dan kontra,  media bebas dan membuat pelbagai rujukan silang dan tapisan serta melakukan sintesis.
  1. Masih ramai di Malaysia yang kurang memahami betapa rumitsnya krisis Syria-Iraq dan beranggapan ia semata-mata Peperangan Sunnah lawan Syiah. Krisis di Iraq bermula dengan penaklukan Amerika Syarikat pada tahun 2003, diikuti oleh pemberontakan oleh puak Sunnah dan Syiah melawan tentera Amerika Syarikat, serangan oleh militan Fedayeen, penentangan bekas ahli Parti Baath dan kemunculan militan Islam yang mulanya berpusat di Utara Iraq (Ansar al Islam). Krisis di Iraq semakin parah apabila Amerika membubarkan pasukan keselamatan Iraq (Polis dan Tentera) apabila menawan Iraq, membubarkan kerajaan yang ditadbir oleh pegawai-pegawai yang berkhidmat di zaman Saddam Hussein dan kemudiannya mengadakan pilihanraya yang menyaksikan Nouri al-Maliki menjadi Perdana Menteri Iraq. Nouri al-Maliki semasa pemerintahannya bertindak mengukuhkan cengkamannya ke atas pemerintahan Iraq, mendiskriminasi dan melakukan penindasan ke atas puak Sunnah di Iraq, membiarkan militan Syiah berleluasa, kemasukan dan pengembangan Al-Qaeda di Iraq (mulanya bertapak sebagai Jamaah al-Tauhid wal Jihad), serta eksploitasi serangan awam oleh militan Islam yang akhirnya menyaksikan krisis pemberontakan turut menjadi Perang Mazhab antara Sunnah lawan Syiah, militan ISIS lawan Kerajaan Iraq dan pelbagai bentuk tentangan lagi.
  1. Krisis di Syria bermula antara ‘orang awam lawan Kerajaan Bashar’ secara aman melalui demonstrasi meminta keadilan, hak asasi, pembanterasan korupsi dan isu-isu seumpamanya. Demonstrasi ini dirangsang oleh Arab Spring tetapi tuntutan-tuntutan ini telah dilakukan beberapa tahun sebelum Arab Spring. Krisis bertukar arah apabila pelajar-pelajar menconteng di dinding ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’, refleksi kepada Arab Spring, dan ramai berpandangan bukanlah rakyat hendak menjatuhkan kerajaan Bashar. Kemudin pihak berkuasa menangkap pelajar-pelajar ini dan diseksa sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
  1. Kemudian timbul siri demonstrasi di pelbagai lokasi di Syria dan teknologi media sosial membolehkan demonstrasi ini dianjurkan dengan lebih terancang. Majoriti rakyat Syria yang mengadakan demonstrasi aman tidak langsung berminat untuk mengadakan pemberontakan bersenjata atau berperang antara satu sama lain. Krisis melalui demontrasi aman ini bertukar menjadi perang apabila berlaku beberapa perkara. Antaranya:
  • Pertamanya adalah dari awal lagi, AS melalui kenyataan Setiausaha Negaranya atau Dutanya di Syria yang menyokong pembangkang Syria untuk menumbangkan Bashar. Ia memerlukan kita merenungi New Middle East Policy oleh AS dan pakatannya (khususnya UK dan Peranchis) iaitu mengetahui agenda Barat di Timur Tengah semenjak Saddam dan Ghadafi berjaya dijatuhkan, maka Bashar adalah sasaran seterusnya.
  • Terdapat bukti kemasukan ‘sniper’ yang membunuh polis/tentera yang berhadapan demonstrasi awam untuk menjadikan polis/tentera marah dan melepaskan geram mereka kepada para pendemo dan bertindak ganas. Dari mana ‘sniper-sniper’ ini? Pelbagai laporan akhbar dan media bebas menunjukkan polis/tentera Syria ditembak oleh ‘sniper’ sewaktu demonstrasi. Persoalannya juga adalah Pemberontak Syria pada peringkat awal tidak mempunyai ‘Sniper’, tidak memiliki banyak senjata tapi kemudiannya dibekalkan diberikan begitu banyak senjata, dari mana senjata-senjata ini?
  • Apabila pemberontakan bersenjata mula terjadi, sebahagian tentera Syria juga keluar dari Tentera dan menyertai pembangkang, membentuk briged-briged kecil, sehinggalah bernaung di bawah Free Syrian Army (FSA). Harus diketahui agenda dan matlamat FSA ‘bukanlah Negara Islam versi ISIS, JFA dan lain-lain kumpulan militan Islam’. Orang Syria berabad lamanya boleh hidup aman damai antara pelbagai agama, malah mereka pernah bersatu untuk melawan Penjajah Peranchis pada awal abad ke-20.
  • Kedapatan bukti Arab Saudi, Qatar dan Kuwait memberi bantuan wang dan senjata kepada pemberontak Syria. Persepakatan ‘Arab Saudi dan rakan-rakan’ membantu pemberontak Syria ‘direstui AS/Barat’.
  • AS pada awalnya juga dikesan memberi bantuan senjata kepada FSA. Dasar ini berubah apabila senjata-senjata yang dibekalkan AS jatuh ke tangan pengganas kerana pemberontak kalah berperang dengan ISIS/JFA dan terdapat juga pemberontak Syria yang bertindak menyertai ISIS, JFA dan lain-lain. Dasar AS kemudian berubah apabila mereka hanya menyerang kumpulan-kumpulan militan ISIS, JFA dan lain-lain atas nama ‘Peperangan Menentang Keganasan’.
  • Turki diketahui memberi keizinan pakatan pemberontak Syria bertapak di negara mereka. Turki turut mengizinkan hospital mereka untuk merawat pemberontak Syria dan militan ISIS/pemberontak boleh masuk keluar sempadan dengan mudah pada peringkat awalnya. Sepertimana Arab Saudi dan Barat, Turki pada awalnya bermatlamat menjatuhkan Bashar.
  • Jordan mengizinkan Barat menggunakan kawasan mereka di Jordan untuk melatih pemberontak Syria selain terlibat dalam serangan ke atas militan ISIS/JFA di Syria. Namun peranan Jordan adalah terhad.
  • Pengkaji dan penganalisis  perlu membaca dan memahami “The Architecture of Insurgency” @ “The Art of Insurgency” sepertimana krisis yang berlaku di Thailand, Venezuela, Libya untuk memahami Krisis Syria-Iraq. Maka kita sedikit-sebanyak boleh memahami bagaimana krisis biasa ‘boleh bertukar atau ditukarkan menjadi’ pemberontakan bersenjata jika pemerintah leka dan alpa.
  1. Apabila perang bermula dan merebak, apa ‘peperangan yg berlaku dalam masa 5 tahun lepas’ di Syria-Iraq, kedua-duanya ada kaitan dan kesan berbalik. Peperangan di Syria adalah ‘Peperangan FSA lawan Kerajaan Bashar’, untuk menumbangkan Bashar. Ini diketahui dan difahami oleh ramai.   Isunya FSA juga didokong Barat. Mengapa Barat sokong FSA? Apakah motif mereka? Berjihadkah jika didokong Barat di belakang dan untuk bantu mencapai agenda Barat juga?
  1. Ia juga ‘Peperangan antara puak nasionalis/sekular lawan puak fundamentalis’ dalam pakatan pemberontak untuk melebarkan pengaruh dan kuasa. Berjihadkah jika merebut kuasa? Berapa briged dan kumpulan dalam pakatan pemberontak, dan apakah ideologi mereka sama? Pasti tidak. Ia satu isu yang kompleks yang menuntut kita membaca sejarah Ikhwanul Muslimin di Syria, perkembangan Salafi di Syria dan kemasukan pelbagai dana dan fahaman Islam ke Syria pasca 2000 apabila Bashar ‘membuka Syria’.
  1. Dalam masa yang sama, ia adalah ‘Peperangan antara Jabhat Fateh Al-Sham (dulunya Jabhat Al Nusra @ JN) lawan ISIS’ untuk melebarkan pengaruh, mendapat wilayah baru dan kuasa. Ideologi JFA dengan ISIS adalah sama iaitu Salafi Jihadi, cuma berbeza pendekatan dalam menawan hati rakyat Syria. JN asalnya adalah cabang Al-Qaeda di Iraq, bernama ‘Islamic State of Iraq’ (ISI) ketika itu. JN diasaskan oleh Abu Muhammad al-Joulani yang dihantar dari Iraq ke Syria oleh Abu Bakar al-Baghdadi untuk melebarkan pengaruh ISI. Bermula sebagai Jabhat al-Nusra (JN), JN berkembang baik tetapi konflik dengan ISIS tercetus apabila Abu Bakar al-Baghdadi menukar ISI kepada ISIS pada 9 April 2013, ‘memaksa JN berada di bawah ISIS’ dan ini tidak dipersetujui oleh JN. JFA dikenalpasti telah mengebom Makam Imam Nawawi sehingga musnah dan rata, sama seperti Salafi Wahhabi di Madinah tahun 1920-an yang meratakan pelbagai makam keluarga Nabi Muhammad SAW di Perkuburan Baqi’. ISIS juga diketahui memusnahkan pelbagai makam para wali Allah dan  kubah masjid (boleh rujuk Dabiq) sebagaimana tindakan Wahhabi pada kurun ke 19 dan 20 di Tanah Arab. Adakah ini jihad yang benar disisi Islam? Benarkah jihad jika menyokong mereka-mereka ini?
  1. Selain itu, Peperangan di Syria-Iraq adalah peperangan antara Jabhat Fateh Al-Sham lawan ISIS  lawan kumpulan militan Islam lain (banyak sangat kumpulan dalam pakatan pembangkang). Masing-masing hendak melebarkan kuasa dan pengaruh. Adakah ini jihad yg benar?
  1. Ia juga peperangan militan Islam lawan Tentera Bashar (Sunnah dan Syiah). Walaupun ada sebahagian tentera Sunnah dalam Syria yang menyertai pasukan pemberontak, masih ramai yang sedang berkhidmat dan bersama rakan Syiah Allawi mereka berkhidmat dengan Kerajaan Syria masa kini melawan pemberontak. Kita perlu faham bahawa bilangan Syiah Allawi di Syria tidak ramai dan sebelum konflik tercetus, majoriti tentera Syria adalah puak Sunnah. Adakah ia semata-mata Sunnah lawan Syiah? Tidak sama sekali.
  1. Di sebahagian kawasan di Iraq, ia merupakan ‘Peperangan antara puak Sunnah yang bergabung dengan Syiah untuk lawan ISIS’. Jadi ia bukan semata-mata ‘Sunni lawan Syiah’. Kita perlu membaca dan memahami krisis di Iraq sejak 2003 sekurang-kurangnya, kebangkitan Anbar dan pelbagai isu yang melingkungi.
  1. Dalam masa yang sama, krisis dan peperangan di Syria-Iraq melibatkan Puak Sunnah, nasionalis dan sosialis Kurdish. Puak Kurdish bukanlah orang Arab, satu-satunya etnik terbesar di dunia yang tidak memiliki negara dan hidup merata-rata di Iran, Iraq, Syria dan Turki. Puak Kurdish diketahui mempunyai ‘masalah’ dengan Turki, ‘bermasalah’ dengan Kerajaan Syiah Iraq, ‘kurang mesra’ dengan Kerajaan Iran tetapi ‘kurang bermasalah’ dengan Kerajaan Basyar/Syria. Puak Kurdish yang memiliki cita-cita menubuhkan negara sendiri, ada ketikanya membantu Kerajaan Syiah Iraq memerangi militan ISIS, bekerjasama dengan AS, ada ketikanya dilihat berperang dengan Syiah dan militan Sunnah lain dan mereka kurang dipercayai Arab, Turki dan Syiah. Prospek perdamaian di Syria-Iraq dilihat sukar jika meminggirkan Puak Kurdish. Dalam masa Kurdish (Peshmerga) memerangi ISIS, mereka juga ‘bekerjasama’ dengan ISIS untuk mendapatkan minyak murah dari ISIS.
  1. Di kawasan lain pula di Syria dan Iraq, ia adalah ‘Peperangan Syiah lawan Sunnah’. Militan Syiah dikenalpasti menzalimi puak Sunnah di Syria dan Iraq. Syiah juga satu fahaman ekstrim dan merbahaya dan terdapat beratus ribu militan Syiah di Iraq dan Syria. Militan ISIS dan JFA bijak menggunakan doktrin takfiri mereka membunuh dan melakukan kekejaman ke atas Puak Syiah yang dianggap kafir serta membunuh juga Puak Sunnah di Syria-Iraq yang tidak sefahaman dengan mereka. Kekejaman ISIS dan JFA dibalas oleh kekejaman juga oleh militan Syiah dan kesannya pengikut ASWJ dan orang awam (Sunnah dan Syiah) yang tidak berdosa menjadi mangsa. Kerajaan Syiah Iran dipercayai membayar sekitar USD100-USD200 kepada militan pertahanan kebangsaan Syria, iaitu puak Syiah di Syria. Mereka juga dipercayai membayar kepada penduduk Syiah di Syria untuk menetap di kawasan yang dikuasai Syiah seperti di sekitar Bandar Nubl dan Al-Zahraa.
  1. Dalam konteks ideologi, Peperangan di Syria-Iraq adalah ‘Peperangan antara Wahhabi (Saudi & Qatar)  lawan Syiah (Iran, Iraq & Hezbollah)’ untuk hegemoni politik di Asia Barat. Kita perlu mengkaji perkembangan Asia Barat semenjak 1979 (Revolusi Islam Iran), bagaimana Arab Saudi mengeksport Wahhabi ke seluruh dunia, untuk mengekang pengaruh Revolusi Syiah dan pelbagai sebab lain. Persamaan dan kaitan antara ideologi Salafi Wahhabi dengan Salafi Jihadi telah dikaji oleh ramai ulamak dan sarjana dan Salafi Wahhabi telah dikenalpasti sebagai punca utama keganasan dunia pada tahun 2013 oleh Kesatuan Eropah. Dalam masa yang sama, bahaya fahaman Syiah juga telah terbukti. Dalam masa Arab Saudi dan Qatar memberikan pelbagai bantuan dana, senjata dan ‘mengizinkan militan masuk ke Syria-Iraq’ pada peringkat awal, Iran telah menghantar Briged Quds mereka, pasukan tentera biasa, militan Zainabiyun, militan Fatimiyun dan pelbagai kumpulan militan lain ke Syria-Iraq untuk berperang. Kajian menunjukkan Iran membiayai sebahagian import senjata ke Syria, dan membayar pampasan kepada keluarga militan yang terbunuh di Syria, sama ada mereka berasal dari Syria atau luar Syria. Hakikatnya pertembungan dua ideologi ekstrim ‘tidak boleh bertikam bayang’ ini sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam sepertimana berlaku dalam tempoh 200 tahun yang lalu di Asia Barat.
  1. Puak Syiah Iran bermatlamat mewujudkan ‘Bulan Sabit Syiah’, dari Yaman di selatan, ke Iran, Iraq, Syria di Utara sehingga Lebanon di Barat. Dalam kajian geopolitik dan geostrategik, agenda Wahhabi bagi Arab Saudi dan agenda Syiah bagi Iran sukar dipisahkan. Dalam pada itu, kita harus memahami terdapat projek laluan gas dari Qatar ke Eropah dan perlu melalui Syria. Eropah memerlukan sumber gas selain Rusia kerana ‘dibuli’ Rusia dalam isu harga dan pembekalan gas. Qatar telah menawarkan alternatif tapi Projek Gas ini perlu melalui Syria. Rusia diketahui telah melobi Syria agar tidak mengizinkan projek gas dari Qatar melalui Syria kerana ia akan menjejaskan eksport gas dari Rusia ke Eropah. Rusia juga diketahui perlu mempertahankan pelabuhan Tartus, satu-satunya pangkalan laut tentera Rusia di luar wilayahnya.
  1. Dalam konteks serantau juga, Peperangan di Syria-Iraq adalah ‘Peperangan antara Israel lawan Iran’. Beberapa laporan akhbar menunjukkan Israel membunuh jeneral Iran di kawasan tertentu di Lebanon yang dikuasai Hezbollah. Israel juga dikenalpasti menyokong militan ISIS dengan membekalkan senjata dan peluru, memberi kemudahan rawatan di hospital mereka dan beberapa aspek lain untuk kepentingan geostrategik mereka. Iran sendiri menghantar ramai jeneral dan komanter tentera mereka ke Syria dan menubuhkan 18 ‘Command Center’ di Syria untuk membantu Syria/Bashar. Bagaimana pula berjihad jika bersekongkol dengan kumpulan yang disokong Israel?
  1. Di peringkat dunia, ‘ia adalah Peperangan’ antara blok AS (UK, Eropah, Saudi, Qatar, Kuwait, Israel dan lan-lain) lawan Blok Rusia (Iran, Iraq, Syria, Hezbollah dan lain-lain). Kemenangan Presiden Trump sebagai Presiden AS menyaksikan dasar AS berubah di mana Rusia ‘dilihat bekerjasama’ dengan Trump untuk membanteras kumpulan militan Islam di Syria. Di mana jihad yang sebenar jika Muslim terlibat dalam peperangan ini, berperang sesama mereka dengan kuasa besar di belakang kedua-dua pihak? Hakikatnya, apa yang rosak, musnah, dan hancur adalah orang Islam dan negara Islam.
  1. Dari segi kekejaman dan keganasan, tentera Bashar memang kejam dan militan Shabiha Kerajaan Bashar amat dikenali dengan kekejaman dan keganasan mereka. Tapi pemberontak seperti ISIS dan JFA juga terkenal dengan kekejaman dan keganasan mereka. ISIS contohnya dikenalpasti melancarkan lebih 50 serangan senjata kimia di Syria-Iraq. ‘Buku lawan Ruas’ tetapi rakyat, orang awam dan mereka yang tidak bersalah yang menjadi mangsa. Jika kita membaca pelbagai sumber berita, kita akan tahu kekejaman kedua-dua musuh utama ini. Ini antara sebab lebih 10 juta rakyat Syria meninggalkan rumah dan daerah mereka serta menjadi pelarian. Kalau tentera Syria dan pasukan pemberontak tidak kejam, rakyat Syria tidak perlu keluar dari wilayah dikuasai pasukan pemberontak/tentera Syria. Analisis wartawan, media bebas, dan laporan PBB yang lebih neutral berbanding media Barat membenarkan perkara ini.
  1. Konflik ini tidak semudah A, B dan C untuk difahami atau tidak semudah mengkaji peperangan antara dua pihak. Kita perlu membaca dan cuba memahami sejarah Asia Barat dalam 200-300 tahun lalu, serta perkembangan politik, geopolitik Asia Barat dalam 30-40 tahun lepas untuk memahami krisis ini dengan lebih baik. Hakikatnya krisis ini adalah krisis kemanusiaan yang begitu teruk selepas kekejaman rejim Pol Pot di Kemboja. Dianggarkan lebih 400,000 orang telah terkorban dan lebih 10 juta rakyat Syria menjadi pelarian.
  1. Adakah jalan penyelesaian terhadap krisis ini? Hakikatnya berperang tidak menyelesaikan masalah. Peperangan tidak boleh menghentikan peperangan. Perang Bosnia berlangsung selama 4 tahun, Perang Chechnya berlaku sekitar 10 tahun dan Perang Lebanon berlangsung selama 15 tahun. Islam bukanlah agama peperangan dan tidak menyokong peperangan tanpa sebab yang jelas, apatah lagi sesama Muslim dan ‘didokong oleh bukan Islam di belakang’. Kita perlu terbuka, berlapang dada, memahami bahawa kunci penyelesaian krisis di Syria – Iraq adalah melalui jalan perdamaian walaupun kita tidak menyukai dan membenci Syiah, Salafi Wahhabi atau mana-mana pihak di sana. Timbanglah betul-betul isu ini, jangan kita tersilap langkah. Selagi kita tidak mencari jalan untuk berdamai, maka umat Islam akan berperang dan merugikan semua. Berapa lama lagi negara-negara Islam yang terlibat di Syria-Iraq hendak berperang dan ‘bersubahat’ dalam peperangan ini untuk mencapai matlamat masing-masing?
  1. Semoga umat Islam di Malaysia semakin faham akan kerumitan krisis dan perang di Syria-Iraq. Orang Islam di Malaysia harus mematuhi keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang melarang umat Islam menyertai ‘jihad di Syria-Iraq’. Krisis ini memperihatkan peri pentingnya Malaysia terus berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), dan rakyat beragama Islam tidak dipengaruhi oleh fahaman ekstrim seperti Salafi Wahhabi dan Syiah. Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan dan beberapa Pihak Berkuasa Agama Negeri telah berulang kali mengeluarkan kenyataan dan fatwa akan bahaya dan ketidaksesuaian kedua-dua fahaman ekstrim ini. Pihak kerajaan dan institusi agama disarankan meningkatkan usaha pembanterasan kedua fahaman ekstrim ini selain memantau punca-punca kemasukan kedua-dua fahaman ekstrem ini ke dalam negara serta mengambil tindakan sewajarnya. Individu boleh ditangkap, dihukum dan dipulihkan, organisasi boleh dibanteras dan diharamkan tetapi ideologi yang dibiarkan, tidak dipantau dan tidak dibanteras akan terus berkembang dan membenihkan faham-faham ekstrim dalam kalangan pengikutnya. Kesannya tidak dapat dilihat dalam tempoh 5-10 tahun tetapi akan ditanggung oleh generasi mendatang.
  1. Krisis ini turut membuktikan negara Malaysia yang kita cintai ini tidak boleh melibatkan diri dengan bantuan dana, senjata dan ‘militan’ dalam konflik di negara lain, khususnya konflik sesama Muslim kerana ianya bukan menyelesaikan masalah tetapi akan memanjangkan masalah. Ia juga membuktikan kita tidak boleh menjemput dan melibatkan pihak luar untuk menyelesaikan krisis di dalam negara kita kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Malaysia perlu berhati-hati dalam tindakan di peringkat antarabangsa agar tidak terjerat dan terperangkap dengan mana-mana negara dalam ‘permainan geopolitik dan geostrategik’ di peringkat dunia sama ada dalam krisis Syria-Iraq atau krisis di tempat lain. Janganlah kerana isu-isu perdagangan, pelaburan dan bantuan negara-negara lain akan menyebabkan Malaysia ‘dijerat dan diperangkap untuk menyokong mana-mana negara/pihak untuk kepentingan mereka’.   (Sensitif dan tidak boleh dibahaskan dengan lebih lanjut). Kita perlu terus menjadi negara Islam yang sederhana, menyokong keamanan dan perdamaian, neutral dan bebas membuat keputusan berdasarkan matlamat dan kepentingan kita. Kita perlu terus menjadi ‘negara Islam contoh’ kepada dunia yang rakyatnya pelbagai kaum dan agama dapat hidup aman dan tenteram serta penuh toleransi.
  1. Malaysia perlu terus memberi bantuan dan usaha-usaha kemanusiaan, dengan menggunakan platform PBB, OIC dan NAM untuk menghentikan krisis dan peperangan di Syria-Iraq ini. Usaha pihak kerajaan, gabungan parti pemerintah dan parti pembangkang untuk merungkai dan menyelesaikan Krisis Rohingya sedikit-sebanyak mula menampakkan kesan. Kita perlu terus berusaha untuk krisis Syria-Iraq sebagaimana kita mula bertindak dalam krisis Rohingya. Pihak kerajaan jangan berputus asa untuk berusaha. Perkara yang baik tidak perlu difikirkan ganjarannya atau natijah positifnya, yakin sahaja Allah Taala akan membalasnya.  Biarpun usaha kita mengambil masa, asalkan kita memulakannya. “Semangat dan usaha burung kecil hendak memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim AS perlu diambil sebagai pengajaran”.  Itulah sumbangan Malaysia untuk dunia, mewujudkan dunia yang lebih aman, harmoni dan sejahtera.

Prof. Madya Dr. Mohd Hizam Hanafiah
-Sarjana Pelawat, The Wharton School, University of Pennsylvania.
-Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM
-Penulis buku “Bahaya ISIS (Daesh)”
*Segala penulisan adalah pandangan dan analisis peribadi penulis.
6 Februari 2017 (Philadelphia)



Diterbitkan di : http://merdeka-online.com/home/eksklusif-rumitnya-krisis-dan-perang-di-syria-iraq/

Thursday, 2 March 2017

Makers Meetup @Uni City Science Center

Makers Meetup @Uni City Science Center
When: Jan 10, 2017

Where: Quorum, University City Science Center, 3711 Market Street, Suite 800

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, saya berjaya hadir kali pertama ke Makers Meetup di Quorum, University City Science Center pada 10 Jan 2017 yang lalu.  Ada banyak program di Quorum tapi kesibukan dalam penyelidikan tak  memungkinkan saya hadir kesemuanya, perlu memilih-milih. Tujuan pertama hadir adalah untuk mengetahui bagaimana mereka menganjurkannya, siapa yang hadir, bagaimana ia diuruskan, untuk apa ia diuruskan dan perjalanan program. Program ini adalah percuma sahaja dengan mendapat tajaan daripada pelbagai pihak.

Program bermula dengan sembang santai dahulu, ada beberapa mini showcase dibuka untuk soal-jawab, kebanyakan pemamer adalah 'warga Philadelphia', ada syarikat untuk tolong cari dana, ada syarikat teknologi, ada Singh NanoCenter yang menyediakan khidmat makmal canggih, ada wakil dari Drexel University, ada pembentangan daripada beberapa syarikat yang baru bertapak, mencari modal dan sokongan dan berakhir dengan forum dengan dua usahawan yang baru bermula. Alhamdulillah, ia merupakan satu sesi jaringan niaga yang cukup baik.

Image may contain: one or more people and indoor

Image may contain: 2 people, indoor
Sembang santai

Image may contain: 1 person, standing and indoor


Image may contain: 2 people, people standing and indoor
Untuk jaket


Image may contain: indoor

Image may contain: 1 person, indoor
Antara syarikat yang membuka showcase

Image may contain: 2 people, indoor

Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor


Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Image may contain: 1 person


Image may contain: 2 people

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.


Image may contain: people sitting and indoor

Image may contain: screen

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.


No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.


No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person, screen and indoor
Pembentangan dari syarikat cara dana melalui "crowdfunding

No automatic alt text available.


Image may contain: 1 person, screen and indoor
Pembentangan dari Graphwear

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person, screen and indoor
Pembentangan dari Biorealize

Image may contain: one or more people

No automatic alt text available.

Image may contain: one or more people


No automatic alt text available.

Image may contain: 3 people, screen

Image may contain: 3 people, people sitting
Forum













Y Prize 2017 Grand Finale @ Singh Nanotechnology Center, UPenn.

Y Prize 2017 Grand Finale .
When: 23 Jan 2017 (630pm-830pm)
Where: Singh Nanotechnology Center, UPenn

Assalamu'alaikum,


Pada 23 Jan 2017 yang lalu, saya berkesempatan menghadiri Pertandingan Rancangan Perniagaan di UPenn, Y Prize 2017 Grand Finale. Tahun lepas ia diadakan di sekitar Kompleks Perubatan UPenn. Kali ini lokasinya di Singh NanoCenter. Walaupun cuaca memang sejuk, mengingatkan amanah dan peluang, saya turutkan jua berjalan kaki di dalam malam yang sejuk, sekitar 1.7 km dari rumah ke lokasi yang dimaksudkan. Perbezaan pertandingan ini adalah idea perniagaan mesti berlandaskan harta intelektual yang dicadangkan oleh penganjur. Terdapat dua harta intelektual (biasanya paten) yang dicadangkan oleh penganjur, berdasarkan harta-harta intelektual yang didaftar oleh tenaga akademik di UPenn dan berpotensi dikomersilkan. Mana-mana kumpulan pelajar boleh menghantar Rancangan Perniagaan mereka dan kali ini, hanya empat yang terbaik yang terpilih dalam peringkat akhir dan hanya Johan yang menerima hadiah. Satu yang saya suka dengan 'Budaya AS' adalah tidak banyak protokol dan formaliti. Pembukaan majlis secara ringkas, pembentangan/pitching, soal-jawab dengan hakim, santai sementara menunggu keputusan hakim, keputusan pemenang...tamat. Wassalam.



No automatic alt text available.

No automatic alt text available.
Agenda program

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing

Nanosink
-Problem
-Market need, tech need=cost=USD$19 bilion
-Market opportunity = USD$16.4 bilion
-Macro advantage (Current design --> New value proposition)
-A new model for success
-Business Model
-Financial Projections
-Our path to market dominance (Build foundation, pilot programs, market entrance, grow and scale, expandable and diversity)
-What next
-Our team


Image may contain: 5 people, people smiling
Greenhouse
-Problem
-Current solution
-Our solution (Customise smart greenhouse)
-Business model
-Addressable market size
-Phase 1 - go to market plan
-Phase 2 - Custom smart greenhouse instillation
-Financial projections
-Largest risk factor
-Management team


Image may contain: 3 people, people smiling

Visiplate
-Problem = open angle glacoma
-Current treatments
-Market opportunity
-Our solution = nano tech
-Competitor map positioning
-Competition analysis
-Why better solution
-Development pathway
-Execution timeline
-Team
-Advisor
-Q&A - Appendix


Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and suit
Smart Car Window
-Customer analysis
-Current solution and problem
-How can we solve the problem
-Our solution
-New features (demo your prototype) 
-Competitive advantage
-Survey with customer
-Marketing strategy
-Market entry strategy
-Action plan
-Financial analysis
-Team


Image may contain: 5 people, people smiling
Tidak perlu ramai untuk jadi AJK Penganjur

Image may contain: 2 people, people smiling
Dua tenaga akademik UPenn yang Harta Intelektual mereka terpilih untuk dikomersilkan melalui Pertandingan ini

No automatic alt text available.
Ini dua harta intelektual yang ingin dikomersilkan dalam Pertandingan ini


No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.


Image may contain: screen

Image may contain: 3 people, people standing, suit and indoor


Image may contain: 1 person, sitting




































Image may contain: one or more people, people standing and indoor
Tempat pertandingan

Image may contain: food
Ini saja makan malam saya...hu3

Image may contain: one or more people, people standing, crowd and indoor
Dah habis....

No automatic alt text available.
Hadiah kepada Johan sahaja

Image may contain: 2 people, people standing, outdoor and indoor

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and suit
Pemenang adalah Visiplate

Image may contain: one or more people, people standing and suit
Visiplate bersama Penasihat mereka (Tenaga akademik UPenn)

Image may contain: 1 person, standing
Ucapan Pengasas Program - Prof. Dr. David Hsu

No automatic alt text available.
Menunggu Uber di luar dalam penuh kesejukan 

Image may contain: night
Walaupun datang jalan kaki, memandangkan sejuk dan berangin, saya balik naik Uber saja.