Wednesday, 2 March 2016

Tip Usahawan 2 - The Richest Man In Babylon




Wealth, like a tree, grows from a tiny seed. The first copper you save is the first from which your tree of wealth shall grow. The sooner you plant that seed, the sooner shall the tree grow. (page 19)


Kita perlu melabur dalam pelbagai portfolio. Semakin cepat kita membuka satu portfolio baru, semakin cepat harta dan kekayaan kita akan bertambah.

Satu portfolio baru yang mudah dibuka dan dilakukan oleh ramai orang awam adalah membeli rumah untuk disewa. Jangan buka portfolio baru dengan menambah kereta baru kerana kereta harganya akan jatuh, kecuali kereta itu digunakan untuk menjana pendapatan seperti kereta sewa.

Untuk membeli rumah untuk sewa, panjang nak cerita kalau nak ikut pelbagai formula kewangan. Ringkasnya, formula paling asas adalah pastikan bayaran bulanan anda kepada pinjaman bank dapat diatasi dengan bayaran sewa rumah yang anda perolehi. Ini bermakna anda tidak mengalami defisit pendapatan akibat portfolio baru.  Ini bermakna anda perlu mengira betul-betul bayaran muka kepada bank, bayaran bulanan, harga maksimum yang anda mampu. Jangan tamak!





No comments:

Post a Comment