Thursday, 29 October 2020

KOPI, MINUMAN UNTUK MINDA



Kopi, minuman ‘wajib’ utk Sarjana, ilmuwan, Profesor dan pelajar universiti. Kalau ke universiti di UK, Eropah dan USA, kedai kopi wajib ada dlm kampus universiti.
Saya ke pejabat hari ini walaupun ramai WFH. Saya kurang produktif WFH, Alhamdulillah, Prof Dekan mengizinkan saya bekerja dari bilik/ofis sepanjang PKPB.
Ramai sangat org takutkan Covid-19, sampai lupa kpd Allah. Saya sendiri ikut semua SOP, jarang keluar dr rumah jika tiada urusan, guna MySejahtera utk kepentingan saya dan semua, cuma saya bnyk bertawakal dan bertaqwa kpd Allah, berdoa minta dihindari wabak ini utk diri, keluarga dan negara, selain percaya kpd Qada dan Qadar Allah.

Apa saja berlaku atas izin Allah, maka kita Redha saja. Allah maha mengetahui dan maha penyembuh.

Hadapilah Covid-19 dgn 1001 persediaan dan pencegahan tapi jangan lupa, jangan tinggalkan Allah, TUHAN YANG MAHA AGONG.

19 Oktober 2020

No comments:

Post a Comment