sumber : http://m.utusan.com.my/rencana/bersatulah-melayu-1.144096
TULISAN ini tidak sama sekali berhasrat mencampuri urusan orang Melayu. Apatah lagi dengan cuba bersikap bijak memberikan pandangan di luar skop kebolehan. Akan tetapi, sebagai warganegara di tanah bertuah ini, ada ruang peranan dan sumbangan sesiapa pun boleh mainkan.
Bersandarkan hakikat dan berdiri atas keyakinan itu, pada tahun 2008 saya menghasilkan sebuah sajak yang berjudul ‘Bersatulah Melayu.’ Saya perturunkan seluruhnya sajak tersebut di bawah ini:
BERSATULAH MELAYU
Bersatulah Melayu
Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa
pecah
Melayu itu tak mampu
berpecah!
Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita.
Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju.
Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakah lagi tempat berlindung!
Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih!
Melayu bersatulah
Cari dan rangkalah jalan
damai
Damai membuka pintu
pertemuan
Pertemuan kelak merintis
padu
Berpadu Melayu berpadu
semua!
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), 2008.
Nota: ‘Melayu’ yang digunakan dalam sajak ini bermaksud bangsa Melayu.
Awalnya, saya sangat bimbang apabila telah siap menghasilkannya. Bimbang ia akan mengguris perasaan sesiapa, tidak terkecuali orang Melayu amnya. Sementelah pada ketika itu, persekitaran perpaduan dalam kalangan bangsa Melayu sedikit tidak memberangsangkan.
Saya menunjukkan karya ini kepada Tan Sri Pendeta Prof. Dr. Ismail Hussein (Allahyarham), yang ketika itu ialah Ketua 1 GAPENA atau Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia. Allahyarham Tan Sri menyukainya, lalu meminta izin untuk menyiarkannya di dalam Buletin GAPENA. Tan Sri mengotakan katanya. Sajak ini tersiar dalam Buletin GAPENA keluaran Disember 2008.
Sajak ini jelas. Saya tidak berselindung apa-apa tatkala menghasilkannya. Pada saya, asas kekuatan dan kestabilan negara kita adalah perpaduan dalam kalangan orang Melayu. Saya pernah mengibaratkan, perpecahan dalam kalangan bangsa Melayu di negara kita hanya akan mengakibatkan bahtera yang sedang belayar ini senget, tidak lagi seimbang.
Peri pentingnya perpaduan bangsa Melayu sudahlah dibuktikan sejarah. Pelbagai kekuatan telah dapat kita bina. Perpaduan dalam kalangan bangsa Malaysia seluruhnya semakin kukuh, perkembangan dan kemajuan negara bertambah-tambah makmur, dan perpaduan bangsa Melayu menjadi kompas yang menunjuk arah perjalanan kita bergerak siaga ke hadapan.
Saya fikir tiada sesiapa pun boleh menyangkalnya. Pembentukan masyarakat majmuk yang adil dan saksama saling dinikmati bersama. Bangsa Melayu tidak pernah mengaut segala-galanya dan mengambil semuanya.
Tatkala kekuasaan melalui politik pun diagih-agihkan, kek ekonomi dihiris adil, pendidikan, sosiobudaya, pemilikan kekayaan, peluang dalam segala bidang, toleransi bahasa, anut agama, sambutan perayaan, berkongsi suka dan duka, dan sebagainya dilihat teratur pada batas-batas Perlembagaan Negara, termasuk memberi kesaksamaan yang tiada pernah pula ada tercatat di mana-mana.
Bersatunya bangsa Melayu juga sepanjang sejarah tidak pernah menggugat sesiapa, jauh sekali daripada pernah mengancam apa-apa. Apakah terlalu sukar untuk kita memahami semua ini? Sajak ini hendaklah difahami dalam konteks keyakinan saya yang tinggi, bahawasanya orang Melayu itu ‘tidak mampu berpecah’, dan ingatlah ‘wajah Melayu wajah kita’ semua. Selain, dengan tulus menerima hakikat bahawa Melayu itu ‘cermin’, ‘lampu’, ‘payung’ dan ‘pohon’, dan selama bangsa Melayu teguh bersatu, seluruh kita dalam pelukan kesejahteraan yang berkekalan.
Perpaduan dalam kalangan bangsa Melayu sesungguhnya menjadi sumber inspirasi yang ampuh kepada semua etnik, kaum dan bangsa-bangsa lain dalam menyusuri perjalanan serta perjuangan kita melestarikan survival bangsa Malaysia yang kita idam-idamkan!
PENULIS ialah sasterawan penerima Anugerah Kesusasteraan Asia Tenggara atau lebih dikenali The South East Asia Write Award (S.E.A. Write Award).
Berkongsi ilmu pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dalam bidang keusahawanan, pengurusan strategik, perniagaan francais, pengurusan perniagaan, dan muamalat. Ikuti blog ini untuk bersama saya dalam berkelana dan mengembara di pelbagai tempat/lokasi.
Labels
- @Pennsylvania (6)
- @Wharton (29)
- ANSARA MUUUM Kulim (2)
- Bangi Vengels (14)
- bicara buku (1)
- Business Idea (9)
- Business Plan (12)
- Covid-19 (2)
- Delaware (1)
- English Is Easy (2)
- Entrepreneur Tips (6)
- Entrepreneurial University (2)
- Equity Financing (1)
- Francais Malaysia (12)
- Funding (1)
- Idea Perniagaan (10)
- Inspirasi (7)
- Isu Semasa (2)
- jihad nafsu (1)
- keluargaku (4)
- Keusahawanan (3)
- Malaysiaku (23)
- Masjid Di AS (1)
- Media (5)
- MEI (2)
- Melayu (3)
- Merdeka Online (5)
- MRSM (2)
- New York (6)
- Niat (1)
- nukilanku (132)
- Ohio (6)
- PhD (5)
- Philadelphia (24)
- Pitching (11)
- Rancangan Perniagaan (7)
- Sarjana Keusahawanan dan Inovasi UKM (1)
- seminar@Wharton (3)
- survival skills (1)
- sustainability issue (1)
- Tip Usahawan (6)
- TV (2)
- TV1 (3)
- UKM (6)
- United Kingdom (1)
- Universiti Di AS (4)
- UPenn (39)
- Usahawan (1)
- UUM (1)
- Washington DC (3)
- YouTube (4)
No comments:
Post a Comment