Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera,
Pada 25 Jun 2017 @ 1 Syawal 1438, kami sekeluarga menghadiri Sambutan Aidil Fitri di Kedutaan Besar Malaysia di AS, setelah bermalam sebelumnya di rumah Sdr Johari. Tahun lepas, kami sekeluarga menyambut Aidil Fitri di sekitar Philly sahaja, anak-anak 'bising', "tak macam Raya pun", kata mereka. Walaupun sebenarnya, kami tetap beraya di rumah pasangan Mat Salleh dengan Melayu Brunei, menghadiri jamuan raya dengan komuniti Masjid kariah kami dan beraya dengan Komuniti pelajar Malaysia di Philadelphia di Drexel University. Tiga kali Majlis Raya pun anak-anak dan isteri kata macam tak raya, hu, hu, hu. Memandangkan ini Aidil Fitri terakhir, dan saya jangkakan tiada majlis Raya dengan pelajar di University of Pennsylvania, Drexel University dan Temple University kerana sebahagian pelajar Drexel University telahpun tamat belajar dan sebahagian besar pelajar Temple University pula 'balik bercuti di Malaysia' (tak adventurous langsung pelajar sekarang, cuti panjang balik Malaysia...he...he...he...), maka saya pun menyewa MPV untuk meraikan Aidil Fitri di DC. Itulah seorang ayah, bila anak-anak dan isteri 'bising', dia korbankan juga wang, masa, dan tenaga untuk mengikut permintaan mereka, demi kebahagiaan keluarga.
Kenderaan saya sekeluarga sebelum ini terpaksa 'scrap' kerana beberapa kali bermasalah, fulus banyak melayang (kos penyelenggaraan kenderaan di AS tidaklah murah), dengan elaun KPT yang rendah, maka saya terpaksa mengambl keputusan drastik dan menyedihkan 'menyekerapkan' kenderaan kami sekeluarga. Jadinya kami sekeluarga sebenarnya tiada berkenderaan semenjak September 2016. Dah 20 tahun memiliki kenderaan, mula-mula memang terasa susahnya tak ada kenderaan. Perancangan minggu dan bulanan kena tukar. Maka, 'kegiatan rasmi' kami sekeluarga seminggu sekali ke pasar terpaksa dibatalkan dan 'kegiatan rasmi sebulan sekali' ke Wal-Mart juga terpaksa dihentikan. Kami bernasib baik kerana sistem pengangkutan awam di Philadelphia dan sekitarnya agak cekap. Bas, keretapi, Trolley, Uber atau Lyft memang kerap dan boleh diharap. Maka bas dan keretapi menjadi kenderaan rasmi saya dan isteri untuk membeli barangan keperluan. Kami juga beruntung kerana terdapat beberapa pasar mini berhampiran rumah. Jadinya, selepas baik dari Wharton, saya boleh singgah di pasar mini ini untuk membeli barangan keperluan utama dan dua minggu sekali saya dan isteri ke pasar. Seronok juga berjalan berdua dengan isteri saja, kira romantik baliklah. Kalau di Malaysia, susah nak jalan berdua, banyak 'kaki ikut'. Dah ikut, minta macam-macam pula tu. Memandangkan kami hanya ke pasar, 'kaki ikut' pun tak nak ikut...he..he...he...

Ramai pengunjung ke Sambutan Aidil Fitri di DC dan tidak terhad kepada warganegara Muslim dari Malaysia sahaja. Ramai warganegara Malaysia bukan Muslim pun turut hadir. Saya kira ia suatu yang baik kerana telah menjadi amalan di Malaysia Aidil Fitri disambut pelbagai kaum, bangsa dan agama.
Ada beberapa gerai yang dibuka
Setahu saya, ada pelajar dai Ohio yang turut datang ke DC, jauh tu. Ada ibu-bapa pelajar Malaysia yang datang beraya ke AS dari Malaysia (banyak duit juga orang sekarang)
Khemah dan kerusi tak cukup, mungkin lain kali boleh tambah khemah dan kerusi di luar bangunan
Pelajar prasiswazah pun ramai
Sebahagian besar pengunjung adalah warga Malaysia yang tinggal tidak jauh dari DC
Biasalah, ketupat, lemang (segera), rendang, nasi himpit, bihun sup, pelbagai kuih raya, ais krim pun ada, nasi briani dengan pelbagai lauk... Sepertimana di Malaysia, Jamuan Aidil Fitri 'adalah pesta makan', he...he...he. Rugi tak datang. "Inikan Raya".
Turut menyediakan juadah kepada pengunjung adalah pegawai dan kakitangan pelbagai kementerian dan agensi yang ditempatkan di Kedutaan Besar Malaysia DC. Terima kasih banyak-banyak.
Dapppp...
Buah-buahan memang mencukupi
Ramai beratur nak makan kambing golek
Hanya ada seekor kambing golek yang disediakan
Jadinya, ramai yang kecewa, tetapi tidak termasuk kami kerana saya dan anak-anak memang tidak beratur dari awal...
Kalau ambil sendiri, saya jamin tak cukup lauk-pauk. Satu tabiat tidak baik orang Malaysia kalau ambil sendiri lauk-pauk adalah ambil banyak-banyak, 'nak mentekedarah' kata Orang Utara. Lepas tu, makan tak habis, buang. Ini berlaku dalam jamuan terbuka, rumah terbuka, termasuk di hotel. Ramai ibu-bapa yang tidak mendidik anak-anak dengan betul apabila membiarkan anak mereka ambil atau ambilkan untuk anak-anak banyak nasi dan lauk-pauk untuk anak-anak mereka, yang akhirnya tak habis dan membazir. Walaupun kita bayar seperti di hotel, membazir tetap membazir. Ingat, membazir amalan syaitan.
Saya selalu ingatkan anak-anak, ambil setakat yang kita boleh makan, jangan banyak, biar bertambah tak apa. Kalau makanan dah habis dan tak boleh tambah, jangan risau, setakat itulah rezeki kita, jangan nak bimbang. Tak kebulur pun kita tak tambah...Satu lagi, saya selalu ingatkan anak-anak, apabila makan, ingat orang lain, jangan mementingkan diri sendiri, khususnya dalam jamuan-jamuan kecil yang lauk-pauknya tidak banyak mana. Tabiat buruk lain orang Malaysia adalah 'tapau' dalam jamuan terbuka seperti Aidil Fitri sedangkan majlis belum berakhir. Ada yang siap bawa bekas makanan dan plastik untuk tapau sedangkan ramai lagi tetamu yang sedang beratur untuk makan. Tapau memang boleh, tetapi sesudah majlis berakhir dan ia digalakkan untuk mengelakkan pembaziran. Di Fakulti saya di UKM, kami memang ada 'budaya tapau', tapi sesudah majlis berakhir. Memang plastik disediakan untuk tapau agar pembaziran dapat dielakkan atau diminimumkan.
Kuih raya banyak juga
Ada meja disediakan untuk yang nak makan dalam bangunan
Sejuk sikit sebab ada penghawa dingin
Jamuan terbuka sudah menjadi Budaya Malaysia.
Cuma saya lihat di Facebook tak banyak Jamuan Raya tahun ini, khususnya Rumah Terbuka anjuran kawan-kawan, betul ke?
Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulhasnan Rafique, Duta Besar Malaysia ke AS dan isteri menyampaikan saguhati Hari Raya kepada kanak-kanak.
Ramai kanak-kanak beratur
Kanak-kanak paling ceria di Aidil Fitri
Aidil Fitri untuk bergembira...
'Anak Mat Salleh' pun ada
Terima kasih banyak-banyak kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulhasnan Rafique, Duta Besar Malaysia ke AS, isteri dan semua pegawai dan kakitangan di Kedutaan Besar Malaysia ke AS, DC serta keluarga mereka yang terlibat dalam menganjurkan dan memastikan Sambutan Aidil Fitri ini berjalan dengan baik dan jayanya. Sikit-sikit kelemahan dan kekurangan itu pasti ada, moga-moga boleh diperbaiki dan ditambahbaik pada masa depan. Well done!!!
Alhamdulillah, kami dok di Kedutaan Besar sampai jam 1230 tengahari. 3-4 pusingan juga saya, anak-anak dan isteri...he...he...he... Lepas tu, kami ke tempat lain, ke mana? Biarlah rahsia....ngeh...ngeh...ngeh...
Wassalam.
No comments:
Post a Comment