Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah, pada 24 Jun 2017, bersamaan 29 Ramadan 1438, saya sekeluarga menghadiri Iftar Perdana di Kedutaan Malaysia di Washington DC, atau orang Malaysia panggil DC saja (District of Columbia; macam Putrajaya). Kami hendak beraya pada 1 Syawal 1438 atau 25 Jun 2017 di DC, jadi datang awal sehari ke DC dan menumpang bermalam di rumah Sdr Johari, pegawai kanan MPOB yang ditempatkan di DC, USA. Hidup di luar negara macam tulah, pandai-pandailah jalinkan silaturrahim dengan sahabat dan rakan dari Malaysia kerana jaringan orang Malaysia di USA memang tidak sebesar jaringan masyarakat lain. Hatta di Philly sebagai contoh, masyarakat Muslim Bangladesh mempunyai masjid sendiri. Hatta masyarakat Muslim Indonesia di Philly yang kecil bilangannya juga punya masjid sendiri yang digunakan untuk kelas agama dan ceramah agama (bukan untuk solat Jumaat). Sebelum bertolak dari Philly, Sdr Johari memaklumkan kami akan jemputan ke Iftar Perdana ini, maka kami pun bersetuju menghadirinya. Setelah sampai di rumah beliau, kami sama-sama bertolak ke Kedutaan Malaysia.
Tetamu keseluruhan saya anggarkan antara 110-130 orang, apabila membilang bilangan meja yang disusun.
Turut hadir sekumpulan Jemaah Tabligh dari Malaysia yang '3 bulan' di USA
Pengerusi Majlis dari NOVA
(pelajar tajaan MARA yang belajar di Kolej Komuniti di North Virginia)
Antara acara majlis adalah NOVA mengadakan kutipan wang untuk membantu mereka memerlukan
Imam jemputan dari Pahang berada selama sebulan di DC
Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulhasnan Rafique, Duta Besar Malaysia ke AS.
Ucapan Pengarah Program. Sepanjang sekitar 20 tahun saya di UKM, salah satu dapatan saya adalah pelajar perempuan di Malaysia, kalau mereka 'perform', mereka lebih baik dari pelajar lelaki...
Ucapan ringkas Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulhasnan Rafique, Duta Besar Malaysia ke AS.
Tahniah NOVA, banyak juga dapat kutip ni. Sepengalaman saya dengan adik-adik dari NOVA, mereka memang bagus-bagus dan tidak terjebak dengan 'benda-benda pelik' di AS. Di AS, saya minta pelajar prasiswazah panggil saya 'Abang Hizam' saja agar mereka rasa dekat, tidak berasa terlalu protokol dan jauh, walaupun usia mereka hanya 1-3 tahun saja tua dari usia anak sulong saya. Tetapi kalau di UKM, saya tidak boleh benarkan pelajar saya panggil saya Abang Hizam sebab saya guru mereka. Dalam Islam ada adabnya antara guru dan murid yang perlu diketahui dan dipraktiskan. Kita tidak seperti masyarakat Barat yang memanggil Profesor/Pensyarah mereka dengan nama sahaja. Hatta semasa saya sambung PhD di UK, pelajar-pelajar memanggil Prof./pensyarah mereka dengan nama sahaja, saya tetap memanggil mereka sepertimana saya guna di Malaysia. Saya terasa tidak beradab dan biadap jika memanggil pensyarah saya dengan nama sahaja.
Habis acara, baru buka puasa...nyam-nyam...
Dengan Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulhasnan Rafique, Duta Besar Malaysia ke AS.
Alhamdulillah, dapat berkongsi pandangan dan bertukar fikiran dengan Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulhasnan Rafique tanpa 'gangguan' daripada orang lain. Apa yang dibincangkan? Biarlah rahsia...he3
Sempat berbual-bual sekejap dengan wakil Jamaah Tabligh Malaysia. Saya berbual tentang Krisis Marawi di Filipina dan memberi cadangan agar Jamaah Tabligh 'berbuat sesuatu'. Untuk makluman, krisis di Marawi bermula sekitar seminggu selepas perhimpunan Jamaah Tabligh di situ. Ada beberapa info tidak benar mengenai Jamaah Tabligh tersebar selepas Krisis Marawi bermula. Saya bukan ahli Jamaah Tabligh tetapi seorang yang meraikan kepelbagaian jamaah dalam Islam (iNGO), asalkan objektifnya dan perjalanan aktivitinya benar dan tidak menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang mana-mana negara. Things change, we have to change...
No comments:
Post a Comment