Thursday, 2 February 2017

The Future of Energy Policy - Dr. Steven Croley

What   : The Future of Energy Policy - Dr. Steven Croley
When  : 1200-130pm
Where : Kleinman Center for Energy Policy, UPenn.
Who   :  Dr. Steven Croley

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri satu ceramah yang menarik tentang masa depan dasar tenaga yang disampaikan oleh Dr. Steven Croley (lihar profil beliau di bawah sekali). Saya orang kampung, masa kanak-kanak dihabiskan dengan mandi sungai, bermain di sawah cari ikan semilai (ikan pelaga), masuk belukar dan hutan, lepas mengaji agama di sekolah (sekolah agama selepas waktu sekolah kebangsaan), saya dan adik saya serta kawan-kawan saya akan 'curi-curi' pergi mandi sungai. Kami dah bawa seluar simpanan untuk ditukarkan bila sampai ke sungai. Selepas mandi, keringkan rambut dan badan, bawa basikal laju-laju supaya rambut cepat kering, bila dah sampai rumah, mak nampak kami 'macam biasa saja'...tetapi kehidupan kampung dan segala pengalaman dan aktiviti sepanjang kehidupan di MRSM Balik Pulau dan Kolej Matrikulasi Mara Kulim menjadikan saya 'pencinta alam sekitar'. Sampai dah tua ini, masih suka hutan, kehijauannya, kesegaran udaranya, kecantikan dan keindahan di dalam hutan, keheningannya, kejernihan sungainya, dan pelbagai isi hutan. Zaman muda dan bujang dulu suka panjat gunung, sekarang dah kurang mampu atas beberapa faktor.

Berbalik kepada ceramah ini, banyak point diberikan oleh Dr. Steven Croley. Antaranya adalah dalam masa 5/6 tahun lepas, kos menghasilkan sel PV (yang menyimpan tenaga) telah menurun dengan banyaknya, kos pengeluaran tenaga solar telah menurun dengan drastik, kos tenaga angin telah menurun sekitar 50%,  dan ini meningkatkan pengeluaran tenaga berasaskan angin di USA. Terdapat 11 negeri di USA yang menggunakan sekitar 10% atau lebih tenaga dari tenaga angin. Beliau mengakui tenaga berasaskan fossil masih merupakan sumber tenaga yang dominan/majoriti. Sekitar 1/3 tenaga di USA digunakan untuk pengangkutan, 1/3 untuk perkilangan/industri dan 1/3 lagi ??? tak sempat nak dengar...he3... Majoriti sumber tenaga masih arang batu dan minyak. Tenaga solar menyumbang sekitar 2-3%, tenaga angin sekitar 7-8%, hidroelektrik sekitar 9-10%, nuklear memang banyak ??? tak sempat dengar dan tulis lagi... Apa yang menarik adalah pada tahun 2016, tenaga angin dan tenaga solar merupakan pemimpin dalam Tenaga Boleh Diperbahari (Renewable Energy). Menurutnya kini, kos menghasilkan tenaga angin dan tenaga solar kini hampir/menghampiri kos tenaga menggunakan minyak dan ini satu perkembangan menarik. 

Dalam masa yang sama, kos tenaga berasaskan fossil juga menurun. USA dianggarkan menggunakan 9.6 juta tong minyak sehari, gas asli sekitar 27/28 juta cubic feet (kalau saya tak silap dengar). Kos ini juga menurun dan ini meningkatkan pengeluaran tenaga ini di USA.  Sebagai penggubal polisi, beliau menyatakan kita seharusnya memikirkan bagaimana mempromosi pertumbuhan kerja dalam industri berasaskan tenaga di USA. Sekitar 1 daripada 17 kerja di USA berkaitan industri tenaga. Dalam masa yang sama, inovasi amat penting kerana ia membangunkan sumber tenaga yang lebih bersih. Di USA, pihak bertanggungjawab juga bekerja untuk mencari jalan bagaimana meningkatkan kecekapan trak, seperti menggunakan 'Super Truck' dan meningkatkan kecekapan penghantaran barangan (Industri pengangkutan menggunakan 1/3 tenaga di USA). 

Dalam membuat dasar, semua pihak mempunyai kuasa dan tanggungjawab, sama ada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.  US masih mengimport minyak dari luar. Katanya mulai 2017, USA akan mula 'mengeksport bersih' (net export) petroleum dan gas asli. Sasaran USA adalah menjadi peneksport tenaga kepada dunia pada tahun 2040. Jadinya, industri tenaga mempunyai masa depan yang cerah di USA. Aspek dana amat penting untuk industri ini. Setakat ini, tenaga angin banyak dijana oleh 'Negeri Merah' (negeri di bawah Republikan) dan pihak kerajaan sedang memikirkan untu mencari dana dan mempercepatkan proses penjanaan tenaga angin di kawasan perairan (laut).

Penggubal dasar juga berfikir tentang kawasan perladangan yang boleh dibangunkan untuk 'menyerap karbon dioksida' yang dilepaskan oleh industri, kenderaan dll. Mengenai tenaga nuklear, beliau mengakui ia isu paling sukar kepada mana-mana Presiden di USA kerana kosnya mahal, berisiko tinggi dan isu pelupusan tetapi tenaga nuklear di USA menyediakan 60% kepada sumber tenaga bersih. Industri juga perlu berfikir tentang bagaimana menyimpan tenaga, 'storage energy' agar pembekalan tenaga tidak dipengaruhi oleh cahaya matahari dan faktor lain. Apa yang menarik adalah di USA, kerajaan sedang bekerjasama dengan IBM, Google, GE dan lain-lain syarikat untuk meningkatkan produktiviti tenaga, keefisienan dan seumpamanya.

Saya fikir Malaysia masih jauh dalam industri tenaga ini, khususnya Tenaga Boleh Diperbaharui (RE). Saya bukan pakar dalam bidang ini, KSU KeTTHA, Dato Seri Dr. Zaini Ujang merupakan pakar dalam perkara ini dan saya yakin beliau bekerja keras melalui KeTTHA untuk meningkatkan RE di Malaysia. Cumanya, sebagai seorang pemikir dan pengkaji dalam bidang keusahawanan, saya melihat antara ciri penting model perniagaan Uber, Lyft, dan AirBnB adalah mendapatkan sokongan orang ramai (massa) untuk terlibat dengan industri, maka masalah boleh diselesaikan atau dikurangkan. Uber, Lyft & Grab Car contohnya mendapatkan kerjasama orang ramai untuk menjadi pemandu mereka, maka kos pergi ke sesuatu tempat dapat direndahkan berbanding menggunakan teksi. Dalam model AirBnB, usahawan mendapatkan sokongan dan kerjasama massa menawarkan rumah/bilik di rumah masing-masing sebagai kemudahan penginapan, maka kos sewaan bilik/rumah ini dapat diturunkan dengan begitu rendah, dengan teknologi Apps Mobil sebagai alat untuk mencapai maksud ini.

Maka, kalau kita boleh mendapatkan sokongan orang ramai/massa untuk menjana elektrik di rumah mereka (melalui sel tenaga solar yang dipasang di bumbung/atap rumah) untuk TNB, maka kebergantungan negara (TNB) kepada tenaga berasaskan minyak, gas, dan arang batu boleh dikurangkan. Subsidi untuk TNB dan Pengeluar Tenaga Bebas (jika ada) boleh digunakan untuk kegiatan lain yang lebih penting. Apa yang penting adalah komitmen pemimpin kerajaan dan sokongan dasar fiskal. Bagaimana? Sebahagiannya telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Jemput syarikat pembuat panel solar membuka kilang di Malaysia, beri sewa tanah untuk tapak kilang dengan cukup rendah, beri taraf perintis, pengecualian cukai untuk tempoh 5-7 tahun sebagai contoh, beri insentif eksport kepada syarikat ini, juga insentif tempatan seperti kos elektrik dan air yang istimewa untuk mengurangkan kos mengeluarkan panel solar ini.  Dalam masa yang sama, wujudkan syaikat baru yang boleh menjual dan memasang panel solar ini dengan kos-efisien (atau dilakukan TNB dengan begitu kos-efisien), berikan insentif kepada para pengguna dalam bentuk potongan cukai individu dan insentif-insentif lain, kepada syarikat diberikan pelepasan/potongan cukai mana yang sesuai jika pengguna dan syarikat membeli dan memasang panel solar ini dan kemudiannya menjual elektrik yang dijana (baki selepas digunakan) kepada TNB. Saya sendiri mengandaikan jika Kadar Tempoh Pulang Modal membeli dan memasang panel solar ini di rumah hanya setahun, makin ramai rakyat akan membeli dan memasangnya (termasuk saya). Itu belum termasuk pelbagai insentif yang boeh diperkenalkan kerajaan. Jika kita melihat keseluruhan rantaian pembekalan tenaga (supply chain), dari proses pengeluaran sampai ke jualan dan pemasangan solar panel di rumah-rumah/bangunan, dengan kos tenaga solar (dan tenaga angin) yang semakin murah, dan jika kita terus mencari jalan bagaimana mengurangkan kos dalam setiap fasa rantaian nilai ini, maka tidak mustahil Malaysia boleh mencapai sasaran bekalan elektrik untuk kawasan perumahan semuanya dijana oleh RE. 

Saya membaca di Facebook World Economic Forum tentang perkembangan pesat tenaga solar di India dalam masa 1-2 tahun yang lalu, begitu banyak solar panel dipasang untuk menjana elektrik di India.  Saya membaca kisah Norway dan negara Scandinavia yang meletakkan sasaran mencapai RE yang cukup tinggi pada tahun 2030. Saya membaca kisah R&D untuk menghasilkan atap-atap dan bumbung rumah yang menyerap dan menyimpan tenaga yang dilakukan di USA. Industri ini memang amat penting dan sentiasa mempunyai masa depan. Malaysia yang menerima sekitar 11-12 jam cahaya matahari yang terik di sepanjang tahun, pasti mampu mencapainya. Itu belum dibincangkan tentang tenaga angin di kawasan bukit-gunung atau di kawasan perairan yang belum dioptimakan oleh negara kita. Negara tidak perlu risau tentang nasib Petronas kerana ianya satu-satu syarikat Malaysia tersenarai di Forbes 500. Saya yakin Petronas mampu menghadapi industri tenaga ini asalkan mereka 'dapat membaca masa depan' dan berubah. Mendengar berita bahawa USA mula mengeksport Petroleum dan Gas memberi bayangan bahawa harga minyak dan gas mungkin susah naik tinggi sepertimana sebelumnya kerana USA merupakan pengguna utama minyak dan gas dunia. Penurunan kuota had pengeluaran negara OPEC dan pertmbuhan ekonomi China, India dan negara kuasa ekonomi lain mungkin memberi kesan, tetapi pertumbuhan RE menunjukkan tahap kebergantungan manusia dan industri kepada minyak dan gas semakin menurun. Presiden Trump dalam kempennya dan ucapannya juga menyatakan dengan jelas untuk mengeksploitasi simpanan minyak dan gas di USA yang belum dieksploitasi sepenuhnya. Lanskap industri tenaga sudah berubah dengan drastik dalam 5 tahun kebelakangan ini dan kita perlu berubah dengan pantas agar tidak ketinggalan. Wassalam.


Image may contain: 3 people

Image may contain: one or more people and people sitting
Saya datang awal, auditorium masih belum penuh. Kehadiran peserta seramai 90-100 orang.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Image may contain: 1 person, standing
Dr. Steven Croley

Image may contain: one or more people

No automatic alt text available.

Image may contain: fruit and food
Ini makan tengahari saya...makan  dan bersyukur kepada Allah.

Image may contain: one or more people
Ini bukti saya sampai di sini...he3...

Image may contain: 1 person


Siapa Dr. Steven Croley? (https://energy.gov/articles/dr-steven-croley-confirmed-general-counsel)

WASHINGTON – Dr. Steven Croley was confirmed by the Senate on Monday, May 12 as the Department of Energy’s General Counsel.
“Dr. Croley brings to the Department leadership team both extensive experience representing the interests of the United States and wide-ranging interests in energy and environmental issues,” said Energy Secretary Ernest Moniz. “I thank the Senate for approving his nomination, and I look forward to his advice and counsel. I also thank Anne Harkavy for serving as Acting General Counsel in his stead. Her leadership has proven to be invaluable in recent months.”
The Office of General Counsel provides legal advice, counsel, and support to the Secretary, Deputy Secretary, and program offices across the DOE complex to help further the Department’s mission of advancing national, economic, and energy security of the United States through scientific and technological innovation and the environmental cleanup of the national nuclear weapons complex. As General Counsel, Dr. Croley will work with a team of attorneys to ensure the Department operates in full compliance with the law.
Most recently, Dr. Croley has served in various roles in the Office of the White House Counsel and the Domestic Policy Council. As Deputy White House Counsel he managed a team of lawyers working on a number of domestic issues, including energy.
In 1993, he joined the faculty at the University Michigan Law School, where he was later named the Harry Burns Hutchins Collegiate Professor of Law. From 2006 to 2010, Dr. Croley was a Special Assistant U.S. Attorney for the Eastern District of Michigan. He also served as a research consultant to the Michigan Law Revision Commission, the U.S. Department of Labor, and the Administrative Conference of the United States and worked as a law clerk for Judge Stephen Williams of the U.S. Court of Appeals for the D.C. Circuit.
Dr. Croley received the American Bar Association’s award for Distinguished Scholarship in Administrative Law in 2004 and was elected to the American Law Institute in 2010. He received an A.B. from the University of Michigan, a J.D. from Yale Law School, and a Ph.D. in Politics from Princeton University.

No comments:

Post a Comment