Bila : 5 November 2016
Dimana : Kedutaan Malaysia, DC
Siapa: Datuk Kamel Mohammad, Timbalan KSU KPT
Alhamdulillah, sedikit refleksi aktiviti pada 5 November 2016 yang lalu apabila saya dijemput sebagai salah seorang hakim PERDANA SCHOLAR AWARD 2017, yang dianjurkan oleh KPT. Asalnya aktiviti dirancang pada bulan Ogos 2017, tetapi beberapa perubahan menyebabkan ianya ditunda ke 5 November 2016. Saya hadir bersama Saudara Fadhli, rakyat Malaysia yang bekerja di Pennsylvania. Memandangkan lokasi yang melebihi 2 jam, kami bertolak awal pagi dan sampai di DC sekitar 1000 pagi. Ada banyak aktiviti sebelah paginya dan petangnya, dan jamuan berlangsung di sebelah petang/malam.
Bagi siapa yang biasa belajar dan hidup di luar negara, Kedutaan Malaysia ibarat rumah anda. Terasa seperti di Malaysia apabila anda sampai di mana-mana Kedutaan Malaysia. Hakikatnya, Kedutaan adalah 'negeri kecil' mewakili sesebuah negara di sesebuah negara lain.
Terima kasih kepada Kedutaan Malaysia dan Edu Malaysia DC yang menjemput saya terlibat dalam aktiviti ini. Jumlah penyertaan tidaklah seramai Anugerah Francais Malaysia yang saya kendalikan dan kaedah penilaian tidaklah sekompleks penilaian industri memandangkan yang bertanding adalah pelajar dan persatuan pelajar.
Ramai yang terima anugerah
Bagi para pelajar, Anugerah sebegini adalah perangsang untuk terus berjaya
Sdr Hazraf Khan dari Drexel University penerima Anugerah Keusahawanan
Ucapan Datuk Kamel Mohammad mewakili YB Menteri KPT
Bagi pelajar prasiswazah, aktiviti sebegini memang ditunggu-tunggu
Antara tetamu yang hadir
Ada pemilihan pemimpin pelajar dalam Persatuan Pelajar Malaysia di AS sebelum jamuan ini
Aktiviti sebegini penting jika hendak bertemu rakyat Malaysia lain yang ditempatkan di pelbagai agensi/syarikat di DC @ AS dan mereka yang bermastautin di AS
Saya bersama Dato' Atase Tentera ATM di DC dan Sdr. Hairil dari MITI
Tahniah kepada semua pemenang Anugerah. Semoga terus berjaya pada masa hadapan
No comments:
Post a Comment