Tuesday, 28 February 2017

Coffee and Capital with James Hill @ Uni City Science Center

What : Coffee and Capital with James Hill @ Uni City Science Center
When : 28 Feb 2017; 800am-930am
Where: Quorum, Uni City Science Center
Who: James Hill
James Hill, Senior Associate at Edison Partners. At Edison Partners, James focuses on sourcing investments in Healthcare IT, FinTech, MarTech and Enterprise 2.0. His prior experience includes work in the startup business environment and legal fields. Edison Partners concentrates on helping companies navigate, accelerate and scale growth at each stage of their journey. Join us to have your questions answered by an expert!



Image may contain: 1 person, sitting and indoor
James Hill

Working for 8th fund for USD$275 million

4 market sectors, all IT related

Invest until USD$30 million

48 portfolio companies, USD$3.6 billion investment

Almost 25 Percent for each portfolio

Fund life cycle is 10 years.

Registration with FDA takes a lot of time.

We have done 18 IPOs before.

Valuation process - depends on company to company basis

2.6 times revenue

Pre-money valuation

We'll meet with you few couple times

Partnership meeting to get more answers

Talking to your competitors

The more you can show growth, the fast you grow is better

We look at many Office Technology Transfer companies (University companies).

The challenge is how you value the patents (from the university).

One company invested USD57 million for Ohio State University

Combination of great CEOs with good companies --> Success factor

Our due diligence process is very thorough...

We could have been very confident in the business we invested.

Some technology companies selling something but with no/less value to the customer.

Trump's Presidency creates some uncertainties in pharmaceutical industries.

2/3 of our companies are succeed or ...


Many points I missed...sorry..











Sunday, 26 February 2017

KEHADIRAN ANAK KEDUA MENGUBAH SUASANA


Assalamu’alaikum,

Tanggal 26 Februari setiap tahun merupakan hari istimewa saya sekeluarga kerana pada tahun 2002, saya dan isteri menyambut kelahiran cahayamata yang kedua, empat tahun lebih juga selepas kelahiran cahayamata sulong pada penghujung tahun 1997. Selepas diberikan cahayamata perempuan, kehadiran cahayamata kedua yang merupakan seorang anak lelaki merupakan pelengkap bagi sesebuah keluarga. Ujian Allah dalam melahirkan cahayamata kedua ini tidaklah mudah, biarlah ia menjadi rahsia dan kenangan saya dan isteri.

Kehidupan sebelum berkahwin dan selepas berkahwin tidaklah mudah bagi saya dan isteri. Saya memang datangnya dari keluarga susah, menjadi anak yatim ketika berusia enam tahun, bonda sebagai ayah dan ibu kepada kami empat-beradik, dan kami sebenarnya ‘dibesarkan oleh kerajaan’ kerana kami empat beradik diterima masuk ke SBP/MRSM, sekurang-kurangnya ia meringankan beban bonda dalam menanggung kehidupan kami semasa sekolah menengah. Wang saku diberikan kerajaan/MARA semasa di sekolah menengah merupakan ‘pendapatan utama’ kami empat beradik untuk hidup dan ‘survive’ kehidupan berasrama. Saya sendiri 11 tahun ‘menjadi anak MARA’ sehinggalah bergraduasi pada tahun 1996 di UUM. Kehidupan susah ketika kecil menjadikan kami empat-beradik ‘sebagai seorang manusia’, tidak lupa kepada agama, bangsa dan negara.


Zaman 1995-1996, sebelum krisis kewangan Asia pada tahun 1997, ekonomi negara memang memberangsangkan. Ketika itu, internet baru masuk ke Malaysia, kami sekadar mencari peluang pekerjaan dengan melihat iklan-iklan di akhbar. Ketika masih belajar di UUM, saya pernah menghadiri temuduga pekerjaan dengan sebuah syarikat elektronik dari Jepun di Pulau Pinang. Walaupun gagal mendapat pekerjaan di syarikat tersebut, saya menganggap ia sebagai satu pengalaman yang berharga. Jangan kita melihat kegagalan sebagai satu kegagalan tapi anggaplah kegagalan sebagai satu pengalaman berguna dan mencari apa yang boleh dipelajari dari sesebuah kegagalan. Jadilah orang yang positif di dalam kehidupan ini, neschaya hidup anda akan penuh ceria dan bertenaga.

Alhamdulillah, selepas menamatkan pengajian di UUM pada bulan April 1996, saya tidak sukar mendapat pekerjaan. Mula-mulanya mendapat kerja di Kuala Lumpur pada bulan Jun 1996 dan menumpang di rumah abang sulong di Sungai Buluh. Saya tidak lama di KL apabila berhenti kerja kerana berpandangan tidak sesuai dengan sifat dan ciri pekerjaan yang diberikan. Dari Sungai Buluh, saya menaiki bas dan mencari kerja lain dengan ‘walk-in’ di Nilai, Senawang dan Taman Industri Tuanku Jaafar, NSDK selama beberapa hari. Alhamdulillah, tak sampai sebulan, pada bulan Julai 1996, saya mendapat tiga pekerjaan dalam masa yang sama iaitu satu kerja di Senawang, dua di Nilai, semuanya dalam sektor perkilangan. Sebelum itu, saya pernah menghadiri satu lagi temuduga di KL tetapi tidak berjaya. Namun saya pun tidak kisah kerana saya sekadar berniat mencari pengalaman, bukan nak bersungguh-sungguh bekerja di organisasi tersebut…he3. Itulah dua rekod kegagalan dalam temuduga pekerjaan setakat ini.

Dari tiga peluang yang berjaya, saya memilih untuk bekerja di sebuah kilang subsidiari DRB-Hicom  di Nilai pada 1 Ogos 1996 sebagai Eksekutif Perjawatan, walaupun mempunyai pengkhususan dalam bidang pemasaran. Gaji asas ketika itu hanyalah RM1,500, elaun sebanyak RM150, maka pendapatan bulanan saya sebanyak RM1650 sebulan. Saya berpeluang menambah sedikit pendapatan apabila datang kerja hari Sabtu untuk menyiapkan kerja-kerja yang tidak siap dalam minggu tersebut, sebagai eksekutif ia tidak dianggap ‘kerja lebih masa’ tetapi ‘elaun khas’. Maka pendapatan saya semasa bekerja di Nilai adalah sekitar RM1800-2000 sebulan.  Apabila ditolak dengan KWSP, saya berpeluang memperolehi pendapatan bersih sebanyak RM1500-1700 sebulan.  Alhamdulillah, saya berkesempatan menyewa sebuah flat dengan rakan baik dari UUM (dan Matrikulasi UUM di Kolej Mara Kulim), Sdr. Raja Shamsul Kamal, kami panggil ‘King’ dari Perak.  Sewa flat 3 bilik ketika itu adalah RM250  sebulan, dengan bil elektrik dan air yang tidak banyak mana, dengan harga makan-minum yang masih murah, maka kos sara hidup orang bujang berpangkat eksekutif ketika itu masih murah.

Saya hanya perlu berjalan kaki dari flat sewa ke kilang di seberang jalan dan memakan masa dalam 5-10 minit. Biasanya saya bersarapan pagi dan makan tengahari di kafetaria kilang yang mendapat subsidi dari kilang. Jadi harga makan-minumnya murah dan ini memberi peluang saya berjimat. Apabila balik dari kilang, saya membeli makanan malam di kedai berhampiran untuk makan di flat sewa. Sekali-sekala, saya makan malam di luar, di restoran atau kedai makan berhampiran Taman Semarak Nilai dan ini memberikan saya pengalaman baru makan nasi putih daging merah (yang saya baru kenali ketika itu) dan menjadi masakan kegemaran saya sehingga kini. Selepas berjimat-cermat dan ditolak kepada bonda, saya mampu menyimpan antara RM500-RM800 sebulan, suatu jumlah dan nilai yang banyak ketika itu.

Saya berhenti kerja di Nilai pada 28 Februari 1997, dan melapor diri sebagai tutor di Jabatan Pengurusan, Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP) UKM (ketika itu belum bergabung dengan Fakulti Ekonomi) pada 3 Mac 1997. Sebenarnya selepas menamatkan pengajian di UUM, saya melihat dan menilai kelebihan dan keupayaan serta minat diri sendiri, maka saya jelas saya boleh memasuki dua sektor pekerjaan sama ada di dunia korporat atau di dunia akademik. Selepas beberapa bulan di Nilai, saya boleh terus bekerja di kilang tersebut kerana saya ‘enjoy’ juga kerja di situ, maklumlah tidak begitu banyak tekanan dan hanya perlu mengurus sekitar 200 pekerja. Namun begitu, saya yakin saya boleh mengembangkan potensi saya dan menyumbang lebih banyak kepada masyarakat dan negara di dunia akademik.

Alhamdulillah, ia satu perancangan yang berjaya apabila berjaya dalam temuduga pekerjaan (Prof. Dato’ Dr. Muhammad Muda adalah Dekan FPP ketika itu yang menemuduga saya), mendapat tawaran sebagai tutor semasa bekerja di Nilai, membuat persiapan menyambung MBA ketika masih di Nilai dan berhenti kerja ketika masa yang sesuai. Alhamdulillah, saya dapat menyambung MBA di UKM juga pada bulan Jun/Julai 1997, tidak perlu menghabiskan masa yang lama sebagai tutor. (Ketika itu jawatan tutor biasanya tak ada kerja kerana ia jawatan bersifat kontrak sementara menunggu cuti belajar).

Rezeki saya, juga jodoh yang ditentukan Allah Taala, saya berkahwin pada 30 Mac 1997 dengan seorang gadis dari NSDK, ketika berusia 25 tahun, sekitar baru 8 bulan bekerja, walaupun ‘terpaksa potong trip abang saya yang kedua’…he3… Ketika di Matrikulasi, saya pernah tulis dalam buku catatan peribadi saya tidak mahu berkahwin dengan orang dari NSDK dan Kelantan. Ketentuan Allah, jodoh saya dengan orang NSDK….he3…. Saya memang berniat berkahwin pada usia 25 tahun dan Alhamdulillah, ia dimakhbulkan Allah. Tidak perlulah saya kongsi kisah membawa kepada perkahwinan saya, biar ia menjadi rahsia saya dan isteri.  Kami membuat majlis perkahwinan di kedua-dua pihak dengan amat sederhana. Apa yang pasti, saya dan isteri ‘bercinta selepas berkahwin’. Sememangnya bercinta selepas berkahwin lebih indah dan nikmat dari bercinta sebelum kahwin, tanyalah mana-mana pasangan yang bercinta selepas berkahwin.



Di Lake George, New York

Albany, NY


Semua orang kenal kot tempat ni

Apa yang penting adalah keberkatan yang diperolehi dalam sesebuah perkahwinan. Ramai orang sekarang bertunang dan berkahwin dengan besar-besaran, ‘sekali seumur hiduplah katakan’, tetapi mereka lupa bahawa perkahwinan besar-besaran tidak menjamin kebahagiaan hidup berkeluarga, tidak menjamin keberkatan dalam perkahwinan, dan tidak menjadi syarat mendapat anak yang soleh. Apatah lagi perkahwinan yang besar yang ditampung dengan berhutang pinjaman peribadi, kad kredit dan sebagainya.  Apa yang dapat selepas berkahwin adalah hutang yang bertimbun, kemegahan yang bersifat sementara dan ‘pening kepala’ menyelesaikan masalah hutang. Kalaupun mereka tidak berbelanja besar, mengapa menyusahkan ibu-bapa berkenduri besar sedangkan ia  bukan tuntutan dalam agama. Tidak hilang kemeriahan berkahwin dengan cara ‘cukup sederhana’.  Tidak jatuh dan hilang status dan standard jika mengendalikan majlis perkahwinan dengan penuh sederhana. Mengapa bergembira dengan keseronokan yang sementara, gah yang sekejap sedangkan kegembiraan dan keseronokan yang hakiki terletak di dalam hati?

Saya tidak mempunyai kenderaan dari zaman belajar sehingga bekerja, hatta sebuah motorsikal. Akhirnya, saya meminjam RM2,000 dari ibu saudara untuk membeli sebuah motorsikal terpakai berjenama Suzuki. Motorsikal itulah kenderaaan saya ketika berkahwin dan selepas berkahwin. Memandangkan saya sedang menyambung MBA dan tidak punya banyak wang, saya dan isteri tidak pergi pun berbulan madu atau bercuti ke mana-mana. Bulan madu kami adalah ke sana-sini dengan kapcai Suzuki saya, menikmati percintaan selepas perkahwinan dan kemudian sekali berkelah di pantai Port Dickson (dengan Datsun selepas itu).

Selepas berkahwin, saya dan isteri berpindah ke Sikamat, Seremban NSDK kerana isteri bekerja di Taman Tuanku Jaafar, Seremban. Kami menyewa sebuah rumah teres setingkat dengan kadar RM350 sebulan. Kehidupan sebagai tutor tidaklah senang, kami hidup dengan amat sederhana sepanjang 9 bulan di Sikamat. Saya menaiki motorsikal ke UKM untuk menyambung MBA, isteri ke TTJ. Kadang-kadang saya menaiki komuter dari Seremban ke UKM sebelum naik bas dari Stesen Komuter UKM ke dalam UKM. Makan malam saya adalah sama ada saya makan/membeli di R&R Seremban (menu saya adalah nasi putih dan satu lauk sahaja) atau beli nasi lemak di gerai seorang kakak di Sikamat atau makan malam di rumah. Sekali-sekala kami makan di luar. Kehidupan 9 bulan di Sikamat amat pantas rasanya. Ketika itu, Masjid Sikamat belum dibina. Isteri saya mengandung anak sulong ketika saya dan isteri tinggal di Sikamat. Klinik Kesihatan Sikamatlah tempat  isteri saya membuat pemeriksaan kesihatan rutin.

Beberapa minggu sekali, saya dan isteri balik kampung ke rumah mertua di Gemas, NSDK. Dengan Kapcai Suzuki itulah kami balik kampung dengan perjalanan sekitar 90km. Dalam hujan dan panas, Kapcai Suzuki itu memang banyak berjasa kepada saya dan isteri. Isteri saya pernah ‘hampir tertidur’ membonceng di belakang kerana tidak pernah naik motorsikal dengan agak lama. Ketika balik ke Gemas untuk menyambut Hari Raya Korban 1997, hujan memang lebat, kami kebasahan dan pernah berhenti di Hentian Bas di Simpang Tiga Jalan Tampin-Seremban dengan Alor Gajah, Melaka. Sehingga sekarang, apabila kami melalui kawasan ini, Hentian Bas itu menjadi kenangan saya dan isteri berhenti menunggu hujan surut. Kami juga balik bercuti ke Bukit Mertajam dengan keretapi dari Kuala Lumpur ke Bukit Mertajam, dan ini berterusan sehingga kami mendapat anak sulong. Pengalaman tidur di atas katil kecil di dalam keretapi hanya dinikmati oleh anak sulong saya…

Selepas beberapa bulan berkahwin, pada tahun 1998 saya membeli sebuah kereta terpakai Datsun 120Y, dengan plat WT 8638. Saya membayar wang muka sebanyak RM3,000 (sebahagiannya dengan meminjam juga),  dan bakinya RM5,000 dibayar secara beransur-ansur setiap bulan. Harga kereta terpakai masih agak mahal ketika itu berbanding sekarang. Dengan Datsun 120Y itulah saya ke sana-sini dengan isteri, juga kemudiannya dengan anak sulong di dalam kereta yang tidak mempunyai penghawa dingin, dan terasa panasnya apabila hujan kerana tingkap perlu ditutup. Dengan Datsun 120Y itu saya dan keluarga balik kampung ke Bukit Mertajam. Dengan Datsun 120Y itulah juga kami pernah terberhenti selepas Tol Alor Gajah Melaka kerana kerosakan. Saya memang bercadang berpindah ke sekitar BBBangi kerana bertugas di UKM, jadinya kami tidak membeli banyak barang ketika menyewa di Sikamat. Cukuplah dengan barangan dan peralatan keperluan asas di dapur, sebuah peti ais, sebuah TV 14 inci, tanpa sofa dan sekadar barangan asas di bilik tidur. Kami berpindah ke rumah sewa di Kampung Sungai Tangkas pada minggu terakhir Disember 1997 dengan hanya menggunakan kereta Datsun 120Y, tanpa perlu menyewa lori.

 Di Harvard University

 Masih di Harvard University
 Dalam perjalanan ke Vermont

 Di Quechee Gorge

 Di Vermont, Virginia

Masih di Vermont, Virginia, kawasan Bernie Sanders

Anak sulong kami lahir pada 31 Disember 1997 di Hospital Segamat, Johor. Saya masih menyambung MBA ketika itu. Isteri berpantang di rumah ayahbondanya dan kemudian saya meminta beliau berhenti kerja untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Berulang-alik saya setiap minggu dari Sg Tangkas ke Gemas dengan Datsun 120Y ketika isteri berpantang. Alhamdulillah, saya menamatkan pengajian MBA pada Oktober 1997 dan mula bertugas sebagai Pensyarah UKM pada bulan November 1997 dan masih menggunakan Datsun 120Y sebagai kenderaan saya ke UKM. Rumah sewa dua bilik kecil di Sungai Tangkas menjadi lokasi kami sekeluarga meneruskan kehidupan sehingga tahun 2003 apabila berpindah ke rumah sendiri yang dibeli pada tahun 2000 (Lewat siap). Dengan menyimpan wang sedikit demi sedikit, saya membeli mesin basuh automatik dan barangan keperluan lain. Dengan rumah yang kecil, saya tidak perlu membeli sofa dan lain-lain. Alhamdulillah, walaupun kecil, ia cukup bagi kami sekeluarga seramai tiga orang sehingga kemudiannya menjadi empat orang pada 22 Februari 2002.

Banyak kenangan dan peristiwa bermakna dengan kelahiran anak sulong. Sudah pasti, ia memberikan lebih banyak rezeki dan nikmat kepada kami sekeluarga. Saya tidak bertujuan mencoretnya kerana ‘menyimpannya’ untuk masa lain. Ketika di Sungai Tangkas, dengan meminjam wang muka dari Bapa Mertua, saya membeli Proton Wira untuk kegunaan keluarga. Alhamdulillah, Proton Wira ini masih berkhidmat untuk kami sekeluarga sehingga sekarang (semenjak 1999). Satu Semenanjung Malaysia kami pusing dan berkelana dengan Proton Wira ini. Walaupun ia telah mengalami pelbagai kerosakan, pudar catnya, 1001 jasanya tetap dikenang. Walaupun ada yang menyarankan ianya untuk dijual, kenangan bersamanya masih utuh di hati kami sekeluarga dan belum tergerak untuk menjualnya lagi.


Kali pertama anak sulong ke Niagara Falls, kali kedua keluarga sampai ke sini


Di Kedutaan Malaysia, DC

Masih di DC, di mana?

Berdepan Memorial Abraham Lincoln



Kali kedua kami ke sini untuk membawa anak sulong



United States Capitol


New York le...

Sejarah dan kelahiran anak kedua panjang ceritanya dan biarlah ia sekali lagi menjadi rahsia saya dan isteri. Alhamdulillah pada hari Tashrik ketiga, pada hari keampunan dan penuh keberkatan, yakni pada 13 Zulhijjah tahun 1422H, jam 9 pagi lebih di Hospital Az-Zahrah BBBangi, anak kedua saya dan isteri selamat dilahirkan dengan berat 3.6kg. Kehadiran anak kedua mengubah suasana. Hatta beliau seorang anak lelaki, saya dan isteri memanggilnya ‘Sayang’. Kami berterusan memanggilnya ‘Sayang’ sehingga sebelum kami mendapat anak ketiga pada 13 Julai 2006, lama juga tu, dalam empat tahun lebih.

Anak sulong lelaki kami ini telah meniti menjadi remaja dan semakin dewasa. Pada hari ini, genap usianya 15 tahun, tingginya lebih tinggi dari isteri saya, lebih tinggi dari saya ketika saya di usia 15 tahun. Banyak onak, ranjau, duri, lautan api, angin puting beliung yang telah kami, suami-isteri tempuhi, bersama beliau. Bagi abah, seperti selalu abah berpesan, apa yang kita tempuhi dalam kehidupan ada hikmahnya dan kita perlu bersyukur ke hadrat Allah. Di sebalik kesukaran kehidupan awal kita sekeluarga di Southend-On-Sea UK, engkau berpeluang menghadiri persekolahan di sana. Amat sedikit anak Malaysia yang diberi kesempatan dan peluang ini. Di sebalik pancaroba kehidupan sekarang, engkau berpeluang menimba ilmu dan pengalaman serta kehidupan di Amerika Syarikat. Peluang untuk hidup, belajar dan berkelana di UK dan AS, amat sedikit orang yang memperolehinya. Bersyukurlah ke hadrat Allah. Di dalam setiap kekurangan dalam kehidupan kita, ada kelebihan-kelebihan yang Allah kurniakan. Carilah kelebihan-kelebihan ini, neschaya kita dapat mensyukuri rahmat dan nikmat Ilahi, berbanding melihat kekurangan-kekurangan yang ada.

Tidak ada ibu-bapa yang normal yang tidak sayangkan anak-anaknya jika mereka tidak menunaikan permintaan atau kehendak anak-anak mereka. Bukanlah isunya tidak mampu, tetapi contoh-teladan kepada adik-beradik yang lain serta saudara-mara yang lain juga amatlah penting. Cuma dalam dunia ini, terlebih belaian, terlebih kasih-sayang ada natijah negatifnya. Ini jarang difahami anak-anak.  Moga-moga engkau akan memahaminya kelak sepertimana abah juga tidak memahaminya semasa zaman remaja dan memahaminya ketika sudah dewasa.

Di sebalik abah sibuk bekerja mencari nafkah, banyak masa dan ruang yang kekadang abah kurang manfaatkan untuk engkau. Di sebalik tanggungjawab sebagai seorang ayah, ada masanya abah tidak dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik. Di sebalik segala nasihat dan tunjuk-ajar yang diberikan, pasti ada cacat-cela dalam abah mendidik. Di sebalik larangan yang abah nyatakan, pasti ada hikmahnya dan kebaikannya untuk engkau. Di atas apa yang engkau minta dan tidak dapat abah turuti, ia adalah kelemahan diri abah sendiri, selain pasti ada sebab mengapa abah sengaja tidak menunaikannya. Atas segala-gala itu, Abah minta maaf banyak-banyak atas segala kekurangan, kelemahan dan cacat-cela dalam membesar dan mendidik engkau.

Abah memang banyak kurangnya, tetapi kasih-sayang seorang abah dan seorang ibu kepada seorang anak tidak pernah berkurang. Engkau mungkin tidak memahaminya sekarang, tetapi engkau akan memahaminya apabila berkeluarga kelak. Adalah menjadi tanggungjawab  abah untuk membesar, mendidik dan mencorak anak-anak abah untuk menghadapi suasana dan zaman penuh mencabar pada masa hadapan. Kesulitan, kesukaran dan kesusahan zaman kecil sehingga bujang menjadikan abah kuat, cekal dan tabah dalam menghadapi 1001 ujian di dunia ini, itu antara hikmahnya.  Adalah menjadi tanggungjawab abah mendidik engkau untuk bersedia dengan masa hadapan. Mungkin apabila engkau membacanya sekarang, engkau tidak dapat memahami dan menyelaminya. Tetapi abah amat yakin, selepas 10-15 tahun selepas ini, apabila engkau membaca semula coretan ini, engkau akan memahaminya.

Zaman mendatang adalah zaman lebih mencabar. Sebagai ahli akademik, abah didedahkan dengan pelbagai indikator ekonomi dan bukan ekonomi tentang cabaran kehidupan di Malaysia dalam 10 tahun yang lepas dan begitu mencabarnya kehidupan anak muda masa kini, apatah lagi masa depan. Pastinya, masa hadapan tidak menjanjikan kehidupan yang mudah dan enak untuk anak-anak generasi Milenium. Untuk anak kedua, kita telah didedahkan dengan cabaran hidup di Malaysia, UK dan AS. Ketahuilah, kehidupan mendatang pasti amat-amat mencabar. Jika kesukaran hidup abah ketika kecil sehingga bujang banyak membantu abah menghadapi kehidupan pasca dewasa dengan baik, kehidupan engkau yang ‘lebih senang’ sedari kecil dan meniti remaja belum pasti dapat membantu engkau menghadapi cabaran kehidupan di hari muka.

Untuk anak kedua dan anak-anak yang lain, tidak ada perkara yang lebih penting untuk kita berhajat kepada Allah Taala selain mengharap keredhaan-Nya. Tidak ada bandingan segala dunia dan isinya dengan mendapat keredhaan Allah Taala. Makanya, jadilkanlah matlamat hidup di dunia ini untuk mencari keredhaan Allah. Tidak ada yang lebih baik bagi seorang anak dari ibu dan bapa mereka melainkan keredhaan ibu dan bapa mereka. Dan ketahuilah, abah sentiasa memaafkan semua kesalahan dan kesilapan anak-anak dan redha dengan semua anak abah. Ingatlah, tidak ada ilmu yang lebih tinggi di dunia ini selain ilmu makrifatullah. Maka di sebalik kesibukan mencari ilmu-ilmu dunia dan ilmu-ilmu akhirat, jangan dilupa untuk mencari ilmu makrifatullah, yakni ilmu mengenal Allah. Tiada yang lebih membahagiakan bagi seorang hamba Allah melainkan mengenal Sang Pencipta, mengenal Allah Taala sebenar-benar kenal, mencapai maqam ihsan yang tertinggi.

Tidak ada suri teladan yang lebih baik di dunia ini selain Rasulullah SAW, maka contohilah kehidupan Rasulullah SAW, dalam segala niat, perkataan, perbuatan, kelakuan, akhlak, iktiqad, tawadhuk, sabar dan segala-galanya. Banyakkanlah berselawat kepada Junjungan Rasulullah SAW kerana ia akan mendekatkan diri dan mendatangkan rasa kasih dan sayang serta cinta kepada Rasulullah SAW. Ingatlah, tidak sempurna iman jika kita tidak mencintai Rasulullah SAW melebihi kecintaan kita kepada diri kita sendiri.

Untuk segala amal perbuatan dan kelakuan kita, tidaklah ianya menjadi lebih baik dan lebih tinggi jika tidak dilakukan dengan ikhlas. Carilah keikhlasan dalam beramal, jangan mengharap kepada habuan dan manfaat duniawi, kelak engkau mungkin kecewa. Dan sebaik-baik keikhlasan adalah lillahi taala. Cukuplah melakukan sesuatu lillahi taala biarpun kecil. Memang sukar mencari lillahi taala tetapi kita harus mencuba untuk mencapainya. Banyakkanlah membaca dan beramal dengan surah Al-Ikhlas untuk mencapai keikhlasan dan menggapai  lillahi taala.

Sukar mencari keikhlasan jika hati kita masih diselubungi kekotoran, diliputi noda dan dosa, kecil mahupun besar. Bersihkan kekotoran ini dengan banyak bertaubat kepada Allah. Jika tidak dapat banyak mendirikan solat Taubat, maka perbanyakkanlah Istighfar. Hati yang bersih juga tidak terang dan bercahaya tanpa zikrullah. Ingatlah Allah sebanyak yang mungkin, seberapa yang mampu, di mana sahaja kita berada, sama ada sirr mahupun jahar. Fahamilah bahawa sukar membuang sifat-sifat terkeji dari dalam diri dan mencapai sifat-sifat terpuji pada diri tanpa zikrullah. Ingatlah, kekayaan sebenar adalah kekayaan di hati, makrifat sebenar terletaknya di hati, tempat tilik Allah Taala juga terletak di hati.

Untuk bahagian di dunia, cukuplah untuk hidup dengan penuh sederhana. Tidak perlulah berlebihan dalam mencari dunia. Apabila engkau mencari akhirat, bekerja untuk akhirat, Allah Taala akan mencukupkan bahagianmu di dunia ini. Jika bahagianmu di dunia ini melebihi keperluan dirimu atau/dan keluargamu, maka perbanyakkan sedekah dan amal jariah. Tidak ada orang yang miskin kerana bersedekah. Tidak ada kerugian bagi orang yang membuat kebajikan dan kebaikan, walaupun  sekecil-kecil kebajikan atau kebaikan. Kehidupan di dunia ini amatlah sementara sifatnya, sedangkan kehidupan di akhirat adalah kekal abadi, itupun begitu ramai manusia bertungkus lumus siang dan malam mencari habuan mereka di dunia dan melupakan kehidupan mereka di akhirat.  Ingatlah begitu ramai manusia yang sudah kembali ke hadrat Allah bercita-cita untuk kembali ke dunia dan beribadat, atas penyesalan mereka di atas kehidupan dunia mereka dahulu.

Ilmu itu luas, dalam dan tinggi sifatnya. Tidak perlu banyak ilmu dan amal, mendalam ilmu dan amal dan begitu tinggi ilmu dan amal tetapi tidak istiqamah. Carilah ilmu-ilmu dan amal-amal yang mudah yang dapat kita istiqamah dengannya. Sessungguhnya karomah terbesar bagi para Wali Allah adalah istiqamah. Maka carilah istiqamah dengan ilmu dan amal. Moga anak kedua dan anak-anak yang lain dapat memahami nasihat-nasihat abah dalam enam perenggan ini. Jika kalian tidak dapat memahaminya sekarang, bacalah setiap kali hari ulang tahun kelahiran kalian, moga kalian akan bertambah faham dari tahun ke tahun, dengan izin Allah.

Wall Street

Masih di Wall Street


Central Park, New York

Fruits picking di Pennsylvania


Buah pearnya memang manis


Ada cicit epal di ladang ni

Buah blueberry ni murah ja tapi jenuh nak petik


Untuk anak kedua, abah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk engkau dan semua ibu-bapa Muslim mengharapkan anak mereka menjadi anak yang soleh, cemerlang, gemilang dan terbilang, dunia dan akhirat. Sengaja Abah coretkan sedikit kisah lalu untuk engkau dan adik-beradik engkau membacanya, moga-moga ada ibrah dari coretan ringkas ini jika engkau menelitinya satu demi satu. Dan engkau mungkin tidak menemui kaitan antara coretan ini dengan tajuk “Kehadiran Anak Kedua Mengubah Suasana” kerana ia satu kenangan tersendiri bagi abah dan ummi. Moga-moga apabila engkau meniti dewasa dan semakin matang, kelak engkau akan memahami mengapa “Kehadiran Anak Kedua Mengubah Suasana”.

Selamat Hari Lahir ke-15 untuk Anakanda Shah ‘Azrul Nazim Suffian.

26 Februari 2017
Philadepphia, Amerika Syarikat 




Tuesday, 21 February 2017

PERDANA SCHOLAR AWARD 2017

Apa: PERDANA SCHOLAR AWARD 2017
Bila : 5 November 2016
Dimana : Kedutaan Malaysia, DC
Siapa: Datuk Kamel Mohammad, Timbalan KSU KPT

Alhamdulillah, sedikit refleksi aktiviti pada 5 November 2016 yang lalu apabila saya dijemput sebagai salah seorang hakim  PERDANA SCHOLAR AWARD 2017, yang dianjurkan oleh KPT. Asalnya aktiviti dirancang pada bulan Ogos 2017, tetapi beberapa perubahan menyebabkan ianya ditunda ke 5 November 2016. Saya hadir bersama Saudara Fadhli, rakyat Malaysia yang bekerja di Pennsylvania. Memandangkan lokasi yang melebihi 2 jam, kami bertolak awal pagi dan sampai di DC sekitar 1000 pagi. Ada banyak aktiviti sebelah paginya dan petangnya, dan jamuan berlangsung di sebelah petang/malam. 

Image may contain: 1 person, standing, plant, suit, tree, flower and outdoor
Bagi siapa yang biasa belajar dan hidup di luar negara, Kedutaan Malaysia ibarat rumah anda. Terasa seperti di Malaysia apabila anda sampai di mana-mana Kedutaan Malaysia. Hakikatnya, Kedutaan adalah 'negeri kecil' mewakili sesebuah negara di sesebuah negara lain. 

Image may contain: 3 people, people smiling
Terima kasih kepada Kedutaan Malaysia dan Edu Malaysia DC yang menjemput saya terlibat dalam aktiviti ini. Jumlah penyertaan tidaklah seramai Anugerah Francais Malaysia yang saya kendalikan dan kaedah penilaian tidaklah sekompleks penilaian industri memandangkan yang bertanding adalah pelajar dan persatuan pelajar.

Image may contain: 6 people, people on stage and people standing
Ramai yang terima anugerah

Image may contain: 7 people, people standing
Bagi para pelajar, Anugerah sebegini adalah perangsang untuk terus berjaya

Image may contain: 8 people, people standing

Image may contain: 4 people, people standing
Sdr Hazraf Khan dari Drexel University penerima Anugerah Keusahawanan

Image may contain: 1 person
Ucapan Datuk Kamel Mohammad mewakili YB Menteri KPT

Image may contain: 6 people, people sitting and indoor
Bagi pelajar prasiswazah, aktiviti sebegini memang ditunggu-tunggu

Image may contain: 6 people, people sitting, table and indoor
Antara tetamu yang hadir

Image may contain: 6 people, people sitting, table and indoor
Ada pemilihan pemimpin pelajar dalam Persatuan Pelajar Malaysia di AS sebelum jamuan ini

Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor

Image may contain: 4 people, people sitting, table and indoor
Aktiviti sebegini penting jika hendak bertemu rakyat Malaysia lain yang ditempatkan di pelbagai agensi/syarikat di DC @ AS dan mereka yang bermastautin di AS

Image may contain: 5 people, people sitting, table, indoor and food
Saya bersama Dato' Atase Tentera ATM di DC dan Sdr. Hairil dari MITI

Image may contain: 1 person, indoor
Tahniah kepada semua pemenang Anugerah. Semoga terus berjaya pada masa hadapan