Pada 18 Jun 2016, hari Sabtu, saya dan empat lagi rakan dari Philly ke New York untuk menghadiri dua aktiviti iaitu Forum Perniagaan dan Majlis Iftar di Permanent Mission of Malaysia to the United Nations, di 313 East 43rd St, New York 10017, New York. Ia kali ketiga saya sampai ke New York dan kali kedua saya sampai di Misi Tetap Malaysia ke PBB. Empat lagi rakan yang turut serta ialah Bob La, Fadhli Amin, Hazraf dan Mior Azrie. Mula-mula saya menerima undangan dari Sdr Shahrulmiza Zakaria untuk terlibat sebagai salah seorang panel dalam Forum : Doing Business with the USA. Saya bersetuju dan memikirkan manfaat aktiviti ini kepada rakan lain di Philadelphia dan bulan puasa, eloklah kalau kami mencukupkan bilangan maksimum sebuah kereta. Satu amalan saya adalah perluaskan jaringan, kalau dalam Islam, jalinkan silaturrahim, tidak rugi kita meluaskan silaturrahim sesama Muslim dan sesama manusia.
Walaupun saya menunggu agak awal, rombongan rakan-rakan agak lambat tiba. Akan tetapi dengan pengalaman Bob sebagai pemandu waktu pergi, kami memecut juga, potong sana-sini, ambil masa sedikit di Terowong Lincoln...sampai pun terlambat sedikit. Selepas Solat Asar, saya bergegas naik ke atas, ke tingkat 2, Banquet Hall. Semasa saya sampai, TYT Datuk Dr Awang Adek Hussin sudah memulakan ucapan dan beliau sempat menyapa saya yang baru masuk...he3... Majlif Iftar sebenarnya ditaja oleh beliau dan forum dianjurkan oleh Matrade New York yang diketuai oleh Sdr Shahrulmiza Zakaria.
Ucapan Aluan TYT Datuk Dr. Awang Adek Hussin
Pegawai kerajaan dari Washington dan New York
Fadhli Amin, kiri sekali
Yang Berbahagia Dato' Hafsah Hashim (SMECORP) dan Prof Abdul Aziz Ab. Latif (UMK)
Ucap Utama oleh Yang Berbahagia Dato' Hafsah Hashim, CEO SMECORP. Walaupun tidak panjang, amat bermanfaat. Dato' Hafsah Hashim merupakan wanita besi, tulang-belakang kepada pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. Beliau baru berucap kepada PBB mengenai kepentingan PKS di dunia dan PBB menerima cadangan beliau iaitu 16 Jun dijadikan Hari PKS Sedunia, mulai tahun 2017. Tahniah Dato' Hafsah Hashim, bangga saya menjadi rakyat Malaysia atas sumbangan Dato' kepada dunia. Semasa saya di Malaysia dan menjadi Pengerusi Anugerah Francais Malaysia, kami sentiasa mendapat kerjasama dari SMECORP yang akan menghantar Pengarah/Timbalan Pengarah sebagai salah seorang Panel Penilai Anugerah Francais Malaysia (AFM). Malah, SMECORP akan menghantar Pengarah Kanan mereka dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih AFM, Jawatankuasa yang akan memilih pemenang AFM, berdasarkan cadangan Panel Penilai.
Dato' Hafsah Hashim seorang 'World Player' dalam PKS, saya mendoakan kerajaan mengoptima kepakaran dan pengalaman yang beliau miliki, sama ada di peringkat ASEAN mahupun di peringkat dunia. Selepas program di New York, Dato' Hafsah Hashim akan berangkat ke Switzerland yang menjemput beliau untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam pembangunan PKS. Dunia mengiktiraf beliau, kita perlu menggunakan kepakaran beliau selagi beliau mampu menyumbang. Kalau di Universiti di Malaysia, Dato' Hafsah Hashim 'sudah menjadi Profesor Ulung' kerana diiktiraf dunia berkaitan sumbangannya dan kepakarannya.
Hadirin merupakan usahawan Malaysia di New York, usahawan PKS Malaysia dari Malaysia, pegawai-pegawai SMECORP, pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Washington, Pegawai-Pegawai Konsulat Malaysia di New York dan Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB di New York, para usahawan baru (adik-adik mahasiswa yang baru habis belajar) yang berjaya melalui Tabung Usahawan Belia (TUBE) yang dikelola SMECORP juga rakan saya dari Philly.
Selepas kedua-dua ucapan, berlangsung Forum: Doing Business with the USA. Ini kali kedua saya bergandingan dengan Sdr Shahrulmiza Zakaria dan Sdr Hairil Yahri dalam satu aktiviti. Kali pertama semasa Seminar Ekonomi dan Keusahawanan di Rochester Institute of Technology, New York pada bulan November 2015.
Forum dipengerusikan oleh Sdr Shahrulmiza Zakaria dari Matrade NY
Kemudiannya diikuti oleh penerangan ringkas 5 minit oleh Sdr. Hairil Yahri dari MITI Washington tentang TPPA. Beliau merupakan antara 'resource person' mengenai TPPA di Malaysia, tanyalah apa sahaja.
Kemudiannya En. Lee Yong Ming dari MIDA New York bercakap mengenai
peluang pelaburan di Malaysia dalam pelbagai industri
Saya diminta bercakap mengenai "experience on observing start up companies in the USA and Lessons that can be learned/emulated by Malaysian SMEs"
Sebagai pensyarah, saya dah biasa dengan Pengucapan Awam sama ada dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Saya biasa mengajar dalam Bahasa Inggeris untuk Program Antarabangsa (BBA International Business) di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM dan mengajar MBA di UKM-GSB (juga dalam Bahasa Inggeris).
Walaupun dah berpengalaman 18 tahun mengajar, Kadang-kadang, nervous/gabra timbul. Waktu saya mula bercakap, mai pulak darah gemuruh, lintang-pukang Bahasa Inggeris saya dibuatnya. Susah betul nak mencari ayat yang betul, tak keluar ayat yang betul dari otak ni...he3...
Di sini pengalaman penting, rileks sikit, cool, cakap slow-slow, maka OK balik... Antara tip bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik adalah dengan 'berfikir dalam Bahasa Inggeris'.
Some of my thoughts and sharing about start-up companies in the USA, based on my little experience @Wharton and UPenn
Focus on the problems. What is the problem? What is the real problem? Define the problem thoroughly and correctly so you can provide the right solution for the problem. In USA, they don't just copy or clone the business and do minor improvements.
Malaysia is 10-15 years behind USA in terms of technology development. In USA, more products on bio-medical engineering are tested and produced. In Malaysia, we still focus on the conventional business.
Entrepreneurs and new business in USA focus on integration of ICT, mobile application into current business. How to optimize the power of Mobile Applications on new business?
New business has Advisory Board consist of entrepreneurs, Professor, Scientist, Technical people etc. These people give their advice for free.
Sdr Hairil menjawab soalan mengenai TPPA dalam pusingan kedua di mana hadirin boleh bertanya soalan.
Bob La - our driver... boleh masuk F1...he3
My next point - USA focus on social entrepreneurship, not just social enterprise. There are many seed funding, accelerator program, pitching competition for Social Entrepreneurship project. Wharton focus for Social Entrepreneurship Project is scaleable potential, sustainable and modest profit.
Pain Problem for Medical related products : How patch can replace needles?
University new technology and findings such as Patents are shared/sold to potential entrepreneurs/start-up companies. Bukan simpan dalam jurnal atau daftar di MyIPO sahaja...
We need to change our current policy, approach, incentives and outcomes for R&D&C...
Lessons that can be learned/emulated by Malaysian SMEs...
1)Looking for problems which have potential market. Focus on ASEAN market with more than 600 million population rather than Malaysia with just 30 million population.
2)Observing the "underserved market", "the unmet needs" in the current market. We can discover new business opportunities.
3)Wharton students are self-motivated and have higher Need for Achievement, a prerequisite for would-be-entrepreneur
4)Malaysia should focus on building the entrepreneurship ecosystem. The integration of government, University, industry and community (quadruple helix) is still too slow, Universities have been doing their parts and don't know what happened in the industry!!!
5)Incubator Program in University/Science Park must be strengthened. Only UPM has considerable good 'Technology Park'...
6)Money has changed its form, from electronic form to digital money (paypal etc).
In Africa, phone top-up credit is considered 'a money' and transferred for business transactions.
7)In USA, doctors, lawyers, army, engineers, other professionals take MBA courses. MBA is not just for Business professionals...
Turut hadir En. Abd Razak Abdul Wahab, Konsular General Malaysia di New York dan En. Shaiful, Deputy Chief of Mission Malaysia di Washington DC.
Hazraf di tengah-tengah, CGPA 3.9++, seorang usahawan berpotensi...
8)We need more prudent and systematic mobile application pitching competition in Malaysia, besides more supports and incentives. Your market is the whole world!!!
9)Success stories of Uber and AirBnB are about how to utilize the 'current mass'....
10)So many accelerator programs in USA, within few weeks, months and some of them between 1-2 year, with combination of so many activities and supporting people (such as crowdfunding event)
Saya buat tawaran ke Prof Aziz Latif (UMK), hantar pensyarah UMK bidang keusahawanan yang baru habis PhD ke Wharton, saya akan cuba bantu yang mana boleh...
11)We need more equity financing options in Malaysia such as Venture Capitalist and Business Angels. Of course we have Malaysia Business Angels Association, but we need more fiscal policy and incentives to enrich equity financing options for would-be-entrepreneurs and current entrepreneurs.
12)I have been to Korean market, Vietnamese market and Oriental market. More opportunities for food and beverages products especially for generic products.
Bergambar sebelum tamat program...
Tuan Konsul General di New York, Abd Razak Abdul Wahab. Terima kasih atas layanan di New York.
Bersama Prof. Aziz Latif dari UMK
Ni geng orang muda
Turut hadir ialah Raja Datuk Ropiaah Binti Raja Abdullah, usahawan dari Malaysia
Terima kasih Sdr Shahrulmiza Zakaria dari Matrade New York atas jemputan.
Terima kasih TYT Datuk Dr. Awang Adek Hussin, Duta Besar Malaysia ke USA atas Majlis Iftar.
Terima kasih juga kepada Sdr Mohd Fadly Amri Aliaman, Konsular di New York yang saya sempat bertemu kali kedua selepas satu aktiviti sebelum ini juga di New York pada bulan April 2016 yang lalu. Terima kasih semua...
Waktu balik, Mior Azrie jadi pemandu...Dalam jam 1250 tengah malam sampai di Philly. Penat tetapi banyak pengalaman dan jaringan dibina.
Waktu balik, Mior Azrie jadi pemandu...Dalam jam 1250 tengah malam sampai di Philly. Penat tetapi banyak pengalaman dan jaringan dibina.