Saturday, 30 April 2016

Independence Hall & Liberty Bell, Philadelphia

Assalamu'alaikum dan selamat beristirehat,

Pada 24 Mac 2016 yang lalu, saya dan keluarga ke Pusat Bandaraya Philadelphia. Dah enam bulan kami di Philly, saya dah beberapa kali ke Pusat Bandaraya Philadelphia atas pelbagai urusan, tetapi isteri dan anak-anak saya belum berkesempatan dibawa ke Pusat Bandaraya. Apatah lagi, dengan musim sejuk yang menjelma, kami 'banyak berkurung' dalam rumah. Nak berjalan-jalan pun kurang minat dengan cuaca sejuk, waktu solat Zohor dan Asar yang dekat, Maghrib pun awal. Setelah survei kawasan parkir yang sesuai, kami menuju ke kawasan parkir berhampiran dengan Independence Hall. Satu panduan saya dalam mengembara adalah 'menyimpan'/save lokasi parkir dalam Waze dan mengambil gambar bangunan sekitar kawasan parkir. 


Parkir tidak jauh dari bangunan ini

Ada beberapa alternatif jika hendak berjalan-jalan di Bandaraya di Amerika Syarikat. Anda boleh menaiki pengangkutan awam (bas ataupun keretapi/trolley), atau teksi. Setelah mengambilkira semua kos terlibat, memandangkan saya berkeluarga, saya memilih untuk menaiki kenderaan sendiri dan bayar parkir ikut hari (bukan ikut jam). Walaupun kosnya berbelas USD$, saya kira ia lebih berbaloi, hatta dari parkir di kawasan bayar ikut jam (meter).


Ride and Ducks ada di Langkawi, tidak jauh dari Perkampungan Budaya. Ia merupakan salah satu daya tarikan pelancongan, dengan menaiki kenderaan ini di atas darat dan di atas laut/sungai. Anda bayangkan kalau Sungai Klang dan Gombak di Kuala Lumpur bersih, produk ini boleh ditawarkan sebagai salah satu alternatif melihatdan mengelilingi Bandaraya Kuala Lumpur. Saya pernah membaca proses pemuliharaan sungai di London, Eropah dan Philadelphia sendiri, ia memakan masa berpuluh tahun. Pokoknya walau siapa menjadi pemimpin politik dan pegawai pentadbiran, kita memerlukan iltizam dan komitmen berpuluh tahun dari segi dasar dan tindakan untuk memulih sungai-sungai di Malaysia (tidak terhad kepada kawasan KL sahaja). 

Kami memasuki kawasan Independence Hall, percuma sahaja jika tidak masuk ke dalam bangunan. Ada pemeriksaan beg dan lain-lain sebelum masuk ke sini. Kamera CCTV merata-rata. Dalam berbelas negara Barat yang saya lawati, satu yang saya puji adalah mereka 'bijak dan cermat' dalam memelihara dan memulihara sejarah dan tinggalan sejarah. Tempat-tempat bersejarah mereka merupakan antara daya tarikan pelancongan, menjana pendapatan berjuta-juta dollar setahun dan menawarkan pelbagai peluang pekerjaan. Mereka juga kreatif dalam menambahbaik tempat bersejarah. Semasa saya dan keluarga melawat Stonehenge di UK (semasa sambung PhD di UK 2006-2010), yang ada di situ cuma batu-batu/binaan itu sahaja. Tetapi cenderahati, brosur, iklan, kawasan parkir, khidmat pemandu pelancong, alat terjemah bahasa (ada banyak bahasa), dan pelbagai perkhidmatan dan alat pelancongan lagi menjadikan Stonehenge satu tarikan pelancongan yang luar biasa. Waktu itu, saya terfikir, dengan batu-batu/binaan sejarah saja mampu menarik pendapatan berjuta GBP setahun...Wow! Itulah kreativiti manusia, jika mampu menggunakan akal dengan bijak dan lestari.

Gambar di dalam merupakan Liberty Bell, Loceng Kemerdekaan. Kena beli tiket untuk masuk dan lihat Loceng ini. Memandangkan bukan sejarah Islam ataupu Melayu ataupun Malaysia, saya tidaklah tertarik untuk membeli tiket dan melihat Loceng tersebut. Tengok dari jauh pun cukuplah...he3.

Saya yakin bahawa anak-anak boleh dididik dengan hobi dan minat ibu-bapa, walaupun mereka ada hobi dan minat sendiri. Antara hobi saya adalah mengembara/berjalan-jalan, isteri dan anak-anak pun dah ikut hobi saya.


Bangunan ini sudah berusia menghampiri 300 tahun




Belakang saya adalah Loceng Kemerdekaan


Tamadun Barat memang menyukai Patung-Patung, suka membina Patung dalam memperingati sesuatu, 'tak dapek den nak nolong'

American Philosophical Society dari kurun ke 18 lagi... Kalau kita membaca sejarah Andalusia dan Baghdad, Tamadun Barat mempelajari dari Tamadun Islam pelbagai ilmu pengetahuan ketika Barat masih lagi dalam zaman kegelapan. Malah nombor yang kita gunakan sekarang direka oleh Sarjana Islam dan disebut 'Arabic number'. Orang Putih sekarang, ramai yang tidak tahu mengapa dipanggil 'Arabic Number'. Malah bentuk nombor itu direkabentuk oleh Sarjana Islam sebelum diubahsuai oleh Barat mengikut citarasa mereka.




Sewaktu saya kecil, saya hairan mengapa anak bongsu 'agak manja'. Bila saya dah besar dan mempunyai anak, baru saya faham mengapa anak bongsu 'agak manja'. Sebab yang itulah yang bongsu, ibu-bapa lazimnya akan memanjakan anak bongsu sehingga agak besar...he3

Walaupun bukan anak bongsu, yang ini masih suka dimanjakan...

Anak teruna saya ini mewarisi beberapa sifat dan ciri saya berkaitan 'buat hal sendiri'


Jika anda belum berkahwin, dan mahukan isteri yang 'tinggal di rumah dan tidak bekerja', pandangan saya adalah cari seorang isteri yang boleh menjadi pelengkap kepada kehidupan anda, bukan pesaing kepada kehidupan anda.

Independence Square di luar Independence Hall

Melihat bangunan ini, saya teringat filem National Treasure dan Nicolas Cage. Saya amat-amat jarang menonton TV di AS masakini, tetapi filem pengembaraan dan penyiasatan merupakan kegemaran saya kerana ia mengajar saya berfikir menyelesaikan masalah dan berfikir di luar kotak.






Anak-anak ketika kecil mungkin kurang menghargai 'pelancongan sejarah'. Saya sekeluarga mempunyai berpuluh album keluarga, dan masa yang berlalu akan membolehkan anak-anak 'menghargai sejarah' apabila mereka melihat semula album-album pada masa lalu.











Saya bukan pengkagum Tamadun Barat tetapi saya mengambil apa yang baik dari Tamadun Barat untuk diri saya, keluarga saya dan negara saya. Apa saja dari Barat, saya timbang dengan neraca Islam, Iman dan Ihsan.



Anak-anak adalah amanah Allah. Tanggungjawab kita mendidik mereka sebaik mungkin, berjaya atau tidak, kita serahkan kepada Allah. Apa kerangka kerja didikan anak-anak? Islam, Iman dan Ihsan. Ramai ibu-bapa hanya menekankan Islam sahaja, tidak cukup, perlu kepada Iman dan Ihsan. Tidak sekadar Fiqh, perlu Usuluddin dan Tasawuf. Jadinya Fardhu Ain itu mencangkupi Fiqh, Usuluddin dan Tasawuf.




Dalam 4 musim, saya paling sukakan Musim Bunga, tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk.



Kami meninggalkan Independence Hall


Masuk ke satu taman bunga berhampiran. Reka bentuk berkotak-kotak dan bersilang jalan raya  di bandaraya-bandaraya di Amerika Syarikat  mengambil contoh Bandaraya Philadelphia. Reka bentuk Bandaraya Philadelphia ini direka oleh seorang perancang bandar yang berpengalaman tinggal di England dan mengambilkira masalah di Kota London suatu ketika dahulu.



Ada beratus-ratus tentera dan orang awam dikuburkan di bawah Taman Bunga ini dalam pelbagai peperangan dan wabak penyakit. 'Malam-malamnya mungkin seram dan banyak hantu' (Persepsi biasa orang Malaysia untuk tempat sebegini...he3)


Ini yang saya katakan reka bentuk awal bandaraya Philadelphia. Turut dimasukkan dalam reka bentuk ini adalah di mana perlu dibangunkan taman bunga dan kaedah mengawal kebakaran daripada merebak. Ini kisah 1700...


Saya sebenarnya semakin kurang berminat mengenai senibina apabila melawat sesebuah bandaraya., lebih kurang saja. Apa yang saya selalu perhati dan baca adalah sejarahnya. Apatah lagi saya dapat A1 dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM dahulu....he3. Guru Sejarah saya yang saya ingat dan saya kira Guru Sejarah terbaik semasa di MRSM Balik Pulau adalah Cikgu Ahmad Ismail.

Letih berjalan, berehat sekejap dengan kudapan




Nak jalan ke Pusat Bandaraya pula

No comments:

Post a Comment