Tuesday, 29 September 2020

TAHNIAH DR. NURUL ASHYKIN ABD AZIZ

 






Tahniah Dr. Nurul Ashykin Abd Aziz. Terima kasih bnyk2 Prof Madya Dr. Rosmah Mat Isa dan Dr. Hamizah Abd Hamid, ‘rakan kongsi’ dlm AJK Penyeliaan.


Sewaktu saya kembali dr Wharton pada Oktober 2017, saya tiada calon PhD dlm penyeliaan dan saya tiada geran penyelidikan, dua faktor utama dlm menentukan penerbitan pensyarah. Sudah pasti ramai pensyarah lain akan risau dan runsing jika keadaan mereka seperti saya ini, apatah lagi dgn status UKM sbg Universiti Penyelidikan. Tipulah kalau saya tak risau tapi saya yakin dgn petunjuk dan perancangan Allah yang mengkehendaki Saya ke Wharton antara 2015-2017, maka pasti Allah akan membantu saya apbl saya kembali dr USA.

Saya kiranya perlu bermula segalanya dari sifar. Dengan ketiadaan calon PhD, geran penyelidikan, dan projek penyelidikan, penerbitan jurnal saya tahun 2018 hanya satu artikel jurnal. Hu3.


Dr. Ashykin ketika itu sanggup tangguh pengajian satu semester, menanti saya kembali dari Wharton. Saya tidak tahu apakah penantian beliau berbaloi. Tapi dari pertemuan penyelia-calon PhD yang pertama, beliau ‘yakin’ dgn saya, apatah lagi tajuk kajian PhD beliau ttg perniagaan francais, bidang kepakaran khusus saya.


Kini, cukup 6 semester, Dr. Ashykin telah siap menghantar tesis berjilid, sekadar tunggu surat Senat. Tahniah. Kalau universiti saya di UK, tak perlu tunggu surat Senat pun. Dlm tempoh 1-2 minggu selepas hantar tesis berjilid dah dapat ‘Diploma’ atau sijil PhD.


Apa yang boleh dipelajari dr Dr. Ashykin? Pertamanya beliau komited. Saya tak perlu ‘panggil’ beliau utk berjumpa saya, beliau yang akan minta utk berjumpa. Itu satu contoh. Dan kami bertemu sekurangnya 2 minggu sekali. Dari awal pertemuan dgn saya, beliau komited utk habiskan PhDnya dlm tempoh 6 semester, dan Alhamdulillah, beliau berjaya.


Keduanya beliau rajin. Dari semester pertama lagi, waktu JK Penyeliaan belum ada, beliau dah tulis artikel dgn saya. Maka, tahun 2018 itu beliau dah ada 2 artikel prosiding dgn saya dan Alhamdulillah, salah satunya menerima Best Paper Award. Tidak hairan beliau berjaya menghadiri 8 persidangan dlm 6 semester pengajian.


Ketiganya, beliau ada semangat utk sentiasa ingin belajar. Beliau akan mencari persidangan dan jurnal yang boleh diterbitkan, menulis artikel dgn saya dan AJK Penyeliaan, proses penulisan ini pasti bnyk penambahbaikan dan meletihkan tapi beliau Istiqamah. Beliau tidak menghadkan artikel dgn saya dlm kajian kualitatif semata2. Ada data dan bahan kajian kuantitatif dr penyelidikan saya sebelum ini yang beliau bentangkan, menerima Award dan seterusnya diterima dlm penerbitan jurnal. Saya juga ada satu lagi artikel kuantitatif dgn beliau yang saya hantar ke satu jurnal dan dlm proses penilaian.


Alhamdulillah, berkat kerajinan beliau, beliau berjaya menerbitkan 5 Artikel jurnal (4 Scopus & 1 Era), 4 Prosiding, 2 Bab dalam buku, 3 Best Paper Award, & 1 Best Presenter Award sepanjang 6 semester @ 3 tahun pengajian.


Apa yang Saya berikan kepada beliau selaku Pengerusi JK Penyeliaan? Saya berikan komitmen saya, masa saya, jika beliau di Gear 4, saya cuba berada di Gear 4@5. Semua Calon PhD dibawah saya (di mana saya selalu Penyelia Utama @ Pengerusi JK Penyeliaan) mereka tahu, bahawa mereka diizinkan ‘mengganggu’ saya sampai 1000 mlm setiap hari, termasuk hari minggu. Itulah komitmen saya kpd calon PhD di bawah saya.


Saya tidak sekadar menyelia PhD. Saya menjadi mentor, kaunselor, ‘big brother’, ustaz, kpd calon2 PhD dibawah saya. Saya memberi pelbagai nasihat, termasuk hal2 kekeluargaan, jika ia diperlukan dan boleh membantu calon PhD.


Saya bukan sekadar menambah, mengajar, memindahkan ilmu, kemahiran dan kepakaran Saya kpd calon di bawah Saya tetapi, Saya cuba membina, membentuk, mengubah, mentransformasi sikap, kelakuan, nilai, & tabiat calon di bawah saya agar mereka menjadi manusia bermanfaat, hebat dan lebih baik dr saya.

Saya bersyukur Dr. Ashykin berjaya habiskan PhD dlm masanya (Graduate-On-Time) dan menghasilkan banyak penerbitan. Berbelas rakan pensyarahnya dr UMK yang sama bercuti belajar dgn beliau terpaksa menambah tempoh pengajian dan hanya beliau yang berjaya tamat dlm tempohnya.


Apa yang lebih menarik adalah beliau adalah PhD pertama saya dlm kajian kualitatif. Pengalaman pertama saya dlm kajian kualitatif adalah Saya pernah menulis kes dan diterbitkan dlm sebuah buku terbitan Prentice Hall tahun 2002, itu saja. Kemudiannya Saya mula serius dlm kajian kualitatif semasa ke Wharton tahun 2015. Saya berpengalaman dlm kajian kuantitatif dari tahun 2000. Kini calon2 PhD di bawah saya ada dlm kajian kualitatif dan kuantitatif.


Mengapa saya mendedahkan beliau dgn kajian kuantitatif sedangkan PhD beliau dlm bidang kualitatif? Saya dulunya menguasai kajian kuantitatif semenjak tahun 2000 tetapi kmdnnya saya belajar dan mula menguasai kajian kualitatif, menghasilkan artikel kualitatif dan kini menghasilkan PhD kualitatif, apa yang saya rasa dan fikir? Ruginya Saya tidak menguasai kedua2 kaedah ini, deduktif dan induktif dari dulu. Anda akan jadi berbeza apbl menguasai kedua2 kaedah ini. Pandangan alam anda lebih luas, Cara anda menanggapi isu dan permasalahan penyelidikan juga berbeza apbl memahami kedua kaedah ini. Anda tidak taksub spt sbhgn sarjana lain yang amat taksub dgn kaedah mereka sedangkan ilmu sepatutnya menjadikan anda lebih bijak, bukan lebih pantai, taksub, @ tegar.


Kehidupan dan proses pembelajaran seorg sarjana tiada perhentian. Setelah memahami kaedah grounded theory dlm kajian kualitatif, saya akn cuba memahami (dan menguasai) kaedah kajian kes, dll kaedah dlm kajian kualitatif. Calon PhD belajar waktu buat PhD, saya sbg penyelia/AJK Penyeliasn juga belajar dr proses pembelajaran seseorg calon PhD.


Begitu juga dlm kajian kuantitatif. Saya hanya menggunakan SPSS waktu buat PhD, kini saya belajar CB-SEM AMOS, Smart PLS, Rasch Model dan yang terakhir Multi-Level Modelling. Ia memberikn anda pandangan alam (worldview) yang lebih luas dlm dunia ilmu dan menjadikan dunia akademik/ilmu ini lebih dinamik dan makin menarik.


Saya berharap Dr. Ashykin terus berhubungan dgn saya dan AJK Penyeliaan yang lain. Hubungan saya dgn mantan penyelia saya waktu buat PhD dulu masih kekal sehingga skrg. Seorg menjemput saya sbg Editorial Board dlm sebuah jurnal terbitan Sage, seorg lagi menjemput saya sebagai reviewer dlm sebuah jurnal Scopus, terbitan Emerald, tetapi yang pastinya, Saya perlu menunjukkan bukti kebolehan dan kepakaran saya pasca PhD terlebih dahulu.


Saya mendoakan dan cuba memberikan yang terbaik utk semua calon PhD dibawah saya. Moga mereka berjaya dlm kerjaya dan kehidupan. Antara Kejayaan seorg sarjana adalah menghasilkan sarjana yang lebih baik dari dirinya, utk manfaat manusia dan alam.


FB Mohd Hizam Hanafiah 28 September 2020.