Assalamu'alaikum,
Pada hari Ahad, 18 September 2016, saya bawa anak-anak dan isteri jalan-jalan ambil angin luar. Seperti biasa, hari Sabtu dan Ahad agak lengang. Kami menuju ke kampus UPenn yang terletak 20-30 minit berjalan kaki. Selain ambil gambar, destinasi utama adalah Kedai Buku UPenn. Saya ambil banyak gambar dalam kedai buku ini, moga-moga boleh dijadikan contoh sebuah kedai buku bagi universiti-universiti di Malaysia. Kedai Buku UPenn memang besar, pernah saya bawa seorang mantan Profesor dari Malaysia ke sini, beliau amat teruja sekali dengan koleksi buku yang dijual. Apatah lagi, ianya bukan sekadar sebuah kedai buku.
Depan kedai
Saya minta izin untuk ambil gambar
Koleksi penerbitan oleh Alumni UPenn
Koleksi cenderahatinya memang mengujakan
Saya ke koleksi buku-buku pengurusan dan perniagaan
Ruangan buku tawar-menawar
Koleksi untuk kanak-kanak pun ada
Koleksi baju, t-shirt, baju panas dll
Ada kafe di tingkat atas
Ada ruang belajar/ulangkaji
Mesin minuman automatik saja ada enam buah
Saya terfikir nak buat perpustakaan di rumah saya sebegini...ruang boleh dimanfaatkan sehingga syiling
Koleksi penulis dari UPenn
Gambar dari tingkat atas
Alat tulis
Ruangan untuk buat kad pelajar/staf/dll
Bahagian peralatan/kelengkapan di dapur
Koleksi buku kanak-kanak
Menarik tetapi harganya....
Wharton merupakan 'jenama paling bernilai' dalam UPenn
Dalam 40 minit juga kami habiskan di sini. Kalau saya ada banyak duit, saya memang bercadang nak buka kedai buku sehebat ini..... lebih hebat dari Kinokuniya KLCC...he3