Selepas tamat The Economic Forum pada 21 Nov 2015, esok paginya 22 Nov 2015, keluarga saya dan Azhari meneruskan perjalanan ke Air Terjun Niagara, New York. Perjalanan bermula sekitar jam 900 pagi, dalam satu setengah jam, kami selamat sampai di Niagara Halls. Musim luruh ini memang tidak ramai pengunjung, jadi laluan adalah lancar, parkir pun mudah. Sebenarnya saya dan isteri ingin menjayakan hasrat Dr. Puteri dan keluarga yang ingin ke Air Terjun Niagara ini sebelum kembali ke Malaysia tahun hadapan. Dalam merancang kunjungan ini, dipermudahkan Allah Taala, saya mendapat jemputan ke The Economic Forum oleh Sdr Umar Hakim. Memandangkan Air Terjun Niagara terletak tidak jauh dari Rochester, kami mengambil kesempatan ini untuk pergi ke Air Terjun yang popular ini.
Tupai di AS agak jinak...
Ambil gambar juga walaupun dalam kesejukan 1-3 celcius
Suhu di sini sekitar 1-3 celcius
Kawasan sebelah sana di bawah Kanada
Rombongan kami
Alhamdulillah, rezeki kami dapat tengok Pelangi di Air Terjun Niagara
Pelangi 'muncul' dalam 30 - 60 saat sahaja
Turut serta adalah Sdr Azhari dan Sdr Hazraf, dua orang bujang dari Philly (Drexel University)
yang menyertai rombongan kami
yang menyertai rombongan kami
Ada perkhidmatn feri untuk ke 'sampai' ke air terjun. Namun perkhidmatan dari AS telah dihentikan buat sementara waktu, manakala dari Kanada masih beroperasi
Perkhidmatan feri ini dari Kanada
Sdr Azhari dan Dr. Puteri- sweet couple
Kami naik 'bas' untuk pusing-pusing Air Terjun Niagara. Saya sekeluarga kena USD10 sahaja.
Bas ini pusing bandar kecil ini
Pemandu bas juga merupakan 'Pemandu Pelancong'
Lensa Kamera yang berwap
Pembangunan Niagara Falls lebih rancak di Kanada berbanding di AS
Lewat juga kami meninggalkan Niagara Falls. Destinasi seterusnya adalah solat dan makan. Kami singgah di Buffalo untuk solat dan makan. Saya dimaklumkan MARA mempunyai lebih 100 pelajar di State University of New York at Buffalo. Saya teringat Allahyarham Tan Sri Prof. Dr. Awang Had Salleh merupakan lulusan PhD dari Buffalo. Semasa belajar di UUM peringkat ijazah pertama, saya pernah menjemput beliau dalam satu Seminar Kebangsaan di mana saya merupakan Pengarahnya. Saya suka bicara Tan Sri yang tenang dan penuh makna dan pemikiran-pemikiran yang dilontarkan. Tan Sri juga merupakan Naib Canselor di UKM sebelum bertugas sebagai Naib Canselor di UUM.
No comments:
Post a Comment