Monday, 4 January 2016

Dari Columbus, Ohio Kami Singgah Bermalam di State College, Pennsylvania

Assalamu'alaikum,

Selepas meninggalkan Ohio State University, masih pada 26 Disember 2015, kami bercadang singgah sekejap di Bandaraya Columbus. Cari kedai menjual cenderamata, tetapi lain tempat pula yang dibawa. Akhirnya, kerana lokasi sebenar masih jauh, kami mengambil keputusan meninggalkan Columbus dengan hanya kenangan di Ohio State University, terus menuju State College di Pennsylvania.




Kami mengelilingi Columbus dari dalam kereta. Isteri saya ambil gambar ini, tidak seprofesional saya....he3
Bandaraya Columbus dari dalam kereta







Petua memandu di AS adalah, kalau belok ke kanan di persimpangan, terus saja belok. Kalau belok ke kiri di persimpangan, kena langkau jalan. Pastikan kereta mendatang di sebelah kiri anda. Pastikan anda (pemandu), rapat sedikit ke garis jalan di sebelah kiri.



Berhenti sekejap isi minyak. Harga segelen petrol (dipanggil gas) berbeza-beza ikut stesen minyak dan gred minyak. Masih ada petrol 87!!!

Selepas memandu agak lama, kami berhenti untuk solat dan makan tengahari. Isteri saya sempat memasak nasi dengan rendang ayam (perggh!!!) semasa di rumah Prof. Jayum sebagai bekalan kami. Sedapnya makan  ketika lapar, tetapi perlu bersolat dahulu. Sebagai pemandu dalam perjalanan jauh, saya sentiasa memastikan 'perut saya diisi' dengan baik agar tidak kelaparan semasa memandu kerana ia boleh mengganggu tumpuan ketika memandu. Saya tidak banyak meminum air ketika memandu kerana tidak mahu 'kerap berhenti' di kawasan rehat/bilik air. Cuaca sejuk juga 'mempercepatkan' anda ke bilik air.


Di AS, lebuhraya tanpa tol tidak mempunyai stesen minyak dan kawasan rehat (tempat makan)  seperti di Malaysia. Biasanya kita akan mellihat papan tanda untuk 'keluar sedikit' (Exit)  dari lebuhraya untuk ke stesen minyak atau kawasan makan-minum. Selepas isi minyak/makan, kita perlu masuk balik ke lebuhraya tanpa tol dan meneruskan perjalanan. Lebuhraya bertol  mempunyai Kawasan R&R seperti Lebuhraya Plus, cuma Kawasan R&R Plus lebih hebat dan meriah.

Kawasan ini dipanggil Rest Area. Ada bilik air dan mesin minuman/makanan automatik sahaja (di lebuhraya tanpa tol) serta kawasan berehat seperti ini.

Kami bersolat di atas lantai/simen ini dengan menggunakan tikar yang dibawa (disimpan dalam kereta)
Bilik air.... Saya mendapati ada pekerja yang menjaga kebersihan kawasan ini.

Mesin minuman automatik

Mesin makanan automatik

Ringkas, bersih dan mudah

Dekat 10 jam dalam perjalanan, dalam jam 8 malam lebih baru kami sampai di StateCollege, sampai di rumah yang menempatkan pelajar Malaysia yang sedang belajar di Penn State University. Saya tidak bawa laju kerana kami melalui hujan yang tidak berhenti-henti di akhir 3-4 jam perjalanan. Banyak kali juga 'bertembung' dengan kabut tebal (fog) di puncak bukit, jadi saya amat berhati-hati. Kami berenam tumpang bermalam semalam.  Berjumpa dan berbicara dengan orang muda memang kesukaan saya kerana mereka bakal pemimpin negara pada masa depan. Banyak isu dibualkan oleh saya dan Sdr Azhari dengan mereka bertiga. Sdr Ummar Fitri banyak bertanya dan bersembang dengan saya sehingga jam 300 pagi! Boleh pula saya layan beliau sampai 3 pagi. Sdr. Ummar Fitri banyak membaca dan memiliki pengetahuan yang meluas. Keep it up! aka Kipidap!

Sdr Azmi (baju merah) berasal dari Sungai Bakap, Seberang Perai, tidak jauh dari kampung saya. Sdr Arif (sebelah kiri Azmi) pelajar PhD dalam bidang Fizik dari UniMAP Perlis. Saya memahami keperitan menanggung keluarga sebagai pelajar PhD, apatah lagi status beliau sebagai 'Fellowship', bukan staf tetap seperti saya dahulu.

Ummar Fitri, saya, Azhari, Arif dan Azmi. Arif tidak tinggal di rumah ini tetapi datang bertandang.



Terima kasih kepada Sdr Ummar Fitri, Sdr Azmi dan Sdr Arif kerana menerima kami sebagai tetamu. Sdr Ummar dan Sdr Azmi di tahun akhir pengajian, semoga berjaya!!! Sdr Arif masih banyak masa di AS, masih banyak liku-liku yang harus ditempuhi, jangan berputus asa, sentiasa bergantung dan berharap kepada Allah SWT.

Baru lepas hujan 

Orang Putih balik kampung daaa..

StateCollege memang kawasan Orang Putih.




Kami meninggalkan StateCollege dalam jam 11 pagi lebih menuju ke Philly. Jarak antara StateCollege dengan Philly dalam 3 jam, tetapi saya ada rancangan lain. Wassalam.

No comments:

Post a Comment